Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 28 July 2013

Sebiji Batu Bata dan Bangunan

Assalamualaikum and peace be upon you.

Sedih. Saudara-saudara kita semakin ramai yang di zalimi. Di sakiti, di seksa. Sedih kan. Bila baca dan lihat gambar keadaan mereka. Di Mesir. Di Syria. Di Rohingya. Di Palestine. Di England pun tak kurang juga. Dan percaya lah, banyak lagi tempat yang kita tak tahu, sebab tak dapat di access khabarnya ke dalam internet. Ke dalam media massa.

Tapi kita di Malaysia, masih selamat dari kezaliman fizikal seperti mereka. Kita masih belum di acu pistol dan senapang. Belum di lempar dengan bom. Belum di bakar tempat ibadah kita. Masih berperang secara berhemah. Dengan politik, dengan kuasa. Tapi itu pun banyak dah penindasan yang dilakukan. Cuma ianya belum secara fizikal.

Aku ini. Biasa lah, manusia. Bila belum merasa sakitnya, bila belum merasa seksanya, senang sangat terlupa. Tengok gambar-gambar keadaan di Raba'ah, sedih dan menangis. Berdoa pada Allah agar mereka di beri kekuatan. Berdoa pada Allah agar mereka di beri kemenangan, tak kira menang di dunia mahupun menang di akhirat.

Tapi selepas tu, aku kalah pula dengan nafsu. Mentang-mentang di sini saat ini tak berlaku rusuhan seperti di sana. Mentang-mentang aku masih sedang sedap menaip, online sambil berguling-guling dari pagar ke dapur. Mentang-mentang tak ada orang nak datang menembak. Aku terus lupa.

Lupa yang sebenarnya aku pun sedang berjuang. Berjuang sama seperti mereka. Biasalah. Mereka merasa seksa dan sakit secara fizikal. Sedangkan aku tidak. Biasalah. Sebab itu aku tak sedar yang aku sedang kalah.

Aku berdoa meminta Allah percepatkan kemenangan Islam di bumi ini. Aku berdoa meminta Allah melindungi mereka di sana. Ya, Alhamdulillah, ada doa dari kita, dari aku. Doa kan senjata Mukmin. Tapi, Mukmin ke aku..? Atau sekadar Muslim? Dengan ibadah yang tak seberapa. Ibadah yang wajib pun kadang-kadang di hujung waktu baru di dirikan. Ibadah sunat apatah lagi. Andai rajin, di buat. Andai malas, "alah biarlah, hari ni aja pun tak buat, lagipun kan sunat." Dengan nafsu pun asyik kalah. Macam mana kalau Allah uji dengan ujian macam mereka tu?

Aku nak Islam menang. Aku nak Khulafah Islamiyah bertapak semula di bumi ni. Tapi sikap aku, amalan aku, perbuatan aku, attitude aku, semua ini yang menyebabkan kemenangan Islam tertangguh. Cuba kalau aku, kalau kita, setiap seorang dari kita yang Muslim ini, menjaga ibadah wajib kita, perbanyakkan ibadah sunat kita, perbanyakkan tadabbur Al-Quran, perbaiki akhlak kita, perbaiki cara hidup kita. Pasti kita semua mampu menjadi hamba Allah yang bukan sahaja Muslim, tetapi Mukmin.

InsyaAllah bila dah menajdi Mukmin, dengan amalan kita, dengan doa-doa kita, dengan akhlah kita, akan mampu membantu saudara-saudara kita di sana untuk memenangkan Islam. Dan insyaAllah kita juga mampu memenangkan Islam di sini. Di bumi ini.

Andai mereka sahaja berjuang kat sana, memang tak cukup. Mereka perlukan support, sokongan, bantuan dari kita. Apa bantuan yang boleh kita beri? Amalan dan doa kita. Sebab kita semua, aku, engkau, mereka di sana, kita semua lah pendek ceritanya, mempunyai satu ikatan yang sama. Ikatan akidah. Dalam surah As-Saf, ayat 4, Allah berfirman :

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." [As-Saf : 4]

Jadi, aku ini sebahagian dari bangunan umat Islam kan. Jadi, kenapa mesti aku duduk bersenang lenang tak buat apa-apa untuk bantu saudara se-akidah dengan aku di tempat lain?

Kurang sebiji batu-bata pun akan mencacatkan dan melemahkan structure satu bangunan, tahu? Dan, nak buat semua ini tak mudah. Banyak kali dah aku merasa turun naik nya iman aku untuk bersama berjuang. Tapi aku tak boleh mengalah. Takkan aku nak jadi orang yang tak menyumbang kepada kemenangan Islam? Sedangkan Allah dah beritahu awal-awal lagi bahawa inilah perniagaan yang paling untung.

"Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar." [As-Saf : 10-12]

Ya Allah, malunya aku. Asyik kalah dengan nafsu diri. Sedangkan aku dah sedia tahu yang kita kena buat apa yang kita cakap. Tapi aku selalu lalai. Allah, ampunkan kami. Peganglah hati kami, agar kami terus istiqamah.

"Wahai orang-orang yang beriman. Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang." [As-Saf : 14]

Assalamualaikum and peace be upon you.

No comments: