Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Blog's Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 16 January 2012

Aja Aja Fighting!

Assalamualaikum & hai.

Tadi bila belek-belek kalender, baru tersedar yang cuti sem aku akan berakhir dalam masa 9 hari lagi. Cuti sem yang maha panjang, selama 4bulan lebih ni, aku tak terasa sangat pon. Tau-tau dah nak habis dah cutinya. Jadi aku terfikir, kenapa aku rasa macam ni? Sebab aku dah terlalu banyak buang masa ke sepanjang cuti ni? Atau sebab aku terlalu sebuk dengan kehidupan bersama family? Walaupun bila borak-borak dengan Emak, aku selalu merungut bosan. Bosan sebab hari-hari lakukan perkara sama. Bosan sebab terlalu rutin kehidupan sepanjang cuti ni. Tapi dalam rungutan, aku masih rasa seronok melayan rasa selesa bila ada jauh dari kampus.

Sepanjang jadi student first year tahun lepas, aku rasa prestasi diri aku sangat la teruk. Teruk bukan sebab aku tak mampu. Tapi teruk sebab aku hilang rentak dan semangat dulu. Aku yakin aku masih belum bersedia nak berkerjaya, tapi pada masa sama aku hilang rentak dalam hidup sebagai pelajar. Hilang fokus. Dan aku tak nak biarkan sikap ni berterusan dalam diri aku. Aku takut sikap ni akan hilangkan diri aku yang sebenar. Aku takut sikap ni akan buat impian aku terlepas. Aku takut sikap ni akan membunuh harapan keluarga.

Aku nekad kali ni. Biar aku rasa seksa macam suatu masa dulu, asalkan diri aku kembali jumpa rentak yang aku selalu tarikan. Bila tiba ke rentak tu, aku akan pastikan aku menari seindah mungkin. InsyaAllah.

Aku harap aku mampu buang rasa hilang semangat belajar macam yang berlaku pada aku di pertengahan tahun lepas. Aku tak nak rasa tu datang lagi. Aku harap aku mampu buang rasa kosong kehidupan di kampus tu. Aku tak nak sunyi dan sepi tu merampas semua semangat yang ada.

Biar aku seorang, biar aku sepi, biar aku tak ada teman di sana. Aku harap aku kuat untuk terus melangkah kejar segala impian. Come on Naq, zaman pra dulu pon starting lone ranger gak kan. Boleh je survive.

Aku harap mulai second year ni, aku da tak lemah semangat macam last year dah. Alang-alang dah seksa hati ni kat sana, biar lah seksa tu berbaloi! Aku kena cari seorang manusia yang boleh hempuk kepala aku ni bila aku lupa and down kat sana nanti. Hahaha.

Malas, lemah semangat, aku akan cuba sedaya aku untuk pastikan kau tak akan menjengah aku lagi mulai dari sem ni. Cukup la sem lepas. Thanks by the way sebab dah buat aku rasa marah yang teramat sangat dengan sikap aku tahun lepas dan buat aku jadi nekad.

Aku mau syaitan tu semua jauh dari hati aku. Biar hati ni kurang rasa malas. InsyaAllah.

Assalamualaikum & peace upon all of you.:)

No comments: