assalamualaikum & hi..:)
hari ni aku ada interview kerja.. alhamdulillah, interview done, kerja pon dapat.. tapi mungkin bukan rezeki aku untuk kerja kat sana, aku tolak kerja tu..
dalam perjalanan nak pergi interview tu, phone aku berbunyi.. nombor tak dikenali.. aku bajet tu panggilan dari tempat interview tu.. tapi rupa-rupanya dari seorang insan yang dah lama aku terputus hubungan.. I've no idea where she got my phone number.. but what i know is, AKU RINDUKAN SUARA INSAN ITU.. sebagai mana aku rindukan kehadiran arwah anaknya..
actually yang call aku tu ialah ibu kepada arwah best friend aku.. dulu lepas arwah meninggal, family ni pindah ke Germany kalo tak silap.. but now, they already here.. aku panggil ibu arwah best friend aku ni Untie..
Untie call sebab nak tanya sekarang aku tinggal mana, buat apa, and nak jumpa.. aku tanya la Untie tinggal mana sekarang.. and she said that they still at the old house.. means, dekat seksyen 2 sana tu la.. so aku cakap la aku ada kat area seksyen 7, kalau Untie boleh keluar ke seksyen 7, aku teramat berbesar hati nak jumpa Untie.. and she agree.. so we decide to meet at restoran nasi kandar kalau tak silap..
borak macam-macam benda, Untie asyik relate kan cerita aku and arwah masa zaman kecik-kecik dulu dengan siapa diri aku sekarang.. dia menangis bila tau yang aku sekarng belajar kat tempat yang arwah nak sangat masuk satu masa dulu.. i can see how big her love to her beautiful girl..
dulu masa zaman kecik-kecik sampai ka ke hujung nafas arwah, kitorang selalu cakap pasal cita-cita masing-masing.. masa tu aku sangat la minat nak jadi doktor.. sampai kan bila arwah sakit, arwah pernah tanya, nanti bila da besar, aku sudi tak nak rawat beliau.. and aku jawab, aku kan best friendnya, aku akan pastikan beliau jadi pesakit VVIP aku.. then arwah jawab, bila da sihat masa tu, arwah akan binakan rumah paling cantik untuk aku.. seronok sangat saat berkawan berdua masa tu..
seumur hidup aku, sampai ke hari ni, aku masih mencari seorang insan yang punyai hati setulus arwah.. tapi masih tak ada yang sama.. mungkin sebab persahabatan dua kanak-kanak itu satu persahabatan yang sangat suci jika dibandingkan dengan persahabatan orang dewasa.. kan..? makin dewasa ni, makin susah nak jumpa.. but at least, aku jumpa juga la satu persahabatan hampir secantik persahabatan kami dulu..
Untie ingat aku akan amik medic, macam yang aku cita-citakan dulu.. tapi dah aku ni memang tak ada kebijaksanaan untuk menghafal, so pusing ke engineering la pulak.. sepanjang bercerita dengan Untie tadi, aku dapat lihat satu perasaan yang susah nak ditafsir dalam mata Untie.. dari saat mula-mula Untie sampai and peluk aku sangat erat, sampai ke saat Untie balik..
mungkin perasaan rindu pada anaknya, mungkin perasaan sedih akan kehilangan anaknya, mungkin perasaan gembira dapat mencari serpihan hati anaknya.. I'm not sure.. tapi Untie ada kasi satu buku milik kami suatu masa dulu pada aku.. dalam buku tu ada macam-macam cerita antara aku and arwah.. buku tu ala-ala diari kami berdua la.. idea wujudnya buku tu, arwah dapat dari novel yang dibaca.. aku tak ingat nama novel tu, tapi dari situ la wujudnya diari tu..
bila aku bukak and baca semula, aku rasa nak menangis aja.. betapa indah nya waktu dulu.. without knowing that we'll be apart like this.. masing-masing curahkan rasa sayang dan harapan masing-masing.. gambarkan angan-angan dan impian masing-masing.. hamparkan keinginan dan kemahuan di masa depan masing-masing.. coretkan cerita suka duka jalan hidup dua orang kanak-kanak mentah yang punya harapan besar.. semua tu buat aku terasa betapa jauhnya kehidupan kami kini.. aku yang makin mengorak langkah jauh meninggalkan impian silam dan arwah yang lama telah pergi dengan aman ke alam abadi..
aku cuma mampu katakan, aku sangat merindui gelak tawanya, cerita riangnya, sifat memahaminya dan ayat-ayat penenangnya.. adakah kita akan bertemu di syurga suatu hari nanti sayang..?
tetiba ada kawan masukkan lagu Teman Yang Ku Kasih - Azharina kat FB.. meleleh air mata ni..
I just hope that I'm being a very best friend of her, dulu kini dan insyaAllah di sana nanti..
baca cerita-cerita akhir arwah sebelum meninggalkan semua insan yang mengasihinya di dunia ini, buat aku berasa betapa aku tak sedar begitu besar harapan dan penghargaan arwah pada aku..
yang aku sedar cuma satu, aku merindui sehabat terbaik aku iaitu beliau.. I hope that I can meet her soon.. really hope so.. i miss her.. really mean it..
hargailah setiap persahabatan ikhlas yang dihulurkan pada kita selagi sahabat itu masih ada di dunia ini untuk bernafas, untuk tersenyum dan untuk mengalirkan satu ukhwah fillah yang sejati demi Allah SWT..
assalamualaikum & peace upon all of you..
2 comments:
adoh..sedih dowh aq bace..
sedih, silakan menangis.. tp jangan nak punggah almari aku cari diari tu ek.. private n confidential..=P
Post a Comment