Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 31 October 2011

Perasaan Seorang Kakak

assalamualaikum & hi..:)

hari jumaat lepas, adik aku khabarkan satu berita tentang kawannya yang kemalangan.. agak teruk jugak la.. kawan adik aku tu sebaya adik aku je.. adik aku panggil dia Fifi..  memandangkan adik aku da kasi tau pasal hal tu and aku rasa bukan lah satu bebanan untuk pergi melawat since hospital tengku ampuan rahimah tu dekat sangat je dengan rumah aku ni, aku pon tanya la either adik aku nak melawat ke tak..

adik aku pon cakap kalo boleh dia memang nak pergi melawat.. jadi aku pon janji akan bawak dia keesokan hari nya..

so, hari sabtu tu, pepagi lagi aku da pergi pasar sebab aku nak masak bubur untuk Fifi tu.. tak sedap pulak kan kalo pergi melawat tak bawak pape.. sorang kawan adik aku yang da pergi melawat kasi tau, Fifi tak boleh nak makan makanan keras-keras, cuma boleh makan bubur and minum air je, sebab tulang rahang patah jugak..

so lepas da siapkan bubur suma, aku pon suruh la adik aku bersiap-siap then aku bawak dia ke hospital.. sampai kat wad, aku tengok Fifi tu, rasa sayu sangat jauh kat dasar hati ni.. ada satu perasaan yang aku rasa sakit sangat kat sudut paling dalam di hati ni.. lagi-lagi masa dia cakap lapar tapi tak boleh nak makan.. rupa-rupanya bubur yang dia boleh makan cuma lah bubur yang dah di bland lumat... itu pon nak telan memang perit.. so memandangkan dia susah sangat nak makan tapi at the same time dia lapar, dia pon mintak pada kakak dia untuk nak hidu bau makanan tu.. masyaAllah, sedih yang amat aku rasa saat tu.. kalo bukan disebabkan tulang bahu and lengan dia suma da patah, memang aku da peluk dia saat tu jugak.. sedih sangat tengok keadaan dia macam tu..

lepas aku sampai, tetiba kakak and ayah Fifi pon sampai.. kakak Fifi cakap Fifi da boleh discharge hari tu jugak, tapi hari selasa kena masuk ward semula, sebab hari khamis insyaAllah kena buat satu operation.. and masa tu jugak ayah Fifi kasi tau yang emak Fifi dimasukkan ke ICU semula malam sebelumnya..besar ujian yang keluarga Fifi hadapi sekarang ni kan..

memandangkan diorang da ready nak balik, aku pon ajak la adik aku balik.. sempat la jugak aku mintak alamat rumah Fifi tu dari kakaknya.. niatnya nak pergi melawat Fifi lagi nanti.. dalam keadaan dia yang sakit macam tu, emak nya pula masih di hospital, dan dia mungkin tak dapat nak amik SPM 2 minggu lagi, mesti dia rasa tertekan sangat..

sejak dari waktu adik aku sampai kan berita Fifi accident tu, aku asyik la terfikir, apa la agaknya aku rasa kalo adik aku ada kat tempat Fifi tu.. selama ni dia tungkus lumus nak bersiap sedia untuk SPM, tetiba Allah uji dengan dugaan macam ni, apa agaknya perasaan dia masa tu..? apa perasaan aku masa tu..? parent aku..?


aku bukan la mintak benda ni berlaku bila aku bayangkan macam ni, cuma aku terfikir tentang benda yang tak terlintas langsung kat kepala selama ni..

dan saat tu aku terasa risau sangat.. tak putus-putus aku berdoa semoga Allah lindungi dan permudahkan urusan Fifi and adik aku, serta kuatkan semangat Fifi untuk tempuhi ujian kali ini..

hurm, semoga adik aku tak diuji dengan dugaan-dugaan besar..

semoga adik aku, Fifi, and kawan-kawannya mampu menjawab SPM dengan mudah menjelang 2 minggu dari sekarang.. and semoga Allah lindungi mereka dari ujian-ujian musibah yang mampu melemahkan semangat mereka untuk berjuang.. amin..

ok, till next post, assalamualaikum and peace upon all of u..

Sunday 30 October 2011

Sexual Harassment

assalamualaikum & hi..:)

last week kan, abang aku temankan la member dia, Ila (bukan nama sebenar) pergi interview dekat 1 company kat area Pulau Indah.. company chemical... so masa Ila tu sampai kat office tu, cuma ada bos and sorang staf je.. staf perempuan..

Ila pon rasa pelik jugak la sebab waktu tu jam baru pukul 11am, takkan suma staf da pergi lunch kot.. or takkan suma sekali kena wat keje kat lua lak kan.. tapi dia sedapkan jugak la hatinya, and masuk jumpa dengan bos untuk di interview..

then, lepas bos tu tanya soalan-soalan yang penting and ada kena mengena dengan kelayakan and position yang dia apply tu, tetiba bos tu tanya 4 soalan yang dia rasa macam konfius dengan niat bos tu.. soalan-soalannya ialah :
  1. kenapa U pakai tudung..?
  2. Kenapa U pakai baju kurung..?
  3. U tengok ni (sambil tunjukkan semua resume orang yang apply position sama dengan dia, semua yang free hair resumenya kat atas, and yang pakai tudung pulak resumenya kat bawah), ini semua resume yang apply position sama macam U.. U rasa I akan letak resume U at top or bottom..?
  4. kalau I amik U kerja dekat sini, U sanggup ke free hair..?

owh wait, ceritanya tak abis lagi kat situ.. memandangkan Ila da mula rasa tak sedap hati dari awal lagi, so bila dapat soalan-soalan puaka macam tu, dia dah set dalam otak yang dia tak nak kerja situ kalo dapat pon.. so bila da abis interview session tu, dia pon nak blah cepat-cepat, sekali bos tu hulurkan tangan nak salam.. so Ila pon jabat je la huluran tu.. and cuba teka ape bos gila seks tu buat...?

yup, dia usap-usap tangan Ila sambil cakap, "lembutnya tangan U, tak pernah lagi I jumpa orang tangan lembut macam ni..", sambil senyum gatal..!

ape lagi, Ila cepat-cepat tarik tangan dia and blah la..

ni cerita betul tau, bukan adaptasi dari mana-mana novel mahupun movie or drama.. :)

so back to the topic, cuba bayangkan ek, tak ke unfair tu bila nak amik pekerja berlandaskan sape free hair sape bertudung, sape sanggup layan sex harassment dia sape tak sanggup, sape lawa sape buruk..! g mam la kan kalo nak wat macam tu..

lepas tu boleh pulak siap nak raba-raba tangan orang tu masa salam kan..? ish sebab tu la aku lagi suka tolak huluran salam orang dari nak merelakan tangan aku ni tercemar dek tangan-tangan keji macam tu..


korang rasa fair ke biarkan je lelaki tu macam tu aja..? aku pelik, macam mana staf perempuan kat company tu boleh tahan dengan bos yang macam tu.. ee, kalo dapat kat aku la, waktu tu jugak la aku wat report..! kurang ajar..

da la company chemical.. betul-betul buat aq rasa terhina tau, chemical tu bidang aku.. malu aku ada orang otak kimia yang beracun nih..!

aku pernah pergi interview dalam 3 4 kali sepanjang hidup aku.. and aku pernah la sekali merasa tak selesa dengan interviewer nye.. tapi bukan la dia lakukan sex harassment kat aku macam yang Ila ni kena.. dia cuma asyik perhatikan aku dari atas sampai ke bawah and setiap kali aku bercakap dia akan pandang arah mulut/bibir aku sambil senyum-senyum and then bila da habis interview, die cakap mata and bibir aku sexy.. itu pon dah buat aku rasa macam nak tendang bateri (alat kemaluan) dia sampai senak.. nasib la aku tak buat.. so bila da dapat kerja kat situ, aku terus cakap yang aku tak berminat walaupun gaji yang dia offer menepati la citarasa aku.. huhuhu...

and sekarang ni aku terasa yang akan ada macam-macam jenis manusia lagi yang aku terpaksa jumpa dimasa-masa akan datang.. but i really hope that aku tak akan jumpa orang seteruk or lebih teruk dari yang dialami oleh Ila tu.. huhuhu..

ok, moga korang pon terlepas dari masalah macam Ila ni.. take care.. ingat, diri kita sangat tinggi martabatnya, tak yah nak biarkan orang tak guna macam ni suma perlakukan kita sewenang-wenangnya hanya disebabkan kita nak mintak belas dari syarikatnya untuk mengajikan kita..

till next entry, assalamualaikum & peace upon all of u..:)

Sunday 16 October 2011

Ikan Cencaru @ Jaket Sumbat

assalamualaikum & halu-halu..:)

ok kali ni nak share gambar the making of ikan cencurut cencaru sumbat.. sebenarnye ikan cencaru sumbat ni antara favorite aku tau..

nak buat nye senang je..

mula-mula siapkan inti untuk masukkan dalam ikan tu.. kalo kat kedai selalunya aku tengok orang masukkan sambal belacan je.. tapi tu sebab malas.. yang sebenarnya kalo nak buat intinya, kena ada bahan-bahan nya, iaitu (skema ayat aku ni:P) kelapa parut, serai, cili merah, and bawang besar or bawang merah.. then kita kena potong kecik-kecik la serai, cili and bawang tu supaya senang nak process kan nanti.. lepas tu, tumbuk suma bahan tadi dengan kelapa.. owh, kalo rasa nak moden sikit, bland (guna blander kering) je lah.. senang.. tapi tak best sangat sebab nanti kelapanya jadi halus sangat.. tak berapa nikmat lah nanti.. hihii.. lepas da agak lumat semuanya, gaul kan dengan sikit garam.. secukup rasa la ye.. ada orang buat inti letak sikit asam jawa sekali.. depend la.. sedap gak bila letak asam jawa sikit..:)

ok lepas tu sampai la part ikan pulak..

ikan cencaru ni kalo nak buat masakan ni, tak perlu lah buang kulit(jaket)nya.. then masa nak siang tu, kena potong dari atas ikan ye, bukan dari bawah kat perut tu.. da bertahun aku cuba siang ikan tu kemas-kemas, tapi failed jugak.. so biasanya Emak yang akan siangkan.. huhu.. nak dapatkan potongan yang kemas dari atas ikan tu sesuatu yang sangat susah bagi aku..

ok bila da siap siang, ada baiknya kalo rendam dengan air asam dulu.. tak kira la nak guna asam limau ke, asam jawa ke.. janji ko rendam air asam dulu.. baru la hilang bau hanyir ikan.. biasanya style aku, aku siang ikan dulu, then masa tengah rendam ikan dalam air asam, aku akan siapkan pulak inti sumbatnya.. bila da siap inti, cuci ikan then da boleh garam and kunyitkan ikat tu.. lepas tu sumbat la dengan inti tadi..

lepas da siap sumbat ikan tu, perap dulu ikan tu dalam setengah jam supaya rasa kelapa tu meresap sikit dalam ikan and supaya bila goreng or bakar ikan tu nanti, intinya tak terkeluar dari ikan..

yup, korang boleh pilih samada nak goreng or bakar je ikan ni.. tapi kat rumah aku biasa buat goreng.. sebab nak bakar banyak pulak amik masanya untuk nak hidupkan api bagai suma kan.. huhu..

so lepas da perap dalam setengah jam tu, korang da boleh start menggoreng or bakar.. then siap lah nanti ikan cencaru sumbat korang tu..

jangan tanya either boleh ke tak kalo guna ikan lain.. coz I'm not sure.. tapi dari penilaian aku, memang tak sesuai kalo guna ikan lain sebab ikan lain tak da jaket.. kihkihkih.. tak da la.. bukan apa, kalo ko nak make sure yang inti kat dalam tu masak, mesti la goreng or bakarnya kena lama sikit kan..? kalo ikan yang ko guna tu tak da kulit yang tebal macam jaket ikan cencaru ni, ko agak-agak color ape ikan tu nanti bila korang angkat..? ok jawab sendiri dalam hati..

so kat sini aku share sikit gambar nya ok..:)

~antara bahan utamanya.. haa, nampak tak ikan tu di siang dari atas..?~

~kiri atas : ikan yang da di kunyit and garamkan..
kanan atas : inti yang da siap..
kiri bawah : ikan yang da di sumbat dengan inti and sedang di perap..
kanan bawah : ikan yang dah siap di goreng.. kalo da cukup masak, memang akan hitam kelapa belah luar tu.. tapi serius tak rasa pahit hangit ye.. tak caya cuba la buat dulu..:)


owh lupa pulak.. ini pon resepi yang aku warisi dari Emak.. tapi tak pas lagi sebab failed siang ikan dari atas..! kena kerja keras lepas ni.. aku nak gak ikan yang aku siang tu kemas macam yang Emak buat...

ok, chow dulu... take care, assalamualaikum & peace upon all of you..:D

Saturday 1 October 2011

Bapak

assalamualaikum & halu-halu..

hari ni, 1st October 2011, Bapak dah menginjak ke usia 57 tahun.. ye, Bapak tu bapa aku la.. memang dari kecik kami semua di ajar untuk panggil beliau dengan gelaran Bapak.. kalo kecik-kecik dulu aku takut nak kasi tau kawan-kawan gelaran Bapak aku kat umah.. sebab kawan-kawan suma panggil bapak diorang Ayah, Abah, Abi, Walid, Papa, Babah, etc etc etc..aku tak pernah jumpa kawan-kawan lain yang panggil bapak diorang Bapak macam keluarga kami, sampailah ujung tahun lepas baru aku jumpa sorang.. and dekat dalam TV lak, normally skrip anak-anak derhaka guna pakai untuk bercakap pasal ayah diorang dengan kawan-kawan ialah BAPAK.. so aku assume yang perkataan Bapak tu nampak kurang ajar sangat.. sebab tu la aku takut nak cakap dengan kawan-kawan yang family kami panggil ayah kami Bapak..

but then bila aku da masuk tingkatan 3, aku mula berubah persepsi pada perkataan Bapak tu.. aku rasa Bapak tu sangat klasik.. chomey je bunyi-bunyi klasik ni kan..? hihihi.. since that day, aku mula tak peduli nak kasi tau orang yang aku panggil ayah aku Bapak.. just like cerita-cerita P Ramlee kan panggil ayah dengan panggilan Bapak..? haha..

seingat aku, masa kecik dulu aku lebih mesra dengan Bapak aku berbanding sekarang.. aku tak sure sangat la sebab apa.. mungkin sebab aku jenis yang cepat rimas bila orang marah-marah and membebel.. mungkin jugak sebab aku busy sangat kat dapur setiap kali aku ada dekat rumah.. or mungkin sebab aku sentiasa tak ikut flow yang Bapak da rancang untuk aku dari kecik.. or mungkin jugak sebab aku kuat membangkang dan membantah bila aku tau aku betul... or mungkin sebab aku anak perempuan sulung.. sape tau kan...

yang aku perasan, anak perempuan sulung ni, either dia akan terlalu rapat dengan ayahnya or akan jadi umpama musuh kepada ayahnya.. but for me, dua-dua tak.. aku tak rapat dengan Bapak sejak da masuk sekolah, tapi aku tak da la sampai buat Bapak tu macam musuh.. just aku terasa yang aku selalu tak ada topik untuk nak di borakkan dengan Bapak.. tu aja..

but now, sejak bulan 9 2006 sampai sekarang, aku and Bapak tak da la sekritikal zaman sekolah dulu.. mungkin sebab banyak berbincang pasal keadaan Angah and Emak yang sakit masa tu.. then lepas SPM aku tolong Bapak berniaga setiap malam, so kena la layan Bapak berborak, or aku boleh mati keras kat tempat kejadian.. kihkihkih.. then setiap kali cuti sem sepanjang diploma dulu pon aku menolong niaga lagi.. and now I'm just like have some freedom to speak out ape je opinion yang aku rasa aku nak cakap, coz he already realize that I'm big enough to think bout LIFE.. so banyak la gak benda yang dah boleh di bawak berboraknya.. that's really help me to talk with him.. without awkward...

bila ingat balik pasal masa lepas-lepas dalam hidup aku and Bapak, aku ni mungkin bukan seperti anak yang diharapkan sangat la.. senang cakap, aku ni selalu rosakkan plan and harapan Bapak pada aku.. huhuhu.. pity him..

masa kecik-kecik dulu, parent aku memang nak sangat anak perempuan since 4orang atas aku semua lelaki.. then alhamdulillah rezeki Allah kasi akhirya dapat lah aku.. but then, aku ni tak macam anak perempuan orang lain pon.. aku kasar sangat, aku terlalu lasak, aku such a boyish girl... memang tak ada istilah la nak ada gaya perempuan.. sapa yang tak kenal aku dari kecik, mesti tak sangka aku yang macam ni sebenarnya budak nakal kecik-kecik dulu.. haha.. setiap malam aku and abang aku selalu kena berdiri kat luar rumah sebab gaduh and tak nak tido.. aku selalu main basikal dekat kawasan kontena lalu lalang.. aku suka merayap sengsorang tengah-tengah panas.. aku suka main permainan budak-budak lelaki.. sampai bapak pon tak tau nak buat apa dah, selain dari belasah dengan wayar je la... kiranya disebabkan lasak aku ni, bila aku wat hal je, Bapak ajar cara yang sama macam abang-abang aku kena.. kihkihkih..

lepas tu masa sekolah menengah, aku pernah gado dengan Bapak sebab aku rasa tak tahan sangat dengan suma benda yang berlaku dekat sekeliling aku.. till now, I'm regret.. sape la aku kan, yang nak melawan bapak.. memang anak derhaka.. sebab tu, sejak dari hari tu, aku da tak nak buat perangai sangat dah.. bila bapak marah, walaupun bukan salah aku, aku just let it be, aku buat pekak and just masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. sebab aku tak nak apa yang Bapak marah tu suma, tersimpan dalam hati satu hari nanti.. biasa la, Bapak kalo marah, memang menusuk ayat-ayatnya.. hahaha..

dari kecik, aku nak sangat jadi doktor.. tapi yang jadi penyebab untuk aku jadi doktor tu pon, Bapak gak la.. dari kecik, Bapak asyik cakap, nanti da besar jadi doktor ek.. bukan setakat Bapak aja, Emak and Along pon nak sangat aku amik medic.. tapi nak wat macam mana.. aku tak cukup pandai.. haha... bila da ada peluang lak, aku menyimpang tuka bidang.. end up sekarang amik engineering.. memang mengecewakan mereka..

Bapak nak tengok Along amik course dalam bidang akaun or management, and he did it.. Bapak target Angah boleh hidup dengan benda-benda teknikal ni, and he did it.. Bapak harap Etit akan masuk tentera, or at least dapat masuk ALAM.. and Etit end up jadi pegawai navy sekarang, he did it.. but me..?? Bapak nampak minat aku pada khidmat sosial, and aku memang suka bab-bab medic ni, but then aku menyimpang terus dari target Bapak.. aku tak pasti sejauh mana Bapak bangga dengan aku.. tapi aku harap Bapak tak simpan perasaan ralat bila aku tak amik medic.. kalo aku tau yang Bapak ralat, seriously aku sanggup masuk medic lak lepas habis degree ni.. biar la aku sewel sekejap amik medic lepas da graduate chemical engineering, asalkan saja parent aku tak ralat dengan aku.. till now, aku berdoa sangat yang Bapak or Emak tak ralat dengan keputusan aku untuk end up sebagai chemical engineer..

tak ada orang yang sempurna dalam hidup ni.. same goes to Bapak and me.. Bapak cuba menjadi seorang ayah yang terbaik, I know it.. walaupun marah, walaupun bebel, tapi niatnya cuma supaya kami menjadi orang, supaya kami tak lakukan kesilapan yang pernah beliau buat suatu masa dulu.. i know it.. and that is why I regret for everything that I've done to him suatu masa dulu.. hurm...

Bapak ada perangai chomey nya sendiri.. aku tak pasti la orang lain rasa chomey ke tak, but aku rasa tu memang chomey.. setiap kali Bapak rindukan anak-anaknya, beliau akan call.. tapi call kejap je, cakap tak sampai pon seminit.. then he pass a call to Emak lak.. sekadar nak dengar suara anak-anak, then pass dekat Emak.. chomey kan..? hahaha...

aku sangat berharap dan tak lupa berdoa agar Allah panjang kan umur Bapak and Emak sampai aku dah graduate dari UTP ni.. sebab kalo boleh aku nak mereka dapat ada sama di hari convo tu nanti, dengan rasa bangga dan syukur mereka.. aku sangat berharap mereka mampu bertahan hingga ke hari tu nanti..

and kalo boleh, aku nak sangat saat aku diserahkan kepada seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin aku, pelindung aku, suami aku, suatu masa nanti, biarlah Bapak yang menjadi orang yang menyerahkan aku pada lelaki itu, biarlah Bapak yang menjadi wali dihari aku diserahkan kepada lelaki itu.. semoga Allah terima semua doa-doa aku ini..

bukan lah aku selfish untuk mengimpikan semua ini.. aku cuma berharap Bapak boleh melihat dan rasa bangga dengan anak gadisnya nya ini.. sebab selama ini aku dah rosakkan semua harapan Bapak pada aku.. so just for this 2 things, aku harap aku masih ada kesempatan itu.. amin...

aku sangat menjaga diri aku, tingkahlaku aku, perangai aku, pergaulan aku, dan maruah aku kerana aku sayangkan Bapak dan Emak.. aku tak nak menjadi anak yang menconteng arang ke muka orang tua.. aku nak menjadi seorang anak yang mampu membanggakan mereka.. aku taknak menjadi penyebab Bapak masuk neraka, tapi aku nak menjadi seorang dari anak yang mampu menambahkan pahalanya.. aku tak mau jadi penyebab orang pandang hina pada Emak and Bapak, tapi aku nak menjadi seorang daripada anak mereka yang mampu buat orang tambah hormat pada mereka..

~di hari konvokesyen diploma aq~
~latest pix, time raya ari tu~

~dah macam menteri lak kan~

so to my Mr Bapak, selamat hari lahir, semoga Bapak dipanjangkan usia untuk melihat kejayaan semua anak-anak Bapak..:) we all love u..:D

assalamuaalikum & peace upon u..