Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Blog's Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 5 July 2014

7 Ramadhan 1435H

*Lap keyboard yang berhabuk*

Assalamualaikum & morning. :)

Hari ni dah masuk 7 Ramadhan 1435H. Sekarang dah di penghujung minggu ke-7 kuliah.
InsyaAllah akan berbaki lagi 23 hari untuk tamatnya bulan yang penuh barakah untuk tahun ini, dan berbaki kurang lebih 9 minggu sebelum segala barang-barang aku di angkut meninggalkan bilik selesa ini. Banyak aku merungut selama aku duduk di tempat ilmu ni. Tapi sedar tak sedar aku masih kat sini, menghabiskan sisa-sisa perjuangan dalam dunia ideal, sebelum keluar ke dunia real.

Dunia ideal --> segalanya ada jawapan melalui theory.
Dunia real --> bila kita sedar yang sebenarnya tak semua theory boleh di aplikasikan.

Okay, actually benda lain yang aku nak share. :) Like always, mukadimah nak panjang menjela dan lari dari isi utama. ^_^

Sepanjang sem last ni, memang busy sangat. Dengan FYP, FYDP, projek-projek subject lain nya. Dengan pindah rumahnya.

Aku tak pernah cerita FYP aku buat pasal apa kan? Teheee. ~_^
Actually FYP aku is experimental works. Aku kena fabricate hollow fiber membrane, then run experiments untuk study effect of membrane area to the membrane separation performance, and effect of feed temperature to the membrane separation performance. Banyak cabaran untuk siapkan experiments FYP ni, tapi alhamdulillah, separuh dari experiments dah siap. Tinggal separuh lagi. Sepatutnya dah lama dah siap. Tapi di sebabkan beberapa kekangan, sampai sekarang terkulat-kulat lagi kat lab tu. Hihi.

Last weekend family aku kena pindah rumah. This is not the first time for us untuk pindah rumah. But this is the very first time aku rasa besar sangat ujian untuk pindah rumah ni. Apapun, Alhamdulillah semuanya berjaya di harungi.

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." 
[ Al-Baqarah : 286 ]

Setiap cabaran sepanjang berpindah rumah tu, ada sahaja kemudahan-kemudahan lain yang Allah berikan. Alhamdulillah. Andai bukan atas belas dan kasih sayang Allah pada hamba-hambaNya, takkan termampu lah aku untuk nak harung saat-saat susah tu. Terima kasih Ya Allah kerana permudahkan segalanya, kerana hadirkan insan-insan yang sudi menghulurkan bantuan kepada kami. ^_^

Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, mereka-mereka yang membantu kami sekeluarga tu akan di limpahi dengan rahmat dan kemudahan urusan. Amiin.

Okay, moh tolong aku siapkan progress report and assignments. :)

Till next post (yang tak tau bila),
Assalamualaikum and peace be upon you.



No comments: