assalamualaikum & hi..:)
hari jumaat lepas, adik aku khabarkan satu berita tentang kawannya yang kemalangan.. agak teruk jugak la.. kawan adik aku tu sebaya adik aku je.. adik aku panggil dia Fifi.. memandangkan adik aku da kasi tau pasal hal tu and aku rasa bukan lah satu bebanan untuk pergi melawat since hospital tengku ampuan rahimah tu dekat sangat je dengan rumah aku ni, aku pon tanya la either adik aku nak melawat ke tak..
adik aku pon cakap kalo boleh dia memang nak pergi melawat.. jadi aku pon janji akan bawak dia keesokan hari nya..
so, hari sabtu tu, pepagi lagi aku da pergi pasar sebab aku nak masak bubur untuk Fifi tu.. tak sedap pulak kan kalo pergi melawat tak bawak pape.. sorang kawan adik aku yang da pergi melawat kasi tau, Fifi tak boleh nak makan makanan keras-keras, cuma boleh makan bubur and minum air je, sebab tulang rahang patah jugak..
so lepas da siapkan bubur suma, aku pon suruh la adik aku bersiap-siap then aku bawak dia ke hospital.. sampai kat wad, aku tengok Fifi tu, rasa sayu sangat jauh kat dasar hati ni.. ada satu perasaan yang aku rasa sakit sangat kat sudut paling dalam di hati ni.. lagi-lagi masa dia cakap lapar tapi tak boleh nak makan.. rupa-rupanya bubur yang dia boleh makan cuma lah bubur yang dah di bland lumat... itu pon nak telan memang perit.. so memandangkan dia susah sangat nak makan tapi at the same time dia lapar, dia pon mintak pada kakak dia untuk nak hidu bau makanan tu.. masyaAllah, sedih yang amat aku rasa saat tu.. kalo bukan disebabkan tulang bahu and lengan dia suma da patah, memang aku da peluk dia saat tu jugak.. sedih sangat tengok keadaan dia macam tu..
lepas aku sampai, tetiba kakak and ayah Fifi pon sampai.. kakak Fifi cakap Fifi da boleh discharge hari tu jugak, tapi hari selasa kena masuk ward semula, sebab hari khamis insyaAllah kena buat satu operation.. and masa tu jugak ayah Fifi kasi tau yang emak Fifi dimasukkan ke ICU semula malam sebelumnya..besar ujian yang keluarga Fifi hadapi sekarang ni kan..
memandangkan diorang da ready nak balik, aku pon ajak la adik aku balik.. sempat la jugak aku mintak alamat rumah Fifi tu dari kakaknya.. niatnya nak pergi melawat Fifi lagi nanti.. dalam keadaan dia yang sakit macam tu, emak nya pula masih di hospital, dan dia mungkin tak dapat nak amik SPM 2 minggu lagi, mesti dia rasa tertekan sangat..
sejak dari waktu adik aku sampai kan berita Fifi accident tu, aku asyik la terfikir, apa la agaknya aku rasa kalo adik aku ada kat tempat Fifi tu.. selama ni dia tungkus lumus nak bersiap sedia untuk SPM, tetiba Allah uji dengan dugaan macam ni, apa agaknya perasaan dia masa tu..? apa perasaan aku masa tu..? parent aku..?
aku bukan la mintak benda ni berlaku bila aku bayangkan macam ni, cuma aku terfikir tentang benda yang tak terlintas langsung kat kepala selama ni..
dan saat tu aku terasa risau sangat.. tak putus-putus aku berdoa semoga Allah lindungi dan permudahkan urusan Fifi and adik aku, serta kuatkan semangat Fifi untuk tempuhi ujian kali ini..
hurm, semoga adik aku tak diuji dengan dugaan-dugaan besar..
semoga adik aku, Fifi, and kawan-kawannya mampu menjawab SPM dengan mudah menjelang 2 minggu dari sekarang.. and semoga Allah lindungi mereka dari ujian-ujian musibah yang mampu melemahkan semangat mereka untuk berjuang.. amin..
ok, till next post, assalamualaikum and peace upon all of u..
No comments:
Post a Comment