Roommate aku paksa aku baca novel Jaja & Din hari tu. Mula-mula aku macam malas sikit nak terus baca, bajet nak baca bila aku free aja. Sebab cover novel tu macam novel untuk remaja sekolah menengah aja. Tapi since roommate aku dok desak-desak, siap cakap ada banyak soalan yang aku cakap secara random hari tu ada dalam novel tu, so aku pun ambil la novel tu dari rak buku beliau.
And senang cakap, she is right. Banyak benda yang aku cakap hari tu, ada dalam buku tu. And aku tak rasa rugi baca novel tu walaupun dalam keadaan aku tengah busy dengan study sekarang ni. Banyak isi dari sudut Islam yang boleh kita renungkan dari jalan cerita novel ni. Try la baca okay.
By the way, aku ada ambil something dari novel tu untuk share kat sini. Ini di ambil dari nasihat Asma' Bin Kharijah Al-Fazzari, untuk anaknya waktu menghantar anaknya ke alam perkahwinan. Pendekkan maksud aku kat sini, ayat ni boleh lah kita jadikan nasihat buat bakal pengantin yang bakal melangkah ke satu ruang alam baitulmuslim. Okay ini dia ayat yang aku quote dari novel Jaja & Din tu:
Saat ini dikau keluar dari sangkar emasmu,
Menuju ranjang yang tak kau kenal,
Dan teman yang engkau belum terbiasa dengannya.
Jadilah dikau buminya,
Maka dia akan menjadi langitmu,
Jadilah permaidaninya,
Dia akan menjadi tiang sandaranmu,
Jadilah hambanya,
Maka dia akan menjadi sahayamu.
Jagalah olehmu penciuman, pendengaran dan penglihatannya...
Jangan biarkan dia mencium daripadamu, kecuali aroma yang harum-harum sahaja.
Jangan biarkan dia mendengar kata daripadamu, kecuali yang baik-baik sahaja.
Jangan biarkan dia memandang daripadamu, kecuali yang indah-indah sahaja.
Sayiditina Aisyah pernah pesan,
Jika kau mempunyai suami, dan kau dapat cabut hatinya. Dan meletakkan di tempat yang lebih baik dari tempatnya sekarang, hendaklah kau buat.
Dalam rumahtangga tu mesti lah ada masa-masa kita diuji, di beri seribu satu permasalahan kan. And andai saat tu perasaan terasa bagai dihimpit, better kita ingat ayat dalam surah An-Nissa', ayat 19 bermaksud;
"...Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
Okay, tu je aku nak share. Actually aku harap once aku dah melangkah ke alam baitulmuslim nanti, perkara-perkara ni akan aku pegang. InsyaAllah.
Assalamualaikum & peace be upon you.
No comments:
Post a Comment