Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Blog's Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 27 May 2011

i just wonder.........

assalamualaikum & hello-hello..:D

sound like really in a good mood rite..? of course lah, ari nie dapat khabar lagi ada kawan yang bakal mendirikan rumah tangga.. bakal berginjak ke satu lagi fasa dalam kehidupan di dunia, menyusun satu lagi langkah untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam hidup, i really happy for them..

walaupun aq tinggal di kawasan bandar, tapi kawan-kawan aq ramai yang kahwin di usia muda, jangan terkejut kalau aq cakap, masa aq umur 18tahun dulu pon, dah ada 2 orang kawan sebaya aq yang da kawen.. jadi jangan cakap orang kampung je suka kawen muda..

tak kesah berapa pon usia diorang saat mengambil keputusan besar untuk berkahwin, itu bukan lah satu masalah bagi aq.. sebab belum tentu orang yang lebih tua adalah lebih matang kan..? jadi it's not a big deal for me if nak kawen saat masih muda.. banyak jugak benefits nye kawen muda nie.. satu dari nya, yang aq rasa penting jugak la di masa tua nanti, ialah anak..

cuba bayangkan, umur 22 tahun anda melahirkan seorang baby, bila anak tu masuk usia 25 tahun ( average umur orang da abis belajar and start bekerja la), ko baru 47 tahun.. masih muda, lambat lagi nak pencen.. am i rite..? jadi sepanjang anak anda tengah study (means before anak menjangkau usia 25 tahun tu la), anda masih ada pendapatan tetap untuk tampung pelajaran anak anda..

memang la zaman sekarang nie banyak je bantuan kewangan untuk pelajaran, but do u think it enough..? serious cakap weh, zaman skang, memang makin banyak bantuan kewangan untuk study, tapi kuantiti yang diberi tu makin sikit.. kalo setakat 66K sepanjang pengajian kat UTP, tanpa bantuan dari parent, memang makan pasir la anak-anak nanti..

ok, memang la ada duit simpanan zaman muda, EPF, pencen, etc etc.. tapi aq rasa, most us us bukan la target anak sorang je kan.. walaupun berapa anak yang kita mampu dapat, itu semua datang dari rezeki Allah, but for sure kita ada target untuk nak ada anak ramai kan..? at least aq rasa ramai orang target nak ada 3 orang anak... takkan la dari 3 anak tu, sorang je kita nak kasi pelajaran tinggi kan.. for sure kita kalo boleh nak tengok semua anak kita masuk universiti, dapat pelajaran terbaik and tertinggi yang mereka mampu.. kan..? so bajet nye cukup ke dengan duit yang ada..? nak makan lagi, medicine lagi, loan sana sini lagi kalo ada, etc etc lagi.. haa, bajet dalam masa 2 tahun boleh kering tak duit anda suma sekali..? lain la kalo anda ada business.. selagi tak nak pencen, selagi tu la anda bekerja kan..? tak pon kalo anda main saham ke, lain cerita la kan.. haha..

but still, kawen awal pon ada jugak la risiko nya.. but i think we know well rite what is it.. sebab sana sini suma orang akan kasi pandangan yang sama kalo bab kawen awal nie..

apepon ia, suma tu terpulang pada diri kita sendiri.. either kita da ready nak pikul amanat besar ni atau belom.. ingat senang ke nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami, pemimpin... nak jadi isteri tu pon bukan keje remeh temeh tau.. seorang isteri tu, walaupun 1 perbuatan dia yang kita rasakan remeh, boleh memberi 1000 pahala, and 1 perbuatan yang remeh jugak mampu menggundang dosa jugak.. haa, bajet senang..?

jadi, disebabkan segala macam pro & cont yang ada, aq masih mencari cari diri aq sendiri.. bila agaknya waktu yang aq betul-betul ready untuk bergelar seorang isteri agaknye..? kadang-kadang, walaupun dari segi naluri, kita memang da ready, tapi persekitaran kita..? kena amik kira juga.. dan disebabkan itu la, aq sentiasa terpaksa lari dari target awal untuk kahwen muda..

kalo dulu aq target menjelang usia 24tahun, aq tengah dalam proses menjadi seorang ibu, but now, aq kena rancang semula umur berapa nak kawen.. sebab bila umur masuk 22tahun, aq baru memulakan langkah sebagai pelajar engineering.. ada 4 tahun untuk habiskan study..

and aq tak sanggup nak pertaruhkan rumah tangga and cita-cita sekali gus.. jadi, satu darinya harus dikorbankan dahulu.. bila di kira-kira, menamatkan pengajian di penghujung usia 25 tahun, aq masih ada masa untuk merancang rumah tangga di hujung pengajian atau di awal alam pekerjaan kan, jadi lets focus on study dulu buat masa ni.. biar terbalas segala jerih maung Emak dulu, baru pikir diri sendiri..:)

after all, just like lecturer aq cakap dulu, untuk seorang wanita yang berpelajaran and berkerjaya, berkahwin di usia lewat 20-an masih normal lagi zaman sekarang nie.. but seriously, aq tetap ada sedikit kecewa la sebab aq terpaksa memilih untuk berkahwin di usia lewat 20-an.. after all, walaupun aq cakap macam nie, semua hal jodoh, idup, mati ni kerja dan kuasa Allah SWT.. ini hanya ape yang aq jangka, setakat menggunakan perspektif aq saat ini.. mungkin esok lusa, segalanya berubah.. kita semua tak tau..:)

apepun, congratulations buat semua kawan-kawan aq yang dah dan akan berkahwin, yang dah dan akan menimang cahaya mata..:)

till next post, assalamualaikum and peace upon all of u..=)

Tuesday, 3 May 2011

kepastian yang takkan menghianati

assalamualaikum & salam sejahtera..

sedar tak, dari azali lagi, ada banyk benda dan perkara yang sudah Allah tetapkan untuk kita, dan kita tak akan punya sebarang hak untuk menolak dari perkara itu berlaku.. itu la qada' Allah..

masa darjah 2, Ustaz Nor yang ajar aq Pendidikan Islam.. beliau lah orang pertama yang ternagkan secara jelas makna qada' pada kami masa itu.. dan bagi aq, masa tu la abru aq paham kenapa bila sesuatu berlaku, orang mesti ckp, itu la qada' n qadar yg Allah da tetapkan untuk kita.. tambah Ustaz lagi, qada' itu sudah Allah tetapkan waktu kita masih roh lagi, dan qadar pulak di tetapkan seiring dengan ape yang berlaku sesuai dengan timbangan terhadap perkara sebelumnya.. masa tu agak susah la aq nak paham ayat berbelit-belit tu.. so ustaz kasi example.. contoh qada' ialah aq akan menjadi anak kepada siapa di dunia ini, aq akan lahir bila, aq akan berkahwin bila, aq akan mati bila, etc... qadar lak masa tu ustaz kasi contoh tentang exam.. (sebab masa tu da nak dekat midterm exam).. ustaz cakap, bila nak exam kamu semua berusaha kan, dan selepas itu keluar lah result nya.. result tu la qadar yg Allah da tetapkan buat kamu.. (tetibe ada duster terbang.. hihi.. ustaz memang menggunakan duster sebagai senjata untuk stop kan student yang bersembang or tido masa die mengajar)

sebab tu lah, setiap seorang dari kita dah ada qada' nya yang sudah Allah susunkan khas untuk diri kita ni.. tapi kite sendiri pon tak tau ape kesudahan kita, cuma Allah je yang tau..

kita tak mampu nak membantah ketetapan tu, tapi kita perlu berusaha mempersiapkan diri untuk semua ketetapan tu.. lebih-lebih lagi isu kematian..

mati itu pasti, semua orang tau, semua orang paham, semua orang tak mampu nak elak.. tapi yang kita tak tau, tak paham, tak mampu elak ialah bila, macam mana, dan cara kematian tu akan datang pada kita.. BUT WE STILL CAN DO SOMETHING!

cukupkan amalan, cukupkan bekalan dan cukupkan kekuatan hati.. kita tak tau kematian akan datang bila, dan akan menjemput siapa.. mungkin sekejap lagi kita akan mati, dan ape persiapan kita..? blogging..?

mungkin sekejap lagi orang yang kita kasihi mati, dan ape yang kita ada untuk beliau..? ratapan tangisan yang meyeksa nya..?

rasanya kita kena mula belajar sesuau skang.. urm, mungkin lebih tepat lagi andai aq katakan AKU perlu belajar sesuatu skang..

betol, semua orang hari-hari dengar orang cakap, kita kena persiapkan diri kita untuk kematian, sebab tak tau bila masa nya kita akan di jemput.. jadi beramal dan beribadah la umpama ini hari terakhir kita kan.. tapi jujur cakap la, aq sendiri pon asyik buat ibadah cukup-cukup je setiap hari... itu pon, cukup-cukup tu di pandangan mata aq.. di pandangan Allah, aq tak pasti.. Dia terima atau tidak segala ibadah aq, kita semua pon tak pasti kan..? same goes to all of u..

then datang pulak pasal kematian insang yang di kasihi, kita cukup ke ilmu di dada untuk membantu..? maksud aq, kita betul-betul ingat ke cara nak mandikan jenazah, khafan kan jenazah, solatkan jenazah, etc etc..? setakap buat tah berapa kali je seumur idup, itu pun masa PAFA kat zaman sekolah dulu, ko bajet cukup untuk di gunakan masa keadaan tu tibe..? tanpa dijangka-jangka..?

katakan lah andai sekejap lagi, ada di antara keluarga kau meninggal dunia, dan ko belum ready untuk tu, bajet sempat ke nak capai buku panduan pengurusan jenazah before ko nak membantu menguruskan jenazah tu..? memang tak sempat lah! even kalo ko memang da ada ilmu tu kat dalam kepala pon, belum tentu ko mampu nak perform sebab terkejut, terkedu, termangu atas kejadian tak terduga ini kan..?

ape lagi la kalo memang tak prepare semua ni.. lagi rasa ralat.. untuk kali terakhir nak berbakti kepada si mati tu pun tak mampu sebab tak ada ilmu..

jadi, ape kata mulai sekarang, kite sama-sama tambahkan ilmu dan tambahkan ibadah dalam diri kita.. bukan saja untuk bekalan mati nanti, tapi jugak untuk memberi penghormatan terakhir buat mereka yang sudah pergi.. at least boleh menjadi peringatan kat kite tentang saat kita pulak nanti..

dan satu lagi, semakin bertambah angka usia kita, semakin dekat la kita dengna hari kematian kita..! semoga kita semua sempat mengumpul bekalan dan sempat bertaubat.. sungguh, itu yang paling aq takuti.. takut andai mati sampai dahulu sebelum sempat aq bersedia.. semoga Allah panjang kan usia kita lagi..

assalamualaikum & take care