Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 26 March 2013

Saat pintu langit terbuka luas

Luar jendela
langit menebar rahmat ke seluruh bumi
atas arahan Ar-Rahman
hujan menitis ke bumi
pintu langit terbuka seluasnya

Memandang ke langit Illahi
air mata menitis laju
betapa Allah amat mengasihi hamba-Nya
tak di biarkan hamba-Nya terus menangis, terus merintih
Dia sentiasa membuka pintu taubat kepada semua hamba-Nya
tiada pilih kasih, tiada kompromi
siapa sahaja, siapa sahaja
yang meminta keampunan dari-Nya
Dia pasti memberi

Taubatlah sebanyaknya
doalah selama mana
rintihlah semahunya
sujudlah semaksimum mungkin pada-Nya
sentiasa juga Dia mendengar
sentiasa juga Dia menerima
sentiasa juga kita bersama-Nya

Allah, Allah, Allah
cinta-Nya, kasih-Nya, sayang-Nya
sentiasa juga untuk kita
hamba-hamba Nya.

p/s: Alhamdulillah, Allah masih menurunkan hujan di saat ini, masih memberi rahmat-Nya, masih membuka pintu langit seluas-luasnya untuk kita berdoa dan merayu keampunan dari-Nya.

Monday 25 March 2013

Random#7

[1]

Saat dua jasad berpelukan
berpegangan tangan
tanpa sebarang ikatan
dalam keadaan yang tak halal
bahagia yang terasa hanyalah seketika.

Saat pelukan terungkai
saat genggaman tangan di lepaskan
bahagia pun hilang
hanya gusar yang bersarang.

Adakah bahagia itu akan terus kekal?
Adakah pelukannya, genggaman tangannya, cintanya, kasihnya, hatinya,
akan terus kekal?
Adakah dia akan kekal dimiliki?

[2]
Bahagia ku hilang
di telan gusar.

Aku benci hidup kegusaran, ketakutan
dia, tetap belum ku punya.

Segalanya salah
segalanya dosa dan noda.

Aku perlukan cinta yang tak perlukan gusar
cinta yang sentiasa bahagia
cinta yang tak bergelumang dengan dosa dan noda.

Bukan cinta dia yang buat aku bahagia
tapi cinta yang aku biarkan sepi selama ini yang perlu ku baja.

[3]
Allah ampuni ku Ya Allah
menolak cinta-Mu yang sangat mahal tapi halal, indah dan bahagia.

Tiada gusar kehilangan cinta
tiada takut terlepas kasih
kerana Allah sentiasa mencintaiku.

Ampuni dosa dan noda ku selama ini Ya Allah
berikan aku peluang
untuk menyemai cinta-Mu ini Ya Allah

p/s: Monolog 2 jiwa, di 3 waktu berbeza.