Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 25 January 2012

Iklan Keju Panda

Assalamualaikum & hai..:)

Semalam pagi before subuh aku dah bertolak balik ke UTP, and around 9am aku dah berjaya ambil kunci bilik baru aku. Tahniah la kat aku sebab bilik yang aku booking tak dapat, dah tu diberinya aku rumah level 4 terus. Saja nak suruh aku kurus sikit lepas aku bersusah payah ternak lemak selama 4 bulan lebih ni la kot.

So angkut barang-barang yang maha banyak ke level 4 tu cukup lah untuk mematahkan pinggang aku ni haaa. Tapi dah nak campak ke mana barang tu suma kalau tak di angkat ke atas iya dak? So angkat jugak la. Dalam 15minit, semua barang settle angkat. Ok tutup cerita tak da kena mengena dengan entry ni.

Nak cantik lagi rumah aku ni, majoriti housemates aku ialah minah arab. So secara tak sengaja nya aku terjumpa benda ni kat dalam fridge rumah aku tadi masa nak simpan air.

~sorry le tak cantik sangat, camera murah + lupa nak masukkan software kat dalam lappy~

Nampak je benda ni, terus aku tergelak sensorang then masuk bilik ambil camera (nasib pulak bilik aku betul-betul tepi dapur je so tak da orang perasan pasal hal aku ambil picture kat dalam fridge). Aku syak keju ni mesti 1 of my 'minah arah' housemates punya. Iya lah, da simpannya pon dalam fridge rumah aku. Tak housemates jiran depan rumah pulak kan.:)

Siapa yang yak pernah tengok lagi video iklan Keju Panda yang rage habis tu, ini dia:


So aku harap tak ada lah Panda ni datang mengamuk dekat aku bila aku nak tido nanti sebab aku gelak tak stop tadi. Hahahaha.

Dulu aku ingat iklan ni main-main je, realitinya keju Panda ni tak wujud. Tapi hari ni dah terbukti iklan ni betul-betul. Gila brutal kan paksa orang beli. Aku rasa dekat setiap tempat yang jual keju ni mesti panda ni da ready nak serang orang yang tak nak beli kan? Kihkihkih

Ok tu je nak merepek hari ni.

Assalamualaikum & may peace be upon all of you. :D

Monday 16 January 2012

Aja Aja Fighting!

Assalamualaikum & hai.

Tadi bila belek-belek kalender, baru tersedar yang cuti sem aku akan berakhir dalam masa 9 hari lagi. Cuti sem yang maha panjang, selama 4bulan lebih ni, aku tak terasa sangat pon. Tau-tau dah nak habis dah cutinya. Jadi aku terfikir, kenapa aku rasa macam ni? Sebab aku dah terlalu banyak buang masa ke sepanjang cuti ni? Atau sebab aku terlalu sebuk dengan kehidupan bersama family? Walaupun bila borak-borak dengan Emak, aku selalu merungut bosan. Bosan sebab hari-hari lakukan perkara sama. Bosan sebab terlalu rutin kehidupan sepanjang cuti ni. Tapi dalam rungutan, aku masih rasa seronok melayan rasa selesa bila ada jauh dari kampus.

Sepanjang jadi student first year tahun lepas, aku rasa prestasi diri aku sangat la teruk. Teruk bukan sebab aku tak mampu. Tapi teruk sebab aku hilang rentak dan semangat dulu. Aku yakin aku masih belum bersedia nak berkerjaya, tapi pada masa sama aku hilang rentak dalam hidup sebagai pelajar. Hilang fokus. Dan aku tak nak biarkan sikap ni berterusan dalam diri aku. Aku takut sikap ni akan hilangkan diri aku yang sebenar. Aku takut sikap ni akan buat impian aku terlepas. Aku takut sikap ni akan membunuh harapan keluarga.

Aku nekad kali ni. Biar aku rasa seksa macam suatu masa dulu, asalkan diri aku kembali jumpa rentak yang aku selalu tarikan. Bila tiba ke rentak tu, aku akan pastikan aku menari seindah mungkin. InsyaAllah.

Aku harap aku mampu buang rasa hilang semangat belajar macam yang berlaku pada aku di pertengahan tahun lepas. Aku tak nak rasa tu datang lagi. Aku harap aku mampu buang rasa kosong kehidupan di kampus tu. Aku tak nak sunyi dan sepi tu merampas semua semangat yang ada.

Biar aku seorang, biar aku sepi, biar aku tak ada teman di sana. Aku harap aku kuat untuk terus melangkah kejar segala impian. Come on Naq, zaman pra dulu pon starting lone ranger gak kan. Boleh je survive.

Aku harap mulai second year ni, aku da tak lemah semangat macam last year dah. Alang-alang dah seksa hati ni kat sana, biar lah seksa tu berbaloi! Aku kena cari seorang manusia yang boleh hempuk kepala aku ni bila aku lupa and down kat sana nanti. Hahaha.

Malas, lemah semangat, aku akan cuba sedaya aku untuk pastikan kau tak akan menjengah aku lagi mulai dari sem ni. Cukup la sem lepas. Thanks by the way sebab dah buat aku rasa marah yang teramat sangat dengan sikap aku tahun lepas dan buat aku jadi nekad.

Aku mau syaitan tu semua jauh dari hati aku. Biar hati ni kurang rasa malas. InsyaAllah.

Assalamualaikum & peace upon all of you.:)

Tuesday 10 January 2012

~You are My Friend~

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Did you watch Naruto anime..? Yup, aku menontonnya dan aku sangat meminatinya.. Gejala ni start dalam diri aku masa di semester 3.. Kengkawan aku nak pinjam laptop aku untuk menonton siri anime tu.. Memula aku cuma biarkan mereka dengan dunia mereka itu, but who can stand when you see lot of movement in that anime rite..? So aku pon try la tonton sama.. Then until now, aku masih meminati siri anime ini..

Memang lah, cerita anime seumpama ini memang tiada logiknya.. But that is why la we call it anime rite..? Tapi yang dah menarik perhatian aku untuk meminati siri anime ini ialah kisah disebalik persahabatan Naruto dan Sasuke..

Pernah tak korang terfikir, seorang budak kecil yang kesepian, berasa tersentuh bila melihat kanak-kanak lain berada dalam situasi sepertinya, lalu dia cuba menjadi kawan kepada kanak-kanak tu..

cuma biasa la budak-budak kan.. Bila ada yang lebih baik darinya, dia akan rasa tercabar.. Begitu juga dengan Naruto.. Walaupun dia rasa Sasuke tu musuhnya kerana lebih pandai dari dia, tapi dia jugak merasakan Sasuke sepatutnya menjadi kawan yang baik.. Sebab dia paham perasaan Sasuke..

Bila usia semakin meningkat, dan mereka muilai menginjak ke usia remaja, Sasuke termakan hasutan orang jahat, and menyebabkan dia menghianati kampungnya.. Kat sini lah bermulanya kisah yang menarik perhatian aku dalam siri ini..

Bermula dari hasutan itu, menyebabkan Naruto sangat berharap, dia mampu menyelamatkan sahabatnya Sasuke.. Walaupun dengan terpaksa membunuh dirinya sendiri..

Susah untuk mencari sahabat yang sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan sahabatnya berada dalam keadaan yang baik dan tidak terjerumus ke kancah hitam kan..?

Tapi itu la Naruto.. Dan setiap kali aku mendalami watak Naruto, pasti satu soalan akan bermain di benak aku..
'benarkah ada manusia yang sanggup melakukan segalanya demi seorang sahabat?'

Jika benar ada manusia seumpama ini di dunia realiti, aku berdoa, moga Allah temukan aku dengan insan tersebut.. Memberi satu peluang supaya aku mampu menjalinkan satu ukhwah dengannya, dan menjadi seorang sahabat yang baik sepertinya..
amin..

~zaman kecil mereka~

~ini lah yang sering Naruto harapkan dari sahabatnya~

~bila jumpa asyik gaduh, tapi they love each other.. hehe.. love disini sayang ye~

naruto sasuke


Naruto selalu mengatakan ayat ini kepada Sasuke:
"you was the only person to really notice me, Sasuke."

dan Sasuke pulak selalu menuturkan ayat ini pada Naruto:
"if I'm able to accomplish my goals through nothing more, Naruto."



P/S: Setelah bertahun-tahun, aku masih sabar menanti penghujung disebalik kisah Naruto dan Sasuke..:D

Assalamualaikum & papai..:)

Tuesday 3 January 2012

~Kasut Dah Kapur, Baju dah Nila~

Assalamualaikum & hai..:)

Owh, aku mula tersedar yang selama ini aku menaip macam budak darjah satu yang tak pandai bezakan huruf kecil dan besar rupanya! And aku jugak baru tersedar yang ada orang cuba belajar Bahasa Melayu tersesat ke blog aku hasil carian contoh ayat dari perkataan yang mereka baru belajar. To those yang tertipu dengan helah Pakcik Google tu, aku mintak maaf bagi pihak beliau ye.

Aku nak tegaskan kat sini, ayat-ayat dalam blog ni sangat tak bersesuaian untuk dijadikan contoh andai kata anda ingin mempelajari Bahasa Melayu. Sejuta maaf untuk mereka tu.

Okay, aku rimas sangat lah nak terlalu formal menaip ni. Cuba kau baca ayat aku kat 2 perenggan atas tu, betul punya formal, macam nak hantar karangan pendek untuk cikgu semak pulak kan.

Btw, 4hb ni akan start sesi persekolahan untuk tahun 2012 kan? Boleh aku nak kira sikit berapa abad tahun dah aku tinggalkan alam uniform kurung putih dan kain biru?

Hurm, aku tamat darjah 6 masa 2001, means aku da sedekad lah tinggalkan alam sekolah rendah tu kan? Dulu masa zaman sekolah rendah, setiap tahun Emak terpaksa belikan aku baju baru. Sebab aku ni tak reti jaga kebersihan baju aku.. so menjelang hujung tahun, memang dah kuning habis lah baju aku. And kain pulak, asyik koyak je kat hujungnya tu. Tertetas jahitannya. Semua tu sebab aku ni ganas sangat. Bila berjalan, tak reti nak jalan ayu-ayu. Sebabnya aku dah terbiasa. Zaman kecik-kecik dulu, Bapak aku suka seret bawak aku pergi kedai, supermarket, pasar malam, etc etc. And biasa lah kan, langkah kaki orang dewasa ni bukan lah pendek-pendek macam aku yang masih kecik dan comel dan tembam dan kiut miut tuh! (ye ye, sila lah muntah, lepas tu lap sendiri okay!). jadi bila aku lambat je, Bapak akan pegang tangan aku and tarik aku supaya aku tak terlepas jauh dari beliau. So aku pon terkedek-kedek (ko boleh bayangkan macam mana budak comel jalan di pimpin oleh ayahnya kan? macam tu lah aku:D) dan terlari-lari anak lah sebab nak kena bersaing dengan langkah besar Bapak tu. Penat tahu jalan macam tu. Jadi itu lah punca kenapa aku ni laju bila berjalan. Aku cuma pandai belajar berjalan slow sejak tinggal di KB, sebab kengkawan aku semua bila nak pergi beli makanan, suka berjalan santai sambil hirup udara petang. Kihkihkih. Thanks to them, kalau tidak, sampai sekarang lah aku tak reti nak jalan macam perempuan!

Okay so sambung balik cerita kain koyak aku tu kan. Emak aku dah jenuh dah cakap kat aku, jangan lah jalan macam anak jantan. Jalan elok-elok, baru lah tak koyak. Ngeheee.. Anak Emak ni memang tak ada tokoh nak jadi anak perempuan lagi masa tu. Sampai lah masa darjah 4, Emak kata aku dah mencapai umur layak untuk uruskan diri sendiri, so aku kena cuci baju sendiri, iron baju sendiri, sama macam yang abang-abang aku semua kena buat. Tapi aku kena lebih sikit lah. Sebab tanggungjawab cuci pinggan mangkuk semua dah jatuh ke bahu aku jugak. And masa tu biasa lah, abang-abang menunjukkan kuasa. Lepas makan, letak je pinggan dalam singki. Esok balik sekolah, aku kena cuci. Selagi tak cuci, tak boleh keluar ke padang untuk main kejar-kejar. Kahkahkah. Tapi aku akan selamat dari kerja cuci pinggan kalau Angah ponteng sekolah. Sebab Angah akan tolong cuci kan. Muahaahaa.

So masa nak buka sekolah darjah 4 tu Emak beli kan baju sekolah baru, dan itu lah yang terakhir untuk sekolah rendah aku. Kecuali tudung lah. Sebab masa cuti sekolah sebelum naik darjah 5, aku cakap dekat Emak yang aku nak pakai tudung pergi sekolah bila naik darjah 5. Jadi walaupun tak ada baju baru, aku ada tudung baru masa tu.

Aku tinggalkan alam sekolah menengah pulak pada tahun 2006, jadi dah 5 tahun lah.

Masuk form 1, baru aku dapat baju baru. itu pon sebab baju aku dah kuning, tudung pulak dah melekat dengan gam lencana sekolah rendah - tak cantik lah nanti bila dah tampal lencana sekolah menengah, tetiba ada comot-comot kesan gam kat tepi tepi lencana tu - and kain pulak dah bertukar warna dari blue black ke biru turquoise (betul ke tak ejaannya aku tak tahu).

2 bulan lepas tu Emak tempahkan pulak uniform sekolah yang baru, sebab aku dapat jadi pengawas, so baju bertukar lah. Emak buat 2 pasang. Seingat aku, kali terakhir aku ada 2 pasang baju sekolah ialah masa aku darjah 2. So masa tu bila dapat sampai 2 pasang, aku punya lah terharu, tak tahu macam mana nak gambarkan lah. Aku punya gembira, lebih dari masa aku dapat result UPSR! Kihkihkih. Dasar budak-budak. Itu yang aku rasa penting masa tu kan. Haha.

Lepas tu masa aku form 3 dapat 2 pasang uniform lagi. And itu lah yang aku pakai sampai aku habis SPM. Since sekolah baru aku dulu tak ada lencana and name tag yang perlu di lekat-lekat (sekolah tu pakai name tag ID), jadi tudung aku masih elok dan putih sebab aku rajin rendam clorox, sental pakaian macam orang gila dan lepas tu rendam nila pulak! So tudung aku tu aku wariskan dekat adik aku. Lepas tu aku tak tau dah apa jadi dekat tudung tu. Baju masih elok dan utuh di simpan dalam almari baju aku tu. Kain pulak aku masih pakai, sebagai kain basahan. Hihihi. Sayang kot nak buang. Masih elok dan utuh lagi.

Owh, aku tak cerita pasal kasut lagi eh?

Aku tak pernah ada lebih dari sepasang kasut sepanjang aku jadi student sekolah rendah. Masuk sekolah menengah pulak, aku ada 2 pasang pon sebab sepasang tu kasut sekolah (warna hitam sebab aku pengawas, then sekolah menengah form 4-5 memang uniform sekolah kami kasutnya hitam) and sepasang lagi kasut PBSM (warna putih).

Masa darjah 1 sampai 3, aku memang jaga gila lah kasut aku dari kotor. Aku rajin sesangat kapur kasut tu, and aku siap kapur 2 3 layer lagi. Sebab kalau terkotor nanti senang aku nak bersihkan. Aku jaga gila pon bukan apa, cuma sebab perhimpunan sesi petang kat sekolah tu hari Jumaat (hari terakhir persekolahan setiap minggu), and masa perhimpunan tu, sapa-sapa yang kasutnya kotor, kukunya tak potong, rambut panjang (lelaki), rambut tak ikat kemas (perempuan); akan di denda berdiri dekat depan sekali. Malu kot kalau kena berdiri kat depan tu. So kena la selamatkan kasut untuk hari jumaat tu. Haha.

Kalau terkotor sangat, aku akan curi kapur tulis kat blackboard, and kapurkan kasut aku guna kapur tu. Hihi. Tapi style aku, before aku kapurkan, aku akan basarkan sikit tempat kotor tu. Sebab aku takut kang bila berjalan, kapur tu akan terbang kalau tak basahkan. Nanti nampak lah kotornya semula. Kihkihkih. Teruk perangai aku dulu kan.

Bila hari Sabtu, kena bangun pagi-pagi sebab nak kena cuci kasut. Kalau bangun lambat, cuci lambat, nanti kasut tak kering. Ahad tak boleh nak kapur pulak kang. Kadang-kadang sebab tak kering, terpaksa sambung jemur depan kipas, janji kering. Nasib aku tak iron pulak kasut tu kan. Hahaha..

Bila ingat balik semua tu, baru aku sedar, betapa aku memang bersyukur sangat sebab aku tak perlu nak ke sekolah lagi. Sebab penat hidup rutin macam tu. Rutin aku ni maksudnya, hidup yang terlalu skema. Terlalu ikut peraturan tentang pakaian tu. Sebab tu aku tak berapa suka unform ni semua dah! Sesekali boleh la. Selalu, gamaknya aku rela masuk sekolah semula. Hahahaha.

Okay, itu aja aku nak merapu. Panjang benar entry ni!

Assalamualaikum & peace upon all of you.