assalamualaikum & hai..
kita manusia,
semalam miliki segalanya,
kawan-kawan yang baik, kewangan yang lumayan,
pekerjaan yang kukuh, pencapaian pelajaran yang tinggi,
disenangi dan dikasihi sana sini..
hari ni kita berada di comfort zone,
mula selesa mula terlupa,
mula lalai mula terleka..
esok semuanya berantakan, satu persatu hancur,
bersilih ganti angkat kaki, prestasi kerja merudum,
pelajaran terganggu, kebahagiaan punah,
kemewahan hilang, dibenci dan dicaci sana sini..
lusa kita terhantuk dipalang dunia, kita tersedar hakikat kehidupan,
kita berazam mendapatkan segalanya yang pernah kita kecapi kelmarin..
hari berikutnya kita merasa semula kemanisan dunia ini..
jadi sedar lah, hidup kita tak lebih hanya umpama planet yang bergerak mengikut landasan paksinya,
tak juga kurang seperti roda kereta kuda yang pantas berputar,
hinggalah sampai ke destinasinya; mati.
p/s: 1)andai kau rasa dengan memerli, mengkritik, dan menghina dia akan mampu menjatuhkan semangatnya, kau salah.. di belakang nya, berdiri ramai insan yang mampu memberi tenaga yang tak putus buatnya.. 2)sahabat, tabahlah, semua ini sementara.. aku yakin jalan mu lebih luas dan besar selepas ini.. insyaAllah.. amin..
till next post, assalamualaikum & peace upon all of you..
No comments:
Post a Comment