Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 28 September 2013

Melakukan sesuatu yang bertentangan norma manusia

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Di sini, di tanah yang agam, di dunia milik Allah Taala yang aku menumpang, tempat yang sedang aku berdiri ini, sesak dengan manusia yang cukup bijak. Bijak menghukum. Bijak berkata. Bijak memijak.

Bila sunnatullah itu yang diperlekehkan, bila manusia hidup dengan sunnah sendiri yang memandai-mandai, dalam zaman yang penuh dengan cara hidup yang bermacam ragam ni, apakah salah bila aku nak terus belajar hidup dengan cara hidup yang di perintahkan oleh Allah?

Hidup dengan bertuhankan Allah Yang Maha Esa, terus memperbaiki diri untuk menjadi hamba-Nya yang baik sehabis mungkin, mengejar kehidupan akhirat yang gemilang, mengejar redha dari Ar-Rahim. Bila pilihan hidup itu di anggap melawan norma hidup manusia, macam mana untuk aku mengharapkan kefahaman dari semua?

Memisahkan dunia dan akhirat. Memisahkan kehidupan dan agama, bagi aku itu satu kemunduran. Bukan satu kemajuan. Malangnya, masyarakat tetap tertipu.

Berhenti! Berhenti pandang aku dengan pandangan penuh penghukuman. Mencuba hidup mengikut syariat Allah bukanlah perbuatan extreme. Pakai baju lengan panjang, besar, labuh, itu bukan extreme. Pakai tudung dan selendang besar dan labuh, itu bukan extreme.  Pakai seluar longgar tak ber'cutting' itu bukan extreme. Pakai hand socks, stocking, itu bukan extreme. Tak ber'make up', itu bukan extreme.

Tolong, hentikan semua pandangan 'alien' pada aku. Beri aku ruang untuk bernafas damai. Walau apa pun jalan hidup yang aku pilih, itu hak individu. Aku cuma mencari hidup terbaik untuk masa hadapan aku dan keluarga, keluarga sedia ada, mahupun keluarga yang bakal di bina.

Ya, aku memang bukan lahir semula jadi berpakaian menutup aurat, bukan lahir semula jadi terus ibadat sempurna tiada cela. Aku punya masa lepas, masa silam, masa gelap. Aku pernah hidup terkapai, mencari erti sebuah hidup yang sebenar.

I had learned a hard way to know and understand the purpose of human being created to this world. Hentikan tafsiran tentang masa lepas. Give me a chance to live as hamba Allah yang sebenar-benar hamba.

Aku tak pernah minta untuk diuji dengan kehidupan lepas untuk mengenal hidup yang sebenar. Tapi itu jalan yang Allah beri untuk aku. Aku yakin ada sebab dan hikmah kenapa Allah bagi aku merasa segala macam jenis kehidupan dalam mencari erti menjadi hamba Allah yang sebenar.

Ini aku kini. Ini aku sekarang. Ini aku yang mula nampak cahaya di hujung terowong panjang. Di belakang aku, sungguh, gelap tak bercahaya. Jangan lah di ungkit tentang hidup aku di terowong gelap, sedangkan aku dah memasang anggan untuk hidup baru dengan cahaya. Jangan hukum aku dengan gelap lampau. Aku penat. Aku letih.

Andai kamu tak merasa hidup berlari mencari sesuatu yang kamu tak tahu apa sebenarnya, jangan hukum aku yang sedang mencari. Andai kamu dah merasa hidup bahagia dan barakah dari saat pertama mata celik di bumi, jangan menghina manusia yang learned a hard way to get the same thing like you have now. Sepatutnya kamu membantu orang macam aku. Bukan mempertikaikan keberadaan aku di bumi ini.

Aku penat. Penat untuk hidup dengan judgements dari manusia keliling.

Anda dengan pandangan anda bahawa aku pilih cara hidup extreme hanya kerana aku mengikut syariat. Dan kamu yang memandang hina hanya kerana aku guna jalan jauh untuk jumpa erti hidup sebenar.

Aku cuma nak kita semua ingat semula. Allah memberi kelebihan akal kepada manusia, untuk kita menjadi hamba-Nya yang berfikir, menjadi khalifah untuk menyampaikan peringatan kepada sesama kita, dan makhluk lain. Fitrah manusia bersifat pelupa. Tapi bukan lah fitrah manusia untuk bersikap judgemental dan menolak hakikat bahawa kita ini hanyalah hamba, yang tak akan hidup abadi selamanya.

Mari, kembali hidup bersyariat. Mari, kembali hidup berfikrah sebagai hamba Allah.

"Rasul-rasul (yang kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [An-Nisaa' : 165]

Assalamualaikum and peace be upon all of you.

No comments: