Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 26 August 2014

Sentimental

Assalamualaikum & peace be upon u.

Esok petang aku ada viva FYP. Slides da siap, tapi aku tak fikir lagi script. Esok kang tergagap-gagap pulak. Tapi aku tengah kurang mood sekarang. So malas nak dry run malam ni. Esok pagi lah gamaknya aku dry run.

Hurm. Aku ni jenis yang susah nak habiskan duit beratus-ratus, apatah lagi beribu-ribu pada satu-satu benda. Kecuali kasut. Sebab kasut tu penting untuk keselesaan kaki aku berjalan. Other than that, memang tak la aku nak membazir. Tu pun, kalau tak perlu, aku tak beli pun kasut tu.

Tapi tahun lepas, I made a big move. Sanggup kumpul duit allowance internship untuk beli Mimi. And today I made another big step when I wrap up my mind untuk tukarkan hak milik Mimi pada orang lain. I'm so sorry Mimi. Life must go on. We can't always get or keep anything that we want. Same goes to me. If Allah beri peluang, I'll get u back, Mimi. I'm let u go doesn't means that I didn't love u. Banyak hari dah aku fikir pasal ni, and today I really made my mind. And now u r gone. Jangan marah aku ye Mimi.

Dalam dunia ni, walaupun kita susah payah dapatkan sesuatu, semua tu sebenarnya pinjaman untuk kita saja. Tak ada yang sah kekal hak kita. Tu hukum alam yang Allah dah aturkan untuk kita. Walaupun kita rasa kita beli kereta tu dengan hasil titik peluh sendiri, kalau Allah kata rezeki kita sekadar sehari sahaja, terus hilang juga dari pandangan kita lepas tu. Caranya macam-macam la kan. Sama juga dengan hubungan, walaupun kita dah bernikah dengan pasangan kita, andai takdir Allah kata ikatan tu sekadar 10 tahun, lama tu sahaja lah rezeki kita bersama. It's a karma lah pendek ayat KL nya.

Aku....
Aku ni jenis yang sangat tinggi sentimental value nya. Walaupun barang tu harganya 20sen, tapi kalau ada kisah sebaliknya, aku memang akan jaga bebaik. Sama la juga kes nya dengan Mimi. I love her so much. Tak pernah aku bayangkan aku akan lepaskan dia satu masa nanti. Yang aku fikir, aku akan jaga bebaik, and pakai sampai rosak or hilang. Coz it's me. I'm not someone yang sanggup bazir-bazir duit untuk layan kehendak diri. Banyak sangat kenangan dengan Mimi.

But as I said before, life must go on. InsyaAllah ini yang terbaik buat masa ni. But, again, this is my very first time do such a thing like this in my life. Bukan tak pernah jual apa-apa barang peribadi before this, tapi yang tu semua tak ada sentimental value. Tak sama dengan Mimi. So, I think, I deserved to be sad for a while. I deserved to has a swing mood for a while. Just let me bear with myself. Just let me coax myself later. Just give me some space for a while. Called me childish, I don't care. Coz only me know how valuable Mimi for me. It's not about her price, but the memories between us.

So, just let me..... let me.... rasa sedih.... for few more days. Walaupun kalau ikut logic akal, its not a human, bukan jual anak pun, and it's just duniawi, tapi inilah aku. Sentimental tak bertempat. So bear with it. Tak suka, tekan button 'X'.

Ya Allah, buangkan lah rasa bersalah aku pada Mimi. :(

P/S: Doakan aku dan coursemates dapat present viva FYP dengan baik k. :)

Assalamualaikum & peace be upon you.

Friday 22 August 2014

Random #10

There are so many people out there who will tell you that you can't. What you've got to do is turn around and say, 
"Watch me!"

Assalamualaikum and peace be upon you. ;)

Thursday 21 August 2014

Kasut, Si Pemilik, dan Destinasi

Assalamualaikum & peace be upon u.. :)

Ada sepasang kasut. Di pilih dari sebuah kedai biasa, di pakai dan di jaga sebaiknya. Walaupun dari kedai biasa, tapi kerana cermatnya di jaga, semua mata rasa kasut tu istimewa. Hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Kasut bertukar pemilik, bertukar destinasi. Kehidupan baru bersama pemilik baru, dan suasana baru, tempat baru. Kasut tak lagi terlihat istimewa. Mungkin kerana faktor penjagaan yang berbeza, mungkin di sebabkan suasana yang berbeza, mungkin dah tamatnya zaman kegemilangan kasut itu, mungkin, mungkin, mungkin. Pelbagai spekulasi. Tak pasti di destinasi baru ini, sejauh mana kasut mampu memberi keselesaan dan keistimewaan kepada pemilik. Tak pasti hingga mana tapaknya mampu terus utuh memijak bumi, menahan geseran langkah pemilik. Entah esok, entah lusa, haus lah tapaknya.

Tiba-tiba pemilik ambil kasut, bersihkan, gilap semula, dan katakan padanya, "Terima kasih kerana bersabar dan setia bersama susah senang dengan ku di sini, walau cuaca pelbagai ragam di tempat ini. Perjalanan kita akan tamat tak lama lagi. 2 minggu sahaja lagi. Maafkan aku, terlalai dari menjaga kebajikanmu sebelum ini."

Kasut gembira. Bukan kerana akan meninggalkan tempat baru, tapi kerana akhirnya kasut terasa istimewa semula. Walau hanya di pandangan pemiliknya.

-TAMMAT-

InsyaAllah aku bakal bergraduasi dari alam undergraduate dalam masa 2 minggu lagi.
Doakan untuk aku dan batchmates aku ye. ^_^
Thanks.

Until next entry (insyaAllah dengan title penanam anggur),
Assalamualaikum and peace be upon u. ;)