Owh, aku mula
Aku nak tegaskan kat sini, ayat-ayat dalam blog ni sangat tak bersesuaian untuk dijadikan contoh andai kata anda ingin mempelajari Bahasa Melayu. Sejuta maaf untuk mereka tu.
Okay, aku rimas sangat lah nak terlalu formal menaip ni. Cuba kau baca ayat aku kat 2 perenggan atas tu, betul punya formal, macam nak hantar karangan pendek untuk cikgu semak pulak kan.
Btw, 4hb ni akan start sesi persekolahan untuk tahun 2012 kan? Boleh aku nak kira sikit berapa
Hurm, aku tamat darjah 6 masa 2001, means aku da sedekad lah tinggalkan alam sekolah rendah tu kan? Dulu masa zaman sekolah rendah, setiap tahun Emak terpaksa belikan aku baju baru. Sebab aku ni tak reti jaga kebersihan baju aku.. so menjelang hujung tahun, memang dah kuning habis lah baju aku. And kain pulak, asyik koyak je kat hujungnya tu. Tertetas jahitannya. Semua tu sebab aku ni ganas sangat. Bila berjalan, tak reti nak jalan ayu-ayu. Sebabnya aku dah terbiasa. Zaman kecik-kecik dulu, Bapak aku suka
Okay so sambung balik cerita kain koyak aku tu kan. Emak aku dah jenuh dah cakap kat aku, jangan lah jalan macam anak jantan. Jalan elok-elok, baru lah tak koyak. Ngeheee.. Anak Emak ni memang tak ada tokoh nak jadi anak perempuan lagi masa tu. Sampai lah masa darjah 4, Emak kata aku dah mencapai umur layak untuk uruskan diri sendiri, so aku kena cuci baju sendiri, iron baju sendiri, sama macam yang abang-abang aku semua kena buat. Tapi aku kena lebih sikit lah. Sebab tanggungjawab cuci pinggan mangkuk semua dah jatuh ke bahu aku jugak. And masa tu biasa lah, abang-abang menunjukkan kuasa. Lepas makan, letak je pinggan dalam singki. Esok balik sekolah, aku kena cuci. Selagi tak cuci, tak boleh keluar ke padang untuk main kejar-kejar. Kahkahkah. Tapi aku akan selamat dari kerja cuci pinggan kalau Angah ponteng sekolah. Sebab Angah akan tolong cuci kan. Muahaahaa.
So masa nak buka sekolah darjah 4 tu Emak beli kan baju sekolah baru, dan itu lah yang terakhir untuk sekolah rendah aku. Kecuali tudung lah. Sebab masa cuti sekolah sebelum naik darjah 5, aku cakap dekat Emak yang aku nak pakai tudung pergi sekolah bila naik darjah 5. Jadi walaupun tak ada baju baru, aku ada tudung baru masa tu.
Aku tinggalkan alam sekolah menengah pulak pada tahun 2006, jadi dah 5 tahun lah.
Masuk form 1, baru aku dapat baju baru. itu pon sebab baju aku dah kuning, tudung pulak dah melekat dengan gam lencana sekolah rendah - tak cantik lah nanti bila dah tampal lencana sekolah menengah, tetiba ada comot-comot kesan gam kat tepi tepi lencana tu - and kain pulak dah bertukar warna dari blue black ke biru turquoise (betul ke tak ejaannya aku tak tahu).
2 bulan lepas tu Emak tempahkan pulak uniform sekolah yang baru, sebab aku dapat jadi pengawas, so baju bertukar lah. Emak buat 2 pasang. Seingat aku, kali terakhir aku ada 2 pasang baju sekolah ialah masa aku darjah 2. So masa tu bila dapat sampai 2 pasang, aku punya lah terharu, tak tahu macam mana nak gambarkan lah. Aku punya gembira, lebih dari masa aku dapat result UPSR! Kihkihkih. Dasar budak-budak. Itu yang aku rasa penting masa tu kan. Haha.
Lepas tu masa aku form 3 dapat 2 pasang uniform lagi. And itu lah yang aku pakai sampai aku habis SPM. Since sekolah baru aku dulu tak ada lencana and name tag yang perlu di lekat-lekat (sekolah tu pakai name tag ID), jadi tudung aku masih elok dan putih sebab aku rajin rendam clorox, sental pakaian macam orang gila dan lepas tu rendam nila pulak! So tudung aku tu aku wariskan dekat adik aku. Lepas tu aku tak tau dah apa jadi dekat tudung tu. Baju masih elok dan utuh di simpan dalam almari baju aku tu. Kain pulak aku masih pakai, sebagai kain basahan. Hihihi. Sayang kot nak buang. Masih elok dan utuh lagi.
Owh, aku tak cerita pasal kasut lagi eh?
Aku tak pernah ada lebih dari sepasang kasut sepanjang aku jadi student sekolah rendah. Masuk sekolah menengah pulak, aku ada 2 pasang pon sebab sepasang tu kasut sekolah (warna hitam sebab aku pengawas, then sekolah menengah form 4-5 memang uniform sekolah kami kasutnya hitam) and sepasang lagi kasut PBSM (warna putih).
Masa darjah 1 sampai 3, aku memang jaga gila lah kasut aku dari kotor. Aku rajin sesangat kapur kasut tu, and aku siap kapur 2 3 layer lagi. Sebab kalau terkotor nanti senang aku nak bersihkan. Aku jaga gila pon bukan apa, cuma sebab perhimpunan sesi petang kat sekolah tu hari Jumaat (hari terakhir persekolahan setiap minggu), and masa perhimpunan tu, sapa-sapa yang kasutnya kotor, kukunya tak potong, rambut panjang (lelaki), rambut tak ikat kemas (perempuan); akan di denda berdiri dekat depan sekali. Malu kot kalau kena berdiri kat depan tu. So kena la selamatkan kasut untuk hari jumaat tu. Haha.
Kalau terkotor sangat, aku akan curi kapur tulis kat blackboard, and kapurkan kasut aku guna kapur tu. Hihi. Tapi style aku, before aku kapurkan, aku akan basarkan sikit tempat kotor tu. Sebab aku takut kang bila berjalan, kapur tu akan terbang kalau tak basahkan. Nanti nampak lah kotornya semula. Kihkihkih. Teruk perangai aku dulu kan.
Bila hari Sabtu, kena bangun pagi-pagi sebab nak kena cuci kasut. Kalau bangun lambat, cuci lambat, nanti kasut tak kering. Ahad tak boleh nak kapur pulak kang. Kadang-kadang sebab tak kering, terpaksa sambung jemur depan kipas, janji kering. Nasib aku tak iron pulak kasut tu kan. Hahaha..
Bila ingat balik semua tu, baru aku sedar, betapa aku memang bersyukur sangat sebab aku tak perlu nak ke sekolah lagi. Sebab penat hidup rutin macam tu. Rutin aku ni maksudnya, hidup yang terlalu skema. Terlalu ikut peraturan tentang pakaian tu. Sebab tu aku tak berapa suka unform ni semua dah! Sesekali boleh la. Selalu, gamaknya aku rela masuk sekolah semula. Hahahaha.
Okay, itu aja aku nak merapu. Panjang benar entry ni!
Assalamualaikum & peace upon all of you.
No comments:
Post a Comment