Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 28 September 2013

Melakukan sesuatu yang bertentangan norma manusia

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Di sini, di tanah yang agam, di dunia milik Allah Taala yang aku menumpang, tempat yang sedang aku berdiri ini, sesak dengan manusia yang cukup bijak. Bijak menghukum. Bijak berkata. Bijak memijak.

Bila sunnatullah itu yang diperlekehkan, bila manusia hidup dengan sunnah sendiri yang memandai-mandai, dalam zaman yang penuh dengan cara hidup yang bermacam ragam ni, apakah salah bila aku nak terus belajar hidup dengan cara hidup yang di perintahkan oleh Allah?

Hidup dengan bertuhankan Allah Yang Maha Esa, terus memperbaiki diri untuk menjadi hamba-Nya yang baik sehabis mungkin, mengejar kehidupan akhirat yang gemilang, mengejar redha dari Ar-Rahim. Bila pilihan hidup itu di anggap melawan norma hidup manusia, macam mana untuk aku mengharapkan kefahaman dari semua?

Memisahkan dunia dan akhirat. Memisahkan kehidupan dan agama, bagi aku itu satu kemunduran. Bukan satu kemajuan. Malangnya, masyarakat tetap tertipu.

Berhenti! Berhenti pandang aku dengan pandangan penuh penghukuman. Mencuba hidup mengikut syariat Allah bukanlah perbuatan extreme. Pakai baju lengan panjang, besar, labuh, itu bukan extreme. Pakai tudung dan selendang besar dan labuh, itu bukan extreme.  Pakai seluar longgar tak ber'cutting' itu bukan extreme. Pakai hand socks, stocking, itu bukan extreme. Tak ber'make up', itu bukan extreme.

Tolong, hentikan semua pandangan 'alien' pada aku. Beri aku ruang untuk bernafas damai. Walau apa pun jalan hidup yang aku pilih, itu hak individu. Aku cuma mencari hidup terbaik untuk masa hadapan aku dan keluarga, keluarga sedia ada, mahupun keluarga yang bakal di bina.

Ya, aku memang bukan lahir semula jadi berpakaian menutup aurat, bukan lahir semula jadi terus ibadat sempurna tiada cela. Aku punya masa lepas, masa silam, masa gelap. Aku pernah hidup terkapai, mencari erti sebuah hidup yang sebenar.

I had learned a hard way to know and understand the purpose of human being created to this world. Hentikan tafsiran tentang masa lepas. Give me a chance to live as hamba Allah yang sebenar-benar hamba.

Aku tak pernah minta untuk diuji dengan kehidupan lepas untuk mengenal hidup yang sebenar. Tapi itu jalan yang Allah beri untuk aku. Aku yakin ada sebab dan hikmah kenapa Allah bagi aku merasa segala macam jenis kehidupan dalam mencari erti menjadi hamba Allah yang sebenar.

Ini aku kini. Ini aku sekarang. Ini aku yang mula nampak cahaya di hujung terowong panjang. Di belakang aku, sungguh, gelap tak bercahaya. Jangan lah di ungkit tentang hidup aku di terowong gelap, sedangkan aku dah memasang anggan untuk hidup baru dengan cahaya. Jangan hukum aku dengan gelap lampau. Aku penat. Aku letih.

Andai kamu tak merasa hidup berlari mencari sesuatu yang kamu tak tahu apa sebenarnya, jangan hukum aku yang sedang mencari. Andai kamu dah merasa hidup bahagia dan barakah dari saat pertama mata celik di bumi, jangan menghina manusia yang learned a hard way to get the same thing like you have now. Sepatutnya kamu membantu orang macam aku. Bukan mempertikaikan keberadaan aku di bumi ini.

Aku penat. Penat untuk hidup dengan judgements dari manusia keliling.

Anda dengan pandangan anda bahawa aku pilih cara hidup extreme hanya kerana aku mengikut syariat. Dan kamu yang memandang hina hanya kerana aku guna jalan jauh untuk jumpa erti hidup sebenar.

Aku cuma nak kita semua ingat semula. Allah memberi kelebihan akal kepada manusia, untuk kita menjadi hamba-Nya yang berfikir, menjadi khalifah untuk menyampaikan peringatan kepada sesama kita, dan makhluk lain. Fitrah manusia bersifat pelupa. Tapi bukan lah fitrah manusia untuk bersikap judgemental dan menolak hakikat bahawa kita ini hanyalah hamba, yang tak akan hidup abadi selamanya.

Mari, kembali hidup bersyariat. Mari, kembali hidup berfikrah sebagai hamba Allah.

"Rasul-rasul (yang kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [An-Nisaa' : 165]

Assalamualaikum and peace be upon all of you.

Tuesday, 10 September 2013

Anak-anak

Assalamualaikum and peace be upon you.

Rasulullah sallallahualaihiwassalam menganjurkan kita untuk memanjakan, mengasihi, dan menyanyangi anak-anak dengan kasih sayang yang tak terbatas sepanjang usia mereka dari satu hingga 7 tahun.

P/s: Tertunda planning diet malam ni bila anak saudara requested nak dinner dengan aku.

Assalamualaikum and peace be upon you.

Sunday, 8 September 2013

Manisnya Dosa

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Pernah tak dalam hidup korang, korang buat satu perkara, dan ternyata perkara tu sebenarnya dosa. Aku bagi contoh mudah, bercinta before nikah. Kenapa bercinta before nekah tu berdosa? Sebab nya itu perbuatan menghampiri zina, dan juga itu perbuatan maksiat hati.

Aku manusia biasa, sentiasa buat dosa. Aku yakin semua orang pun sama. Last weekend, masa aku pergi UTP untuk jumpa ex-roommate aku, kami end up buat usrah dengan usrahmates kitorang. Sebab suma dah lama tak jumpa. ^__^

Masa di hujung usrah, kami berkongsi pengalaman masing-masing yang kitorang hadapi sekarang. One of my friend asked us, how to remove all feelings yang ada dalam diri tentang manisnya dosa? Maksud soalannya macam ni, kita ada buat satu perbuatan yang buat kita rasa bahagia, rasa gembira, rasa seronok, rasa teruja, contohnya couple. Bila kita sedar itu dosa, maka kita tinggalkan perbuatan tu. But then, lepas kita mula tinggalkan perbuatan tu, kita mula rasa rindu dengan kehidupan kita waktu kita masih buat semua tu. Ye lah, kalau masa couple, hari-hari ada orang tanya khabar kita la, take care kat kita la, layan kita membebel la, tah apapa lagi tah la. Haa, macam tu la soalannya.

Aku rasa semua orang pun pernah rasa situasi macam kawan aku ni. Situasi bilamana kita rasa terjerut dengan rasa seronok perbuatan kita, walaupun kita tahu hakikatnya perbuatan tu salah.

So aku share apa yang aku buat. Agak simple je sebenarnya. Tapi cara ni memang berkesan untuk aku. Aku tak pasti berkesan untuk orang lain or tak, tapi boleh la cuba kan.

Aku jenis yang suka motivate diri sendiri. Bila aku rasa down, sedih or susah hati, aku akan motivate diri sendiri. Caranya, aku akan fikirkan segala yang berlaku tu, impact and effect yang berlaku pada aku, dari mula-mula aku buat benda tu, and apa tindakan seterusnya.

So dalam kes ni, aku memang dah lama cari tujuan dan matlamat hidup aku as hamba Allah kat muka bumi ni. And bila aku tengok satu persatu ujian dan kegembiraan yang aku dapat before ni, aku sedar yang semua tu ialah points yang Allah nak tunjuk bukan benda tu yang aku nak dan aku perlukan dalam hidup aku. Macam-macam benda dan peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh ni, and akhirnya aku jumpa apa yang aku cari. And even dah jumpa pun, aku masih kena berusaha keras supaya tujuan dan matlamat ni terus di genggaman aku. Sebabnya bila-bila masa pun Allah boleh ambil semula semua ni dari aku, andai aku tak jaga dengan betul. Sebab tu lah kita di anjurkan untuk sentiasa mengingati Allah. Hanya dengan mengingati Allah, hati-hati kita akan menjadi tenang.

Jadi bila datang rasa manisnya dosa tu, aku akan remind balik diri aku tentang semua ni. Dan bila aku rasa lemah sangat dengan ujian yang aku hadapi, aku akan buat perkara sama. And Alhamdulillah, benda ni memang menjadi pada aku. Ada hikmah nya kenapa Allah campakkan sifat suka bermonolog dalam diri aku ni. ^__^

Allah extends provision for whom He wills and restricts [it]. And they rejoice in the worldly life, while the worldly life is not, compared to the Hereafter, except (brief) enjoyment. And those who disbelieved say, "Why has a sign not been sent down to him from his Lord?" Say, (O Muhammad), "Indeed, Allah leaves astray whom He wills and guides to Himself whoever turns back (to Him). Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."
[Ar-Ra'd : 26-28]

P/s: Sentiasa berdoa kerana doa itu senjata mukmin. :)

Assalamualaikum and peace upon you. :)



Wednesday, 28 August 2013

A Better Muslimah

Assalamualaikum & peace be upon you.

Pernah dengar kisah Saidina Umar Al-Khattab dengan penjual susu? Aku suka kisah ni. Aku tahu pasal kisah ni masa darjah 4. Ustazah cerita tentang kisah ni supaya kita ambil ibrah dari kisah ni. Temanya Jujur. Tapi kali ni, aku nak luaskan skop ibrah dari kisah ni. Apapun, meh aku cerita sikit secara ringkas tentang kisah ni.

Suatu malam, waktu Saidina Umar berjalan untuk meninjau keadaan rakyatnya, beliau terdengar perbualan dua orang wanita.

Wanita A : Wahai anakku, cepat lah campurkan susu ini dengan sedikit air.
Wanita B : Wahai ibuku, tidakkah ibu mendengar arahan dari Ameer al-Mu'mineen hari ini?
Wanita A : Apakah arahannya itu?
Wanita B : Beliau mengarahkan seseorang untuk mengkhabarkan dengan suara yang kuat supaya susu tidak dicampurkan dengan air.
Wanita A: Cepat bangun dan campurkan susu dengan air. Kamu berada di tempat yang Umar tidak mampu melihatmu.
Wanita B : Saya tidak boleh menurut perintahnya di khalayak ramai dan melanggar perintahnya dalam sembunyi.

Selepas Umar mendengarkan perbualan tu, Umar arahkan Aslam untuk melihat siapa wanita yang berbual tu, dan selidik jika dia telah bersuami atau tidak.

Aslam pergi ke tempat tu, dan Aslam dapati seorang wanita dan anak gadisnya yang bersembang tu, and the thing is, anak gadis tu belum bersuami. Jadi Umar kahwinkan anak gadis tu dengan anak lelakinya.

And wanita B tu akhirnya melahirkan seorang insan hebat, iaitu Umar Abdul Aziz.

Yup, kalau sepintas lalu, kita nampak ibrahnya bila berlaku jujur ni, Allah akan murahkan rezeki kita. Dari hidup susah menjual susu yang tak seberapa pendapatannya, akhirnya menjadi seorang isteri kepada orang besar. Tapi cuba kita tengok dari segenap penjuru.

Ibrah yang lebih besar kat sini, dengan akhlah kita, as a Muslimah, sebagai umat Islam, akhlak yang baik tu perlu sentiasa di bentuk, di baiki, di percantikkan dan di amalkan. Supaya anak yang bakal dilahirkan dan di didik nanti, sehebat, mungkin lebih hebat lagi, daru Umar Abdul Aziz.

Kita patut sedar, melahirkan dan mendidik anak ni bukan untuk kesenangan, jauh sekali untuk kebanggaan kita di hari tua. Kita lahirkan dan didik mereka as amanah dari Allah untuk jadikan mereka tu menegak agama kita. Biar anak-anak kita nanti jadi hak dan hamba-Nya secara total. Mengejar kejayaan dunia demi menaikkan Islam. Mengejar ganjaran akhirat sebagai kejayaan sejati.

Untuk dapatkan anak-anak kita jadi seperti tu, maka dari kita la sendiri. Kalau kita sendiri tak ada biah macam yang diperintahkan oleh Allah, macam mana kita nak harap anak kita pandai untuk berakhlak terpuji?

So, jom be a better Muslimah. Try our best to be a better Mukminah.

InsyaAllah. Ada jalannya.. :)

"The believers are only the ones who have believed in Allah and His Messenger and then doubt not but strive with their properties and their lives in the cause of Allah . It is those who are the truthful." [ Al-Hujurat 49: 15]

Assalamualaikum and peace be upon you.

Monday, 12 August 2013

Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum and peace be upon you.

Selamat hari raya Aidilfitri. Lambat sikit wish sebab malas nak online. Raya-raya ni better connect with people secara langsung. Jadi jauhkan diri dari alam maya.

Hari ni aku dah masuk office. Memang mood raya masih kat sana sini agaknya. Naik LRT otw ke office tadi, sunyi je.

Sampai office, rasa macam aku terdatang office waktu cuti pulak. Tak ada orang. :)

Kat department aku, cuma ada 4 orang je. Kakak secretary, SV aku, head of maintenance, and aku. Memang la sunyi sepi. Seronoknya kalau dapat balik rumah and tido.

Astaghfirullah.. Perangai....... =.='

Tahun ni raya cuma dihabiskan dalam kereta aja. Letih. Dua hari before raya, turun KL sebab Emak nak shopping biskut raya kat Klang. Otw pergi tu aku tak la rasa letih sangat, sebab cukup tidur. Tapi mencabar gak la nak drive belakang lori yang bebanyak kat jalan Kuala Selangor tu. Ikut jalan dalam sebab nak turun Klang dulu before ke KL.

Last day puasa gerak balik Lumut semula. Sampai dah malam. Berbuka pun kat dalam kereta je. Sampai lambat sebab gerak dari KL dah tengah hari. Tambah lambat lagi sebab aku yang drive. Kalau jammed, aku tak berani sangat nak potong-potong, cilok-cilok ni. Dah la aku nak gak turun Taiping dulu. Makanya, pukul enam lebih baru sampai Taiping. Dari Taiping balik ke Lumut, Angah lak drive. First driver dah penat. :P

Lepas Isyak bawak Emak beli barang-barang untuk buat rendang. Sampai rumah dah penat amat. Tido sampai nyaris-nyaris terbabas subuh. =.='

Lepas Zohor hari raya pertama, terus gerak ke Temerloh. Tapi aku jadi passenger je. Memang la seronok hidup macam tu. Haha. Sabtu lepas Asar gerak balik KL. Hari ni dah start kerja. Maka tamat lah raya untuk aku. Huhu.

Duit raya tahun ni dapat RM150, Alhamdulillah, masih dapat duit raya dari abang-abang. Ni best bila ada ramai abang. At least masih boleh merasa dapat duit raya. (^_^)v

Sekarang ni, menghitung bulan untuk jumpa Ramadhan 1435H pulak. Semoga ada rezeki untuk bersama Ramadhan tahun depan. InsyaAllah as a student semula. Tahun ni tak berapa nak merasa macam student. ~_~ Okay, lets keep pray to Allah untuk kuatkan semangat kita untuk istiqamah beribadah, at least sama macam performance kita masa bulan Ramadhan. Lagi cantik kalau boleh much better dari Ramadhan. InsyaAllah.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." [Az-Zariyat : 56]

Selamat ber'open house' pada yang masih cuti. :)

Assalamualaikum and peace be upon you.

Monday, 29 July 2013

Shame

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :)

Petang semalam, ada seorang sahabat tanya samada aku ada baca semula tak entries blog aku yang lepas-lepas?

Aku jawab, kadang-kadang, depend pada cerita apa yang aku teringat masa tu.

Dan kemudian beliau kata, ada baiknya semak semula. Mana yang rasa tak patut tu, delete aja. Kadang-kadang antara benda yang sering buat kita susah dan kandas dalam berubah ialah perkara lepas.

Betul juga apa yang dia kata. Cant denied. Inti-pati blog ni, terutama entries awal-awal dulu, memang memalukan. Bila aku baca semua semalam, aku rasa nak sorok muka bawah katil je.

Teruk benau bahasa. Dengan 's' jadi 'z'. Cerita merepek, isi nya cuma sebaris ayat. Merepeknya sampai 5 perenggan. Dengan bahasa kasar. Dengan cerita penuh emosi.

Saat tu jugak rasa nak terjun laut. So aku ambil masa hampir sejam setengah untuk delete entries tu semua. Kebanyakannya aku tak baca pun, terus delete.

Tak. Aku bukan nak hypocrite. Tak. Aku bukan nak bajet baik.

Cuma nya, bila kita nak berubah, kita perlukan biah solehah. Kalau dengan inti-pati yang merepek macam ni, orang baca, orang pun tak rasa macam nak sokong dan sama-sama berubah dengan aku. Sebab, at the first place, aku sendiri yang dah kasi first impression yang merepek kat orang.

Ouch.. Malu sangat bila kenangkan zaman-zaman baru nak up dulu. Tak apa lah, semua ni ada module dari Allah. Mungkin kalau aku tak macam ni dulu, lepas ni bila ada anak usrah yang buat macam ni, aku tak ada a good lesson learn nak share dengan diorang. Pengalaman sendiri tu kan lesson learn terbaik untuk kita.

Allah, terima kasih hadirkan seorang sahabat yang sanggup menegur ku walaupun sekecil-kecil perkara, sehinggal sebesar-besar perkara.

Itu lah hikmahnya hidup berkumpulan, berjemaah. Jangan duduk sensorang, tak bergaul dengan orang. Kalau salah, tak ada yang menegur. Tak sedar salah ke betul. Kan. :)

So, lets start with a new life style. Nak-nak di bulan mulia ni. :)

p/s: Jom perbanyakkan amal ibadah kita. Pulun ibadah kita, sementara masih di dalam Ramadhan ni. Lets start the mission of "Lailatulqadar Search". Moga direzekikan malam Lailaturqadar pada kita. :) Aamiin.

"Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya." [Taha : 82]

Assalamualaikum and peace be upon you.

Sunday, 28 July 2013

Sebiji Batu Bata dan Bangunan

Assalamualaikum and peace be upon you.

Sedih. Saudara-saudara kita semakin ramai yang di zalimi. Di sakiti, di seksa. Sedih kan. Bila baca dan lihat gambar keadaan mereka. Di Mesir. Di Syria. Di Rohingya. Di Palestine. Di England pun tak kurang juga. Dan percaya lah, banyak lagi tempat yang kita tak tahu, sebab tak dapat di access khabarnya ke dalam internet. Ke dalam media massa.

Tapi kita di Malaysia, masih selamat dari kezaliman fizikal seperti mereka. Kita masih belum di acu pistol dan senapang. Belum di lempar dengan bom. Belum di bakar tempat ibadah kita. Masih berperang secara berhemah. Dengan politik, dengan kuasa. Tapi itu pun banyak dah penindasan yang dilakukan. Cuma ianya belum secara fizikal.

Aku ini. Biasa lah, manusia. Bila belum merasa sakitnya, bila belum merasa seksanya, senang sangat terlupa. Tengok gambar-gambar keadaan di Raba'ah, sedih dan menangis. Berdoa pada Allah agar mereka di beri kekuatan. Berdoa pada Allah agar mereka di beri kemenangan, tak kira menang di dunia mahupun menang di akhirat.

Tapi selepas tu, aku kalah pula dengan nafsu. Mentang-mentang di sini saat ini tak berlaku rusuhan seperti di sana. Mentang-mentang aku masih sedang sedap menaip, online sambil berguling-guling dari pagar ke dapur. Mentang-mentang tak ada orang nak datang menembak. Aku terus lupa.

Lupa yang sebenarnya aku pun sedang berjuang. Berjuang sama seperti mereka. Biasalah. Mereka merasa seksa dan sakit secara fizikal. Sedangkan aku tidak. Biasalah. Sebab itu aku tak sedar yang aku sedang kalah.

Aku berdoa meminta Allah percepatkan kemenangan Islam di bumi ini. Aku berdoa meminta Allah melindungi mereka di sana. Ya, Alhamdulillah, ada doa dari kita, dari aku. Doa kan senjata Mukmin. Tapi, Mukmin ke aku..? Atau sekadar Muslim? Dengan ibadah yang tak seberapa. Ibadah yang wajib pun kadang-kadang di hujung waktu baru di dirikan. Ibadah sunat apatah lagi. Andai rajin, di buat. Andai malas, "alah biarlah, hari ni aja pun tak buat, lagipun kan sunat." Dengan nafsu pun asyik kalah. Macam mana kalau Allah uji dengan ujian macam mereka tu?

Aku nak Islam menang. Aku nak Khulafah Islamiyah bertapak semula di bumi ni. Tapi sikap aku, amalan aku, perbuatan aku, attitude aku, semua ini yang menyebabkan kemenangan Islam tertangguh. Cuba kalau aku, kalau kita, setiap seorang dari kita yang Muslim ini, menjaga ibadah wajib kita, perbanyakkan ibadah sunat kita, perbanyakkan tadabbur Al-Quran, perbaiki akhlak kita, perbaiki cara hidup kita. Pasti kita semua mampu menjadi hamba Allah yang bukan sahaja Muslim, tetapi Mukmin.

InsyaAllah bila dah menajdi Mukmin, dengan amalan kita, dengan doa-doa kita, dengan akhlah kita, akan mampu membantu saudara-saudara kita di sana untuk memenangkan Islam. Dan insyaAllah kita juga mampu memenangkan Islam di sini. Di bumi ini.

Andai mereka sahaja berjuang kat sana, memang tak cukup. Mereka perlukan support, sokongan, bantuan dari kita. Apa bantuan yang boleh kita beri? Amalan dan doa kita. Sebab kita semua, aku, engkau, mereka di sana, kita semua lah pendek ceritanya, mempunyai satu ikatan yang sama. Ikatan akidah. Dalam surah As-Saf, ayat 4, Allah berfirman :

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." [As-Saf : 4]

Jadi, aku ini sebahagian dari bangunan umat Islam kan. Jadi, kenapa mesti aku duduk bersenang lenang tak buat apa-apa untuk bantu saudara se-akidah dengan aku di tempat lain?

Kurang sebiji batu-bata pun akan mencacatkan dan melemahkan structure satu bangunan, tahu? Dan, nak buat semua ini tak mudah. Banyak kali dah aku merasa turun naik nya iman aku untuk bersama berjuang. Tapi aku tak boleh mengalah. Takkan aku nak jadi orang yang tak menyumbang kepada kemenangan Islam? Sedangkan Allah dah beritahu awal-awal lagi bahawa inilah perniagaan yang paling untung.

"Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar." [As-Saf : 10-12]

Ya Allah, malunya aku. Asyik kalah dengan nafsu diri. Sedangkan aku dah sedia tahu yang kita kena buat apa yang kita cakap. Tapi aku selalu lalai. Allah, ampunkan kami. Peganglah hati kami, agar kami terus istiqamah.

"Wahai orang-orang yang beriman. Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang." [As-Saf : 14]

Assalamualaikum and peace be upon you.

Saturday, 27 July 2013

Kudrat Emak

Assalamualaikum and peace be upon you.

Before berbuka tadi, aku tengok iklan raya PETRONAS, untuk raya yang bakal tiba ni. Akhirnya iklan PETRONAS yang melekat kat hati dah muncul lagi bersama dendang. Meh sini aku share iklan tu kat bawah ni.


Tengok iklan ni, betul-betul ingatkan aku pada Emak.

Masa zaman sekolah, kawan-kawan semua selalu merungut bila aku cakap aku tak dapat join diorang hang out sebab aku nak kena tolong Emak. Masa zaman sekolah, kawan-kawan selalu tak faham bila aku cakap aku busy bila balik dari sekolah. Masa zaman sekolah, kawan-kawan selalu tak percaya bila aku kata aku banyak kerja waktu weekend.

Aku malas nak cakap banyak, sebab aku tahu diorang memang tak mampu faham keadaan aku, family aku. Parent diorang kerja kat office, bukan berniaga macam parent aku. Diorang tak pernah dapat imagine macam mana hidup cara aku, sebab tu diorang merungut. Jadi tak perlu la aku sentap dengan diorang. Janji waktu diorang perlukan aku, aku ada. :)

Masa zaman diploma, kawan-kawan rasa aku diam menyepi bila cuti sem. Masa zaman dip, kawan-kawan tak tahu aku sibuk tak terkata. Masa zaman dip, kawan-kawan pelik bila aku tak dapat ikut pergi holiday.

Aku tak cerita betapa aku sibuk dekat rumah pada semua. Sebab kalau cerita pun, bukan semua mampu bayangkan. Apatah lagi faham. Dari zaman sekolah rendah, aku dah menolong Emak berniaga. Abang-abang aku pun.

Ingat lagi, masa aku darjah 1 sampai darjah 3, setiap kali bulan Ramadhan aku mesti akan lantik diri sendiri jadi assistant Emak, berniaga di bazar Ramadhan. Memang la seronok berniaga tu, nak-nak bila costumers puji aku rajin tolong Emak. Kihkihkih.

Tapi ada jugak masa-masa susah dan sakitnya. Pernah dulu, hampir setiap hari hujan lebat. Bila hujan lebat sangat, habis semua barang basah. Kulit popia kena simpan cepat-cepat, takut basah kena tempias hujan, tepung roti jala kena tutup cepat-cepat. Nanti boleh basi kalau kena hujan. Lagipun dengan angin kuat, nanti habuk or sampah sarap terbang masuk dalam tepung. Meja habis basah. Inti popia yang da siap sagat habis bertakung air. Rezeki tong sampah aja lah jawabnya bila dah bertakung air. Kuah kari and kuah manis roti jala kena cepat-cepat tutup. Walaupun dah turunkan payung, tapi tetap tempias hujan lebat kena pada meja, pada dapur, pada kami. Habis basah kuyup Emak and aku.

Bila hujan lebat macam ni, costumers pun tak ada. Siapa la nak pergi bazaar bila hujan lebat bagai nak ribut tu kan. Jadi bila hujan-hujan macam tu, memang tak boleh nak berniaga sangat lah. Lepas berbuka, kami kemas-kemas barang-barang semua dalam hujan jugak. Kemas then susun dalam troli lipat. Dah siap susun, tolak sampai rumah, yang lebih kurang 1km je dari bazaar (sebab kena ikut jalan raya, troli tak boleh nak lalu jalan short cut yang tak rata tu). Tengah-tengah tolak tu, tetiba ada lori nyaris-nyaris nak langgar kami. Sebab terkejut, tindakan reflex aku masa tu ialah tolak troli ke tepi dengan sangat kuat. Habis la jatuh semua barang dari troli. Nyaris-nyaris tong gas pun nak jatuh jugak. Tepung roti jala dah jatuh ke jalan tar and tumpah. Syukur la Emak langsung tak marah. Alhamdulillah hujan lebat, so tak payah la nak cuci jalan yang dah penuh dengan tepung tu. Sambal popia pun tumpah, kuah-kuah pun tumpah. Tapi masa tu Emak tak marah pun.

~macam ni lah troli tu~

Aku ingat lagi, Emak cakap, "Takpe lah, tepung roti jala tu kan kita memang nak buang pun bila sampai rumah nanti. Tepung tak boleh bawak ke esok. Sambal tu pun dah tak banyak. Emak memang nak buat sambal lain. Kuah-kuah tu biar la. Dah kena hujan, bukan boleh tahan lagi dah. Dah, takyah nangis. Meh tolong Emak kemas." Bayangkan lah, dah la banyak hari dah hujan. Kiranya niaga tak seberapa lah sangat. Tapi Emak tetap relax je, betapa Emak sangat bersyukur dengan rezeki dari Allah. Even hujan tu pun satu rezeki. Emak selalu cakap, hujan ni kan rahmat. Waktu langit terbuka luas sangat, agar kita boleh doa banyak-banyak pada Allah. Mungkin sebab tu, walaupun masa tu asyik hujan, Emak tetap setia sediakan segala benda untuk berniaga esok harinya.

Emak tu, nampak je macam tu. Tapi semangat Emak, kuat sangat. Kadang-kadang aku rasa macam Emak ni dah tak macam orang perempuan punya semangat. Tah semangat harimau kumbang mana lah Emak pinjam. Haha.

Dan aku juga tahu, Emak kuatkan semangatnya pun, semata-mata untuk aku, untuk adik beradik aku, untuk keluarga aku.

Aku juga tahu, Emak selalu over push herself semata-mata untuk kami. Kalau nak ikutkan kudrat, aku tahu banyak kali dah Emak dah over do. Tapi sebabkan semangat Emak, Emak gagahkan juga.

Sebab tu, bila sekarang ni Emak dah tak larat, asyik sakit-sakit, selalu cramp, cepat lengguh, aku akan rasa sakit sangat. Cuma aku tak mampu nak luahkan perasaan tu. Aku selalu rasa, Emak tak patut sakit macam ni. Ni semua sebab kerja kuat sangat waktu dulu-dulu la ni. Semua sebab aku, sebab adik beradik. Kesian Emak.

Sebab tu la, sampai ke besar pun, sampai dah sekolah menengah, sampai dah masuk universiti, aku tetap lebihkan keluarga dari kepentingan peribadi.

Ada orang order makanan, aku sanggup bersengkang mata tolong Emak masak, and prepare most of the thing. Sebab aku tahu, kalau biarkan Emak masak sendiri, Emak siapkan semua benda sendiri, nanti-nanti Emak sakit balik. Apa lah sangat kudrat Emak sekarang. Sedangkan aku ni muda lagi, kuat lagi.

Bukan semua orang ada peluang merasa hidup macam yang aku rasa ni. Sebab tu aku sentiasa rasa bersyukur dengan nikmat ujian serupa ini. Walaupun hidup kami tak mewah, tapi pengalamannya cukup mewah.

Betul lah cakap Emak masa hujan kat bazaar dulu. "Hujan ni rezeki. Walaupun bukan rezeki sekarang, tapi rezeki masa depan."

Masa Emak cakap dulu, aku ulang banyak kali. Sebab aku cuba nak fahamkan. Tapi tetap tak faham. Time goes by, later on bila aku dah makin dewasa, baru aku nampak. Betul lah hujan tu rezeki, betul lah hujan tu rahmat. Kalaupun bukan sekarang, tetap rezeki dan rahmat untuk masa hadapan. Sekarang aku boleh katakan yang banyak rezeki aku dapat. Walaupun kalau ikut logic akal, aku tak rasa aku layak dapat macam ni.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas semua rezeki dan rahmat yang tak pernah putus untuk hamba-hamba Mu, ciptaan-ciptaan Mu.

Hasbunallah wa ni'mal wakil. Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung.

Okay, jom perkuatkan lagi ibadah kita. Ramadhan dah makin ke penghujung. Belum tentu dapat jumpa Ramadhan lagi. Ramadhan ni pun belum tentu dapat di habiskan lagi. Ajal kan makin hari makin dekat. :)

Selamat beribadah. Ibadah-back-to-back gituh. Hihi.

Assalamualaikum and peace be upon you. :)

Thursday, 25 July 2013

Random#8


[1]
Aku enggan
kau relakan
aku tinggal
kau kendongkan
aku lari
kau kejar

Wahai hitam
pergilah engkau
wahai gelap
lenyaplah engkau
wahai silam
kelamlah engkau

Putih suci
terang cerah
bahagia gemilang.

[2]
Lihat kertas putih ini
terkotor dengan setitik hitam pekat
langsung tak di pandang orang.
Tak apa
mari kita corakkan lagi
biar indah biar tersorok celanya
bersyukur dengan 'broken road'

Lihat tiang ini
telah cacat dek lubang nan satu
langsung hilang seri tiangnya.
Tak apa
mari kita letakkan paku
dan gantungkan ayat-ayat suci Al-Quran
moga-moga mata yang melihat ayat-ayat ini akan membacanya
moga-moga hati-hati yang membacanya akan semakin dekat dengan-Nya
bersyukur dengan 'broken road'.

p/s: Setiap makhluk di muka bumi ini telah di berikan module-module ujian dari Allah SWT. Telah dirancang khas dan khusus untuk setiap individu tersebut. Walaupun pernah lalu jalan jauh, masih boleh sampai ke destinasi terakhir. Walaupun pernah tersalah simpang, masih boleh U-turn semula. We should be bless the broken road. Itu kan pengalaman hidup kita. Jangan pernah fikir kita tak punya jalan pulang, tak punya ruang dan peluang untuk bertaubat. Allah sangat menyayangi hamba-hamba-Nya yang berbuat dosa lalu bertaubat dan istiqamah mencari keredhaan-Nya.

"But whoever repents after his wrongdoing and reforms, indeed, Allah will turn to him in forgiveness. Indeed, Allah is Forgiving and Merciful. Do you not know that to Allah belongs the dominion of the heavens and the earth? He punishes whom He wills and forgives whom He wills, and Allah is over all things competent." 
[5:39-40] ~Surah Al-Ma'idah, Verses 39-40~

Assalamualaikum and peace be upon you.


Alhamdulillah ;')

Assalamualaikum and peace be upon you.

Ye, tetiba these day rajin online kan. Itu kerana, hari-hari kena hadap lappy siapkan report SIT. Alhamdulillah, siap juga akhirnya selepas re-do entah untuk ke-berapa kali, disebabkan diri sendiri tak puas hati dengan report yang diri sendiri buat. Okay ayat tunggang langgang, maafkan beta. >.<

Letih menghadap lappy, tu yang ayat pun lebur macam besi kena masak dengan suhu mencecah 500degC.
Alhamdulillah, walaupun petang tadi rasa macam nak berbuka puasa dengan report ni sebab sedih tak boleh nak buat page break, tah kenapa tak jadi-jadi, sekarang dah siap. Hopefully esok kalau kena tukar-tukar pun, sesikit sudah lah. tak larat dah, kerja lain semua tertangguh.

Next week insyaAllah UTP SV akan buat 1st visit. Berdebar gak la nak buat presentation kat lecturer yang tak pernah-pernah aku kenal before this.

Okay meh aku share gambar biskut puasa.

gift from CPOC management for Ramadhan. 

Actually dah seminggu dapat biskut ni. And dah selamat dah aku, Along, Kak Ummul, Afrina and Adriana ngap. Kihkihkih. Busy kot. Tu yang tak sempat-sempat nak share gambar ni. Haha. Actually aku hampir-hampir lupa pun nak ambil gambar ni. Tapi bila kena cari gambar events yang host company conduct utk staffs, dtg la idea nk jadikan biskut-biskut ni as model. Thanks to Syazwan sebab tolong ambilkan gambar. Gift ni pun dia yang punya. Aku punya last week lagi da selamat di baham oleh kami berlima. Haha.

Apapun, meh kita review balik ingatan kita kat mana sekarang. Waktu sakit few days back, tak putus-putus berdoa pada Allah supaya cepat sembuh, report tak siap lagi, this week submission. Sekarang dah hilang sakit, lupa dah nak berdoa? Lupa dah nak bersyukur?

Ye, aku ni manusia, cepat lupa. Tapi semoga aku tak lupa untuk terus berdoa setiap saat, di waktu senang dan susah. Semoga aku tak lupa untuk bersyukur, atas ujian, atas kesenangan. Alhamdulillah. Allah Maha Besar. :)

And (remember) when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you (in favor); but if you deny, indeed, My punishment is severe.'  
[14:7] ~Surah Ibrahim, Verse 7 ~


Okay, esok kerja. Tak moh bangun lambat.
Assalamualaikum and peace be upon you.
Take care. ^_^

Monday, 22 July 2013

Sakit Itu Kaffarah Dosa

Assalamualaikum & peace be upon you.

Selamat berbuka puasa untuk muslimin dan muslimat semua ye.. :)

Ye, hari ni aku tak pergi kerja, aku tido je.. Sampai asar tadi. Pagi tadi aku bangun pukul 6.15 a.m. Semangat nak pergi kerja memang dah datang dari semalam lagi. Sebab hari ni kan Isnin, permulaan hari bekerja, semangat kena menggunung. Nak-nak minggu ni sangat la menggujakan aku. Aku nak practice presentation untuk non-engineer staffs regarding process flow gas kat process plant sana tu... Tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Bangun-bangun tidur, perut sakit sangat-sangat. End up Along bawak pergi klinik. Doktor kat klinik suruh pergi hospital lepas inject ubat tahan sakit. Okay, Alhamdulillah, sakit makin kurang, tapi mengantuk jangan cakap la. Kat hospital macam-macam dah kena buat. Ambil darah, urine, X-ray.. Dari pukul 8 macam tu, sampai 12 lebih, baru dapat balik. Sampai rumah, aku sambung tidur. Syukur Alhamdulillah, dapat MC. Kalo tak, terpaksa la potong cuti raya. Dah la aku apply cuti raya awal gila. Hehe.

Bukan sengaja pun nak apply lama-lama. Cuma Emak tak sihat sekarang, jadi kena la balik rumah awal. Nak tolong kemas rumah, kemas bilik, cuci segala langsir and kain sarung kusyen. Dapur nak kena kemas. Aku kan dah lama tak balik rumah, for sure la banyak benda tak settle kat rumah tu. Kesian Emak. Kaki bengkak pun tak surut-surut lagi. Wah tak sabarnya nak balik. Paling tak sabar nak bawak Emak pergi pasar pagi-pagi. Aku bukan suka pun hiruk pikuk pasar, tapi kat Manjung tu tak macam kat Klang, pasarnya tak sehinggar binggar kat Klang, sebab tu aku suka. Nak gedik-gedik pilih apa benda untuk buat lauk pun boleh bila aku ikut Emak. Wahaha.. Rindu Emak.. =_='

Berbalik pada sakit perut tu. Aku dari kecil memang selalu sakit perut. And sekali sakit memang la kena tahan wad. Bila da besar ni Alhamdulillah jarang dah kena tahan, walaupun kadang-kadang doktor nak tahan. Tapi aku kan mulut manis. Kihkihkih.

Aku ni nakal. So kadang-kadang aku buat something yang memudaratkan diri aku balik. Mungkin ini la satu dari ujian Allah untuk aku. As a kaffarah dosa-dosa kecil aku ni. Kan dalam surah Ass-Shuraa, ayat 30 [42:30], Allah berfirman, "And whatever strikes you of disaster, it is for what your hands have earned, but He pardons much."

Jadi bila kita buat sesuatu yang memudaratkan diri, itu la sebabnya kita sakit. And disebabkan itu, Allah ampunkan dosa-dosa kecil kita iaitu dosa-dosa melakukan sesuatu yang memudaratkan diri. Tapi semua tu bergantung pada kesabaran diri juga. If kita sakit, and dalam pada sakit tu kita maki hamun semua benda, kita salahkan takdir, kita salahkan Allah (Nauzubillah minzallik) atas ujian sakit ni, tak ada la makna kaffarah dosa kat situ.

So ladies and gentleman, lepas ni kalo sakit, perbanyakkan sebut nama-nama Allah, okay..?

Istighfar, selawat, tahmid, tahlil, takbir. Semua tu mampu menjadi penguat diri untuk tahan sakit. Believe it. :)

Okay, sila get ready untuk berbuka. Take care of yourself k.



Assalamualaikum and peace be upon all of you.

Tuesday, 2 July 2013

Waktu-Waktu Merepek

Assalamualaikum & peace be upon you.

Aku post new entry ni kat office. Bukan sebab aku tengah bosan tak ada kerja. Kerja tak siap lagi ni. Tapi aku nak gak type. Hehe.

Dah sebulan lebih intern. Dah dua kali merasa masuk ofis pepagi buta then balik lewat dah gelap. Kelaur rumah waktu matahari belum tunjuk seri, balik waktu matahari dah mengundur diri. Semuanya disebabkan kerja urgent last minit dapat dari bos. Tapi bos pun tak salah la, sebab memang benda mengejut. Bukan aku je terkejut. Satu company ni terkejut.

So far intern so-so la. Can't say that it was exciting all the time.. and can't also said it was boring all the time. Ada masa rasa malas je nak iron pakaian bagai ni suma. Tapi so far aku tak da la rasa bosan sangat macam time study.

Maybe because there always have new events, new issues, new things to learn. And of course not using books, macam waktu belajar. That was a relief, tahu?!

Baru aku sedar yang sebenarnya nafsu belajar aku makin merudum. Baru aku nampak sekarang. Nampaknya aku kena consider balik la target untuk sambung master yang kononnya dulu aku nak ambil around a year lepas start kerja tu. Hurm.... maybe 2 or 3 years after start working kot baru sambung master.

So, lepas da hampir dua bulan intern ni, and dah merasa first gaji (poyo sebut gaji, padahal allowance je pun), rasa bersyukur sangat. And rasa macam tak sabar nak kerja. And the most unbelievable is; mindset aku selama ni yang kerja ofis ni bosan gila dah bertukar. Stigma yang aku nampak selama ni dah berubah. Not really bad la kerja kat ofis ni eventhough tak merasa sangat kerja-kerja teknikal.

Memang agak susah actually nak merasa kerja yang betul-betul teknikal kalo kat company aku ni. Sebabnya kerja operation banyak kat offshore je la. Kalo design lak guna vendors je. So kalo nak belajar semua tu, just in theory je. Sebab UTP tak provide insurans yang cover students pergi offshore, jadi company aku tak nak ambil risk. Makanya tak dapat lah aku pergi offshore.

Kat department aku ni, kalau engineers, sorang je perempuan, which is SV aku. Yang lain suma lelaki. But they all are kind. Hehe. Engineers dari department lain pun baik-baik gila. Bila aku tak faham apa-apa, aku tanya je, diorang akan cuba jawab, kalo tak pasti, diorang akan kasi tau aku pada siapa aku boleh rujuk untuk soalan tu. Kakak-kakak kat sini pun ramah-ramah gak. Tak kira la department mana pun. Tu yang best tu. Hehe.. Senang cerita, environment ofis macam ni memang menyenangkan sesape je aku rasa.

Next week dah start bulan Ramadhan. Kena terus berdoa agar Allah rezekikan Ramadhan buat aku, buat kita semua. Tapi andai kembali ke sisi-Nya is the best for me, doakan kesejahteraan aku ye. :)

Setakat ni, aku belum pernah lagi balik Manjung, sejak aku datang KL 5th May lepas. Asyik parents aku je yang turun KL ni ha. Rindu nak balik Manjung actually. Rindu katil, rindu bantal peluk, rindu nak gomol Din, rindu nak sakat Garfield, rindu nak lepak kat Teluk Batik, rindu nak drive bawak mak ke pasar. Rindu rindu rindu. Nanti raya pun bukan dapat cuti panjang. I am sad. T_T (okay gedik)

Aku baru habis baca satu novel ni. Kalo aku type nama novel or penulisnya, confirm ramai yang kenal. Jadi untuk mengelakkan korang tahu apa yang aku rasa, aku tak moh kasi tau title novel tu. Hehe.

Bila baca novel tu, setiap kali watak tu rasa sedih, sunyi, sepi, tension, mesti dada aku pun rasa sesak je. Sebab watak tu 75% persis keadaan aku, dulu. Situasi yang dia lalui, lebih kurang aku. Aku terasa macam baca cerita yang sangan familiar dengan surrounding aku. Cuma ending nya lain. Hehe.

Malam tadi baru aku perasan yang aku hampir-hampir lupa keadaan aku satu masa dulu, bila sekarang segalanya mula beransur-ansur menjadi baik. Walaupun perlahan-lahan dan berdikit-dikit.

Dah, tutup cerita tu. Btw, aku jarang online sekarang. Sebab lappy aku kat adik. Actually during weekdays aku online je hari-hari kat ofis. Tapi setakat buka gmail je la. Sebab FB twitter bagai tu kena block kat ofis ni. Paling-paling kalau ada masa senggang, aku bukak la websites news yang macam-macam. Sebab kang jadi katak dalam kaca lak kalau tak tau isu semasa. Kalau da banyak sangat masa senggang, aku layan la blog pulak, sekadar blog walking. Tapi hari ni terajin lak nak post entry. Hahaha.

Okay, sambung kelija (kerja). Ada kerajinan, insyaAllah aku post new entry. Entry yang pending berbulan-bulan. Till next post, kay.

p/s: " No bond-bond is sweeter than our bond". Ini tercetak pada mug aku yang adik aku hadiahkan. Mula-mula baca, rasa geli yang amat. Meremang bulu roma aku. Tapi bila duduk buat kerja yang macam nak pecah mata ni, then pandang ke mug tu, mula la sengih sorang-sorang. Wahaha. Thanks dear for the gurly pinky mug ni.

Assalamualaikum & peace be upon you. (^.^)

Thursday, 9 May 2013

24

Assalamualaikum and peace be upon you.

Hari ni aku post 2 entries terus. Kang kalo aku post semua cerita dalam 1 entry, panjang tak hinggat pulak kan. Pas tu semua benda bercampur baur. Ada pulak pergi PM aku nanti cakap serabut baca cerita aku yang tak da isi berfokus. Aish, susah buat blog ni. Aku cuma type apa yang aku nak. Tapi end up kena jugak fikir tentang hal-ehwal pengguna (pembaca) blog ni jugak. Hurm.. hurm... hurm...

Kelmarin (705; asyik 505 je, nak gak 705 :P ), ulang tahun Puan Emak melahirkan aku. Kalau ikut kelender Masihi la. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas rezeki nyawa ini. Terima kasih Puan Emak membesarkan saya sampai sebesar sekarang ni (memang besar sangat). Terima kasih Encik Bapak dan adik beradik sebab didik and jaga saya selama ni.:)

 Since aku stuck kat KL ni, aku pun merayau la di hari ulang tahun aku. Mula-mula aku ambil bas ke LRT Taman Paramount. Then dari sana aku naik LRT ke stesen KLCC, sebab aku nak set time berapa lama masa aku perlukan untuk pergi kerja. Sampai stesen KLCC, aku tak keluar, terus pergi platform sebelah, patah balik ke stesen Pasar Seni, sebab aku nak buat kad rapid. Tapi rupanya kad rapid untuk students ni perlukan surat dari company if universiti student tu luar dari Lembah Klang. Aku pulak tak tahu, jadi aku cuma bawa copy IC and metric card je. Jadi aku pun belah je la. Tapi kan, masa aku keluar je dari LRT kat stesen Pasar Seni tu, aku nampak ini:

~Malaya Heroes~

~ ("\(^_^)/") ~

Okay lepas kiciwa (kecewa) sebab tak dapat buat kad, terus beli token semula. Destinasi seterusnya ialah KL Sentral. Kat KL Sentral, tukar naik komuter pulak. Sebab nak pergi Mid Valley.  Niatnya pergi sana sebab nak pergi Daiso. Nak beli hadiah untuk diri sendiri, untuk mudahkan proses simpan barang-barang kat rumah ni. Tapi masa dalam LRT ada orang mesej. So tambah satu lagi plan. Jumpa someone yang I should not see anymore. Haha. Apapun, plan aku untuk shopping sensorang berjalan lancar. Hamba Allah tu sampai lepas aku dah selamat cari hadiah untuk diri sendiri. Menjelang pukul 1.30pm aku dah habis segala plan, so aku nak balik. Hamba Allah tu pun nak kena solat and balik office. So we decide to leave first. Dia ikut jalan dia, aku ikut jalan aku.

Macam biasa, ambil semula komuter balik ke KL Sentral. Masa tengah beratur nak keluar, aku dengar lagu kegemaran aku. Rupa-rupanya ada orang tengah wat live show. Aku tak tau la itu pun di panggil busking ke tak, sebab sensorang je. Tapi yang aku tahu, aku suka sangat. So aku pun lepak depan performer tu sampai habis lagu tu. Such a big present pulak aku rasa. Thanks Pakcik for the nice song and beautiful voice.

~Pakcik yang perform lagu kegemaran aku tu~

Lepas layan feeling dengar lagu dari Pakcik Busking tu, aku pun beli token untuk naik LRT balik ke Taman Paramount. Sampai Taman Paramount tu dalam pukul 2.20pm tapi kena tunggu bas sampai pukul 3pm baru bas nak gerak. Sepanjang menunggu bas tu, aku duduk kat bus stop dengan budak-budak sekolah yang tengah melepak sambil hisap rokok. Sedih tengok budak-budak tu macam tu.

Sampai rumah, dua orang budak kecik yang comel menanti aku. Sampai je depan pintu rumah, ada orang menjerit, "MAMAAAAA... Heeeheee.." Terkejut aku. Haha.

~Pertahanan aku runtuh bila dua budak comel ni menyerang~

Okay, meh aku kasi tau 2 benda. Yang pertama, masa umur aku genap 24 tahun ni lah first time aku naik LRT. Dah la tak pernah naik LRT, tempat ni pun asing tahap apa tah bagi aku. Tapi aku punya relax main redah je masa tu, aku sendiri tak faham. Haha. Selama ni kalau nak pergi mana-mana yang tak boleh sampai hanya dengan komuter, memang lah aku mengharap pada abang-abang or insan-insan tertentu untuk bawa aku. Tapi sekarang ni nak kerja babe. Tak kan hari-hari nak harap orang? Tak payah kerja la. Haha

Yang keduanya, aku sekarang tinggal dekat PJ, Petaling Jaya ek, bukan Pandamaran Jaya. Menumpang hidup dekat rumah Along, InsyaAllah sampai December nanti. Sebab aku kena buat Industrial Internship kat KL. 8 bulan pulak tu kan. Tahun depan InsyaAllah jadi final year student. InsyaAllah. :)

Minggu depan start internship. Esok kena pergi office tu kejap. Tapi hari ni belum rasa berdebar lagi. Apakah. Haha.

Okay, till next post.

~Gambar sekadar hiasan. Ini benda yang aku sangat suka.~

Assalamualaikum and peace be upon you. ("\(^_^)/")


GE and Me (and My Family) (o_O)/")

Assalamualaikum and peace be upon you.

Yeah, so ahad lepas (5th May 2013) rata-rata majoriti rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas dah dapat merasa pewarna kuku (pewarna jari?) colour biru kat sebelah jari telunjuk masing-masing. Hehe. Aku pun merasa gak. Tapi aku punya tak comot sangat macam parent aku. Sebab nya aku kena balloting kat pusat lain, parent aku kat tempat lain.
~Lepas balloting. Puan Emak tak puas hati sebab inai biru aku and Angah sikit je, tak comot~

 Actually pusat mengundi aku kat Pandamaran, bukan Manjung. Sebab aku masih tak tukar alamat lagi. And sometimes I feel like I don't want to change it. Sebab aku rasa lepas habis study nanti, mungkin aku akan kerja kat area Selangor or KL gak kan. Tapi InsyaAllah by the end of next year akan habis. Masa tu kita tengok lah macam mana, kat mana aku akan settle down. Hehe.

By the way, kami gerak dari Manjung lepas subuh. Then singgah rumah Along dulu since aku nak kena turunkan barang-barang aku. Alang-alang dah sampai rumah Along, semua orang rehat-rehat dulu. Tengahari baru gerak ke Klang. Mula-mula hantar Encik Bapak pergi mengundi, then Puan Emak, after that baru aku and Angah since kitorang kat tempat yang sama. Waktu aku sampai kat pusat balloting tu, dah pukul 3.25pm dah pun. memang lenggang je la tempat tu. Sampai-sampai terus kasi IC then terus masuk saluran aku. Dalam masa 2 minit, tanggungjawab aku kali ini dah berjaya aku jalankan. (Ceh ayat nak poyo. Ye aku poyo (^_^)/"))

Lepas tu kami gerak ke bandar Klang, sebab Puan Emak nak beli kain. Every time turun Klang mesti beliau nak beli kain. Mentang-mentang kat Manjung tak banyak kedai kain. Aku pulak sibuk cari kasut. Nak pakai pergi kerja. Oh, semestinya lah aku dapatkan sponsor dari orang since aku kan student lagi, belum merasa gaji. [$_$]

So berjayalah aku beli 2 pasang kasut dengan hasil usaha paw duit Encik Bapak. Mekasih Pak for your money. Hehe. Then pergi makan. Habis makan gerak ke Kapar pula. Lepas tu otw balik, aku gedik mintak kat Angah nak turun Klang semula. Nak cari stokin baru. Hehe. Okay lepas tu kami betul-betul balik rumah Along. Syukur Alhamdulillah walaupun asyik jammed je kat kawasan Kg Tunku dari pagi, tapi kitorang berjaya sampai rumah before pukul 8pm. Sebab Encik Bapak cakap mesti balik before lewat malam. Takut lah kalau-kalau ada riot ke, nanti kami stuck pulak. But Alhamdulillah tak da pape.

Owh, masa kami tunggu Encik Bapak balloting, aku perhatikan 3 orang budak muda ni, Chinese, 2 lelaki 1 perempuan. Muda lagi. Aku rasa paling tua pun umur diorang mesti sebaya aku. Aku perhatikan sebab diorang pegang bendera PAS, PKR and DAP, sambil pakai topi maskod DAP tu. 1st aku nak cakap, topi tu comel gila. Aku rasa macam nak mintak je kat diorang, tapi segan. T_T

2nd, aku rasa terharu sangat bila seorang dari mereka memang bersemangat gila kibarkan bendera PAS. Even aku pun tak buat macam tu. Malu aku rasa. Aku tunjuk thumb ups kat dia, lagi semangat dia kibar sambil senyum kat aku. Yeah, semangat IniKalilah memang membara-bara dalam diri beliau. Tak sesia usaha  diorang. PR berjaya maintain Selangor bawah diorang. Yeayy.. ^_^

Sampai hari ni masih ramai yang bercakap pasal result GE13 ni. Tapi apa nak pelik, ini kan Malaysia :)
Malam tadi kat Kelana Jaya (10 minit daru rumah Along) banjir dengan gelombang hitam kan? Actually aku terfikir nak pergi, tapi tak ada teman. Cuma doa je yang aku mampu salurkan kat diorang malam tadi. Alhamdulillah, tak ada pape kejadian buruk jadi.

Semalam ada kawan sekolah aku tanya sejak bila aku suka cakap pasal politik sedangkan dulu aku ni anti politik. Well, manusia setiap hari akan dapat pelajaran baru dalam hidupnya. Same goes to me. Selama ni aku nampak je segala benda selingkuh yang berlaku dalam negara kita ni. Dari zaman sekolah lagi aku nampak semua ni. Dari zaman budak-budak lagi aku selalu dengar semua ni. Sebab tu aku benci. Tapi benci aku pada politik takkan mampu ubah apa-apa. Langsung tak.

One day, seorang staf UTP cakap kat aku, belajar political science ni bukan bermaksud akan jadi ahli politik or penganalisa politik. Dan bila bercakap pasal politik ni, jangan pernah fikir politik ni kotor. Politik ni sangat bagus. Tapi orang-orang yang berkecimpung dalam arena politik ni yang akan mencorakkan pandangan umum kepada politik.

Bila aku dengar ayat encik tu, aku terfikir. Konsepnya sama aja lah dengan agama. Aku orang Islam. Aku tahu betapa indahnya Islam ni. Aku tahu betapa Islam ni sangat agung. Betapa Islam ni dah cukup sempurna. Betapa Islam ni mengandungi nilai-nilai moral dan akhlak yang sangat baik, cantik, daboom.

Tapi tengok lah penganut agama suci ni, yang kita kenali sebagai Muslim. Muslim yang ada sekarang, rata-rata tak menggambarkan agama Islam yang indah ni. Muslim sekarang gagal untuk bentuk Islam yang sebenar dalam dirinya. Aku tak cakap jauh, tengok lah diri aku sendiri. Sedih, tapi ini lah hakikat. Bila orang salah faham dengan Islam, kita marah, tapi cuba check semula diri kita. Cukup menggambarkan akhlak seorang Muslim, seperti Rasulullah Sallallahualaihiwassalam?

Haaa, so dari situ lah aku start berkecimpung dengan cerita-cerita politik ni. Tak terasa susah sangat untuk aku sebab aku dah terbiasa follow isu-isu semasa. Jadi aku tahu mana nak cari sumber-sumber dari pro-BN, pro-PR, and berkecuali.

Okay, cukup lah sampai situ aku cerita macam mana aku boleh nak cakap pasal politik ni. Conclusion yang aku boleh buat ialah, aku sedar sampai satu tahap, bila kita dah matang sebagai seorang rakyat yang faham hak dan tanggungjawab kepada negara, kita dengan sendirinya akan cuba fahami kenapa perlu untuk bercakap dan ambil tahu mengenai politik negara. Aku ulang balik, 'Matang sebagai seorang rakyat yang faham hak dan tanggungjawab kepada negara'. Kalau ada si 'bijak' tanya balik, "Kalau tak suka or tak cakap pasal politik, means tak matang lah, macam tu?", memang aku cili mulut dia, then seret dia masuk kelas Bahasa Melayu Tahun 3.

Okay, till next post pulak.

Assalamualaikum and peace be upon you.

Tuesday, 26 March 2013

Saat pintu langit terbuka luas

Luar jendela
langit menebar rahmat ke seluruh bumi
atas arahan Ar-Rahman
hujan menitis ke bumi
pintu langit terbuka seluasnya

Memandang ke langit Illahi
air mata menitis laju
betapa Allah amat mengasihi hamba-Nya
tak di biarkan hamba-Nya terus menangis, terus merintih
Dia sentiasa membuka pintu taubat kepada semua hamba-Nya
tiada pilih kasih, tiada kompromi
siapa sahaja, siapa sahaja
yang meminta keampunan dari-Nya
Dia pasti memberi

Taubatlah sebanyaknya
doalah selama mana
rintihlah semahunya
sujudlah semaksimum mungkin pada-Nya
sentiasa juga Dia mendengar
sentiasa juga Dia menerima
sentiasa juga kita bersama-Nya

Allah, Allah, Allah
cinta-Nya, kasih-Nya, sayang-Nya
sentiasa juga untuk kita
hamba-hamba Nya.

p/s: Alhamdulillah, Allah masih menurunkan hujan di saat ini, masih memberi rahmat-Nya, masih membuka pintu langit seluas-luasnya untuk kita berdoa dan merayu keampunan dari-Nya.

Monday, 25 March 2013

Random#7

[1]

Saat dua jasad berpelukan
berpegangan tangan
tanpa sebarang ikatan
dalam keadaan yang tak halal
bahagia yang terasa hanyalah seketika.

Saat pelukan terungkai
saat genggaman tangan di lepaskan
bahagia pun hilang
hanya gusar yang bersarang.

Adakah bahagia itu akan terus kekal?
Adakah pelukannya, genggaman tangannya, cintanya, kasihnya, hatinya,
akan terus kekal?
Adakah dia akan kekal dimiliki?

[2]
Bahagia ku hilang
di telan gusar.

Aku benci hidup kegusaran, ketakutan
dia, tetap belum ku punya.

Segalanya salah
segalanya dosa dan noda.

Aku perlukan cinta yang tak perlukan gusar
cinta yang sentiasa bahagia
cinta yang tak bergelumang dengan dosa dan noda.

Bukan cinta dia yang buat aku bahagia
tapi cinta yang aku biarkan sepi selama ini yang perlu ku baja.

[3]
Allah ampuni ku Ya Allah
menolak cinta-Mu yang sangat mahal tapi halal, indah dan bahagia.

Tiada gusar kehilangan cinta
tiada takut terlepas kasih
kerana Allah sentiasa mencintaiku.

Ampuni dosa dan noda ku selama ini Ya Allah
berikan aku peluang
untuk menyemai cinta-Mu ini Ya Allah

p/s: Monolog 2 jiwa, di 3 waktu berbeza.