Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, 13 February 2012

Cinta Emak Kasih Bapak

Assalamualaikum & hai..

Memandangkan mood aku tengah down gila sebab aku demam (aku syak aku kena demam campak sebab banyak sangat bintik merah merata badan, gatal!), so aku nak melayan perasaan homesick sekejap.

Keluarga aku bukan lah sempurna umpama keluarga orang lain. Keluarga aku tak lah seharmoni keluarga orang lain. Tapi aku selalu yakin bahawa walaupun Emak and Bapak tak sesempurna parent kawan-kawan aku, or tak sesempurna parent korang, tapi aku tahu, Emak and Bapak dah cuba sebaik mungkin untuk menyempurnakan kehidupan aku. For all the sweet and tough days, dari aku kecil sampai ke hari ni, hampir 23tahun berdiri di bumi Allah menghirup oxygen tanpa pernah merasa sesak, aku rasa bersyukur untuk jalan kehidupan yang Allah dah aturkan buat aku, dengan menghadiahkan sepasang ibubapa yang aku ada sekarang.

Tanpa garang dan marah Bapak, tiadalah aku yang berdisiplin, tegas dan berpendirian sekarang. Tanpa cinta dan kasih Emak, tiadalah aku yang tabah, kental dan menghargai kehidupan sekarang. Tanpa keduanya mereka, tiadalah aku memahami siapa aku di dunia ini tanpa segala apa yang Allah kurniakan. Kerana Allah yang memberikan dua insan terbaik ini di dunia aku.

Untuk semua kebaikan mereka, yang mereka lakukan sejak dari aku masih didalam kandungan, sehingga aku bakal menginjak ke angka 23 tahun dalam beberapa ketika lagi, aku tak pernah rasa aku mampu untuk membalas nya. Hanya doa buat kesejahteraan, akhlak yang baik demi menjaga nama mereka, dan impian untuk memberi senyuman bahagia buat mereka hingga hujung nyawa mereka yang mampu aku pegang.

Dulu aku pernah merasa selfish. Aku berharap supaya jangan lah nyawa mereka direntap sebelum aku. Tapi bila makin dewasa, makin banyak cerita hidup berada di depan mata, aku tersedar, melihat sebujur tubuh kaku seorang anak sendiri itu lebih menyakitkan dari segala penderitaan di dunia ini. Sejak itu aku berdoa semoga Allah panjangkan umur aku, dan memberi kesempatan untuk aku berbakti buat Emak dan Bapak before mereka menutup mata selamanya.

Dulu aku ingat, selagi aku tak habis belajar, macam mana aku nak berbakti dan membalas jasa Emak dan Bapak. Tapi bila aku tengok setiap kejayaan demi kejayaan (macam lah banyak sangat kejayaan yang aku dah kasi kan) yang mampu aku hadiahkan buat mereka berdua, aku dah nampak betapa bahagia dan gembira nya mereka, sekaligus bererti aku mampu juga berbakti pada mereka, walaupun aku masih belum berkerjaya atau bekerja.

Well, aku ni bukanlah anaak yang baik. So aku selalu sangat lupa mengenang jasa mereka. Ada masa bila Bapak marah or membebel disebabkan sesuatu tindakan atau perbuatan aku yang kurang bijak atau salah, aku bukan nak ambil sebagai sesuatu yang positif. Tapi aku sentap dan emo sensorang then mula la tarik muka. Huhu. Anak apa lah ni kan. Kadang-kadang bila aku rasa penat sikit, dan Emak terus menerus mintak aku tolong buat itu buat ini, aku mula membentak dan membebel cakap aku penat, asyik aku je yang buat kerja. Aku lupa yang Emak lagi penat menguruskan kami semua dari dulu sampai sekarang. Setakat penat aku memasak, mengemas dapur, cuci pinggan mangkuk kadan tolong berniaga tu, apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan penat Emak mengurus, mendidik, membelai dan menjaga kami adik beradik ni.

Hurm, aku sangat berharap aku mampu menjadi anak yang lebih baik lagi lepas-lepas ni. Aku harap, setiap kali aku lost control, Allah akan datangkan rasa bersalah dalam diri aku seperti selama ini. Bila aku rasa lupa untuk bersyukur kerana diberi 2 insan istimewa ini dalam hidup aku, aku mohon Allah datangkan segala memori-memori susah payah mereka melayan kerenah aku selama ini. InsyaAllah.

Untuk korang semua, cuba lah balas cinta mak ayah kita dulu before balas cinta kekasih hati kita. Ini idak. Cinta ke Allah dah la selalu ada pasang surut (macam aku lah tu), cinta ke Rasulullah pon tah lah tinggi mana aja (macam aku jugak lah tu), sekadar hari-hari ucap kat bibir tanpa ada perasaan yang betul lahir dari kedalaman paling dalam di dasar hati, itu bukan cinta yang kuat buat Allah dan Rasulullah. Ini cinta untuk mak ayah pon tak berapa nak tinggi. Macam mana kita boleh cintakan lelaki/perempuan lain yang baru kita kenal tak sampai se-per-empat dari usia hidup kita pon ni?!

Assalamualaikum & peace be upon you.

No comments: