Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Blog's Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 29 April 2014

Random #9


"A new day gives a new chance, a new day gives a new hope, a new day gives you a new chance and hope to find happiness."

Assalamualaikum and peacebe upon you.

Friday, 25 April 2014

Expect Nothing from Others

Assalamualaikum & hi peeps ^__^

*Ambil bulu ayam dan kibas-kibas habuk di keliling*

Actually sekarang tengah study exam week (walaupun 'week', tapi sebenarnya exam kat sini 6 hari je).
Tapi demi seseorang, aku post jugak la satu entry to cheer her up, hopefully. Ngeheee >.<

In few days from now, InsyaAllah aku akan sambut jubli perak nyawa yang di pinjamkan-Nya pada aku kat dunia ni untuk kumpul bekalan kat alam seterusnya nanti. So aku assume aku dah 25 je la dalam entry ni ye, because I can say that ada high possibility yang aku tak sempat nak post next entry dalam masa terdekat nieh =P

>> Naq, kenapa saya je yang selalu cerita masalah saya pada awak? Awak tak ada masalah ke? Ke awak tak nak share masalah awak dengan saya? <<
Ni petikan dari conversation aku dengan seorang teman, hujung bulan lepas. Well, mana ada manusia yang Allah tak uji dengan masalah. Kalau ada, sure orang tu ada masalah besar, sebab dia rasa dia tak pernah ada masalah. Hihi.

So basically aku pun ada je masalah-masalah aku sendiri. Dari masalah nak pilih air tin mana nak minum dalam kereta, sampailah ke masalah yang aku gatal cari sendiri (okay ni example poyo je, takkan aku nak story masalah aku kat sini pulak kan *buat tanda peace*).

Well, as a normal homo sapiens, kita grow up, kita semakin matang, dan kita semakin tinggi skill untuk handle masalah. Itu yang aku belajar dari perkembangan akal. Dulu, masa zaman kecik, zaman baru nak up, bila aku rasa ada masalah, aku suka keluar dari tempat masalah tu, dan lepas tu aku fikirkan apa yang patut aku buat untuk solve that so called problem. Aku tak boleh nak solve masalah aku tu kalau aku stay kat situ, sebab emosi aku akan kawal diri aku. And aku suka analyst masalah aku ni dengan compared kan masalah aku dengan masalah or hidup orang lain di keliling aku. Dari situ aku akan fikir kan pros and cons setiap keputusan yang aku ambil. Nampak tak, betapa complicated cara aku berfikir zaman kanak-kanak sampai zaman remaja dulu.

Tapi makin besar (besar akal berkadar langsung dengan besar badan kot), aku makin mudah nak handle masalah aku. Jarang sangat aku perlu pergi ke tempat lain semata-mata untuk settle kan masalah aku tu. Aku boleh duduk kat depan masalah tu sambil fikir way-out masalah tu. Dan selalunya aku masih boleh kawal emosi aku on that situation, Alhamdulillah. Dan kalaupun aku tengah serabut pikir solution nya, aku masih boleh melayan kawan-kawan sebab aku boleh asingkan dua hal ni dan boleh handle dua benda ni dalam satu masa. Such a gift from Allah. :)

Dan untuk pastikan hidup aku kurang complicated, aku suka pegang satu prinsip,
"Expect nothing from others, and you will never be disappointed."

Kalau sesuatu tu memang rezeki untuk aku, Allah akan bagi pada aku, walaupun orang-orang keliling tak mampu tunaikan. So tak perlu nak runsing dan ragu-ragu. Janji aku ada usaha dan percaya pada Allah.

Sejak da besar ni (ehemm, turning 25th pun tak lama lagi), aku makin rasa mudah untuk nak gembira, which is meraikan je orang keliling aku ni. Yes, I do agree, sometimes bila kita selalu meraikan orang keliling ni, ada masa-masanya kita akan rasa diri kita sendiri tak di raikan. Tapi kita ada power untuk meraikan diri sendiri. So sometimes, just take few hours or few days untuk melayan kerenah dan kehendak diri, as simple as that. Kalau ada orang yang nak meraikan kita, please say Alhamdulillah. Itu rahmat dari Allah.

Haa, so bila kita bawak cara hidup yang simple and relax, insyaAllah kita akan ada banyak ruang untuk mendengar masalah dan kalau mampu, membantu meringankan beban orang keliling kita. Kan mudah tu. :)

Apapun, yang penting, pastikan kita kenal siapa diri kita. Dan hargai orang keliling.

To you, there has a quote saying that,
"Life doesn't have to be perfect, but to be wonderful."
Selagi mana kita merasa hidup kita sentiasa penuh dengan masalah dan ujian, tak seperti orang lain yang sentiasa tersenyum dan ketawa, selagi tu la ada awan gelap tengah get ready nak turunkan thunderstorm kat atas kepala kita. Dan percayalah, orang-orang yang banyak ketawa tu pun sebenarnya banyak simpan kesan-kesan luka dalam hati mereka. Just they don't show to others.

One thing for sure, Allah ada beri janji-Nya pada kita, please refer to Surah Ali-Imran, Ayat 139.
"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."

Bukan calang-calang janji tu, bukan janji dari manusia, tapi dari Allah. So my dear friend, please put a smile pada wajah awak semula. Dan jangan pertikaikan ujian awak dan kehidupan orang lain. Semua orang di uji dengan ujian yang dia mampu. Kalau masalah awak lebih besar dari orang lain, tu maknanya Allah tahu yang awak lebih kuat dari orang lain. <*_*>v

Okay, dah penat menggoreng. Jom study Chemical Analysis pulak.
*mata berair mulut menguap*

Assalamualaikum & peace be upon us. =)