Assalamualaikum & hai.:)
Pernah tak satu masa dulu, kau rajin mengaji, kau rajin solat di awal waktu, kau rajin baca buku agama, kau rajin join usrah or ceramah agama, kau rajin berbincang dengan kawan-kawan atau keluarga tentang hal agama dan pengisian agama. Pernah?
Satu masa dulu, aku ni boleh di kategorikan seorang yang hanya beragama Islam atas IC and sijil kelahiran saja. Aku tak pandai serba serbi tentang Islam. But deep inside my heart, aku nak sangat jadi macam orang lain, macam kawan-kawan aku. Pandai baca Quran, tahu kisah nabi-nabi, tahu solat. Setiap kali aku tengok orang lain solat, orang lain mengaji, aku selalu cemburu kat diorang. Sebab aku tak dapat nak merasa nikmat membaca Quran tu. Aku suka tengok kawan-kawan baca ayat-ayat Quran, sebab waktu diorang tengah baca, nampak macam diorang fokus sangat sampai tak hiraukan keliling. Aku nak rasa macam tu. Aku nak mampu membaca macam mereka. Aku nak mampu faham apa yang dikisahkan, diceritakan dan dikhabarkan di dalam Quran. Aku sangat teringin merasa nikmat tu. Aku selalu minta dan berdoa (walaupun not in a proper way cara aku berdoa tu) pada Allah untuk penuhi impian aku ni, untuk memberi peluang aku memahami Quran yang dah di turunkan-Nya buat kita ini. Aku minta pada Allah supaya diberi peluang untuk aku merasa perasaan seperti kawan-kawan aku tu. Aku merayu pada Allah untuk temukan aku dengan insan-insan yang mampu membantu aku dalam hal ini.
Alhamdulillah, akhirnya aku dapat belajar mengaji, aku dah boleh membaca Al-Quran. Sejak dari itu, aku selalu membaca, sebab aku takut aku lupa. Aku takut aku lupa macam mana nak membacanya. Aku takut aku lupa perasaan yang sangat seronok dan indah bila membacanya. Walaupun aku tidak memahami maksud setiap ayat yang aku baca.
Sampai satu tahap, aku terlalu seronok mengaji Quran, sampai aku rasa tak sedap, tak best kalau tak baca walau sehelai sehari. Macam mana aku busy sekalipun, aku pastikan aku baca. Bila aku period, aku rasa macam rugi sangat sebab aku tak dapat nak baca.
But lama-lama bila semua ini dah menjadi kebiasaan pada aku, aku mula hilang rasa nikmat tu. Bukan maksud aku yang rasa itu hilang sebenarnya. Cuma mungkin disebabkan ia dah menjadi habit, so aku mula lupakan perasaan tu sebab dah menjadi rutin dan lali dalam hati.. Umpama bila kita bercinta selama bertahun dengan seseorang, lama-lama kita rasa macam biasa aja, macam tak ada apa-apa, macam rasa cinta tu da kurang. Walhal sebenanrnya cinta tu masih ada, masih sama, cuma disebabkan dah menjadi kebiasaan, dah menjadi rutin, disebabkan itu lah rasa itu umpama dah kurang atau hilang. Yang sepatutnya aku buat adalah cuba mencari teknik lain or cara lain untuk menghilangkan rasa rutin tu. Tapi yang aku buat pulak? Aku mula kurang mengaji. Aku mula lalai dan leka dengan hal keduniaan.
But lama-lama bila mengaji tu menjadi habit mingguan dan bukan harian lagi macam dulu-dulu, satu persatu nikmat yang aku pernah rasa dulu dah mula hilang. Bila solat aku dah tak rasa kusyuk dan bahagia macam dulu. Aku rasa biasa aja. Senang cakapnya, aku solat semata-mata kerana solat itu wajib, jadi aku kena buat. Kalaulah solat itu bukan perkara wajib, mesti itu pon aku dah jarang-jarang buat kan?!
But somehow, aku mula rindu semula perasaan dulu tu. Aku nak sangat jiwa aku hidup macam dulu. Aku rasa aku dah jauh menuju ke arah lagha. So aku muhasabah diri semula. Aku kaji semula apa yang tak kena. Then aku realize yang aku dah makin jarang mengaji. Aku dah jarang berbicara dengan Allah.
Dulu masa aku mula-mula pandai solat, setiap kali aku berdoa, aku berdoa sangat lama. Sebab aku selalu bercakap segala apa yang aku rasa sepanjang waktu tu dalam doa aku. Aku rasa seronok sebab aku rasa macam aku dapat mengadu secara dekat dengan Allah waktu tu. Mungkin itu cuma perasaan aku, tapi aku tetap buat. Sebab aku rasa lega sangat lepas tu. Aku rasa macam semua suara aku, Allah dah dengar, dengan sangat dekat. Semua suara aku, aku dah kongsikan. Walhal bila dengan kawan-kawan, aku tak dapat nak share everything with them.
Sejak kebelakangan ni aku mula ajar diri aku untuk kembali kepada aku yang dulu itu, aku yang sangat seronok untuk mengejar ilmu Allah, aku yang sangat teringin untuk menjadi Muslimah yang baik, aku yang sanggup di pandang jelik sebab dah tua baru nak belajar membaca Quran, aku yang selalu berbicara dengan Allah selepas solat sehingga menangis, aku ingin menjadi seperti itu semula.
Kau tahu, daging yang liat tu, perlukan masa yang lama untuk menjadi empuk. Tapi daging tu tetap akan empuk akhirnya. Itu lah yang aku pegang. Seketul daging yang sangat merah which is hati dalam diri ini, dah terlalu liat selepas bertahun aku tinggalkan tabiat dan hobi aku dulu. Tapi aku yakin, andai aku sabar tunggu hasilnya dan terus berusaha istiqamah dengan perbuatan aku ini, aku akan rasakan yang ianya tak seberat dan seliat sekarang. Sebab aku dah pernah merasa perasaan itu dulu. Aku sanggup menunggu hati ini empuk, asalkan saja aku boleh merasa semula nikmat itu. Aku tak mahu hati aku menjadi semakin lemah dan akhirnya mati. Aku mahu hati aku sentiasa merah dan segar serta empuk. Aku mahu itu.
Sejak kebelakangan ini, setiap kali berdoa selepas solat, pasti aku menangis teresak-esak. Mungkin perbuatan aku itu membuatkan roomate aku rasa pelik, mungkin membuatkan beliau rasa takut, tapi aku tak dapat sorokkan rasa sedih dan hiba nya hati ini, malu dan hinanya diri ini, kerana aku dah lama yang berbicara dengan Allah, tapi aku selalu meminta dan terus meminta segala macam nikmat pada-Nya. Betapa tak reti mengenang jasa nya aku ini.
Disebabkan itu, aku rasa aku ini sangat hina dan sangat kerdil. Aku rasa aku teruk sebab pernah menyombong diri pada Allah, walaupun tanpa aku sedar. Kau tahu betapa aku rasa sedih dengan semua ni? Itu lah sebabnya kenapa aku menangis teresak-esak setiap kali aku berdoa.
Kau tahu, kau patut rasa bersyukur dan terus berdoa supaya Allah tetapkan hati kau supaya kau terus istiqamah dalam mencari keredhaan nya. Kau patut bersyukur sebab kau masih mampu merasa nikmat dan bahagia kerana dapat merasa cinta yang ada dalam hati kau untuk Allah, untuk Rasulullah, untuk Islam. Sungguh aku jealous dengan kau sebab kau merasa nikmat tu. Jadi aku akan terus menjadi seperti daging yang direbus, biarlah lambat, asalkan nanti empuk dan aku boleh merasa semula nikmatnya. Doakan aku untuk dapat merasa nikmat tu ye.
Sorry la entry ni sangat panjang. Cuma aku rasa perlu untuk aku sedarkan kau betapa kau perlu bersyukur dengan nikmat cinta dalam jiwa kau untuk Allah itu, supaya nanti kau tidak mengulangi kesilapan aku dulu, dan kau tak perlu menjadi daging yang perlu di rebus lama supaya menjadi empuk semula. Kan senang hidup kau sekarang sebab dah sedia empuk. Tak perlu rebus semula.
Okay, semoga kau terus menikmati rasa cinta dalam jiwa mu itu. Aku doakan semoga kita semua akan sentiasa menyimpan satu rasa cinta dalam diri ini khas buat Allah, Rasulullah, dan Islam. InsyaAllah.
Assalamualaikum & peace be upon you.
No comments:
Post a Comment