Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Blog's Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 22 September 2011

Haid & Lelaki

assalamualaikum & hi..:)

ok, entry ni adalah 18tahun ke atas dan bukan untuk tujuan melucah..! entry ni jugak mungkin tak menjadi kesenangan untuk segelintir pihak.. tapi aku rasa isu ni perlu sangat la di terangkan..!


I'm not gonna talk about the period cycle.. tu korang tanya Mr Google sendiri or bukak balik buku sains form 3, buku biology form 5 or pape lagi jenis buku yang ada lah.. yang aku nak cakap sekarang pasal sikap orang lelaki dengan isu haid ni..

before aku membebel panjang lebar, aku nak share 3 cerita berkenaan isu ni yang aku tengok or dengar sendiri..


ISU 1 -
member : weh, tolong aku jap.. 
aku : tolong mende nye..?
member : awek aku merajuk la.. masalahnya aku rasa memang salah dia kot..
aku : dia buat ape..?
member : ada ke dia da tau tengah bendera merah, boleh lak biar 'bocor' kat set kereta aku.. kotor dowh.. geli tau tak.. die bukan budak kecik umur setahun dua yang tak reti nak tahan kencing.. darah tu lagi geli dari kencing ko tau tak..
aku : hotak ko..! ko ingat darah period tu nak keluar boleh tahan-tahan ke..? banggang..!


ISU 2 - 
suami : apsal dengan sarung kusyen tu..?
isteri : saya cuci..
suami : apsal cuci satu je..? haa tu la awak, perangai macam budak-budak.. malu la sikit kat anak-anak.. bontot berdarah pon tak reti lagi nak handle.. apa punya perempuan..
isteri : dah nak terkena nak buat macam mana.. bukan saya boleh kawal pon..

ISU 3 -
A : ehh kejap kejap..
B : nape..?
A : lapik ni dulu baru duduk..
B : apsal lak ni..?
A : kang 'bocor' abis la.. kotor tau tak..


so ladies, korang rasa lelaki-lelaki yang macam ni perlu disekolahkan ke tak..? kalo aku, aku cakap PERLU..

aku paham la, lelaki tak paham sangat pasal menstruasi/haid ni sebab diorang tak pernah alami.. but kalo dah tau tak pernah alami, apsal yang sesenang je nak menempelak perempuan bila jadi isu 'kebocoran' tu..?

macam ni la, make it short, darah tu bila nak keluar, kita kadang-kadang boleh la terasa darah tu tengah mengalir keluar.. terasa tu pon kalo banyak la.. kalo tak banyak, tak perasan pon.. and biasanya bila tengah jalan ke, lari ke, wat keje ke, tak perasan sangat pon..and kuantiti yang keluar tu pon tak da lah sama setiap bulan...

biasanya kan, kalo la perempuan tu selalunya datang period selama 5 hari, hari ke 2 sampai ke 4 tu agak banyak la.. so kalo masa tu terbocor ke, agak adat la.. sebab darah yang keluar banyak, then perempuan tu pulak tak perasan..

kalo haid ni boleh di tahan-tahan macam nak kencing or berak, rasanya memang tak perlu la diciptakan pad ni suma.. so cuba jangan nak main serang je cakap perempuan ni banggang la, pengotor la, macam budak kecik umur setahun la.. aku sepak kang baru tau..! korang tau tak korang patut bersyukur kalo korang ada pasangan yang mampu nak datang period..? sebab nya itu antara satu bukti or tanda yang wanita tu sehat, and ada la potensi untuk kasi anak kat korang nanti bila kawen..! yang lagi aku angin bila sang suami yang sound-sound isteri dia.. perghh, time bini korang tengah suci dari hadas besar tu, korang bukan main gedik lagi kan sebab nakkan dia..! bila da berdarah korang bising-bising lak.. hatok ko..!

kalo korang yang lelaki ni cuba nak pahami masalah perempuan ni, aku tak ada la sampai nak buat entry macam ni.. tapi ini tidak.. memang la, haid ni cuma ada pada wanita.. cuma wanita yang lebih paham.. tapi tak salah kalo korang cakap elok-elok, bukan tengking-tengking.. ingat pasangan korang tu saja-saja ke nak kotorkan tempat diorang duduk dengan najis tu.. tak da la maknanya kan.. so sila la tolerate sikit..

haid tu kan keistimewaan yang Allah kasi pada kaum wanita.. supaya seimbang kitarannya..

korang apa paham.. pas ni kalo ada lagi kawan-kawan yang mengadu pasal awek diorang 'bocor' kat aku, aku akan hayun muka diorang dengan kayu hoki.. biar diorang pon berdarah..! hahaha...

ok, till next post.. assalamualaikum & peace upon all of u..

No comments: