Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Blog's Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 30 October 2011

Sexual Harassment

assalamualaikum & hi..:)

last week kan, abang aku temankan la member dia, Ila (bukan nama sebenar) pergi interview dekat 1 company kat area Pulau Indah.. company chemical... so masa Ila tu sampai kat office tu, cuma ada bos and sorang staf je.. staf perempuan..

Ila pon rasa pelik jugak la sebab waktu tu jam baru pukul 11am, takkan suma staf da pergi lunch kot.. or takkan suma sekali kena wat keje kat lua lak kan.. tapi dia sedapkan jugak la hatinya, and masuk jumpa dengan bos untuk di interview..

then, lepas bos tu tanya soalan-soalan yang penting and ada kena mengena dengan kelayakan and position yang dia apply tu, tetiba bos tu tanya 4 soalan yang dia rasa macam konfius dengan niat bos tu.. soalan-soalannya ialah :
  1. kenapa U pakai tudung..?
  2. Kenapa U pakai baju kurung..?
  3. U tengok ni (sambil tunjukkan semua resume orang yang apply position sama dengan dia, semua yang free hair resumenya kat atas, and yang pakai tudung pulak resumenya kat bawah), ini semua resume yang apply position sama macam U.. U rasa I akan letak resume U at top or bottom..?
  4. kalau I amik U kerja dekat sini, U sanggup ke free hair..?

owh wait, ceritanya tak abis lagi kat situ.. memandangkan Ila da mula rasa tak sedap hati dari awal lagi, so bila dapat soalan-soalan puaka macam tu, dia dah set dalam otak yang dia tak nak kerja situ kalo dapat pon.. so bila da abis interview session tu, dia pon nak blah cepat-cepat, sekali bos tu hulurkan tangan nak salam.. so Ila pon jabat je la huluran tu.. and cuba teka ape bos gila seks tu buat...?

yup, dia usap-usap tangan Ila sambil cakap, "lembutnya tangan U, tak pernah lagi I jumpa orang tangan lembut macam ni..", sambil senyum gatal..!

ape lagi, Ila cepat-cepat tarik tangan dia and blah la..

ni cerita betul tau, bukan adaptasi dari mana-mana novel mahupun movie or drama.. :)

so back to the topic, cuba bayangkan ek, tak ke unfair tu bila nak amik pekerja berlandaskan sape free hair sape bertudung, sape sanggup layan sex harassment dia sape tak sanggup, sape lawa sape buruk..! g mam la kan kalo nak wat macam tu..

lepas tu boleh pulak siap nak raba-raba tangan orang tu masa salam kan..? ish sebab tu la aku lagi suka tolak huluran salam orang dari nak merelakan tangan aku ni tercemar dek tangan-tangan keji macam tu..


korang rasa fair ke biarkan je lelaki tu macam tu aja..? aku pelik, macam mana staf perempuan kat company tu boleh tahan dengan bos yang macam tu.. ee, kalo dapat kat aku la, waktu tu jugak la aku wat report..! kurang ajar..

da la company chemical.. betul-betul buat aq rasa terhina tau, chemical tu bidang aku.. malu aku ada orang otak kimia yang beracun nih..!

aku pernah pergi interview dalam 3 4 kali sepanjang hidup aku.. and aku pernah la sekali merasa tak selesa dengan interviewer nye.. tapi bukan la dia lakukan sex harassment kat aku macam yang Ila ni kena.. dia cuma asyik perhatikan aku dari atas sampai ke bawah and setiap kali aku bercakap dia akan pandang arah mulut/bibir aku sambil senyum-senyum and then bila da habis interview, die cakap mata and bibir aku sexy.. itu pon dah buat aku rasa macam nak tendang bateri (alat kemaluan) dia sampai senak.. nasib la aku tak buat.. so bila da dapat kerja kat situ, aku terus cakap yang aku tak berminat walaupun gaji yang dia offer menepati la citarasa aku.. huhuhu...

and sekarang ni aku terasa yang akan ada macam-macam jenis manusia lagi yang aku terpaksa jumpa dimasa-masa akan datang.. but i really hope that aku tak akan jumpa orang seteruk or lebih teruk dari yang dialami oleh Ila tu.. huhuhu..

ok, moga korang pon terlepas dari masalah macam Ila ni.. take care.. ingat, diri kita sangat tinggi martabatnya, tak yah nak biarkan orang tak guna macam ni suma perlakukan kita sewenang-wenangnya hanya disebabkan kita nak mintak belas dari syarikatnya untuk mengajikan kita..

till next entry, assalamualaikum & peace upon all of u..:)

No comments: