Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Blog's Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 18 September 2014

Pasca-Student Life or Pre-Profession Life

Assalamualaikum & hi. ^_^

As korang tahu, aku dah habis exam. My very last weeks in UTP was really hectic kot. Started with viva FYP yang not really smooth, sambung dengan nak kena edit report PDP, sambung lagi dengan first paper, sambung lagi dengan nak kena edit report FYP, sambung pulak dengan kisah-kisah hardbound, sambung lagi dengan last paper, sambung lagi dengan rushing nak ke KL, sambung lagi dengan hal-hal keluh kesah, gelak, sedih, gembira, bahagia sepanjang kat KL, sampai lah ke hari angkut barang-barang tinggalkan UTP dan balik ke teratak bahagia rumah parent tercinta. Fuhh.. Berpeluh gak la perasaan aku ni sepanjang masa tu. Meh review sikit kisah-kisah ni.

Bayangkan sepanjang dari Form 4 aku dah selalu kena buat presentation, pernah je presentations aku kena hentam atas bawah kanan kiri dan segala degree yang lain. Tapi viva FYP was the worst aku pernah rasa. Bukan sebab hentaman dari examiners. Tapi sebab rasa macam kena betrayed. But this is what we call as LIFE kan. Tak sentiasanya seronok dan smooth. Tapi berdarah gak la hati limpa jantung dan hempedu aku ni. Nak-nak every time ternampak kelibat examiners tu kat mana-mana. Haha. Sengal. Lepas aku edit semua report aku tu, aku dapatkan sign SV then aku focus kat final exam pula. Habis first paper, malamnya ada dinner ChemE. So berjimba la kami bersama-sama untuk kali yang terakhir before grad.

~ Geng pengembaraan aku. Thanks adik-adik sudi membesar dan mentua dengan akak. ;) ~

Selang few days lepas dinner, ada photoshoot kelas kami. Tapi di sebabkan buat pepagi hari, ramai yang tak dapat datang sebab berlawan dengan nafsu tidur. Rasanya tak sampai separuh pun classmates lelaki yang datang.

~ Sebahagian dari ChemE May '09 ~

After few days, habis last paper, aku terus rasa macam nak menangis. Sebab terasa macam seribu bebanan selama ni dah follow sekali dengan answer booklet yang aku submit tu. To be honest, it's put me in a big hard time untuk complete kan degree ni. Jauh beza dengan diploma dulu. Berapa ramai kawan-kawan sama intake yang berhenti, yang di tendang. Ada masa aku pun rasa macam nak follow je kawan-kawan aku untuk stop je dari UTP ni. Its not because UTP not good or anything. Just aku je yang ada masa terasa macam tak cukup bagus untuk duduk kat UTP. But I just put back my shoes on track, and then sambung lari. Larian jarak jauh ni, aku sedar yang aku tak boleh nak lari pecut. So jogging pun tak pe. Asal masih on track. Alhamdulillah, I manage to step on the finish line, walaupun bukan di kedudukan teratas.

Okay, habis je exam, aku terus get ready nak ke KL. Banyak agenda ke KL ni. Alhamdulillah, semua agenda tercapai. :)
~ Thanks to the owner for lending your tip top car to us. Selesa and selamat. :) ~

Lepas balik dari KL, minta tolong kawan-kawan buatkan clearance and hantarkan hardbound pada coordinator, while aku angkut barang-barang masuk kereta for good. Meninggalkan bumi UTP as graduated student.
~ final masterpiece la kononnya ni. ~

Hari ni dah genap seminggu aku bermalas-malasan kat rumah. Masih belum totally rasa bosan dengan title unemployed lagi, sebab baru seminggu duduk rumah, jadi masih banyak benda belum settle and belum recover. Terutama sekali tidur. Berbulan-bulan hidup macam zombie tak cukup rehat tak cukup tidur, so memang aku hargai saat-saat boleh tidur-tidur-tidur-dan-tidur ni.
*Sebab tu la badan makin gedempol*

Doakan aku cepat dapat kerja ye. Sakit otak jugak bila jadi Penanam Anggur ni. Duit makin habis, tapi income tak generate lagi. Haha.

Ok, till next post.

P/s: Sorry ayat merepek sangat kali ni. Janji nak post jugak. Haha.

Assalamualaikum & peace be upon you. :)