Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 10 January 2012

~You are My Friend~

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Did you watch Naruto anime..? Yup, aku menontonnya dan aku sangat meminatinya.. Gejala ni start dalam diri aku masa di semester 3.. Kengkawan aku nak pinjam laptop aku untuk menonton siri anime tu.. Memula aku cuma biarkan mereka dengan dunia mereka itu, but who can stand when you see lot of movement in that anime rite..? So aku pon try la tonton sama.. Then until now, aku masih meminati siri anime ini..

Memang lah, cerita anime seumpama ini memang tiada logiknya.. But that is why la we call it anime rite..? Tapi yang dah menarik perhatian aku untuk meminati siri anime ini ialah kisah disebalik persahabatan Naruto dan Sasuke..

Pernah tak korang terfikir, seorang budak kecil yang kesepian, berasa tersentuh bila melihat kanak-kanak lain berada dalam situasi sepertinya, lalu dia cuba menjadi kawan kepada kanak-kanak tu..

cuma biasa la budak-budak kan.. Bila ada yang lebih baik darinya, dia akan rasa tercabar.. Begitu juga dengan Naruto.. Walaupun dia rasa Sasuke tu musuhnya kerana lebih pandai dari dia, tapi dia jugak merasakan Sasuke sepatutnya menjadi kawan yang baik.. Sebab dia paham perasaan Sasuke..

Bila usia semakin meningkat, dan mereka muilai menginjak ke usia remaja, Sasuke termakan hasutan orang jahat, and menyebabkan dia menghianati kampungnya.. Kat sini lah bermulanya kisah yang menarik perhatian aku dalam siri ini..

Bermula dari hasutan itu, menyebabkan Naruto sangat berharap, dia mampu menyelamatkan sahabatnya Sasuke.. Walaupun dengan terpaksa membunuh dirinya sendiri..

Susah untuk mencari sahabat yang sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan sahabatnya berada dalam keadaan yang baik dan tidak terjerumus ke kancah hitam kan..?

Tapi itu la Naruto.. Dan setiap kali aku mendalami watak Naruto, pasti satu soalan akan bermain di benak aku..
'benarkah ada manusia yang sanggup melakukan segalanya demi seorang sahabat?'

Jika benar ada manusia seumpama ini di dunia realiti, aku berdoa, moga Allah temukan aku dengan insan tersebut.. Memberi satu peluang supaya aku mampu menjalinkan satu ukhwah dengannya, dan menjadi seorang sahabat yang baik sepertinya..
amin..

~zaman kecil mereka~

~ini lah yang sering Naruto harapkan dari sahabatnya~

~bila jumpa asyik gaduh, tapi they love each other.. hehe.. love disini sayang ye~

naruto sasuke


Naruto selalu mengatakan ayat ini kepada Sasuke:
"you was the only person to really notice me, Sasuke."

dan Sasuke pulak selalu menuturkan ayat ini pada Naruto:
"if I'm able to accomplish my goals through nothing more, Naruto."



P/S: Setelah bertahun-tahun, aku masih sabar menanti penghujung disebalik kisah Naruto dan Sasuke..:D

Assalamualaikum & papai..:)

No comments: