Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 29 February 2012

Nasihat Asma' bin Kharijah Al-Fazzari Buat Anaknya

Assalamualaikum & hai.

Roommate aku paksa aku baca novel Jaja & Din hari tu. Mula-mula aku macam malas sikit nak terus baca, bajet nak baca bila aku free aja. Sebab cover novel tu macam novel untuk remaja sekolah menengah aja. Tapi since roommate aku dok desak-desak, siap cakap ada banyak soalan yang aku cakap secara random hari tu ada dalam novel tu, so aku pun ambil la novel tu dari rak buku beliau.

And senang cakap, she is right. Banyak benda yang aku cakap hari tu, ada dalam buku tu. And aku tak rasa rugi baca novel tu walaupun dalam keadaan aku tengah busy dengan study sekarang ni. Banyak isi dari sudut Islam yang boleh kita renungkan dari jalan cerita novel ni. Try la baca okay.

By the way, aku ada ambil something dari novel tu untuk share kat sini. Ini di ambil dari nasihat Asma' Bin Kharijah Al-Fazzari, untuk anaknya waktu menghantar anaknya ke alam perkahwinan. Pendekkan maksud aku kat sini, ayat ni boleh lah kita jadikan nasihat buat bakal pengantin yang bakal melangkah ke satu ruang alam baitulmuslim. Okay ini dia ayat yang aku quote dari novel Jaja & Din tu:

Saat ini dikau keluar dari sangkar emasmu,
Menuju ranjang yang tak kau kenal,
Dan teman yang engkau belum terbiasa dengannya.

Jadilah dikau buminya,
Maka dia akan menjadi langitmu,
Jadilah permaidaninya,
Dia akan menjadi tiang sandaranmu,
Jadilah hambanya,
Maka dia akan menjadi sahayamu.

Jagalah olehmu penciuman, pendengaran dan penglihatannya...
Jangan biarkan dia mencium daripadamu, kecuali aroma yang harum-harum sahaja.
Jangan biarkan dia mendengar kata daripadamu, kecuali yang baik-baik sahaja.
Jangan biarkan dia memandang daripadamu, kecuali yang indah-indah sahaja.

Sayiditina Aisyah pernah pesan,
Jika kau mempunyai suami, dan kau dapat cabut hatinya. Dan meletakkan di tempat yang lebih baik dari tempatnya sekarang, hendaklah kau buat.

Dalam rumahtangga tu mesti lah ada masa-masa kita diuji, di beri seribu satu permasalahan kan. And andai saat tu perasaan terasa bagai dihimpit, better kita ingat ayat dalam surah An-Nissa', ayat 19 bermaksud;
"...Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

Okay, tu je aku nak share. Actually aku harap once aku dah melangkah ke alam baitulmuslim nanti, perkara-perkara ni akan aku pegang. InsyaAllah.

Assalamualaikum & peace be upon you.

Sunday 26 February 2012

Random#1

Assalamualaikum and hai.

Bila terjadi sesuatu yang sangat payah untuk menerima hakikatnya, sangat seksa untuk menelan rasanya, dan sangat susah untuk dijangkau akalnya, aku sentiasa berharap bila aku terbangun dari tidur, hal itu hanya lah satu mimpi... Tapi realitinya aku tetap terpaksa menerima hakikat walaupun payah, menelan rasa walaupun seksa, dan  menjangkau akal walaupun susah!

Semoga aku akan terus diberi kekuatan dan diberi ketabahan. Kerana setiap kejadian dan keadaan yang aku tempuh, itu pasti adalah yang terbaik buat aku.

Assalamualaikum and peace be upon you.

Saturday 25 February 2012

Dengan Manusia - Malu; Dengan Allah - ?

Assalamualaikum & hai.

Yang sebenarnya entry kali ni khas untuk diri aku sendiri. Semoga aku tak akan terlupa dan terlalai lepas ni. Tapi kalau korang boleh ambil ni untuk muhasabah diri, moh la baca sampai habis ye. InsyaAllah pendek je.

Tadi aku and roommate aku berjalan ke cafe. Sambil berjalan, macam biasa la, kitorang borak-borak isu selalu. Pasal hal diri masing-masing. So tadi kitorang cakap pasal amalan-amalan semua, then aku pun tanya soalan sikit, then aku cakap la kat roommate aku macam ni, "Saya ni, surah-surah lazim pon tak hafal habis lagi.", tanpa aku sedar ada seorang mamat ni jalan dekat sangat dengan aku. Lepas tu dia potong aku, sambil terpandang aku.

Arghhh, aku rasa dia dengar perbualan aku dengan roommate aku. Malu gila aku rasa masa tu. Aku rasa mesti dalam hati dia pikir yang aku ni teruk sangat sebab surah-surah lazim pon tak boleh hafal. Sampai lah kat dalam bilik semula pon, aku still rasa malu lagi. But then, tetiba aku terfikir, 'Oh, bila aku rasa budak tu MAYBE terdengar yang aku ni tak hafal surah-surah lazim, aku malu. Tapi dari dulu sampai sekarang, Allah memang tahu yang aku tak hafal ayat-ayat suci tu, aku tak pulak rasa malu.??'

Then terus aku terfikir lagi, selama ni aku solat, aku puasa, sebab aku betul-betul rasa malu pada Allah kalau aku tak buat ke, atau sebab aku rasa semua tu hanya kena di buat sebab itu tanggungjawab aku aje?! And then baru aku sedar, sebenarnya sikit tak banyak, niat aku masih belum betul dan belum sempurna lagi selama ni. Sungguh aku rasa malu dengan Allah sekarang ni.

Apa jenis hamba lah aku ni. Rasanya aku kena duduk dan muhasabah lagi diri aku.

So cuba la korang sama-sama muhasabah setiap perbuatan, amalan dan nawaitu kita sehari-harian.

Assalamualaikum & peace be upon you.

Kenapa Asyik Dengan Soalan Yang Sama Aja?

Assalamualaikum & hai.

Tahun ni umur aku masuk 23tahun. Orang keliling semua dah dok bertanya bila aku nak nikah lah, bila nak tunang lah, tak ada kawan laki ke, nak jadi andartu ke, etc etc.......

Aku rasa macam nak je terkup mulut orang yang dok bertanya soalan-soalan macam kat atas tu dengan tangan aku nih. Sabar je lah kan.

Come on la, aku baru nak masuk 23tahun kot, tak da lah tua sangat. Tambah pulak aku masih study. Kalo aku dah bekerja tu mungkin lah aku dah patut menggelabah kalau umur dah 23thaun tapi tak ada calon lagi. But for now, aku masih ada komitmen dengan study kot, so normal la tu kalo belum kahwin.

Memang lah patutnya umur 23tahun ni dah sedang elok sangat kalau nak kahwin, tapi tu semua bergantung pada banyak perkara kot. Ingat kahwin semata-mata lepas tok kadi and saksi sahkan akad, means aku ni suami punya then settle. Tau tak banyak tanggungjawab lepas akad tu dah sah? Jadi harus wajib lah untuk aku buat preparation yang secukup-cukupnya. Okay aku admit lah yang before ni, masa aku masih ada yang punya, aku rasa macam aku dah ready untuk kahwin pon. But then, aku realize yang aku sebenarnya masih banyak yang belum ready. That is one of the point why I leave him. Kau ingat kahwin tu setakat tanggungjawab kau layan suami, masak, kemas rumah, get ready to become mama; tu je ke?

Tah la, aku nampak banyak lagi disebalik maksud tanggungjawab sebagai isteri tu. Baca Al-Quran pon banyak lagi tajwid yang tunggang-langgang, pakaian pun masih bajet-tutup-aurat-padahal-sebenarnya-tak-sempurna-pun-lagi, ilmu agama pun masih belum cukup untuk bekalan melayari hidup berkeluarga lagi, ada hati nak gatal menikah! Memang lah aku masih tak layak lagi.

Betul lah orang cakap, benda macam ni bukan boleh berubah terus, kalau nak perfect sangat baru nak kahwin, sampai tua pun tak kahwin-kahwin lagi la. Tapi, at least biar lah benda yang basic ni aku dah okay dulu. At least takda lah susah sangat suami aku nak bentuk aku nanti. Takut kang bila dah ada anak-anak, tak tersempat pulak suami nak bentuk semua orang berperangai baik. And anak-anak aku nanti siapa nak ajar mengaji kalau aku sendiri mengaji masih banyak tak betul? Nak hantar mengaji dekat pusat mengaji mana-mana memang lah boleh, tapi tak ke lebih elok kalau aku sendiri yang ajar anak-anak tu nanti.

And 1 lagi, kau ingat senang ke aku nak mencari calon suami ni? Ingat macam nak beli pen kat kedai buku ke? Nak beli pen pon aku amik masa sikit (unless aku dah biasa pakai pen tu lah), apa lagi lah nak cari suami, yang nak diharap untuk bersama aku sampai mati, yang nak diharap bimbing aku menuju cinta Ilahi, yang nak diharap untuk membinakan baitulmuslim yang baik, yang diharapkan untuk mendidik aku menjadi wanita solehah, yang diharap untuk menjadi kekasih sejati, yang diharapkan mampu bertanggungjawab pada aku dan anak-anak, yang diharapkan untuk sabar dengan kerenah aku dan mampu bertolak ansur dengan aku, yang diharap dapat menegur aku dengan hemah bila aku buat salah, yang diharap sanggup terima aku ni seadanya aku. Ish, ingat senang ke nak jumpa?

Lagipun, mana lah aku nak tau bila saat and waktunya aku akan bertemu jodoh, mana lah aku tau dengan siapa aku akan bertemu jodoh. Semua tu kan kuasa Allah, cuma Allah yang lebih tau. Jadi macam mana la aku nak jawab soalan macam ni.

Penat tahu dengan soalan ni semua.

Assalamualaikum & peace be upon you.:)

Friday 24 February 2012

Dugaan Tu Tanda Allah Nak Pastikan Kita Tak Lalai & Still Fokus

Assalamualaikum & hai.

Kau tahu tak, bila mana kita di timpa sesuatu ujian, itu sebenarnya bukan lah sesuatu yang harus di pandang sebagai musibah. Sebab Allah kan sentiasa menguji kita dengan ujian yang kita mampu untuk tanggung dan pikul. Even sometimes kita rasa macam tak mampu, percayalah, kita sebenarnya mampu, cuma kita aja yang tak nak mengerakkan akal untuk berfikir waras mengatasi emosi yang tak stabil tu.

But then, kita aku selalu lupa setiap kali ujian datang melanda, aku terlalu cepat melatah dan terlalu cepat bersedih hati, rasa down, rasa longlai. Tapi syukur lah Allah jadikan aku seorang yang cepat kembali pada logik akal, jadikan aku seorang yang mampu memotivasikan diri sendiri supaya mampu berdiri semula, bangun, dan mengorak langkah, mengukir senyum, menhadirkan ceria semula ke riak muka. Alhamdulillah. :)

Then bila aku dah kembali pada track asal, dah kembali positif, baru lah aku mampu berfikir dengan matang dan relax, mencari langkah dan cara yang betul untuk menghadapi ujian tersebut. Bila aku dah kembali pada track, barulah aku sedar yang sebenarnya aku mampu menghadapi ujian Allah tu, baru lah aku sedar yang Allah sedang menghantar peringatan buat aku supaya jangan terlalai dan terus fokus dalam track aku.

Itu lah aku, cepat sangat mengalirkan air mata bila satu ujian menyinggah. Tapi lepas aku kesat air mata tu, aku akan mula berfikir positif. Syukur lah aku masih mampu untuk jadi seorang yang begitu. At least walaupun aku lemah sebab tak sentiasa bersedia menghadapi ujian yang datang tanpa amaran, tapi aku mampu juga kembali ke track aku semula.

So andai kau rasa kau menghadapi ujian, jangan cepat lemah. Andai kau cepat lemah, macam aku, kau kena pastikan yang kau mampu untuk sedar dalam masa yang singkat. Atau tidak, secara tak langsung kau dah memilih untuk merosakkan hidup kau, diri kau sendiri.

Cuba ingat satu perkara ya, setiap ujian yang berlaku pada kita, itu adalah sesuatu yang terbaik untuk kita, dan bukan lah sesuatu yang bersifat aniaya. Sebab, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, kita sendiri tak nampak semua tu. Allah tak pernah berlaku zalim pada kita, jadi Dia tak akan hantarkan ujian yang kita tak tertanggung.

Okay, take care, assalamualaikum & peace be upon you. v(*t*)v

Sunday 19 February 2012

Tanpa Aku Sedar Allah Dah Makbulkan Satu Doa Aku

Assalamualaikum & hai.

Hari ni aku sangat terharu dengan sorang insan yang aku harapkan akan menjadi sahabat di dunia dan akhirat aku. InsyaAllah.

Aku selalu berdoa pada Allah agar di hantarkan aku dengan seorang insan yang mampu membantu dan membimbing aku untuk menajdi muslimah yang baik, dan lebih baik dari sehari ke sehari. Alhamdulillah sekarang aku dah bertemu seorang darinya. Biar aku kisahkan macam mana aku boleh bertemu dengan beliau okay.

Awal tahun lepas, aku dah berhijrah jadi orang Perak. Aku rasa korang pon tahu kan. Sebab aku sambung belajar di sini. Aku tak berapa gembira tinggal kat sini. Sebab aku tak ada kawan yang boleh rapat dikalangan coursemates aku. Tapi aku ada kawan dari course Petroleum Engineering. Namanya Fara (roomate aku tahun lepas). Fara pulak berkawan dengan Lin, sebab diorang sama intake ( intake Jan 11, sama dengan aku) and sama course. Kiranya diorang ni coursemate la. Jadi bila pergi kelas, diorang pergi bersama. So kadang-kadang Lin datang bilik aku sebab nak study dengan Fara, kadang-kadang saja datang nak lepak-lepak, kadang-kadang datang sebab nak kasi stok anime baru. Kadang-kadang kitorang makan sesama. So aku pon rapat juga dengan Lin walaupun lain course and rumah.

Then akhirnya Fara berhenti belajar kat sini. Roomate Lin pulak dah habis belajar. So aku dah hilang roomate, and Lin pon dah hilang roomate. Jadi aku pon try la tanya Lin either beliau sudi or tak untuk jadi roomate aku starting this semester. And alhamdulillah she said yes.

Lin ni ada background agama yang agak kuat, tapi beliau ni bukan jenis yang bajet alim and kawan dengan orang yang sama-sama tudung labuh je. Not at all. Lin ni kalau kawan dengan dia, memang nampak la betapa sempoinya dia. Dia layan je anime, korea movie + drama, CSINY, Bone, and tah macam-macam lagi cerita yang biasa orang-orang macam kita aku ni layan. Tapi bab lelaki dia memang jaga sikit. Tu yang best tu. And dia bukan jenis yang kedekut ilmu. Dia suka share and berbincang pasal macam-macam.

Bila kitorang da jadi roomate ni, aku mula la nampak habit and sikap Lin yang sebenar. And aku boleh cakap, she is a good muslimah. Setakat ni, dia cuma pernah tinggal solat dhuha time period je. Setiap hari mesti jugak mengaji.

Disebabkan cara and perwatakan Lin yang sempoi, aku tak segan lah nak cerita kat Lin pasal background agama aku. And aku tak tau kenapa, aku senang sangat nak cerita apa-apa aja dengan dia padahal aku betul-betul close dengan dia pon baru je lagi. But 1year of knowing her InsyaAllah aku dah tahu basic sikap dia macam mana. Nak-nak aku kenal few of best friends dia dari sekolah menengah sampai Poli dulu. So senang ceritanya Allah dah mudah kan aku untuk share dengan dia secara jujur siapa aku ni. Aku tak perlu nak malu dengan dia, aku tak perlu nak rasa aku ni jahil sangat.

Sikit-sikit, dia mula tolong aku dalam hal-hal agama. Mana yang aku tak tahu, aku tanya aja, dia akan cuba sedaya upaya jawab. Kalau dia pon tak sure, dia akan tanya pada emak or adik-adik dia. Sebab adik-adik dia semua belajar courses agama ( usuluddin etc.). Aku rasa macam senang sangat dengan cara dia. And yang penting, Lin tak pernah judge aku or family aku walaupun aku macam aku yang sekarang ni. And she said that dia pon belajar banyak gak dari aku sebab dia tak pernah sangka dekat sekeliling dia ni, ramai lagi manusia yang cemburukan cara hidup macam yang mak ayah dia terapkan pada dia adik beradik. Dia terkejut bila aku cakap aku jeles kat dia sebab mak ayah dia corakkan diorang macam ni. Dia ingatkan semua family sama aja macam family dia, cuma bila anak-anak dah besar tu yang masing-masing buat perangai tah apa-apa.

And hari ni, dia buat aku rasa terharu sangat. And buat aku sedar yang Allah dah makbulkan doa aku selama ni. Dia offer kat aku, kalau aku nak suruh dia semak bacaan Al-Quran aku, dia okay aja. Aku sebenarnya memang nak tanya boleh ke tak kalau dia buat macam tu. Tapi aku takut nanti aku akan ambil masa dia pulak, dia pon nak study lagi, nak uruskan hal peribadi lagi. But once dia da offer, aku rasa lega sangat. Allah dah mudahkan segala keinginan aku. So kami bincang and agree untuk buat slot mengaji setiap kali lepas solat Maghrib. Hari ni kami da start da. And aku start dengan surah Al-Fatihah, sebab aku rasa better aku start je dari awal, lagi cantik macam tu.

Seriously sampai sekarang aku masih rasa sangat bersyukur pada Allah sebab di hadirkan seorang insan ni di sisi aku kat sini. Sekurang-kurangnya dengan Lin aku tak malu untuk share hal-hal ni semua. Terima kasih Lin.

Sorry aku tak letak gambar Lin dalam ni sebab aku rasa mesti Lin taknak aku letak dalam ni. Even FB dia pon dia tak letak gambar dia. So aku kena la hormatkan dia.

Dulu masa aku mula start berdoa untuk Allah datangkan insan-insan yang mampu membantu aku menjadi muslimah yang lebih baik, aku rasa macam itu satu doa yang agak sukar untuk aku dapat. Tapi aku keep on berdoa. And alhamdulillah, kat sini Allah temukan aku dengan Lin. And sekaligus menjawab hikmah disebalik kenapa aku perlu terus tinggal di sini.

Assalamualaikum & peace be upon you.

Wednesday 15 February 2012

Pernah Kau Rasa Perasaan Itu?

Assalamualaikum & hai.:)

Pernah tak satu masa dulu, kau rajin mengaji, kau rajin solat di awal waktu, kau rajin baca buku agama, kau rajin join usrah or ceramah agama, kau rajin berbincang dengan kawan-kawan atau keluarga tentang hal agama dan pengisian agama. Pernah?

Satu masa dulu, aku ni boleh di kategorikan seorang yang hanya beragama Islam atas IC and sijil kelahiran saja. Aku tak pandai serba serbi tentang Islam. But deep inside my heart, aku nak sangat jadi macam orang lain, macam kawan-kawan aku. Pandai baca Quran, tahu kisah nabi-nabi, tahu solat. Setiap kali aku tengok orang lain solat, orang lain mengaji, aku selalu cemburu kat diorang. Sebab aku tak dapat nak merasa nikmat membaca Quran tu. Aku suka tengok kawan-kawan baca ayat-ayat Quran, sebab waktu diorang tengah baca, nampak macam diorang fokus sangat sampai tak hiraukan keliling. Aku nak rasa macam tu. Aku nak mampu membaca macam mereka. Aku nak mampu faham apa yang dikisahkan, diceritakan dan dikhabarkan di dalam Quran. Aku sangat teringin merasa nikmat tu. Aku selalu minta dan berdoa (walaupun not in a proper way cara aku berdoa tu) pada Allah untuk penuhi impian aku ni, untuk memberi peluang aku memahami Quran yang dah di turunkan-Nya buat kita ini. Aku minta pada Allah supaya diberi peluang untuk aku merasa perasaan seperti kawan-kawan aku tu. Aku merayu pada Allah untuk temukan aku dengan insan-insan yang mampu membantu aku dalam hal ini.

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat belajar mengaji, aku dah boleh membaca Al-Quran. Sejak dari itu, aku selalu membaca, sebab aku takut aku lupa. Aku takut aku lupa macam mana nak membacanya. Aku takut aku lupa perasaan yang sangat seronok dan indah bila membacanya. Walaupun aku tidak memahami maksud setiap ayat yang aku baca.

Sampai satu tahap, aku terlalu seronok mengaji Quran, sampai aku rasa tak sedap, tak best kalau tak baca walau sehelai sehari. Macam mana aku busy sekalipun, aku pastikan aku baca. Bila aku period, aku rasa macam rugi sangat sebab aku tak dapat nak baca.

But lama-lama bila semua ini dah menjadi kebiasaan pada aku, aku mula hilang rasa nikmat tu. Bukan maksud aku yang rasa itu hilang sebenarnya. Cuma mungkin disebabkan ia dah menjadi habit, so aku mula lupakan perasaan tu sebab dah menjadi rutin dan lali dalam hati.. Umpama bila kita bercinta selama bertahun dengan seseorang, lama-lama kita rasa macam biasa aja, macam tak ada apa-apa, macam rasa cinta tu da kurang. Walhal sebenanrnya cinta tu masih ada, masih sama, cuma disebabkan dah menjadi kebiasaan, dah menjadi rutin, disebabkan itu lah rasa itu umpama dah kurang atau hilang. Yang sepatutnya aku buat adalah cuba mencari teknik lain or cara lain untuk menghilangkan rasa rutin tu. Tapi yang aku buat pulak? Aku mula kurang mengaji. Aku mula lalai dan leka dengan hal keduniaan.

But lama-lama bila mengaji tu menjadi habit mingguan dan bukan harian lagi macam dulu-dulu, satu persatu nikmat yang aku pernah rasa dulu dah mula hilang. Bila solat aku dah tak rasa kusyuk dan bahagia macam dulu. Aku rasa biasa aja. Senang cakapnya, aku solat semata-mata kerana solat itu wajib, jadi aku kena buat. Kalaulah solat itu bukan perkara wajib, mesti itu pon aku dah jarang-jarang buat kan?!

But somehow, aku mula rindu semula perasaan dulu tu. Aku nak sangat jiwa aku hidup macam dulu. Aku rasa aku dah jauh menuju ke arah lagha. So aku muhasabah diri semula. Aku kaji semula apa yang tak kena. Then aku realize yang aku dah makin jarang mengaji. Aku dah jarang berbicara dengan Allah.

Dulu masa aku mula-mula pandai solat, setiap kali aku berdoa, aku berdoa sangat lama. Sebab aku selalu bercakap segala apa yang aku rasa sepanjang waktu tu dalam doa aku. Aku rasa seronok sebab aku rasa macam aku dapat mengadu secara dekat dengan Allah waktu tu. Mungkin itu cuma perasaan aku, tapi aku tetap buat. Sebab aku rasa lega sangat lepas tu. Aku rasa macam semua suara aku, Allah dah dengar, dengan sangat dekat. Semua suara aku, aku dah kongsikan. Walhal bila dengan kawan-kawan, aku tak dapat nak share everything with them.

Sejak kebelakangan ni aku mula ajar diri aku untuk kembali kepada aku yang dulu itu, aku yang sangat seronok untuk mengejar ilmu Allah, aku yang sangat teringin untuk menjadi Muslimah yang baik, aku yang sanggup di pandang jelik sebab dah tua baru nak belajar membaca Quran, aku yang selalu berbicara dengan Allah selepas solat sehingga menangis, aku ingin menjadi seperti itu semula.

Kau tahu, daging yang liat tu, perlukan masa yang lama untuk menjadi empuk. Tapi daging tu tetap akan empuk akhirnya. Itu lah yang aku pegang. Seketul daging yang sangat merah which is hati dalam diri ini, dah terlalu liat selepas bertahun aku tinggalkan tabiat dan hobi aku dulu. Tapi aku yakin, andai aku sabar tunggu hasilnya dan terus berusaha istiqamah dengan perbuatan aku ini, aku akan rasakan yang ianya tak seberat dan seliat sekarang. Sebab aku dah pernah merasa perasaan itu dulu. Aku sanggup menunggu hati ini empuk, asalkan saja aku boleh merasa semula nikmat itu. Aku tak mahu hati aku menjadi semakin lemah dan akhirnya mati. Aku mahu hati aku sentiasa merah dan segar serta empuk. Aku mahu itu.

Sejak kebelakangan ini, setiap kali berdoa selepas solat, pasti aku menangis teresak-esak. Mungkin perbuatan aku itu membuatkan roomate aku rasa pelik, mungkin membuatkan beliau rasa takut, tapi aku tak dapat sorokkan rasa sedih dan hiba nya hati ini, malu dan hinanya diri ini, kerana aku dah lama yang berbicara dengan Allah, tapi aku selalu meminta dan terus meminta segala macam nikmat pada-Nya. Betapa tak reti mengenang jasa nya aku ini.

Disebabkan itu, aku rasa aku ini sangat hina dan sangat kerdil. Aku rasa aku teruk sebab pernah menyombong diri pada Allah, walaupun tanpa aku sedar. Kau tahu betapa aku rasa sedih dengan semua ni? Itu lah sebabnya kenapa aku menangis teresak-esak setiap kali aku berdoa.

Kau tahu, kau patut rasa bersyukur dan terus berdoa supaya Allah tetapkan hati kau supaya kau terus istiqamah dalam mencari keredhaan nya. Kau patut bersyukur sebab kau masih mampu merasa nikmat dan bahagia kerana dapat merasa cinta yang ada dalam hati kau untuk Allah, untuk Rasulullah, untuk Islam. Sungguh aku jealous dengan kau sebab kau merasa nikmat tu. Jadi aku akan terus menjadi seperti daging yang direbus, biarlah lambat, asalkan nanti empuk dan aku boleh merasa semula nikmatnya. Doakan aku untuk dapat merasa nikmat tu ye.

Sorry la entry ni sangat panjang. Cuma aku rasa perlu untuk aku sedarkan kau betapa kau perlu bersyukur dengan nikmat cinta dalam jiwa kau untuk Allah itu, supaya nanti kau tidak mengulangi kesilapan aku dulu, dan kau tak perlu menjadi daging yang perlu di rebus lama supaya menjadi empuk semula. Kan senang hidup kau sekarang sebab dah sedia empuk. Tak perlu rebus semula.

Okay, semoga kau terus menikmati rasa cinta dalam jiwa mu itu. Aku doakan semoga kita semua akan sentiasa menyimpan satu rasa cinta dalam diri ini khas buat Allah, Rasulullah, dan Islam. InsyaAllah.

Assalamualaikum & peace be upon you.

Monday 13 February 2012

Cinta Emak Kasih Bapak

Assalamualaikum & hai..

Memandangkan mood aku tengah down gila sebab aku demam (aku syak aku kena demam campak sebab banyak sangat bintik merah merata badan, gatal!), so aku nak melayan perasaan homesick sekejap.

Keluarga aku bukan lah sempurna umpama keluarga orang lain. Keluarga aku tak lah seharmoni keluarga orang lain. Tapi aku selalu yakin bahawa walaupun Emak and Bapak tak sesempurna parent kawan-kawan aku, or tak sesempurna parent korang, tapi aku tahu, Emak and Bapak dah cuba sebaik mungkin untuk menyempurnakan kehidupan aku. For all the sweet and tough days, dari aku kecil sampai ke hari ni, hampir 23tahun berdiri di bumi Allah menghirup oxygen tanpa pernah merasa sesak, aku rasa bersyukur untuk jalan kehidupan yang Allah dah aturkan buat aku, dengan menghadiahkan sepasang ibubapa yang aku ada sekarang.

Tanpa garang dan marah Bapak, tiadalah aku yang berdisiplin, tegas dan berpendirian sekarang. Tanpa cinta dan kasih Emak, tiadalah aku yang tabah, kental dan menghargai kehidupan sekarang. Tanpa keduanya mereka, tiadalah aku memahami siapa aku di dunia ini tanpa segala apa yang Allah kurniakan. Kerana Allah yang memberikan dua insan terbaik ini di dunia aku.

Untuk semua kebaikan mereka, yang mereka lakukan sejak dari aku masih didalam kandungan, sehingga aku bakal menginjak ke angka 23 tahun dalam beberapa ketika lagi, aku tak pernah rasa aku mampu untuk membalas nya. Hanya doa buat kesejahteraan, akhlak yang baik demi menjaga nama mereka, dan impian untuk memberi senyuman bahagia buat mereka hingga hujung nyawa mereka yang mampu aku pegang.

Dulu aku pernah merasa selfish. Aku berharap supaya jangan lah nyawa mereka direntap sebelum aku. Tapi bila makin dewasa, makin banyak cerita hidup berada di depan mata, aku tersedar, melihat sebujur tubuh kaku seorang anak sendiri itu lebih menyakitkan dari segala penderitaan di dunia ini. Sejak itu aku berdoa semoga Allah panjangkan umur aku, dan memberi kesempatan untuk aku berbakti buat Emak dan Bapak before mereka menutup mata selamanya.

Dulu aku ingat, selagi aku tak habis belajar, macam mana aku nak berbakti dan membalas jasa Emak dan Bapak. Tapi bila aku tengok setiap kejayaan demi kejayaan (macam lah banyak sangat kejayaan yang aku dah kasi kan) yang mampu aku hadiahkan buat mereka berdua, aku dah nampak betapa bahagia dan gembira nya mereka, sekaligus bererti aku mampu juga berbakti pada mereka, walaupun aku masih belum berkerjaya atau bekerja.

Well, aku ni bukanlah anaak yang baik. So aku selalu sangat lupa mengenang jasa mereka. Ada masa bila Bapak marah or membebel disebabkan sesuatu tindakan atau perbuatan aku yang kurang bijak atau salah, aku bukan nak ambil sebagai sesuatu yang positif. Tapi aku sentap dan emo sensorang then mula la tarik muka. Huhu. Anak apa lah ni kan. Kadang-kadang bila aku rasa penat sikit, dan Emak terus menerus mintak aku tolong buat itu buat ini, aku mula membentak dan membebel cakap aku penat, asyik aku je yang buat kerja. Aku lupa yang Emak lagi penat menguruskan kami semua dari dulu sampai sekarang. Setakat penat aku memasak, mengemas dapur, cuci pinggan mangkuk kadan tolong berniaga tu, apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan penat Emak mengurus, mendidik, membelai dan menjaga kami adik beradik ni.

Hurm, aku sangat berharap aku mampu menjadi anak yang lebih baik lagi lepas-lepas ni. Aku harap, setiap kali aku lost control, Allah akan datangkan rasa bersalah dalam diri aku seperti selama ini. Bila aku rasa lupa untuk bersyukur kerana diberi 2 insan istimewa ini dalam hidup aku, aku mohon Allah datangkan segala memori-memori susah payah mereka melayan kerenah aku selama ini. InsyaAllah.

Untuk korang semua, cuba lah balas cinta mak ayah kita dulu before balas cinta kekasih hati kita. Ini idak. Cinta ke Allah dah la selalu ada pasang surut (macam aku lah tu), cinta ke Rasulullah pon tah lah tinggi mana aja (macam aku jugak lah tu), sekadar hari-hari ucap kat bibir tanpa ada perasaan yang betul lahir dari kedalaman paling dalam di dasar hati, itu bukan cinta yang kuat buat Allah dan Rasulullah. Ini cinta untuk mak ayah pon tak berapa nak tinggi. Macam mana kita boleh cintakan lelaki/perempuan lain yang baru kita kenal tak sampai se-per-empat dari usia hidup kita pon ni?!

Assalamualaikum & peace be upon you.

Sunday 12 February 2012

Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung

Assalamualaikum & hello....:)


Okay, tajuk entry kali ni aku petik dari tajuk ceramah kat Seminar Room malam semalam. Aku mula-mula nampak poster ceramah ni dari jauh, macam kiut lah pulak aku rasa. Sebab ada sepasangan manusia ni, berbaju melayu and baju kurung warna pink, berdiri di bawah payung, dengan keadaan fizikal si gadis lebih tinggi dari si jejaka. Haa, disebabkan ke-comel-an pasangan tu dari segi fizikal and berbaju kurung and baju melayu sedondon tu la dah mampu buat hati aku tergerak untuk datang dekat dengan poster tu untuk baca paster tu. Then baru aku nampak tulisan tajuk ceramah, tarikh, masa and tempat ceramah tu.

~comelkan pasangan ni?~


By the way, aku pergi ceramah tu dengan roomate aku and kawan beliau. Since kitorang bersemangat sangat nak dengar ceramah tu, boleh tersilap tengok masa pulak. Ceramah kononnya start 9pm (walaupun dekat 9.40pm baru start sebenarnya), tapi kitorang pulak sebab excited sangat, boleh terlupa ceramah tu pukul berapa so kami assume ceramah start pukul 8pm. Bahananya terpaksa la solat Isyak kat surau undercroft tu walaupun aku tak suka solat kat situ sebab telekungnya berbau hapak.


Back to entry title. Actually dalam pertengahan tahun lepas, aku memang pernah dengar tajuk ceramah ni dari seorang kawan aku yang belajar dengan Melbourne University. Beliau ceritakan pasal input yang beliau dapat dari ceramah tu. And suddenly kat UTP pon ada pulak ceramah BBMBBK ni, for sure lah aku nak pergi.

So meh aku share sikit input penting dalam ceramah BBMBBK semalam (sikit je la, sebab aku malas nak type huraian nya, aku rasa isi nya saja cukup lah untuk aku type kan).

Menurut Ustaz Zamri (panel 1), dalam Islam, secara asasnya kaum lelaki hendaklah bergaul luas sementara kaum perempuan hendaklah duduk di rumah. Tapi itu secara ASAS nya. Sebagai manusia, kita mempunya fitrah hidup kita yang tak sama dengan haiwan dan tumbuhan atau mana-mana makhluk lain. Atas dasar fitrah itu, kita sebagai kaum wanita ni boleh keluar rumah untuk bergaul atas urusan tertentu, tapi dengan syarat, dia keluar  dalam keadaan selamat. And sapa pulak yang perlu pastikan kaum hawa ni boleh keluar rumah dalam keadaan selamat? Kaum adam lah.

Okay itu la point yang paling penting, yang menjadi pokok paling utama untuk mengupas tajuk ni. Other then that biasa lah, kalau dah cakap pasal pergaulan, then akan masuk lah pulak pasal garis panduan batas pergaulan, and inisiatif-inisiatif yang boleh diambil untuk menbendung masalah pergaulan sampai menjadi taboo dalam masayarat muda kita zaman laa ni.

Okay aku dah mengantuk gila ni, jadi sampai sini saja.

Assalamualaikum & may peace be upon you.:)