Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Blog's Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 6 May 2012

Mati Itu Tak Kira Usia

Assalamualaikum & hai.

Short entry. Tadi petang aku dapat tau dari adik aku yang seorang kawannya meninggal dunia kena langgar lari. Then sekejap tadi adik aku kasi tau sorang lagi kawan dia yang sama-sama terlibat dengan accident tu pun meninggal dunia. And after that kawan sekolah rendah aku kasi tahu juga tentang ni. Baru lah aku tahu yang arwah kawan adik aku tu rupanya adik kawan aku sendiri.

Dua-dua yang terlibat dengan accident ni baru 18tahun, tahun ini. Sebaya adik aku. Umur yang kita rasa sangat la muda untuk dipanggil oleh Yang Maha Pencipta. Tapi hakikatnya kita tak tahu berapa lama hidup kita kan.

Muhasabah aku pada diri. Apa preparation aku menjelang saat mati aku nanti..? Saat yang aku tak pasti bila. Probability untuk mati tu bila-bila saja. Sebab kita tak tahu. Entah-entah satu saat dari sekarang. Siapa tahu.

Aku rasa preparation untuk kematian ni sebenarnya perlulah yang paling mantap banding yang lain-lain. And semua tu me-relate-kan kepada perbuatan seharian aku.

Aku nak minta maaf untuk semua silap dan salah aku pada korang semua.

Sekarang, belajar memaafkan setiap kesalahan orang pada aku sebelum tutup mata. Aku tak nak itu menjadi bebanan nanti.

Dan solat taubat itu perlu sentiasa dibuat.

Say: Surely my prayer and my sacrifice and my life and my death are (all) for Allah, the Lord of the worlds.
Quran 6:162

Assalamualaikum & peace be upon you.

Friday, 4 May 2012

Berubah Itu Memang Mudah, Tapi....

Assalamualaikum & hai.

Setiap orang mesti nak melakukan perubahan dalam dirinya dari sehari ke sehari kan. Of course la perubahan tu something yang dirasakan lebih baik untuk diri dari sebelumnya. Nak berubah tu memang senang. Pokoknya kita tahu matlamat and cara untuk melaksanakan perubahan tu.

Tapi yang susahnya ialah nak istikhamah or maintain dalam perubahan tu. Bila kita rasa nak berubah, kita boleh ubah on the spot, at that time jugak. Tapi untuk make sure yang kita consistent dengan perubahan tu, memang berat. As a Muslim, aku percaya yang semua ni berkaitan dengan iman kita. Iman kita ni sentiasa naik dan turun. Sebab tu Rasulullah SAW mengingatkan kita untuk perbaharui iman kita setiap hari.

Bila bercerita perihal berubah and istikhamah ni, aku teringat perbualan aku dengan roommate masa kami tengah makan few days back. Tengah sedap makan kueh tiew tomyam, roommate aku tanya soalan ni,
"Naq, awak mesti pernah ada rasa malas nak buat baik kadang-kadang kan? 
Contohnya, awak mesti pernah rasa malas nak solat, malas nak tolong orang, and pape lagi la yang baik-baik. Kan?"

Aku pun jawab lah pernah. Then she asked me again, 
"Macam mana awak nak lawan rasa malas tu?"

Aku just cakap la yang aku akan buat 2 perkara. First aku akan cabar diri aku untuk buat juga walaupun aku malas, secara monolog saja la, kang cakap kuat-kuat orang cop aku gila. Contoh cara aku cabar diri sebenarnya macam cara emak-emak sogok anak-anak dengan kata-kata manis untuk ajar anak-anak buat perkara baik, in example: 
'Kalau kau solat sekarang, maksudnya kau dah menang lawan nafsu kau. Mukmin yang kuat adalah yang mampu melawan nafsu. Kau tak rasa ego kau tercabar ke bila kalah dengan nafsu? Malu weh bila kita tunduk dengan nafsu sendiri. Nampak sangat lembik! Naq Lembik, Naq Lembik, Wekkkkk :P !!!!'

Okay, second aku akan ingatkan semula apa sebab aku buat benda tu. Contoh kalau dalam bab solat tu, aku akan ingatkan semula kenapa aku nak dirikan solat at the first place. So itu lah dua benda paling basic yang akan aku buat setiap kali aku rasa malas untuk istikhamah. Lain orang, lain caranya. Mungkin orang lain akan rasa mencabar diri sendiri tu nonsense. But not for me. Hehe.

And satu amalan yang aku tak pernah tinggal setakat ni ialah doa. Doa tu kan permintaan kita pada Allah, pada Tuhan yang Maha Esa di atas sana. Selagi kita percaya, yakin, bersungguh-sungguh, penuh pengharapan dan meminta dengan hati yang sangat rendah, InsyaAllah doa kita akan Allah makbulkan. Jadi aku tak pernah lupa titipkan doa supaya Allah dekatkan aku dengan manusia-manusia yang baik, yang boleh memberi aku kekuatan untuk terus istikhamah untuk berubah. Hasilnya, makin hari, makin ramai insan-insan yang baik akhlaknya datang dalam hidup aku. Tah dari mana and macam mana, aku boleh terjumpa dengan ramai orang yang baik-baik akhlaknya. Yang akan sentiasa membantu aku menaikkan semangat dalam melawan nafsu diri.

And the greatest present aku dapat ialah seorang roommate yang baik, yang mampu membantu aku menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari sehari ke sehari. Aku percaya yang jodoh aku ditemukan dengan seorang roommate yang baik ni adalah kerana Allah memakbulkan permintaan aku selama ni. Aku yakin buat masa ni roommate aku ni adalah sesuatu yang terbaik untuk aku sekarang. Tapi esok atau lusa kita tak pasti kan. Andai one day kami dah tak dapat jadi roommate lagi, aku optimis yang aku akan dapat jumpa someone or something yang akan lebih membantu aku dari apa yang aku ada sekarang. Sebab I believe that apa yang baik untuk kita sekarang belum tentu masih menjadi yang terbaik untuk kita esok.

Sampai masa aku pasti memerlukan sesuatu yang lain untuk menjadikan aku lebih baik dari siapa aku sewaktu bersama yang sedia ada.

Oh, sini aku nak share satu lagu yang seronok untuk dihayati liriknya. Tajuk lagu ni: Berubah. Nyayian kumpulan EdCoustic.



Okay, Assalamualaikum & peace be upon you.. :)