Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 24 October 2014

Travelog #1 - East Coast Malaysia

Assalamualaikum & peace be upon you. ^_^

Bulan lepas, aku dapat call untuk interview di Kuantan. So aku pun terus decided untuk travel ke belah pantai timur semenanjung nieh. Sebab dah lama kan tak berjalan. Tapi kali ni, memang travelling, to be exact, budget travelling la. Bukan holiday. So boleh bajet la kan macam mana gaya orang travelling ni.

Dengan bag pack besar gabak penuh pulak tu, disumbat semua segala kelengkapan untuk interview and pakaian jalan. So hari selasa petang aku mula pergi cari tiket dulu. Tiket ke Kuantan, as my main target kan nak ke interview di Kuantan. Since interview tu hari Jumaat, so aku ambil tiket hari Khamis. Khamis petang, naik bas dari Manjung ke Kuantan, sampai dalam pukul 3 lebih pagi. Terus ke rumah Pak Long. Sampai ke rumah Pak Long, terus tidur. Hihi. Esok nya lepas subuh aku sambung tidur lagi, sebab Pak Long belum balik kerja. Nak keluar pun aku bukan tau sangat tempat-tempat kat situ. Dalam pukul 9 lebih kami keluar pergi breakfast. Lepas solat Jumaat, Pak Long hantar aku ke tempat interview tu.

Since this post bukan pasal interview tapi pasal travelog, so aku tak nak story pasal interview kat sini. Haha. Tapi aku lupa nak ambil gambar time kat Kuantan. Sebab dalam otak asyik set yang kat Kuantan masa untuk be professional and mature. End up lupa terus nak ambil gambar. Hahaha. Lepas interview pun aku terus ambil tiket ke Kuala Terengganu, so aku memang tak sempat berjalan kat Kuantan.

Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu, bas aku naik tu lalu Kerteh and Paka. Eventhough aku dah beberapa kali ke Kerteh, tapi aku tak pernah keluar ke kawasan plant stations waktu malam. So that nite was the very first time aku tengok sendiri dengan naked eyes aku betapa cantik tempat tu waktu malam. But what was in my mind that time is, secara luar nya, memang betul cantik sangat tengok plant stations tu semua. dengan api yang marak and nampak gah membakar, dengan cahaya lampu yang terang benderang, dengan segala equipments yang besar sampai aku sempat uji ingatan aku dengan main teka jenis equipment bagai, but then..... semua tu secara luaran, fizikal. Hakikatnya, segala kecantikan tu actually kemusnahan secara perlahan, yang mana kalau sekali lalu macam masa tu, aku tak akan perasan pun semua tu bukan kecantikan but then kemusnahan. Why I'm saying this? Ye lah, air pollution kan semua pembakaran tu. Walaupun kadarnya minimum, but still, pollution! But what choice that we have now? Zaman sekarang, semua tu dah menjadi keperluan kita. Tak boleh tidak, kena telan jugak yang kita sebahagian dari penyumbang kepada kebutuhan segala pencemaran ni. What a sad life we have. We know yet we can't live without it. :(

Okay balik semula ke travelog aku.

Sampai di Kuala Terengganu dalam pukul 11 malam. Aku tunggu Madihah ambil aku, sebab aku mintak untuk tumpang rumah dia. Sampai di rumah Madihah, terus tidur. Sebab aku ada misi esok paginya. Misi ke Kota Bharu. Dalam pukul 8 pagi, hari Sabtu, Madihah, Fitri (adik Madihah) and aku gerak ke Kota Bharu. Singgah dulu kat Melor. Ambil Izni di rumah Tok nya. Direction Izni bagi, memang buat bahan sampai sekarang. Haha. Sebelum kami gerak ke Kota Bharu dari Melor, Izni bawak kami singgah pusara arwah ibu Izni. Alhamdulillah, it's felt really touched. Sebab Izni sudi kongsi satu dari picis hidup dia dengan kami. :)

First place kami tuju masa di Kota Bharu is KBMall, nak tengok tempat Izni berbisnes. Kemudian ke Masjid Muhammadi. Kemudian terus ke restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan. Habis manjakan perut, kami ke pasar Siti Khadijah pulak. Lepas tu hantar Izni ke rumah dia di Pengkalan Chepa dan terus balik ke Kuala Terengganu semula. Disebabkan kami sampai Kota Bharu dah agak lewat, memang tak banyak tempat yang dapat pergi. But never mind, nama pun travel, mana yang sempat je la kan. Hihi.

- Izni claim ini sebagai jambatan kecil. ~_~' -

- Antara tempat yang kami pergi. Hihi -
- Gendang ni besar gabak. Lagi besar dari kereta MyVi kat tepi tu -

Betapa aku rindu Kota Bharu. Setiap jalan dan tempat yang aku pergi, aku rasa macam tengah tengok moments dengan kawan-kawan diploma dulu. Ironinya, sekarang pergi dengan kawan-kawan degree. Dengan cara hidup dan situasi yang berbeza, tapi masih boleh ingat dan bayang dengan jelas moments zaman diploma dulu. Rindu.. Rindu.. Rindu sangat. Itu je mampu aku cakap.

- Madi, me, and Izni -

Okay, the next day aku pergi jalan-jalan sekejap dengan Madi and emaknya sekitar Kuala Terengganu. Kami ke Kg. Cina dan Pasar Payang. Disebabkan kami keluar da pukul 10 pagi, memang panas gilos la kalo nak bergambar kat kawasan tepi laut tu. Haha. Sebelum tu, kami singgah di station bus sebab aku nak beli tiket untuk balik malam tu. Tapi tiket semua habis. So terpaksa la aku extend travel series aku sehari lagi. Petang tu Madi and Fitri bawa aku jalan-jalan kat Masjid Kristal pula.

- Fist day jalan-jalan kat KT -

So, the last day kat KT, Madi bawa aku ke Masjid Tengku Tengah Zaharah, or lagi famous amors Masjid Terapung. Lepas tu kami ke Pantai Batu Buruk, then terus ke Perpustakaan Negeri sebab ada  budak tu nak check result dia and confirm kan attendance ke convocation. After that kami ke Kg. Losong untuk lunch keropok lekor. Hihi. So malam tu, Madi and ayah nya hantar aku ke station bus, ready to back to my family. Acececeh ayat poyo gila.

- Last day jalan-jalan kat KT -

Okay, tu je la kesah nya. Apapun, aku rasa seronok walaupun travelog ni tak se-100% macam yang aku selalu impikan dari kecil-kecil dulu. But it's okay, I believe I will get more and more changes after this. :)

Thanks to Madihah and family for their kindness.. :)

- Madi & Fitri; tour guides terboikss -
xoxo

Assalamualaikum & peace be upon you.

Thursday 18 September 2014

Pasca-Student Life or Pre-Profession Life

Assalamualaikum & hi. ^_^

As korang tahu, aku dah habis exam. My very last weeks in UTP was really hectic kot. Started with viva FYP yang not really smooth, sambung dengan nak kena edit report PDP, sambung lagi dengan first paper, sambung lagi dengan nak kena edit report FYP, sambung pulak dengan kisah-kisah hardbound, sambung lagi dengan last paper, sambung lagi dengan rushing nak ke KL, sambung lagi dengan hal-hal keluh kesah, gelak, sedih, gembira, bahagia sepanjang kat KL, sampai lah ke hari angkut barang-barang tinggalkan UTP dan balik ke teratak bahagia rumah parent tercinta. Fuhh.. Berpeluh gak la perasaan aku ni sepanjang masa tu. Meh review sikit kisah-kisah ni.

Bayangkan sepanjang dari Form 4 aku dah selalu kena buat presentation, pernah je presentations aku kena hentam atas bawah kanan kiri dan segala degree yang lain. Tapi viva FYP was the worst aku pernah rasa. Bukan sebab hentaman dari examiners. Tapi sebab rasa macam kena betrayed. But this is what we call as LIFE kan. Tak sentiasanya seronok dan smooth. Tapi berdarah gak la hati limpa jantung dan hempedu aku ni. Nak-nak every time ternampak kelibat examiners tu kat mana-mana. Haha. Sengal. Lepas aku edit semua report aku tu, aku dapatkan sign SV then aku focus kat final exam pula. Habis first paper, malamnya ada dinner ChemE. So berjimba la kami bersama-sama untuk kali yang terakhir before grad.

~ Geng pengembaraan aku. Thanks adik-adik sudi membesar dan mentua dengan akak. ;) ~

Selang few days lepas dinner, ada photoshoot kelas kami. Tapi di sebabkan buat pepagi hari, ramai yang tak dapat datang sebab berlawan dengan nafsu tidur. Rasanya tak sampai separuh pun classmates lelaki yang datang.

~ Sebahagian dari ChemE May '09 ~

After few days, habis last paper, aku terus rasa macam nak menangis. Sebab terasa macam seribu bebanan selama ni dah follow sekali dengan answer booklet yang aku submit tu. To be honest, it's put me in a big hard time untuk complete kan degree ni. Jauh beza dengan diploma dulu. Berapa ramai kawan-kawan sama intake yang berhenti, yang di tendang. Ada masa aku pun rasa macam nak follow je kawan-kawan aku untuk stop je dari UTP ni. Its not because UTP not good or anything. Just aku je yang ada masa terasa macam tak cukup bagus untuk duduk kat UTP. But I just put back my shoes on track, and then sambung lari. Larian jarak jauh ni, aku sedar yang aku tak boleh nak lari pecut. So jogging pun tak pe. Asal masih on track. Alhamdulillah, I manage to step on the finish line, walaupun bukan di kedudukan teratas.

Okay, habis je exam, aku terus get ready nak ke KL. Banyak agenda ke KL ni. Alhamdulillah, semua agenda tercapai. :)
~ Thanks to the owner for lending your tip top car to us. Selesa and selamat. :) ~

Lepas balik dari KL, minta tolong kawan-kawan buatkan clearance and hantarkan hardbound pada coordinator, while aku angkut barang-barang masuk kereta for good. Meninggalkan bumi UTP as graduated student.
~ final masterpiece la kononnya ni. ~

Hari ni dah genap seminggu aku bermalas-malasan kat rumah. Masih belum totally rasa bosan dengan title unemployed lagi, sebab baru seminggu duduk rumah, jadi masih banyak benda belum settle and belum recover. Terutama sekali tidur. Berbulan-bulan hidup macam zombie tak cukup rehat tak cukup tidur, so memang aku hargai saat-saat boleh tidur-tidur-tidur-dan-tidur ni.
*Sebab tu la badan makin gedempol*

Doakan aku cepat dapat kerja ye. Sakit otak jugak bila jadi Penanam Anggur ni. Duit makin habis, tapi income tak generate lagi. Haha.

Ok, till next post.

P/s: Sorry ayat merepek sangat kali ni. Janji nak post jugak. Haha.

Assalamualaikum & peace be upon you. :)

Tuesday 26 August 2014

Sentimental

Assalamualaikum & peace be upon u.

Esok petang aku ada viva FYP. Slides da siap, tapi aku tak fikir lagi script. Esok kang tergagap-gagap pulak. Tapi aku tengah kurang mood sekarang. So malas nak dry run malam ni. Esok pagi lah gamaknya aku dry run.

Hurm. Aku ni jenis yang susah nak habiskan duit beratus-ratus, apatah lagi beribu-ribu pada satu-satu benda. Kecuali kasut. Sebab kasut tu penting untuk keselesaan kaki aku berjalan. Other than that, memang tak la aku nak membazir. Tu pun, kalau tak perlu, aku tak beli pun kasut tu.

Tapi tahun lepas, I made a big move. Sanggup kumpul duit allowance internship untuk beli Mimi. And today I made another big step when I wrap up my mind untuk tukarkan hak milik Mimi pada orang lain. I'm so sorry Mimi. Life must go on. We can't always get or keep anything that we want. Same goes to me. If Allah beri peluang, I'll get u back, Mimi. I'm let u go doesn't means that I didn't love u. Banyak hari dah aku fikir pasal ni, and today I really made my mind. And now u r gone. Jangan marah aku ye Mimi.

Dalam dunia ni, walaupun kita susah payah dapatkan sesuatu, semua tu sebenarnya pinjaman untuk kita saja. Tak ada yang sah kekal hak kita. Tu hukum alam yang Allah dah aturkan untuk kita. Walaupun kita rasa kita beli kereta tu dengan hasil titik peluh sendiri, kalau Allah kata rezeki kita sekadar sehari sahaja, terus hilang juga dari pandangan kita lepas tu. Caranya macam-macam la kan. Sama juga dengan hubungan, walaupun kita dah bernikah dengan pasangan kita, andai takdir Allah kata ikatan tu sekadar 10 tahun, lama tu sahaja lah rezeki kita bersama. It's a karma lah pendek ayat KL nya.

Aku....
Aku ni jenis yang sangat tinggi sentimental value nya. Walaupun barang tu harganya 20sen, tapi kalau ada kisah sebaliknya, aku memang akan jaga bebaik. Sama la juga kes nya dengan Mimi. I love her so much. Tak pernah aku bayangkan aku akan lepaskan dia satu masa nanti. Yang aku fikir, aku akan jaga bebaik, and pakai sampai rosak or hilang. Coz it's me. I'm not someone yang sanggup bazir-bazir duit untuk layan kehendak diri. Banyak sangat kenangan dengan Mimi.

But as I said before, life must go on. InsyaAllah ini yang terbaik buat masa ni. But, again, this is my very first time do such a thing like this in my life. Bukan tak pernah jual apa-apa barang peribadi before this, tapi yang tu semua tak ada sentimental value. Tak sama dengan Mimi. So, I think, I deserved to be sad for a while. I deserved to has a swing mood for a while. Just let me bear with myself. Just let me coax myself later. Just give me some space for a while. Called me childish, I don't care. Coz only me know how valuable Mimi for me. It's not about her price, but the memories between us.

So, just let me..... let me.... rasa sedih.... for few more days. Walaupun kalau ikut logic akal, its not a human, bukan jual anak pun, and it's just duniawi, tapi inilah aku. Sentimental tak bertempat. So bear with it. Tak suka, tekan button 'X'.

Ya Allah, buangkan lah rasa bersalah aku pada Mimi. :(

P/S: Doakan aku dan coursemates dapat present viva FYP dengan baik k. :)

Assalamualaikum & peace be upon you.

Friday 22 August 2014

Random #10

There are so many people out there who will tell you that you can't. What you've got to do is turn around and say, 
"Watch me!"

Assalamualaikum and peace be upon you. ;)

Thursday 21 August 2014

Kasut, Si Pemilik, dan Destinasi

Assalamualaikum & peace be upon u.. :)

Ada sepasang kasut. Di pilih dari sebuah kedai biasa, di pakai dan di jaga sebaiknya. Walaupun dari kedai biasa, tapi kerana cermatnya di jaga, semua mata rasa kasut tu istimewa. Hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Kasut bertukar pemilik, bertukar destinasi. Kehidupan baru bersama pemilik baru, dan suasana baru, tempat baru. Kasut tak lagi terlihat istimewa. Mungkin kerana faktor penjagaan yang berbeza, mungkin di sebabkan suasana yang berbeza, mungkin dah tamatnya zaman kegemilangan kasut itu, mungkin, mungkin, mungkin. Pelbagai spekulasi. Tak pasti di destinasi baru ini, sejauh mana kasut mampu memberi keselesaan dan keistimewaan kepada pemilik. Tak pasti hingga mana tapaknya mampu terus utuh memijak bumi, menahan geseran langkah pemilik. Entah esok, entah lusa, haus lah tapaknya.

Tiba-tiba pemilik ambil kasut, bersihkan, gilap semula, dan katakan padanya, "Terima kasih kerana bersabar dan setia bersama susah senang dengan ku di sini, walau cuaca pelbagai ragam di tempat ini. Perjalanan kita akan tamat tak lama lagi. 2 minggu sahaja lagi. Maafkan aku, terlalai dari menjaga kebajikanmu sebelum ini."

Kasut gembira. Bukan kerana akan meninggalkan tempat baru, tapi kerana akhirnya kasut terasa istimewa semula. Walau hanya di pandangan pemiliknya.

-TAMMAT-

InsyaAllah aku bakal bergraduasi dari alam undergraduate dalam masa 2 minggu lagi.
Doakan untuk aku dan batchmates aku ye. ^_^
Thanks.

Until next entry (insyaAllah dengan title penanam anggur),
Assalamualaikum and peace be upon u. ;)

Saturday 5 July 2014

7 Ramadhan 1435H

*Lap keyboard yang berhabuk*

Assalamualaikum & morning. :)

Hari ni dah masuk 7 Ramadhan 1435H. Sekarang dah di penghujung minggu ke-7 kuliah.
InsyaAllah akan berbaki lagi 23 hari untuk tamatnya bulan yang penuh barakah untuk tahun ini, dan berbaki kurang lebih 9 minggu sebelum segala barang-barang aku di angkut meninggalkan bilik selesa ini. Banyak aku merungut selama aku duduk di tempat ilmu ni. Tapi sedar tak sedar aku masih kat sini, menghabiskan sisa-sisa perjuangan dalam dunia ideal, sebelum keluar ke dunia real.

Dunia ideal --> segalanya ada jawapan melalui theory.
Dunia real --> bila kita sedar yang sebenarnya tak semua theory boleh di aplikasikan.

Okay, actually benda lain yang aku nak share. :) Like always, mukadimah nak panjang menjela dan lari dari isi utama. ^_^

Sepanjang sem last ni, memang busy sangat. Dengan FYP, FYDP, projek-projek subject lain nya. Dengan pindah rumahnya.

Aku tak pernah cerita FYP aku buat pasal apa kan? Teheee. ~_^
Actually FYP aku is experimental works. Aku kena fabricate hollow fiber membrane, then run experiments untuk study effect of membrane area to the membrane separation performance, and effect of feed temperature to the membrane separation performance. Banyak cabaran untuk siapkan experiments FYP ni, tapi alhamdulillah, separuh dari experiments dah siap. Tinggal separuh lagi. Sepatutnya dah lama dah siap. Tapi di sebabkan beberapa kekangan, sampai sekarang terkulat-kulat lagi kat lab tu. Hihi.

Last weekend family aku kena pindah rumah. This is not the first time for us untuk pindah rumah. But this is the very first time aku rasa besar sangat ujian untuk pindah rumah ni. Apapun, Alhamdulillah semuanya berjaya di harungi.

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." 
[ Al-Baqarah : 286 ]

Setiap cabaran sepanjang berpindah rumah tu, ada sahaja kemudahan-kemudahan lain yang Allah berikan. Alhamdulillah. Andai bukan atas belas dan kasih sayang Allah pada hamba-hambaNya, takkan termampu lah aku untuk nak harung saat-saat susah tu. Terima kasih Ya Allah kerana permudahkan segalanya, kerana hadirkan insan-insan yang sudi menghulurkan bantuan kepada kami. ^_^

Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, mereka-mereka yang membantu kami sekeluarga tu akan di limpahi dengan rahmat dan kemudahan urusan. Amiin.

Okay, moh tolong aku siapkan progress report and assignments. :)

Till next post (yang tak tau bila),
Assalamualaikum and peace be upon you.



Monday 19 May 2014

Akhir Akhir

Assalamualaikum & peace be upon all of you.

Okay, hari ini sebenarnya first lecture day for new semester setelah cuti semester selama 2 weeks. Iya, cuti sem kat UTP for UG dah ditambah kepada 2 minggu, Alhamdulillah. Owh, actually insyaAllah ini lah first day untuk sem terakhir aku di sini. Yeahhh, can't wait to finish my another 4-hectic-months. Dan lepas tu InsyaAllah aku akan start satu lagi fasa dalam hidup; fasa mencari kerja dan membina kerjaya. Jadi, mari kita pergiatkan amalan dan perkukuhkan hubungan dengan Allah. :)

Banyak benda berlegar-legar dalam kepala aku sekarang. Tapi tak banyak pun action yang aku buat untuk settle kan semua benda tu. Sebabnya? MALAS. Apa lah nak jadi. Patut sekeh aja kepala ni. Huhu. Sepatutnya by now aku dah siapkan resume, tapi aku tak tau la apa ke hal nya dengan aku, buka Microsoft Word tu sebarang 5 ke 10 minit sambil terkebil-kebil, lepas tu cari simbol 'X'. ~_~

FYP pun, masih tak dapat-dapat masuk lab. Padahal dah lama apply. Sabar. Sabar. Itu aja la yang mampu aku semat dalam dada setiap hari. Aishh. Harapnya Rabu ni dapat juga la masuk lab. Aku dah risau gila dengan FYP nieh. Wuwuwu.

Result sem lepas alhamdulillah dah keluar. Selain dari result internship, ni result paling okay aku pernah dapat kat UTP ni, tapi sebenarnya kurang dari expectation aku untuk semester lepas la. But its okay, aku optimis untuk dapatkan lebih baik lagi sem ni since this is my very last time pun untuk pulun habis-habisan. So, Go-Go Naquiah!!! Heheh. ^_^

Sekarang aku tengah baca buku 'Life Is An Open Secret - Ramadhan Special'. Saja baca buku ni sekarang sebab nak prepare untuk next Ramadhan tak lama lagi. Kadang-kadang banyak benda yang kita dah kerap ambil mudah ni, perlu di remind semula dalam diri, jadi aku rasa ada keperluannya untuk aku buat persediaan menyambut Ramadhan kali ini. So jom kita sama-sama prepare for the upcoming Ramadhan. :)
Ramadhan pun 40 hari je lagi, brader. *nervous* Haa, ni lah pun Ramadhan last aku kat UTP. Last year tak menyambut ramadhan kat sini sebab intern dah time tu. So tahun ni rasa balik, for the last time as UG student, InsyaAllah. :)

Haaa, thanks juga pada yang wish and kasi hadiah last 2 week. Thanks sebab dah remind aku yang aku ni dah makin muda. :P Haha.

Till next entry, take care. :D
Assalamualaikum & peace be upon you.

P/s: Selamat Jubli Perak buat aku.

Tuesday 29 April 2014

Random #9


"A new day gives a new chance, a new day gives a new hope, a new day gives you a new chance and hope to find happiness."

Assalamualaikum and peacebe upon you.

Friday 25 April 2014

Expect Nothing from Others

Assalamualaikum & hi peeps ^__^

*Ambil bulu ayam dan kibas-kibas habuk di keliling*

Actually sekarang tengah study exam week (walaupun 'week', tapi sebenarnya exam kat sini 6 hari je).
Tapi demi seseorang, aku post jugak la satu entry to cheer her up, hopefully. Ngeheee >.<

In few days from now, InsyaAllah aku akan sambut jubli perak nyawa yang di pinjamkan-Nya pada aku kat dunia ni untuk kumpul bekalan kat alam seterusnya nanti. So aku assume aku dah 25 je la dalam entry ni ye, because I can say that ada high possibility yang aku tak sempat nak post next entry dalam masa terdekat nieh =P

>> Naq, kenapa saya je yang selalu cerita masalah saya pada awak? Awak tak ada masalah ke? Ke awak tak nak share masalah awak dengan saya? <<
Ni petikan dari conversation aku dengan seorang teman, hujung bulan lepas. Well, mana ada manusia yang Allah tak uji dengan masalah. Kalau ada, sure orang tu ada masalah besar, sebab dia rasa dia tak pernah ada masalah. Hihi.

So basically aku pun ada je masalah-masalah aku sendiri. Dari masalah nak pilih air tin mana nak minum dalam kereta, sampailah ke masalah yang aku gatal cari sendiri (okay ni example poyo je, takkan aku nak story masalah aku kat sini pulak kan *buat tanda peace*).

Well, as a normal homo sapiens, kita grow up, kita semakin matang, dan kita semakin tinggi skill untuk handle masalah. Itu yang aku belajar dari perkembangan akal. Dulu, masa zaman kecik, zaman baru nak up, bila aku rasa ada masalah, aku suka keluar dari tempat masalah tu, dan lepas tu aku fikirkan apa yang patut aku buat untuk solve that so called problem. Aku tak boleh nak solve masalah aku tu kalau aku stay kat situ, sebab emosi aku akan kawal diri aku. And aku suka analyst masalah aku ni dengan compared kan masalah aku dengan masalah or hidup orang lain di keliling aku. Dari situ aku akan fikir kan pros and cons setiap keputusan yang aku ambil. Nampak tak, betapa complicated cara aku berfikir zaman kanak-kanak sampai zaman remaja dulu.

Tapi makin besar (besar akal berkadar langsung dengan besar badan kot), aku makin mudah nak handle masalah aku. Jarang sangat aku perlu pergi ke tempat lain semata-mata untuk settle kan masalah aku tu. Aku boleh duduk kat depan masalah tu sambil fikir way-out masalah tu. Dan selalunya aku masih boleh kawal emosi aku on that situation, Alhamdulillah. Dan kalaupun aku tengah serabut pikir solution nya, aku masih boleh melayan kawan-kawan sebab aku boleh asingkan dua hal ni dan boleh handle dua benda ni dalam satu masa. Such a gift from Allah. :)

Dan untuk pastikan hidup aku kurang complicated, aku suka pegang satu prinsip,
"Expect nothing from others, and you will never be disappointed."

Kalau sesuatu tu memang rezeki untuk aku, Allah akan bagi pada aku, walaupun orang-orang keliling tak mampu tunaikan. So tak perlu nak runsing dan ragu-ragu. Janji aku ada usaha dan percaya pada Allah.

Sejak da besar ni (ehemm, turning 25th pun tak lama lagi), aku makin rasa mudah untuk nak gembira, which is meraikan je orang keliling aku ni. Yes, I do agree, sometimes bila kita selalu meraikan orang keliling ni, ada masa-masanya kita akan rasa diri kita sendiri tak di raikan. Tapi kita ada power untuk meraikan diri sendiri. So sometimes, just take few hours or few days untuk melayan kerenah dan kehendak diri, as simple as that. Kalau ada orang yang nak meraikan kita, please say Alhamdulillah. Itu rahmat dari Allah.

Haa, so bila kita bawak cara hidup yang simple and relax, insyaAllah kita akan ada banyak ruang untuk mendengar masalah dan kalau mampu, membantu meringankan beban orang keliling kita. Kan mudah tu. :)

Apapun, yang penting, pastikan kita kenal siapa diri kita. Dan hargai orang keliling.

To you, there has a quote saying that,
"Life doesn't have to be perfect, but to be wonderful."
Selagi mana kita merasa hidup kita sentiasa penuh dengan masalah dan ujian, tak seperti orang lain yang sentiasa tersenyum dan ketawa, selagi tu la ada awan gelap tengah get ready nak turunkan thunderstorm kat atas kepala kita. Dan percayalah, orang-orang yang banyak ketawa tu pun sebenarnya banyak simpan kesan-kesan luka dalam hati mereka. Just they don't show to others.

One thing for sure, Allah ada beri janji-Nya pada kita, please refer to Surah Ali-Imran, Ayat 139.
"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."

Bukan calang-calang janji tu, bukan janji dari manusia, tapi dari Allah. So my dear friend, please put a smile pada wajah awak semula. Dan jangan pertikaikan ujian awak dan kehidupan orang lain. Semua orang di uji dengan ujian yang dia mampu. Kalau masalah awak lebih besar dari orang lain, tu maknanya Allah tahu yang awak lebih kuat dari orang lain. <*_*>v

Okay, dah penat menggoreng. Jom study Chemical Analysis pulak.
*mata berair mulut menguap*

Assalamualaikum & peace be upon us. =)

Wednesday 15 January 2014

2014 1

Assalamualaikum & hye.. =D

Allahumma Solli 'Ala Muhammad. Wa 'alaa Aalihi wasahbihi Wasallim.

Selamat memperbanyakkan selawat bermula dari hari ni, takkan nak perbanyak selawat hari ni sahaja pulak kan.. =)

Okay, lama sangat tak update entry baru. Actually banyak dah entry yang di type. Tapi halfway type, save draft je. Niatnya nak sambung kekemudian. Tapi sampai sekarang tak tersambung.

Siapa la kata internship tu relax, memang untung la orang tu sebab Allah bagi banyak masa terluang sepanjanag intern untuk dia perbanyakkan ibadah.

Aku tak da la busy sangat, tapi tak da la free sangat. Hehe.. Masa yang ada cukup-cukup untuk uruskan keperluan. Tu yang berebut-rebut masa gak nak post entry baru tu.

So alhamdulillah, internship da habis. Tapi sebenarnya aku sangat berharap internship tak habis lagi. Huhu. Sekarang berhempas pulas dengan projects dan kelas pulak la untuk final year. Dah dekat setahun tak masuk kelas, rasa canggung pulak nak start kelas ni. Doakan segala urusan kami di permudahkan ye.

Excited jugak bila fikir in couple of months aku dan kawan-kawan akan graduate. Serious sepanjang belajar ni asyik fikir mampu ke tak nak habiskan. Masuk UTP ni la baru aku betul-betul faham erti tawakal kepada Allah.

Walaupun lecture officially start semalam, tapi insyaAllah esok baru aku akn start kelas. Hari ni dah approach seorang lecturer untuk request jadi SV FYP. Semoga Allah beri yang terbaik untuk kami semua. Amiin.

Okay, hari ni 100% huruf sahaja. tak ada pape yang menarik. Sebab rushing tapi gatal nak post gak entry pertama tahun 2014.

 ^__^

Assalamualaikum & peace be upon you. :)