hari ni, 1st October 2011, Bapak dah menginjak ke usia 57 tahun.. ye, Bapak tu bapa aku la.. memang dari kecik kami semua di ajar untuk panggil beliau dengan gelaran Bapak.. kalo kecik-kecik dulu aku takut nak kasi tau kawan-kawan gelaran Bapak aku kat umah.. sebab kawan-kawan suma panggil bapak diorang Ayah, Abah, Abi, Walid, Papa, Babah, etc etc etc..aku tak pernah jumpa kawan-kawan lain yang panggil bapak diorang Bapak macam keluarga kami, sampailah ujung tahun lepas baru aku jumpa sorang.. and dekat dalam TV lak, normally skrip anak-anak derhaka guna pakai untuk bercakap pasal ayah diorang dengan kawan-kawan ialah BAPAK.. so aku assume yang perkataan Bapak tu nampak kurang ajar sangat.. sebab tu la aku takut nak cakap dengan kawan-kawan yang family kami panggil ayah kami Bapak..
but then bila aku da masuk tingkatan 3, aku mula berubah persepsi pada perkataan Bapak tu.. aku rasa Bapak tu sangat klasik.. chomey je bunyi-bunyi klasik ni kan..? hihihi.. since that day, aku mula tak peduli nak kasi tau orang yang aku panggil ayah aku Bapak.. just like cerita-cerita P Ramlee kan panggil ayah dengan panggilan Bapak..? haha..
seingat aku, masa kecik dulu aku lebih mesra dengan Bapak aku berbanding sekarang.. aku tak sure sangat la sebab apa.. mungkin sebab aku jenis yang cepat rimas bila orang marah-marah and membebel.. mungkin jugak sebab aku busy sangat kat dapur setiap kali aku ada dekat rumah.. or mungkin sebab aku sentiasa tak ikut flow yang Bapak da rancang untuk aku dari kecik.. or mungkin jugak sebab aku kuat membangkang dan membantah bila aku tau aku betul... or mungkin sebab aku anak perempuan sulung.. sape tau kan...
yang aku perasan, anak perempuan sulung ni, either dia akan terlalu rapat dengan ayahnya or akan jadi umpama musuh kepada ayahnya.. but for me, dua-dua tak.. aku tak rapat dengan Bapak sejak da masuk sekolah, tapi aku tak da la sampai buat Bapak tu macam musuh.. just aku terasa yang aku selalu tak ada topik untuk nak di borakkan dengan Bapak.. tu aja..
but now, sejak bulan 9 2006 sampai sekarang, aku and Bapak tak da la sekritikal zaman sekolah dulu.. mungkin sebab banyak berbincang pasal keadaan Angah and Emak yang sakit masa tu.. then lepas SPM aku tolong Bapak berniaga setiap malam, so kena la layan Bapak berborak, or aku boleh mati keras kat tempat kejadian.. kihkihkih.. then setiap kali cuti sem sepanjang diploma dulu pon aku menolong niaga lagi.. and now I'm just like have some freedom to speak out ape je opinion yang aku rasa aku nak cakap, coz he already realize that I'm big enough to think bout LIFE.. so banyak la gak benda yang dah boleh di bawak berboraknya.. that's really help me to talk with him.. without awkward...
bila ingat balik pasal masa lepas-lepas dalam hidup aku and Bapak, aku ni mungkin bukan seperti anak yang diharapkan sangat la.. senang cakap, aku ni selalu rosakkan plan and harapan Bapak pada aku.. huhuhu.. pity him..
masa kecik-kecik dulu, parent aku memang nak sangat anak perempuan since 4orang atas aku semua lelaki.. then alhamdulillah rezeki Allah kasi akhirya dapat lah aku.. but then, aku ni tak macam anak perempuan orang lain pon.. aku kasar sangat, aku terlalu lasak, aku such a boyish girl... memang tak ada istilah la nak ada gaya perempuan.. sapa yang tak kenal aku dari kecik, mesti tak sangka aku yang macam ni sebenarnya budak nakal kecik-kecik dulu.. haha.. setiap malam aku and abang aku selalu kena berdiri kat luar rumah sebab gaduh and tak nak tido.. aku selalu main basikal dekat kawasan kontena lalu lalang.. aku suka merayap sengsorang tengah-tengah panas.. aku suka main permainan budak-budak lelaki.. sampai bapak pon tak tau nak buat apa dah, selain dari belasah dengan wayar je la... kiranya disebabkan lasak aku ni, bila aku wat hal je, Bapak ajar cara yang sama macam abang-abang aku kena.. kihkihkih..
lepas tu masa sekolah menengah, aku pernah gado dengan Bapak sebab aku rasa tak tahan sangat dengan suma benda yang berlaku dekat sekeliling aku.. till now, I'm regret.. sape la aku kan, yang nak melawan bapak.. memang anak derhaka.. sebab tu, sejak dari hari tu, aku da tak nak buat perangai sangat dah.. bila bapak marah, walaupun bukan salah aku, aku just let it be, aku buat pekak and just masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. sebab aku tak nak apa yang Bapak marah tu suma, tersimpan dalam hati satu hari nanti.. biasa la, Bapak kalo marah, memang menusuk ayat-ayatnya.. hahaha..
dari kecik, aku nak sangat jadi doktor.. tapi yang jadi penyebab untuk aku jadi doktor tu pon, Bapak gak la.. dari kecik, Bapak asyik cakap, nanti da besar jadi doktor ek.. bukan setakat Bapak aja, Emak and Along pon nak sangat aku amik medic.. tapi nak wat macam mana.. aku tak cukup pandai.. haha... bila da ada peluang lak, aku menyimpang tuka bidang.. end up sekarang amik engineering.. memang mengecewakan mereka..
Bapak nak tengok Along amik course dalam bidang akaun or management, and he did it.. Bapak target Angah boleh hidup dengan benda-benda teknikal ni, and he did it.. Bapak harap Etit akan masuk tentera, or at least dapat masuk ALAM.. and Etit end up jadi pegawai navy sekarang, he did it.. but me..?? Bapak nampak minat aku pada khidmat sosial, and aku memang suka bab-bab medic ni, but then aku menyimpang terus dari target Bapak.. aku tak pasti sejauh mana Bapak bangga dengan aku.. tapi aku harap Bapak tak simpan perasaan ralat bila aku tak amik medic.. kalo aku tau yang Bapak ralat, seriously aku sanggup masuk medic lak lepas habis degree ni.. biar la aku sewel sekejap amik medic lepas da graduate chemical engineering, asalkan saja parent aku tak ralat dengan aku.. till now, aku berdoa sangat yang Bapak or Emak tak ralat dengan keputusan aku untuk end up sebagai chemical engineer..
tak ada orang yang sempurna dalam hidup ni.. same goes to Bapak and me.. Bapak cuba menjadi seorang ayah yang terbaik, I know it.. walaupun marah, walaupun bebel, tapi niatnya cuma supaya kami menjadi orang, supaya kami tak lakukan kesilapan yang pernah beliau buat suatu masa dulu.. i know it.. and that is why I regret for everything that I've done to him suatu masa dulu.. hurm...
Bapak ada perangai chomey nya sendiri.. aku tak pasti la orang lain rasa chomey ke tak, but aku rasa tu memang chomey.. setiap kali Bapak rindukan anak-anaknya, beliau akan call.. tapi call kejap je, cakap tak sampai pon seminit.. then he pass a call to Emak lak.. sekadar nak dengar suara anak-anak, then pass dekat Emak.. chomey kan..? hahaha...
aku sangat berharap dan tak lupa berdoa agar Allah panjang kan umur Bapak and Emak sampai aku dah graduate dari UTP ni.. sebab kalo boleh aku nak mereka dapat ada sama di hari convo tu nanti, dengan rasa bangga dan syukur mereka.. aku sangat berharap mereka mampu bertahan hingga ke hari tu nanti..
and kalo boleh, aku nak sangat saat aku diserahkan kepada seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin aku, pelindung aku, suami aku, suatu masa nanti, biarlah Bapak yang menjadi orang yang menyerahkan aku pada lelaki itu, biarlah Bapak yang menjadi wali dihari aku diserahkan kepada lelaki itu.. semoga Allah terima semua doa-doa aku ini..
bukan lah aku selfish untuk mengimpikan semua ini.. aku cuma berharap Bapak boleh melihat dan rasa bangga dengan anak gadisnya nya ini.. sebab selama ini aku dah rosakkan semua harapan Bapak pada aku.. so just for this 2 things, aku harap aku masih ada kesempatan itu.. amin...
aku sangat menjaga diri aku, tingkahlaku aku, perangai aku, pergaulan aku, dan maruah aku kerana aku sayangkan Bapak dan Emak.. aku tak nak menjadi anak yang menconteng arang ke muka orang tua.. aku nak menjadi seorang anak yang mampu membanggakan mereka.. aku taknak menjadi penyebab Bapak masuk neraka, tapi aku nak menjadi seorang dari anak yang mampu menambahkan pahalanya.. aku tak mau jadi penyebab orang pandang hina pada Emak and Bapak, tapi aku nak menjadi seorang daripada anak mereka yang mampu buat orang tambah hormat pada mereka..
~di hari konvokesyen diploma aq~ |
~latest pix, time raya ari tu~ |
~dah macam menteri lak kan~ |
so to my Mr Bapak, selamat hari lahir, semoga Bapak dipanjangkan usia untuk melihat kejayaan semua anak-anak Bapak..:) we all love u..:D
assalamuaalikum & peace upon u..
No comments:
Post a Comment