Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Blog's Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 6 May 2012

Mati Itu Tak Kira Usia

Assalamualaikum & hai.

Short entry. Tadi petang aku dapat tau dari adik aku yang seorang kawannya meninggal dunia kena langgar lari. Then sekejap tadi adik aku kasi tau sorang lagi kawan dia yang sama-sama terlibat dengan accident tu pun meninggal dunia. And after that kawan sekolah rendah aku kasi tahu juga tentang ni. Baru lah aku tahu yang arwah kawan adik aku tu rupanya adik kawan aku sendiri.

Dua-dua yang terlibat dengan accident ni baru 18tahun, tahun ini. Sebaya adik aku. Umur yang kita rasa sangat la muda untuk dipanggil oleh Yang Maha Pencipta. Tapi hakikatnya kita tak tahu berapa lama hidup kita kan.

Muhasabah aku pada diri. Apa preparation aku menjelang saat mati aku nanti..? Saat yang aku tak pasti bila. Probability untuk mati tu bila-bila saja. Sebab kita tak tahu. Entah-entah satu saat dari sekarang. Siapa tahu.

Aku rasa preparation untuk kematian ni sebenarnya perlulah yang paling mantap banding yang lain-lain. And semua tu me-relate-kan kepada perbuatan seharian aku.

Aku nak minta maaf untuk semua silap dan salah aku pada korang semua.

Sekarang, belajar memaafkan setiap kesalahan orang pada aku sebelum tutup mata. Aku tak nak itu menjadi bebanan nanti.

Dan solat taubat itu perlu sentiasa dibuat.

Say: Surely my prayer and my sacrifice and my life and my death are (all) for Allah, the Lord of the worlds.
Quran 6:162

Assalamualaikum & peace be upon you.

No comments: