pagi semalam sampai tengah hari tadi, aku berada di Bagan Datoh.. tujuan pergi sana sebenarnya untuk program UTP Mesra GO (Global Outreach). kiranya program ke Bagan Datoh ni sebahagian dari program UTP Mesra GO ni la.. sebab ada beberapa program dalam UTP Mesra GO ni..
pergi ke Bagan Datoh, program nya ialah Homestay.. dapat family angkat la kiranya.. yup, just same like program Anak Angkat kat Manjung hari tu.. tapi kali ni lagi seronok la.. serius tak tipu.. hihihi..
sepanjang join program ni, aku menjadi anak angkat kepada family Encik Sujak and Puan Radhiah.. seronok sangat dapat berkenalan dengan family.. sebab ada istimewanya family ni.. owh lupa nak kasi tau, kampung yang kami pergi tu, namanya Kampung Sungai Pergam..
semalam sampai di pekan Bagan Datoh da dekat tengah hari.. so bruch dulu, then pembahagian keluarga angkat and ikut foster parent balik ke rumah mereka.. eh eh, rumah kami (at that time).. hihihi..
so sementara yang lelaki pergi solat jumaat, kami yang perempuan ni boleh la melepak lama sikit kat rumah parent.. sebab aktiviti seterusnya cuma akan start lepas habis solat jumaat..
so aku amik kesempatan untuk beramah mesra and kenal-kenal dengan mak and adik beradik angkat aku..
family ni tak la besar sangat.. Puan Radhiah ni ada 4 orang anak, semuanya perempaun.. yang pertama dah jadi cikgu, kedua dah kerja di bank, yang ke tiga baru je daftar masuk kat UMT and yang bongsu baru habis UPSR.. dulu keluarga ni cumalah sama macam orang kampung biasa.. makan pakai cukup-cukup aja, kerja sekadar kerja-kerja kampung.. tapi alhamdulillah Allah kurniakan anak-anak yang bertanggungjawab.. anak-anak mereka yang da bekerja, tak pernah lupakan jasa mak ayah diorang.. anak yang sulung buat loan untuk baiki rumah, supaya keluarga kat kampung mampu merasa lebih selesa kehidupannya.. anak yang kedua beli kereta and tinggalkan di kampung untuk kemudahan mak ayah nak pergi kemana-mana.. tiap-tiap bulan still tak lupa untuk menghulurkan duit untuk belanja keluarga..
tengok, walaupun hanyalah anak perempuan, walaupun baru mulakan kehidupan, dah mampu membela nasib keluarga.. bila aku dengar cerita makcik radhiah, aku terfikir, apa akan jadi pada aku bila habis belajar nanti..? akan menjadi anak yang tak mengenang jasa ke..? akan menjadi anak yang mampu membela ibu dan ayah ke..? akan menjadi anak yang hanya mampu menabur wang tetapi tiada masa untuk orang tua ke..? dan saat tu aku terus berdoa agar Allah tetapkan hati dan nawaitu aku yang selama ini bermatian belajar kerana ingin mengubah nasib diri dan keluarga..
ok masuk balik pasal program ni.. lepas da beramah mesran dengan foster family, kena gerak ke rumah pengerusi homestay.. sebab nak start masak lemang.. hihi.. tapi aku tak amik port sangat part lemang tu.. aku busy sediakan makanan untuk semua yang buat kerja.. nak tau ape benda yang aku buat untuk semua orang..?
~pisang goreng~ |
aku jadi penggoreng pisang berjaya petang tu.. sampai aku sendiri dapat makan 3 ketul ke pisag goreng nya.. laju je suma makan.. lapar kot lepas berhempas pulas dengan asap lemang tu.. hahaha...
malam semalam pulak ada jamuan raya.. sebab tu la kitorang buat lemang sebenarnya.. hihi.. masa jamuan raya tu, ada la persembahan tarian.. and makanan yang disediakan pulak ialah soto, nasi impit and kuah kacang, lemang and rendang.. hehe.. memang terangkat la dapat makan lemang.. hihihi..
lepas kitorang melantak macma orang kena rasuk kebuluran, kitorang kena join lak penari-penari tu buat persembahan.. hahaha.. part ni yang paling tak best.. sebab aku malu sebenarnya.. muahaha.. tapi buat aja la.. hahaha...
hari ni pulak, kitorang belajar nak buat coconut shake, coconut jelly dengan tali dari batang pisang.. seronok weh.. hehehe.. habis semua tu da tengah hari.. so habis je buat belajar buat benda-benda tu, terus gerak balik ke UTP.. kena rushing sebab esoka da program lain.. tapi aku tak dapat join program tu sebab guests aku semua terpaksa tarik diri last minute.. huhuhu..
before aku stop cerita, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Tourism Malaysia sebab sponsor program homestay kat Bagan Datoh ni.. awesome gila weh..!!
ok la, tu aja aku nak share.. gambar pon tak ada banyak.. sebab aku lupa bawak kamera.. so setakat apa yang akau letak ni aja la ya..
~ni kak farhana, pegawai Tourism Perak~ |
~budak kecik tu asyik menjerit-jerit sebab kena sakat dengan kawan-kawan aku ni~ |
~diorang memang excited gila nak buat lemang~ |
~lagi sekali, budak ni da bosan da masa ni~ |
~some of my friends with their foster family masa jamuan raya~ |
~antara makanan masa jamuan raya~ |
~before balik tidur, kena bergambar sket.. btw, perasan tak aku sedondon dengan chee hong? he said aku kena jadi pengantin dia la untuk malam tu sebab da sedondon.. what la kan..~ |
~masa ni tinggal anak-anak aja.. haha~ |
~tengah nak tebuk kelapa, nak ambil air and isi untuk buat coconut shake and coconut jelly~ |
~suma muka excited merasa air coconut shake yang dah siap~ |
No comments:
Post a Comment