Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 3 May 2011

kepastian yang takkan menghianati

assalamualaikum & salam sejahtera..

sedar tak, dari azali lagi, ada banyk benda dan perkara yang sudah Allah tetapkan untuk kita, dan kita tak akan punya sebarang hak untuk menolak dari perkara itu berlaku.. itu la qada' Allah..

masa darjah 2, Ustaz Nor yang ajar aq Pendidikan Islam.. beliau lah orang pertama yang ternagkan secara jelas makna qada' pada kami masa itu.. dan bagi aq, masa tu la abru aq paham kenapa bila sesuatu berlaku, orang mesti ckp, itu la qada' n qadar yg Allah da tetapkan untuk kita.. tambah Ustaz lagi, qada' itu sudah Allah tetapkan waktu kita masih roh lagi, dan qadar pulak di tetapkan seiring dengan ape yang berlaku sesuai dengan timbangan terhadap perkara sebelumnya.. masa tu agak susah la aq nak paham ayat berbelit-belit tu.. so ustaz kasi example.. contoh qada' ialah aq akan menjadi anak kepada siapa di dunia ini, aq akan lahir bila, aq akan berkahwin bila, aq akan mati bila, etc... qadar lak masa tu ustaz kasi contoh tentang exam.. (sebab masa tu da nak dekat midterm exam).. ustaz cakap, bila nak exam kamu semua berusaha kan, dan selepas itu keluar lah result nya.. result tu la qadar yg Allah da tetapkan buat kamu.. (tetibe ada duster terbang.. hihi.. ustaz memang menggunakan duster sebagai senjata untuk stop kan student yang bersembang or tido masa die mengajar)

sebab tu lah, setiap seorang dari kita dah ada qada' nya yang sudah Allah susunkan khas untuk diri kita ni.. tapi kite sendiri pon tak tau ape kesudahan kita, cuma Allah je yang tau..

kita tak mampu nak membantah ketetapan tu, tapi kita perlu berusaha mempersiapkan diri untuk semua ketetapan tu.. lebih-lebih lagi isu kematian..

mati itu pasti, semua orang tau, semua orang paham, semua orang tak mampu nak elak.. tapi yang kita tak tau, tak paham, tak mampu elak ialah bila, macam mana, dan cara kematian tu akan datang pada kita.. BUT WE STILL CAN DO SOMETHING!

cukupkan amalan, cukupkan bekalan dan cukupkan kekuatan hati.. kita tak tau kematian akan datang bila, dan akan menjemput siapa.. mungkin sekejap lagi kita akan mati, dan ape persiapan kita..? blogging..?

mungkin sekejap lagi orang yang kita kasihi mati, dan ape yang kita ada untuk beliau..? ratapan tangisan yang meyeksa nya..?

rasanya kita kena mula belajar sesuau skang.. urm, mungkin lebih tepat lagi andai aq katakan AKU perlu belajar sesuatu skang..

betol, semua orang hari-hari dengar orang cakap, kita kena persiapkan diri kita untuk kematian, sebab tak tau bila masa nya kita akan di jemput.. jadi beramal dan beribadah la umpama ini hari terakhir kita kan.. tapi jujur cakap la, aq sendiri pon asyik buat ibadah cukup-cukup je setiap hari... itu pon, cukup-cukup tu di pandangan mata aq.. di pandangan Allah, aq tak pasti.. Dia terima atau tidak segala ibadah aq, kita semua pon tak pasti kan..? same goes to all of u..

then datang pulak pasal kematian insang yang di kasihi, kita cukup ke ilmu di dada untuk membantu..? maksud aq, kita betul-betul ingat ke cara nak mandikan jenazah, khafan kan jenazah, solatkan jenazah, etc etc..? setakap buat tah berapa kali je seumur idup, itu pun masa PAFA kat zaman sekolah dulu, ko bajet cukup untuk di gunakan masa keadaan tu tibe..? tanpa dijangka-jangka..?

katakan lah andai sekejap lagi, ada di antara keluarga kau meninggal dunia, dan ko belum ready untuk tu, bajet sempat ke nak capai buku panduan pengurusan jenazah before ko nak membantu menguruskan jenazah tu..? memang tak sempat lah! even kalo ko memang da ada ilmu tu kat dalam kepala pon, belum tentu ko mampu nak perform sebab terkejut, terkedu, termangu atas kejadian tak terduga ini kan..?

ape lagi la kalo memang tak prepare semua ni.. lagi rasa ralat.. untuk kali terakhir nak berbakti kepada si mati tu pun tak mampu sebab tak ada ilmu..

jadi, ape kata mulai sekarang, kite sama-sama tambahkan ilmu dan tambahkan ibadah dalam diri kita.. bukan saja untuk bekalan mati nanti, tapi jugak untuk memberi penghormatan terakhir buat mereka yang sudah pergi.. at least boleh menjadi peringatan kat kite tentang saat kita pulak nanti..

dan satu lagi, semakin bertambah angka usia kita, semakin dekat la kita dengna hari kematian kita..! semoga kita semua sempat mengumpul bekalan dan sempat bertaubat.. sungguh, itu yang paling aq takuti.. takut andai mati sampai dahulu sebelum sempat aq bersedia.. semoga Allah panjang kan usia kita lagi..

assalamualaikum & take care

No comments: