Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 29 June 2015

Membuli di Federal Highway.

Assalamualaikum & morning..

Sepatutnya aku dah tidur sekarang sebab esok keja. Tapi sebab terkejut tak hilang lagi, aku tak boleh nak tidur.

Tadi otw balik dari Shah Alam ke rumah aku di Kelana Jaya, aku kena langgar. Entah la kalau ikut kamus polis aku di kira di langgar atau melanggar. Tapi dari diri aku sendiri, aku tahu aku yang di langgar.

Yang melanggar tu lori Airpak, aku kejar suruh beehenti tapi dia lari. And kereta tu pun dah tak mampu nak kejar lagi sebab teruk sangat dah. Sebab aku tengab terkejut sangat, nombor hujung plat no tu aku tak berapa ingat dah. Aku ingat yg depan je..

Driver and kelindan tu dua-dua orang kita.. Islam.. Melayu.. tapi perangai macam hape je.. suruh berhenti konon die nak berhenti, tapi lastly dia lari.. Mujur la aku pakai seat belt and pegang stering kuat-kuat bila dia langgar. Kalau tak mungkin aku pun dah langgar kereta kiri.. Bunyi accident tu kuat sangat, body dia langgar body aku, takkan dia tak perasan kan. Lepas tu bila aku kejar suruh berhenti tepi, konon nak berhenti. Lastly lari. Allahu.. Aku takkan lupa kan orang tu..

Abang aku kata kalau report polis pun, nanti aku gak yang kena saman sebab style polis, kalau tengok kesan accident belah depan macam tu, diorang akan anggap kita yang salah.. and kita la yang akan kena saman 300 nanti.

Serius aku memang tak suka sistem macam ni. Langsung tak ada keadilan. Dah terang-terang orang tu langgar and lari. Abang aku suruh relax dulu hilangkan terkejut dulu. Esok dia tolong aku untuk uruskan hal kereta.

Aku baru rancang nak balik kampung weekend ni. Tapi kereta da tak boleh gerak da skang. Nak tunggu kereta tu siap dengan time bulan puasa ni, abang aku kata dekat 3 minggu gak. Hurm dah la aku nak kena pindah rumah malam esok.

Rasa serabut gak la bila kereta tak ada, and barang-barang nak kena angkut untuk pindah. Moga Allah permudahkan.

Aku tak suka duduk KL.. And now aku makin tak suka duduk KL.. so many selfish people here.!! Ya Allah murahkan lah rezeki ku di tempat lain.

T_T

Apapun alhamdulillah Allah lindungi aku dari injury atau orang yang nak ambil kesempatan.

Kawan-kawan yang ladies ni kalau drive sensorang then accident, kalau kereta tu masih mampu nak kejar kenderaan yang langgar tu pun, sekadar kejar untuk dapatkan no plat nya dah la. jangan mintak dia berhenti. Banyak sebabnya. First maybe korang akan kena tipu macam aku tadi. Konon nak berhenti tapi tak berhenti. Second takut diorang tu ada senjata ke orang jahat ke (kalau dah langgar n lari tu aku dah cop orang jahat dah.) Third bila makin lama ko try kejar orang tu, otak ko akan makin berkecamuk. Dengan terkejut dah mula bagi effect kat satu badan jadi shaking nya, dengan ko da mula rasa kereta ko da tak boleh gerak dah, dengan ko tension orang tu nak lari nya, last last ko yang start tak boleh ingat no plat orang tu. Haa handphone tu walaupun ko bukan jenis yang main phone while driving, tapi sila letak kat tempat senang nak capai. Senang nak amik gambar ke apa ke bila jadi macam aku tadi. Aku simpan dalam handbag, so memang tak dapat nak ambil dah la.

Well, I'm not that good and kind heart, so sampai sekarang aku still rasa aku akan tuntut salah diorang tu, kalaupun bukan kat dunia ni, tapi kat padang masyar tu aku tunggu. Hopefully bila aku da hilang terkejut ni nanti aku boleh maafkan korang.. if i can laa..

Tolong la be responsible atas salah yang kita buat. We didn't seek your nyawa what so ever pun. Just stop there and minta maaf, admit kesalahan, bincang either nak report or nak settle sendiri2 je, tu je. Kalau sikit je kesan dari accident tu tak pe la jugak. Ni habis body kereta aku kot.

Tolong la jadi manusia mature yang boleh bertanggungjawab atas kesalahan sendiri.

Ok assalamualaikum.