Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, 22 August 2011

khas buat adik yang semakin dewasa

assalamualaikum & peace upon all of u..:)

entry ni khas nya untuk adik-adik aku yang semakin menginjak usia, dari seorang bayi suatu masa dulu, kini menjadi seorang gadis, yang bakal melangkahkan kaki ke alam dewasa tak lama lagi..

few days ago, sorang adik aku bercerita tentang rasa sedih and terkilannya mengenai sesuatu perkara and aku nampak banyak persoalan yang berkecamuk dalam fikiran dia saat tu.. yeah, she just like me before I'm going out from my family house.. dulu kita hidup bawah jagaan mak ayah 100%.. so banyak benda yang terkawal, jadi potensi untuk nampak hakikat sebenar kehidupan kat dunia nyata ni sangat rendah.. (at least untuk keluarga kami la.. mungkin keluarga orang lain tak macam tu..)

so mungkin dia a little bit shock with real life.. mungkin kata-kata aku and nasihat yang aku kasi that day belum cukup mampu untuk menghilangkan rasa terkejut tu, jadi meh aku nak share satu VC dari UTube..


hopefully adik aku akan pahamkan dan hadamkan isi dari VC ni..

aku sedar, aku bukan lah seorang kakak yang baik, dan aku sebenarnya tak tahu macam mana sebenarnya cara yang betul untuk menjadi seorang kakak.. sebab aku tak ada kakak, dan aku tak pasti apa perasaan mempunyai seorang kakak.. jadi aku sedaya upaya cuba untuk bagi sehabis baik buat adik-adik aku.. rasanya aku pernah cakap pasal ni before..

aku selalu perhatikan cara kawan-kawan aku layan adik-adik diorang, tapi aku rasa cara tu tak berapa sesuai.. so aku lagi selesa guna cara aku sendiri.. walaupun aq tak pasti adik-adik aku suka ke, benci ke, rimas ke dengan cara aku ni..

sometimes aku harap, adik-adik aku akan terus stay menjadi kanak-kanak.. yang sangat suka bila di hulurkan gula-gula.. aku harap adik-adik aku takkan membesar dan menghadap dunia luar yang penuh kekotoran dan kehitaman.. sebab aku sedar, once mereka melangkah ke alam dunia luar, mereka perlu berfikir dan memilih laluan hidup mereka sendiri.. dan itu yang merisaukan aku.. andai tersalah laluan mereka, segala kehitaman dunia akan terlihat didepan mata mereka.. tapi aku tak boleh selfish mengongkong kehidupan mereka.. sebab mereka perlu belajar hidup sebagai manusia normal, yang akan membina kehidupan sendiri suatu hari nanti, secara perlahan-lahan.. jadi yang termampu untuk aku adalah, memastikan aku menjadi contoh buat mereka.. mungkin bukan a best example, but at least a better example..

disebabkan aku tahu adik-adik aku memerlukan seseorang sebagai panduan, jadi aku cuba menjadi seorang yang kuat, yang tak mudah terhanyut dengan dunia yang semakin dusta, semakin terpesong ini.. sejauh mana kekuatan aku, aku tak pasti.. tapi selagi akal waras ini ada, aku akan cuba sedaya upaya menjadi role model yang much better dari satu masa ke masa lain..

aku senang bila adik-adik aku berkongsi masalah dan cerita diorang dengan aku.. at least aku tahu sedikit sebanyak corak hidup diorang.. tapi aku tak pasti la samada diorang akan terus bercerita pada aku bila kaki mereka da melangkah ke dunia luar sana.. masihkah diorang akan berkongsi cerita-cerita mereka..? masih sudi ke diorang nak luahkan masalah diorang pada aku..?

atau diorang akan ambil jalan macam kebanyakan kawan-kawan aku..? menjadikan kakak sebagai seorang yang hanya berpangkat kakak daan bukan seorang teman yang paling setia..?

apepon, aku berdoa agar mereka mampu berfikir dengan matang dalam memilih jalan dalam kehidupan mereka nanti.. dunia sekarang, dalam setiap langkah kaki, akan ada 2 simpang.. dari sekecil-kecil langkahan kaki, hingga sebesar lompatan, tetap ada dua simpangnya.. satu simpang ke sisi gelap dunia, yang menzahirkan kesesatan, kelalaian, kepesongan, kejahilan, kekotoran dan dosa neraka.. satu simpang yang lain menawarkan sisi terang yang mampu membimbing ke arah kebenaran, ketaqwaan, dan pahala syurga, InsyaAllah..

jadi jalan mana yang bakal kita ambil..? bakal aku ambil..? bakal mereka ambil..? memang, andai tersalah langkah ke lorong gelap, kita boleh kembali ke pangkalnya dan ulang laluan dengan mengambil laluan yang terang pula, tapi saat itu, langkah kaki ini penuh dengan penyesalan dan memori hitam.. kerana kotor itu telah tercalit lekat di hati.. dan aku tak sanggup memandang wajah mereka dengan seribu kesedihan dan penyesalan..

betul, andai hidup kita tak melalui saat-saat salah, susah, gelap, maka kita akan kurang menghargai kebenaran yang terpamir di depan kita.. tapi, berapa ramai insan yang betul-betul mampu keluar dari lorong gelap itu dengan penuh keazaman..? aku pasti dan yakin, semua orang menyesal dengan jalan gelap yang di pilih, tapi sukar dan seksa untuk kembali ke pangkal jalan.. lalu terus kecundang di jalan gelap itu..

dan aku tak sanggup, sungguh tak mampu untuk melihat darah dagingku menjadi sebahagian dari itu..

adakah aku selfish bila berfikir begini..?


assalamualaikum & peace upon all of u..

Sunday, 7 August 2011

hilang

assalamualaikum & halu2..:)

mungkin agak terlambat, tapi entry ni khas buat dia yg makin jauh dari ku, makin jauh dari kami..
[ p/s: entry ni panjang berjela.. kalo rasa ko tak da masa, boleh je pilih untuk tak nak baca..:) aq tak marah.. hehe ]

kamu yang semakin jauh, Selamat Hari Sahabat dan selamat menjalani ibadah puasa dari aq di sini..

mood : terkenang zaman persekolahan
bunyi latar : suara katak menyanyi lagu Hilang - Garasi...=P

da lama aq kenal kau.. dari zaman sekolah rendah.. walaupun kita tak pernah sekelas, walaupun kita tak pernah berkawan, tapi kita slalu berbalas senyuman kan.. setiap kali terserempak je, mesti kite berbalas senyuman..

ye, aq ingat macam mana aq boleh kenal muka kau.. ingat tak, kita satu rumah sukan, rumah ungu.. ingat..? masa tu kau selalu jadi wakil rumah untuk lumba lari.. tapi ko ada lelah.. nak jugak lari.. degil.. =P tau la lelah kau tak teruk..but still, ko tetap ada lelah jugak..=P sekarang lelah ko da tak da kan..?

kita pernah berlumba untuk dapatkan tempat pertama masa saringan lumba lari dulu kan..? haha.. masa tu aq larat la lagi nak lari laju.. sekarang memang sori la.. hahaha..

kita pernah bercakap masa kita sama-sama jadi wakil sukaneka.. and masa tu kita menang.. kan.? hihi.. sejak dari waktu la kita mesti berbalas senyuman bila berjumpa..

sampai la masa darjah 4, masa tu aq da pindah rumah kat blakang skolah RZ.. ko selalu prasan aq jalan pergi and balik skolah ikut laluan yang sama ngan ko.. so satu ari tu, ko tegur aq.. tapi takat tu je la kita bercakap pon.. lepas tu asyik semyum-senyum je smula.. huhu.. mesti ko pikir aq ni sombong kan..?

tak la, skang ko tau aq tak sombong kan..? haha

masuk form 1, tak sangka lak kita sekelas.. sejak dari tu la kita officially berkawan.. hari-hari lepak sama.. then sama-sama apply masuk pengawas.. haha.. memang kenangan kan..?

masa form 2, kita ada projek geografi.. tapi bahan maklumatnya tak banyak ada kat library sekolah, so aq ajak ko and mira g kat library daerah.. ko kata tu first time ko masuk bangunan tu seumur idup ko.. and ko mintak aq bawak ko lagi bila aq nak pergi.. tapi masa on the way nak balik tu, ujan lebat sangat.. disebabkan aq and mira kejar masa nak balik, kitorang paksa ko ikut kitorang redah hujan tu untuk dapatkan bas.. masa tu ko marah sangat.. rupanya ko tak suka redah hujan.. disebabkan marah, ko cakap ko takkan ikut kitorang pergi library lagi.. :"(

masa form 3, kau ikut aq pergi tuesyen kat klang.. tapi ko sebenarnye tak berani sangat nak pergi klang, sebab tak pernah pergi sensorang.. so aq suruh ko amik kelas yang sama dengan aq.. senang boleh pergi sesama.. ko sebenarnye tak suka dok depan, tapi aq semangat suka sangat dok depan sekali.. sebabnya aq tak suka bila dok belakang nampak kepala orang aje.. tapi lelama ko da ok sebab da terbiasa..

kadang-kadang aq rasa marah dengan kau.. sebab ko kadang-kadang bertindak and berfikir macam budak-budak.. disebabkan tu, aq rasa macam nak je telan ko idup-idup..

aq selalu rasa nak kunyah ko lumat-lumat sebab ko suka berlenggah-lenggah.. buat aq menunggu lelama, dan buat aq rasa masa aq banyak terbuang.. sampai satu tahap aq da fed up, aq marah ko then aq terus balik.. kesian ko masa tu terpinga-pinga kan..? maaf ye...

masa zaman sekolah dulu, aq tak reti nak kawal perasaan.. aq jenis yang cepat marah.. sampai kan bila aq tengah fokus study pon ko ingat aq tengah marah.. haha.. muka aq ni sentiasa masam sampai time fokus kat buku pon nampak macam nak marah buku ke..?

masa form 4, aq amik keputusan besar wat masa tu.. aq move on dengan idup baru.. kehidupan baru.. sekolah baru.. aq tinggalkan ko, aq tinggalkan kawan-kawan lain.. and aq jarang sangat contact korang sejak aq tinggalkan skolah tu... tapi masa befday aq tahun tu, korang kasi aq kad befday.. antara kad paling special yang pernah aq dapat sepanjang idup aq.. terima kasih ye..

masa tu baru aq sedar, aq da tinggalkan insan-insan yang sayangkan aq macam tu aje.. mesti ko rasa sedih kan sebab aq macam lupakan korang, lupakan ko.. sebenarnye aq tak pernah lupakan korang.. kat skolah baru pon, aq selalu bayangkan , kalo korang suma ada sekali dalam kelas tu.. mesti seronok study, borak-borak.. tapi lambat ke cepat, kita tetap akan bawak haluan masing-masing.. so aq chill je la konon.. huhu..
tapi bila aq ada masa aje, aq tak lupa call ko and mira.. tanya-tanya khabar korang..

masa result kemasukan matrik klua, ko mesej aq, cakap ko sedih, ko kecewa.. sebab ko tak dapat matrik.. sedangkan kawan yang lain suma dapat... masa tu aq terus call ko.. and ko menangis.. aq rasa macam nak je g rumah ko masa tu jugak, sebab aq tau ko tengah sedih sangat... tapi da malam, kang parent aq marah lak.. huhu.. so aq just cakap je tah pape benda yang aq rasa boleh motivate ko sikit..  bila ko stop nangis, lega gila aq rasa..

then aq dapat khabar ko sambung form 6.. tak pe la, form 6 pon pre-U jugak kan.. tapi tak lama pas tu ko kasi tau ko dapat diploma kat UiTM Arau.. alhamdulillah, tercapai gak impian ko nak masuk U kan.. masa tu aq rasa happy sangat.. mesti ko lagi happy dari aq kan..? tapi aq tak dapat jumpa ko.. sebab masa tu aq pon tengah berkemas-kemas jugak..

lepas seminggu ko kat UiTM, aq mesej ko, tapi ko langsung tak balas.. aq tunggu sampai seminggu, masih ko tak balas.. then aq mesej ko lagi.. but still, ko tak balas jugak.. so aq biar je la ko.. one day, ko mesej aq tanya khabar... happy gila aq rasa.. ko tak lupa kat aq jugak akhirnya.. then tetiba ko cakap ko ada masalah.. ko nak mintak pendapat aq.. aq cuba dengar and kasi pendapat mana yang boleh.. lepas tu ko meyepi semula.. aq rasa kosong semula.. tapi saat tu aq rasa mungkin ni balasan buat aq sebab dulu aq pernah abaikan korang bila aq da sampai kat skolah baru..

masa dah dekat nak exam, ko mesej aq smula.. masalah ko makin rumit.. aq terasa macam nak je lari ke sana, supaya ko tak rasa lonely..

masa cuti, ko ajak aq klua.. dari pagi sampai petang kita duduk kat komplex sukan tu.. ko menangis, ko luahkan sumanya.. aq rasa terkejut.. banyaknye masalah ko.. mesti sakit kan simpan sensorang..

tapi lepas tu ko mendiam lagi.. ko hilang.. ko sepi tak da khabar berita lagi.. sejak hari tu, aq terasa macam tak berguna.. so biar la ko datang pada aq bila ko rasa ko perlu.. aq akan terus tunggu..

berganti hari, bersilang bulan, baru ko mesej aq.. untuk sedikit pandangan lagi, dan kemudian hilang lagi.. tau tak betapa aq sangat berharap untuk ko bertanya tentang hidup aq juga, berharap agar kita boleh berborak-borak tentang semua benda sama macam zaman sekolah dulu.. betapa aq sangat rindukan suma tu... tapi mungkin masa ko tak ada untuk semua tu..

lama-lama ko terus hilang... ko cuma contact aq menjelang befday aq.. itu pon hanya sekadar 1 mesej ucapan semata-mata.. sedih tahu bila kau buat macam ni..

ko menyepi, terus diam terbujuk kat satu sudut dunia yang tak ada siapa pon tau.. semua kawan cuba contact ko, tapi ko jarang sangat reply.. kenapa ko berubah macam ni sekali..?

bukan ke ko yang bermatian mintak agar aq jangan sesekali lupakan korang, jangan sesekali lupakan ko..?

teman, kembali la pada kami.. terus terang la tentang salah kami sampai ko ambil keputusan pergi jauh tu... semua tertanya ko di mana...

dan yang pasti, aq rindukan kau, teman..

assalamualaikum & papai..

Monday, 20 June 2011

kids, amazing rite..?

assalamualaikum and peace upon all of us..

okay, aq nak share sikit la pengalaman aq dengan anak sedara aq, Fadlyn Afrina bt Mohd Fadly ni..

macam ni.. dalam bulan November tahun lepas, masa tu around 5pm kot.. tak sure sangat la.. sebab da lama.. aq, kak ummul and afrina tengah tengok tv.. tetibe dia amik remote astro suruh kak ummul tukar cite cartoon.. and aq lak, "???" dalam ati..

and semalam, aq, along and afrina tengah tengok Jin Notti kat tibi jugak.. tetibe afrina baring-baring tepi aq sambil main-main dengan remote astro tu.. lepas tu dia membodek aq suruh tukar channel.. nak tengok cartoon katanya.. aq pon pelik la, ada ke cartoon time-time ni..? so aq assume dia bosan and nak tengok cartoon, sebab tu dia sebuk cakap nak tengok cartoon..

tapi along terus tengok jam then dia cakap, "laa, upin ipin ye sayang..?" kat afrina.. and aq lak, "???" lagi..

the "??" is, macam mana budak yang baru masuk 2tahun, yang masih tak reti tengok jam, tak tau masa pukul berape, tak paham ada ape kat tibi tu suma, tapi boleh tau aje when the CARTOON TIMES come..?

serius aq rasa miracle happen depan mata setiap kali tengok perangai and gelagat budak kecik.. betapa bijak nya kuasa Allah kan..?

korang ada pengalaman macam ni dengan budak-budak..? jom share.. aq nak tau gak lagi miracles pasal bebudak ni..

~tgk la betapa chomey + kusyuk nya dia tengok upin ipin kat U-tube~

assalamualaikum & papai..

Friday, 10 June 2011

be mature

assalamualaikum & salam sejahtera..


lama tak guna perkataan salam sejahtera tu kan..:)

dulu, aq selalu rasa aq ni banyak sangat buat kesilapan.. aq jadi sedih, jadi benci sebab aq ni teruk sangat.. asyik silap salah sana sini..( macam siti situ sana sini pulak..)

tapi most of the time, bila aq buat salah, buat silap, aq cuma mampu rasa sedih, terkilan dengan diri sendiri, rasa nak maki diri ni.. tapi at the end, ape perubahan yang berlaku pada diri aq..? NOT MUCH!

bukan la aq kata aq langsung tak berubah bila aq buat salah.. tapi kebanyakan dari kesilapan aq tu, untuk return to the straight lane, mesti amik masa yang lama.. that's why la aq cakap not much..

but then, andai aq betul betul bertekad nak dapatkan semula my golden thing tu, aq akan motivate diri ni sampai rasa ter'inject' dengan tenaga kuda.. (pergh.. ayat macam ape je kan..)

tapi jarang la kan benda macam ni berlaku pada aq.. sebab most of the time, aq akan rasa macam nak move on ke arah lebih baik secara slow-slow aje.. tah la aq ni.. pelik kan..?

semalam dapat result.. yeah, admit it, memang aq rasa Allah kasi rezeki lebih dari ape yang aq usahakan.. sebab sepanjang sem lepas, aq langsung tak perform well enough.. and aq dapat rasa macam tak ada pape pon yang lekat kat kepala ni sepanjang satu sem study sem lepas..

and frankly speak, aq rasa aq akan failed at least 1 ke 2 paper sem lepas... so konon nya aq da ready la nak tengok result yang macam ni punya teruk..

but then, bila malam tadi dapat email result, walaupun Allah kasi result yang much better dari usaha aq selama ni, aq still kecewa... walaupun konon bajet fail tapi tak da fail.. aq tetap rasa kecewa dengan result tu sebab aq tak pernah dapat cukup atas 3 je masa diploma..

tapi itu kan cerita diploma.. sekarang degree.. dulu amik pure science ja, sekarang pulak engineering.. memang jauh la beza nya kan.. but than, still aq rasa sedih sebab ada ramai kawan-kawan dapat result 3.3, 3.4. and ke atas ke atas..  jadi nampak la sangat yang aq memang langsung tah berpijak kat mana masa dalam kelas kan... sebab tu la aq rasa aq da buat silap besar.. yup, memang la aq tension kat sini sebab aq masih tak boleh nak coop dengan tempat ni, dengan environment sini.. memang la aq rasa sedih duduk sini, tak kenal sape-sape, tak ada member kamching macam zaman diploma dulu.. tapi tu semua benda lain.. waktu kelas fokus kat kelas sudah la kan.. dulu aq boleh je buat macam tu.. tapi kenapa sekarang semua benda pon nak bawak masuk kelas..?

haa, nampak masalah aq sekarang..? bila aq nak matang..? tolong la naquiah, masalah macam tu tak patut jejaskan masa depan ko okay..

semalam besty aq cakap, takpe je bila aq sensorang kat sini.. tak pe je bila aq tak da kawan kat sini.. sebab semua tu cuma penyedap.. lupakan semua nikmat sedap tu.. yeah, that's true... but sometimes we need some body to talk with rite..?

then my love 1 pon cakap, bila kita da tau kita da buat satu kesilapan, cepat-cepat muhasabah diri, kaji semula setiap pro and cons benda tu berlaku, and then belajar perbaiki semua tu.. itu la cara orang yang matang.. his words just make me wonder.... selama ni aq tak matang kan..?

bila kasi tau result tu kat parent, diorang lak yang sabar kan aq.. patutnya aq yang minta maaf kat diorang sebab tak mampu kasi DL kat diorang.. aishh.. tolong la sedar diri lepas ni naq.. jangan asyik dok nak memberontak je duduk sini.. da lebih setengah tahun da dok sini, tak kan masih tak boleh terima kenyataan yang ko tu da jadi sebahagian dari isi tempat ni.. so please, open ur eyes now, see every little thing around u...

at least ko atas 3 lagi.. at least ko tak repeat any paper.. at least Allah tak kasi ko jatuh terjelepuk.. u should thanks to Allah for that, naquiah.. come on, make a move now.. bangun dan terus berubah ok.. sem ni masih awal.. so dari sekarang sila berubah.. dari sekarang, sila bawak semangat zaman diploma dulu semula..

naquiah yang aq kenal, bukan la orang yang cepat give up.. naquiah yang aq kenal, sorang yang cukup kuat walaupun tercampak di tempat sunyi sepi.. kenapa cuma sebab da tersedap rasa idup dikelilingi teman, aq perlu jadi lemah bila berseorangan..??

come on, make a move, take a step, move on.. kejar balik impian and harapan keluarga, jadi matang, perbaiki kesilapan lepas..

masih ada masa lagi.. the most important thing is, DO NOT GIVE UP..!

sekali pon jangan give up ok, naquiah..?

ingat, mak, bapak, along, angah, etit, ida, semua mengharap supaya segala peluang yang da ada depan mata ni, tak di persiakan macam tu aja.. so listen here, i know u can do it.. i know u can give a very best in ur own future, i know u still can make a big move, coz i believe u, coz U ARE ME..!

~NAQUIAH, SILA LIHAT KAT CERMIN, KAT SITU ADA DIRI ENGKAU..!~

assalamualaikum & take care..

Wednesday, 1 June 2011

Girls and Gossip..

assalamualaikum & peace upon all of u..:)

kadang-kadang terasa macam pelik dengan diri sendiri.. tau tak sebenarnya nak bergosip tu bukan senang.. sebab tu la kawan-kawan aq selalu pandang aq dengan ekor mata diorang setiap kali aq join diorang bergosip.. maksud nye disini, apa yang keluar dari mulut aq ni sentiasa tak sesuai untuk bergosip la kowt.. huhu..

tapi, bila aq tengok kat orang lain kan (perempuan lain), most of them walaupun nampak kasar, agak boyish, tapi bila bergosip kat telefon, pergh lebih sejam kowt... dasyat dasyat.. samada diorang yang dasyat sebab ada skill bergosip atau aq yang dasyat sebab tak da skill tu, aq tak pasti la..

tapi lantak la semua tu, aq lagi suka dengan cara idup aq skang.. bukan tak amik tau hal orang, tapi benda tu cukup la untuk renungan aq, and untuk bermain-main dalam kepala nie aja.. bukan untuk di gosip-gosip dengan kawan-kawan..

p/s: kalo nak gosip pasal AKU, please, let me noe.. nak join gak..:P

assalamualaikum & peace upon u..;D

Friday, 27 May 2011

i just wonder.........

assalamualaikum & hello-hello..:D

sound like really in a good mood rite..? of course lah, ari nie dapat khabar lagi ada kawan yang bakal mendirikan rumah tangga.. bakal berginjak ke satu lagi fasa dalam kehidupan di dunia, menyusun satu lagi langkah untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam hidup, i really happy for them..

walaupun aq tinggal di kawasan bandar, tapi kawan-kawan aq ramai yang kahwin di usia muda, jangan terkejut kalau aq cakap, masa aq umur 18tahun dulu pon, dah ada 2 orang kawan sebaya aq yang da kawen.. jadi jangan cakap orang kampung je suka kawen muda..

tak kesah berapa pon usia diorang saat mengambil keputusan besar untuk berkahwin, itu bukan lah satu masalah bagi aq.. sebab belum tentu orang yang lebih tua adalah lebih matang kan..? jadi it's not a big deal for me if nak kawen saat masih muda.. banyak jugak benefits nye kawen muda nie.. satu dari nya, yang aq rasa penting jugak la di masa tua nanti, ialah anak..

cuba bayangkan, umur 22 tahun anda melahirkan seorang baby, bila anak tu masuk usia 25 tahun ( average umur orang da abis belajar and start bekerja la), ko baru 47 tahun.. masih muda, lambat lagi nak pencen.. am i rite..? jadi sepanjang anak anda tengah study (means before anak menjangkau usia 25 tahun tu la), anda masih ada pendapatan tetap untuk tampung pelajaran anak anda..

memang la zaman sekarang nie banyak je bantuan kewangan untuk pelajaran, but do u think it enough..? serious cakap weh, zaman skang, memang makin banyak bantuan kewangan untuk study, tapi kuantiti yang diberi tu makin sikit.. kalo setakat 66K sepanjang pengajian kat UTP, tanpa bantuan dari parent, memang makan pasir la anak-anak nanti..

ok, memang la ada duit simpanan zaman muda, EPF, pencen, etc etc.. tapi aq rasa, most us us bukan la target anak sorang je kan.. walaupun berapa anak yang kita mampu dapat, itu semua datang dari rezeki Allah, but for sure kita ada target untuk nak ada anak ramai kan..? at least aq rasa ramai orang target nak ada 3 orang anak... takkan la dari 3 anak tu, sorang je kita nak kasi pelajaran tinggi kan.. for sure kita kalo boleh nak tengok semua anak kita masuk universiti, dapat pelajaran terbaik and tertinggi yang mereka mampu.. kan..? so bajet nye cukup ke dengan duit yang ada..? nak makan lagi, medicine lagi, loan sana sini lagi kalo ada, etc etc lagi.. haa, bajet dalam masa 2 tahun boleh kering tak duit anda suma sekali..? lain la kalo anda ada business.. selagi tak nak pencen, selagi tu la anda bekerja kan..? tak pon kalo anda main saham ke, lain cerita la kan.. haha..

but still, kawen awal pon ada jugak la risiko nya.. but i think we know well rite what is it.. sebab sana sini suma orang akan kasi pandangan yang sama kalo bab kawen awal nie..

apepon ia, suma tu terpulang pada diri kita sendiri.. either kita da ready nak pikul amanat besar ni atau belom.. ingat senang ke nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami, pemimpin... nak jadi isteri tu pon bukan keje remeh temeh tau.. seorang isteri tu, walaupun 1 perbuatan dia yang kita rasakan remeh, boleh memberi 1000 pahala, and 1 perbuatan yang remeh jugak mampu menggundang dosa jugak.. haa, bajet senang..?

jadi, disebabkan segala macam pro & cont yang ada, aq masih mencari cari diri aq sendiri.. bila agaknya waktu yang aq betul-betul ready untuk bergelar seorang isteri agaknye..? kadang-kadang, walaupun dari segi naluri, kita memang da ready, tapi persekitaran kita..? kena amik kira juga.. dan disebabkan itu la, aq sentiasa terpaksa lari dari target awal untuk kahwen muda..

kalo dulu aq target menjelang usia 24tahun, aq tengah dalam proses menjadi seorang ibu, but now, aq kena rancang semula umur berapa nak kawen.. sebab bila umur masuk 22tahun, aq baru memulakan langkah sebagai pelajar engineering.. ada 4 tahun untuk habiskan study..

and aq tak sanggup nak pertaruhkan rumah tangga and cita-cita sekali gus.. jadi, satu darinya harus dikorbankan dahulu.. bila di kira-kira, menamatkan pengajian di penghujung usia 25 tahun, aq masih ada masa untuk merancang rumah tangga di hujung pengajian atau di awal alam pekerjaan kan, jadi lets focus on study dulu buat masa ni.. biar terbalas segala jerih maung Emak dulu, baru pikir diri sendiri..:)

after all, just like lecturer aq cakap dulu, untuk seorang wanita yang berpelajaran and berkerjaya, berkahwin di usia lewat 20-an masih normal lagi zaman sekarang nie.. but seriously, aq tetap ada sedikit kecewa la sebab aq terpaksa memilih untuk berkahwin di usia lewat 20-an.. after all, walaupun aq cakap macam nie, semua hal jodoh, idup, mati ni kerja dan kuasa Allah SWT.. ini hanya ape yang aq jangka, setakat menggunakan perspektif aq saat ini.. mungkin esok lusa, segalanya berubah.. kita semua tak tau..:)

apepun, congratulations buat semua kawan-kawan aq yang dah dan akan berkahwin, yang dah dan akan menimang cahaya mata..:)

till next post, assalamualaikum and peace upon all of u..=)

Tuesday, 3 May 2011

kepastian yang takkan menghianati

assalamualaikum & salam sejahtera..

sedar tak, dari azali lagi, ada banyk benda dan perkara yang sudah Allah tetapkan untuk kita, dan kita tak akan punya sebarang hak untuk menolak dari perkara itu berlaku.. itu la qada' Allah..

masa darjah 2, Ustaz Nor yang ajar aq Pendidikan Islam.. beliau lah orang pertama yang ternagkan secara jelas makna qada' pada kami masa itu.. dan bagi aq, masa tu la abru aq paham kenapa bila sesuatu berlaku, orang mesti ckp, itu la qada' n qadar yg Allah da tetapkan untuk kita.. tambah Ustaz lagi, qada' itu sudah Allah tetapkan waktu kita masih roh lagi, dan qadar pulak di tetapkan seiring dengan ape yang berlaku sesuai dengan timbangan terhadap perkara sebelumnya.. masa tu agak susah la aq nak paham ayat berbelit-belit tu.. so ustaz kasi example.. contoh qada' ialah aq akan menjadi anak kepada siapa di dunia ini, aq akan lahir bila, aq akan berkahwin bila, aq akan mati bila, etc... qadar lak masa tu ustaz kasi contoh tentang exam.. (sebab masa tu da nak dekat midterm exam).. ustaz cakap, bila nak exam kamu semua berusaha kan, dan selepas itu keluar lah result nya.. result tu la qadar yg Allah da tetapkan buat kamu.. (tetibe ada duster terbang.. hihi.. ustaz memang menggunakan duster sebagai senjata untuk stop kan student yang bersembang or tido masa die mengajar)

sebab tu lah, setiap seorang dari kita dah ada qada' nya yang sudah Allah susunkan khas untuk diri kita ni.. tapi kite sendiri pon tak tau ape kesudahan kita, cuma Allah je yang tau..

kita tak mampu nak membantah ketetapan tu, tapi kita perlu berusaha mempersiapkan diri untuk semua ketetapan tu.. lebih-lebih lagi isu kematian..

mati itu pasti, semua orang tau, semua orang paham, semua orang tak mampu nak elak.. tapi yang kita tak tau, tak paham, tak mampu elak ialah bila, macam mana, dan cara kematian tu akan datang pada kita.. BUT WE STILL CAN DO SOMETHING!

cukupkan amalan, cukupkan bekalan dan cukupkan kekuatan hati.. kita tak tau kematian akan datang bila, dan akan menjemput siapa.. mungkin sekejap lagi kita akan mati, dan ape persiapan kita..? blogging..?

mungkin sekejap lagi orang yang kita kasihi mati, dan ape yang kita ada untuk beliau..? ratapan tangisan yang meyeksa nya..?

rasanya kita kena mula belajar sesuau skang.. urm, mungkin lebih tepat lagi andai aq katakan AKU perlu belajar sesuatu skang..

betol, semua orang hari-hari dengar orang cakap, kita kena persiapkan diri kita untuk kematian, sebab tak tau bila masa nya kita akan di jemput.. jadi beramal dan beribadah la umpama ini hari terakhir kita kan.. tapi jujur cakap la, aq sendiri pon asyik buat ibadah cukup-cukup je setiap hari... itu pon, cukup-cukup tu di pandangan mata aq.. di pandangan Allah, aq tak pasti.. Dia terima atau tidak segala ibadah aq, kita semua pon tak pasti kan..? same goes to all of u..

then datang pulak pasal kematian insang yang di kasihi, kita cukup ke ilmu di dada untuk membantu..? maksud aq, kita betul-betul ingat ke cara nak mandikan jenazah, khafan kan jenazah, solatkan jenazah, etc etc..? setakap buat tah berapa kali je seumur idup, itu pun masa PAFA kat zaman sekolah dulu, ko bajet cukup untuk di gunakan masa keadaan tu tibe..? tanpa dijangka-jangka..?

katakan lah andai sekejap lagi, ada di antara keluarga kau meninggal dunia, dan ko belum ready untuk tu, bajet sempat ke nak capai buku panduan pengurusan jenazah before ko nak membantu menguruskan jenazah tu..? memang tak sempat lah! even kalo ko memang da ada ilmu tu kat dalam kepala pon, belum tentu ko mampu nak perform sebab terkejut, terkedu, termangu atas kejadian tak terduga ini kan..?

ape lagi la kalo memang tak prepare semua ni.. lagi rasa ralat.. untuk kali terakhir nak berbakti kepada si mati tu pun tak mampu sebab tak ada ilmu..

jadi, ape kata mulai sekarang, kite sama-sama tambahkan ilmu dan tambahkan ibadah dalam diri kita.. bukan saja untuk bekalan mati nanti, tapi jugak untuk memberi penghormatan terakhir buat mereka yang sudah pergi.. at least boleh menjadi peringatan kat kite tentang saat kita pulak nanti..

dan satu lagi, semakin bertambah angka usia kita, semakin dekat la kita dengna hari kematian kita..! semoga kita semua sempat mengumpul bekalan dan sempat bertaubat.. sungguh, itu yang paling aq takuti.. takut andai mati sampai dahulu sebelum sempat aq bersedia.. semoga Allah panjang kan usia kita lagi..

assalamualaikum & take care

Sunday, 24 April 2011

SRMUTP website launching dan burung terkukur serta 'LIKE' annoying me

assalamualaikum & salam sejahtera..:)

actually, malam jumaat lepas ada launching website SRMUTP (Sekretariat Rakan Muda UTP).. since aq nie sebahagian dari committee, so aq kena la pergi sekali kan.. (siap kena jadi usher tak bekerja pulak) then masa VIP kasi ucapan, (I'm not sure how to spell his name actually, forgive me) beliau ada sebut pasal 1 fakta (mungkin la fakta, tak pasti la saya) that setiap pengambilan pelajar baru, lebih kurang 12ribu orang apply nak masuk sini.. and from that 12thousand, only 2000 je yang akan tersenarai dalam short listed.. then from that 2000, only 400 students are eligible to study here..

seriously aq terus teringat cerita "3Idiots" yang aq tengok kat astro bulan 12 tahun lepas.. masa 1st assembly new students kat kolej tu dengan pengetua mereka, pengetua dia ada cerita pasal burung terkukur, which is burung yg aq sangat suka.. tak tau nape aq suka pasal burung tu.. tapi yang pasti aq suka.. ouh, back to the story, pengetua tu cakap, burung terukur ni tak pernah ada sarang.. die akan tinggalkan telur die kat sarang burung lain, bersama-sama dengan telur burung yang memang da ada kat dalam sarang tu.. by the time telur terkukur tu menetas, die akan terus jadi killer! die akan tolak telur burung lain yang ada dalam sarang tu jatuh ke luar dan pecah.. tak sempat menetas.. dia da bunuh satu impian untuk hidup.. same goes to all the students yang masuk dalam kolej tu.. dari berpuluh ribu application untuk belajar di sana, just diorang saja yang diterima, and the rest suma nya di tolak keluar.. dibunuh impian mereka untuk menjadi graduan dari kolej tu..


quite similar kan situasi nya..? dari 12ribu yang apply, akhirnya juz kami je yang berjaya ada di sini, meaning that lebih 11ribu lagi insan lain da rasa kecewa da sebab tak dapat mengejar impian mereka di sini... and aq lak..? keep asking why I'm here, why itu why ini, why why why.. really shit rasa macam aq tak reti bersyukur!

since that night, aq mula berfikir pasal hal ni.. orang lain beriya nak masuk sini, and me..? da dapat peluang masuk sini, tapi keep asking why.. rasanya lebih baik aq belajar betol-betol and make sure kesempatan yang aq dapat untuk berada di sini akan aq gunakan dengan betul, at least berbaloi la kan bila aq keluar dari sini dengan segulung ijazah.. sure la aq tak membazir tempat yang ada ni.. sebab kalo aq membazir tempat ni, da la orang lain yang nak masuk aq da tutup jalan mereka, then suddenly aq belah.. perghh, jahatnye aq..!

so starting now, aq akan cuba tanam dalam kepala otak aq ni yang aq patut hargai peluang yang aq ada skang.. sebab kat lua sana masih ramai orang yang berharap untuk berada di tempat aq..


***************new story after this okay..:)***************


okay, aq percaya yang mostly kite semua ada FB (facebook a.k.a. muka buku), or kalo tak da tu pon, at least pernah ada.. jangan nak gebang lah ngan aq k..

so aq nak cerita sikit pasal FB nie.. no no no, i won't talk about how to use the application on that so-call FB.. ape yang aq nak cerita ialak pasal button 'LIKE' kat FB itu.. ish, biaq betoi ang tak pernah tau ada button 'LIKE' nieh.. mungkin ang tak ingat nama jer kot.. takpe takpe, toksah nak kelahi lah ye, aq kasi korang pixa button 'LIKE' nie terus, senang korang tak argue dah..
haa, ini la 'LIKE' button yang aq dok habaq tuh... tau ape function 'LIKE' button ni sebenarnye..? sebenarnye ia sebagai simbol yang ko bersetuju dengan any post or comment yang ada tu, sebagai simbol yang ayat orang tu power, sebagai simbol yang isi post or comment tu bernas di minda ko.. haaa, itu la antara function utama nya..

TAPI, ada la segelintir FB users nowadays yang jadikan 'LIKE' button nie sebagai hobi untuk exercise jari-jari runcing mereka tu.. asal orang post something je, die asyik la tekan'LIKE' button tu, then die bukak page orang, die 'LIKE' semua comment and post insan malang tersebut.. wut the hell bro..?? bajet la, macam la ko baca pon suma comment tu yg ko gatal sangat dok 'LIKE'2 sana sini tu..? kerat jari la kalo ko like tu semua sebaab ko baca.. memang tak logik la ko like 20comment + 5 post dalam masa tak sampai 1 minit sebab ko baca comment n post tu and ko sukak, or ko agree wif that fuller bahasa mereka sangat indah, or idea mereka sangat bernas kalah beras keluaran bernas tu kan.. 

come on la guys, tau tak bila ko keep 'LIKE' sana sini tu, ko da kasi aq rasa 2 benda..: satu aq rasa ko nie annoying sangat.. tak pedulik la alasan ko yang ko cuma buat macam tu kat orang yang ko rapat je ke ape ke semata-mata supaya mereka merasa macam femes kejap.. aq tak perlukan perasaan femes tu la bro.. aq senang dgn cara aq yang macam nie.. biar la org yang nak 'LIKE' tu sebab die memang agree or suka ngan post or comment tu.. tak yah la nak gedikz sangat tekan tekan lak kan.. okay, keduanya aq rasa ANDA BATAK 'LIKE' BUTTON.. thats all.. batak sangat ngan 'LIKE' button tu sampai asyik nak tekan je benda tu.. agaknya kalo satu comment or satu post ko boleh 'LIKE' 10ribu kali pon, sure ko sanggup tekan kan..??

issh, budak-budak pon tak buat perangai pelik macam tu tau tak.. pelik-pelik la manusia skang.. so tolong la ye.. jangan buat aq rasa korang tu annoying sangat.. kang aq remove baru ko tau..!

ok dah, aq nak study fluid mechanics nie.. saje nak kasi fluid mechanics tu jatuh cinta dengan aq.. satu sem aq cuba tackle die, sampai skang tak dapat-dapat lagi.. jual mahal betol ko ye fluid mechanics!

till next post, assalamualaikum and peace upon to you..:)

Wednesday, 1 December 2010

pelangi itu

assalamualaikum & salam sejahtera

aku ingin sekali mengejar pelangi,
kerana ada yang berkata,
di kaki pelangi terdapat harta..

bagiku,
harta yang dimaksudkan bukanlah harta dunia,
tetapi harta untuk hati ini...

aku sentiasa cuba mengejarnya,
namun mengapa,
semakin cuba aku dekati,
semakin jauh ia pergi..
adakah kerana aku tak layak untuk mendekatinya,
atau ia tak mungkin ku miliki..?

mungkinkah ada pelangi lain yang bisa ku kejar,
atau mungkin yang akan mengejarku..?

aku masih lagi di sini,
berbolak balik menghitung kemungkinan itu,
sedangkan pelangi itu masih dihadapan mata dan hanya menanti saat ia hilang,
tanpa mampu aku menyentuhnya..

assalamualaikum & papai..

Tuesday, 23 November 2010

TAK BERNILAI

assalamualaikum & salam sejahtera..

dulu kita pernah berjanji,
bintang yang terang akan sentiasa menemani malam kita,
sebagai tanda kita saling mengingati dan merindui..

tapi kini bintang itu telah hilang..
yang tinggal hanyalah langit yang hitam pekat,
tanpa tanda tanda bintang kita akan muncul semula..

dulu kita pernah berikhrar,
matahari akan terus memanaskan hubungan kita,
sebagai tanda kekuatan kita..

namun selaput mendung telah menutup matahari kita,
dan tiada tanda untuk berlalu darinya..

saat aku berjalan dalam hujan,
engkau datang memayungiku,
lalu menyeka air mata yang turun di pipi bersama air hujan,
dan engkau mengatakan bahawa kau takkan
membiarkan aku berjalan di bawah hujan kesedihan seperti mereka..

namun kini,
engkau meninggalkan aku di bawah hujan lebat tanpa belas kasihan..

selama ini aku menyangkakan yang engkau adalah berbeza,
tetapi hakikatnya engkau hanyalah seperti mereka...!



p/s 1: bila die menangisi pengakhiran kisah cinta mereka, aku hanya mampu memberi kata kata semangat agar    
         dia tabah & redha diatas perpisahan itu.. adat la dalam mencari cinta sejati kan..?

      2: tak kesah la kalo ingin bercinta.. tapi pandai pandailah memanipulasikannya ke arah yang terbaik.. 
          orang kata cinta itu pembakar semangat..

assalamualaikum & papai..

Sunday, 4 July 2010

last touch

assalamualaikum & salam sejahtera..

aktiviti terakhir di dapur emak adalah
membuat ROTI JALA PANDANG!!

warghh.. so long never do it..
last sekali aq tirai roti jala masa umor aq 14 tahun kalo tak silap..
mula mula aq bajet mak yg nak wat..
khas utk anak nye yg bakal blah balik ke KB semula...
sekali mak jerit suruh turun da..
aq ingat mak suruh turun makan..
rupanye suruh turun tolong wat roti jala..
wahahahahha..
meleset terus sangkaan daku..
[mak, kenapakah dikau takmau manjakan anakmu yg gedik ini disaat daku memerlukan kemanjaanmu..? ngeh ngeh ngeh..]

okeh, mula mula mak yg siapkan segala kelengkapan and kuah and tepung..

1st benda yg mak wat adalah kuah manis durian...
biasanye roti jala orang makan dgn kuah manis or kari or gulai la kan..
since orang kat umah da lama tak makan kuah manis,
mak pon wat la kuah manis..
teruja lak aq coz da lama tak makan kuah manis mak..
(walaupon sebenarnye aq lagi suka makan roti jala ngan kuah kari)
haa, nieh la kuah manis durian mak..:)

[ isi durian yang da dibuang bijinya ]


[ kuah manis durian yg sedang di masak ]


[ kuah manis durian sedia di makan ]


haa, abis je mak masak kuah manis durian,
mak pon siapkan tepung roti jala,
dan aq pon ready utk nak menirai roti jala tu..
cuak gila dalam atiey bila nak kena tirai..
coz da lama benar tak tirai roti jala tu..
tah ada lagi ke tak ke skill menirai aq nieh..
tapi nak cakap kat mak yg aq tak sure ley ke tak tirai roti jala nie tak sampai atiey la pulak..
kang mak ingat ilmu turun temurun die nie tak lekat dalam sanubari aq la pulak..
ekeekeke..
so diam diam dan buat je la labu..
tembak aje..
hahaha

[ nie la tepung yg da siap dibancuh oleh my mom ]


[ tepung yg da selamat di tiraikan ]

haa, akhirnye...
baru aq tau yg segala ilmu turun temurun mak masih segar bugar dalam ingatan aq..
dengan penuh kejayaan aq mampu abiskan semua tepung yg mak bancuh tu..
ada la dalam sekilo setengah mak bancuh..
banyak wohhh..

[ roti jala yg da siap, thanx to my sis yg sangat rajin tolong gulungkan roti jala nieh ]


[ nieh la die roti jala pandan resepi mama ku.. ]
okeh, nieh la pengeluar resepi nye..
hehehe..
penting tuh perkenalkan tuan punye resepi..


okeh, lain kali bila cuti lagi,
aq akan pastikan mak wat popia basah pulak..
rindu gila nak makan popia basah emak..
nak nak time bulan pose..
wahhh..
superb abis la time berbuka tu kalo dapat sental popia basah emak..
wink wink wink..

p/s: mee udang yg aq blaja buat masa cuti baru nieh pon aq ada amik pic nye jugak.. hahaha

assalamualaikum & papai..

Thursday, 3 June 2010

tadau ka'amatan ~ perayaan unik ~

assalamualaikum & salam sejahtera..

da banyak hari nak post entry nie..
tapi lom ada masa nak menaip..

ok... korang suma kalo betul ambil tau pasal budaya di malaysia,
sure gak la korang tau kat sabah ada satu perayaan unik,
yg di panggil TADAU KA'AMATAN kan..????

aq da lama sangat berminat nak tau pasal pesta nie..
dan aq berharap sesangat dapat peluang rasa suasana sambutan nye..
ok, lets share our knowledge bout this festival..

  1. tadau ka'amatan nie bermaksud PESTA MENUAI.
  2. pesta nie disambut oleh kaum kadazan dusun ( kaum majoriti di sabah) sebagai meraikan tuaian yg baik, banyak.. tapi kaum kaum lain pon sambut jugak la..
  3. pesta nie biasanya di sambut setiap penghujung bulan mei (30 & 31 haribulan)..
  4. kaum kadazan dusun percaya bahawa terdapat 'semangat padi' iaitu KINOINGAN yg di kenali sbg BAMBAAZON disembah sbg pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan..
  5. antara aktiviti wajib yang mesti ada semasa pesta nie ialah UNDUK NGADAU (ratu cantik), TARIAN SUMAZAU [rindu lak nak menari sumazau nie..hehe] dan BOBOHIZAN ( ketua pendita)

haa, amacam..?? bez kan budaya diorang..
walaupon sekarang pesta nie cuma la satu dari sambutan perayaan je (tak macam zaman dulu kala), tapi kemeriahan nye tetap unik.. menarik tertarik tadau ka'amatan memang da boom....
hihi.. terlebih pulak..

okeh, ini pakaian tradisional kadazan dusun:
~ chantek kan pakaian diorg.. unik..~

okeh, kaum kadazan dusun nie di katakan berasal dari taiwan ( tempat asal usul orang austronesia).. no wonder la diorang nie nampak cam orang cina (kalo masih lom mix la kan).. kulit putih, mata sepet sket ( tapi chomey...i like..), rambut straight..

satu lagi, kaum kadazan dusun nie sebenarnye adalah hasil kombinasi 40 suku dusun dan kadazan.. antara yang popular nye ialah KEDAYAN, LINGKABAU, LUNDAYEH, MURUT, NGABAI, SUNGAI dan BISAYA..
opss, mungkin aq je la yang rasa suku nie familiar.. korang aq tak sure lak..

haa, disebabkan aq sukakkkkkkk sangat sama lagu SAYANG KINABALU,
maka aq selitkan lirik lagu nie okeh..??

~Sayang Kinabalu ~

TINGGI TINGGI GUNUNG KINABALU
TINGGI LAGI SAYANG SAMA KAMU
BIRU BIRU HUJUNG KINABALU
TENGOK DARI JAUH HATI SAYA RINDU

KINABALU DEKAT DI KUNDASANG
BANYAK SAYUR BULIH PILIH PILIH
APA GUNA PERGI LUAR NEGERI
NAIK KINABALU HATI SAYA RINDU

SUMANDAK SUMANDAK PUN RAMAI MENUNGGU
MENARI NARI LENGGANG SUMAYAU
SEKALI MELIHAT MELEPAK KULITNYA
SAYANG JATUH CINTA

SAYANG SAYANG SAYA KINABALU
KAAMANTAN PESTA BULAN LIMA
SAYANG SAYANG KITA PERGI TAMU
JALAN TAMPARULI HATI SAYA RINDU

haaa.. amacam..? reti nyanyi tak..??
haha.. tariannye pon bez.. hihi..
ok lah, walaupon agak terlewat sikit,
tapi aq nak ucapkan
KOPIVOSIAN TADAU KA'AMATAN (selamat hari menuai)
buat semua kawan kawan kadazan dusun aq ye..:)

p/s: kalo ada yang tersilap tu, arap di maaf kan la ye.. al-maklum la, aq nie bukan orang sabah.. sedara mara sabah pon tak ada.. so tak dapat nak di buat rujukan lelebih.. ape pon, memang unik kan tadau ka'amatan nie.. ok, ada masa nanti aq nak story lak pasal adat perpatih di negeri sembilan.. satu lagi warisan menarik yang ada di malaysia..:)

assalamualaikum & papai..

Tuesday, 18 May 2010

KLANG BANDAR DIRAJA ~ PERMAI DAN INDAH ~

assalamulaikum & salam sejahtera..

aq kan orang klang..
so menjadi tanggungjawab aq la nak cite pasal klang niey kan..
ok, klang nie, ada banyak gilak bangunan yang menarik..
yeah, aq memang ley puji kecantikan dan keunikan nye..
tak ley dakwa dakwi nafi lagi..

contohnye masjid DiRaja Sultan Sulaiman...
memang lawa, memang cantek..
Masjid DiRaja - Sultan Sulaiman Klang

kalo anda semua menggunakan federal highway dari arah kl ke klang,
nak tau da sampai klang ke belum,
anda mesti jumpa keris dulu..
KERIS!!
takda keris, maknenye wrong way ok...!! (tapi tu kalo lalu ikut federal la)
tugu keris nie cuma ada kat KLANG sahaja ok!!!
tak dapat kat tempat len punyer..!!
Tugu Keris Klang

nak cite lagi segala macam keunikan klang nie, memang tak tido la korang nak baca..

tapi yang paling uniknye kat klang nie adalah
SI LEMBAGA HITAM BERKAKI DUA BERSAYAP SEPASANG!!
haaaa, tu la burung gagak namanye..
kat sini memang banyak burung gagak..
dari zaman klang nie memang indah dan permai,
sampai la ke zaman skang yang mana
klang nie indah & permai hanya di dalam memori dulu kala sahaja..

siap ada pertandingan menembak gagak lagi kat sini..
sekor bangkai ada la dalam 2 hingga 3 ringgit sekor..
kat tempat len ada ke..???
special kan..??
so kepada pemburu pemburu yang suka menembak,
sila datang ke klang dan lakukan lah hobi anda..

skang gagak da kurang la sikit berbanding dulu..
kalo dulu, (time aq skolah rendah)
asal senja je,
kat hospital klang tu kuat gila bunyi gagak!!
memang memekak abis la..
da la orang tengah sakit..
bertambah sakit lak mental dengar bunyi gagak yang tak brape nak merdu tu..

satu lagi masalah kat klang nie,
SAMPAH..
klang indah dan permai tu aq da dengar, baca dan jumpa sejak aq pandai membaca lagi ( sejak aq masuk darjah 1)..
mase kat skolah dulu,
ada la satu hari,
cikgu bagi tajuk karangan,
'KLANG INDAH DAN PERMAI'

aq langsung takda idea nak tulis pasal tajuk tu..
sebab aq tengok klang nie tak indah pon..
kalo da tak indah, cam ne nak permai..??
pas tu aq tanye la kat cikgu,
"cikgu, kat mana sy nak nampak indah klang nie..? banyak sampah je.."

cikgu tu gelak sambil cakap, tu cuma cogan kata..
lagi la aq pelik..
pas tu aq langsung tak hantar karangan tu..
sebab aq tak da idea..
cikgu pon marah la..
tp aq senyum jer kat cikgu tu..
ye la, da wat salah kan..
haha..

ok ok, balik pada indah dan permai tu..
aq ada 2 hipotesis kenapa ada tag line 'KLANG INDAH DAN PERMAI' tu..
1st) dulu klang memang indah.. sekaligus keindahan tu melahirkan keharmonian n permai di pandangan n hati rakyat..
tapi sekarang...??
kite rakyat klang la yang punye angkara sampai jadi cam sekarang nie..

2nd) kerajaan sengaja bagi tag line tu kat klang dengan harapan rakyat akan sedar tentang tanggungjawab kita suma supaya jaga klang nie agar sentiasa indah dan permai..
tapi kita lak cam tak reti-reti bahasa lak kan..
sia-sia je usaha kerajaan..

aq penah bawa sorang kawan dari sabah datang ke klang..
masa tu kami guna kenderaan awam (bas) je untuk datang ke klang sekaligus datang umah aq..
masa die turun je dari bas kat terminal klang utara tu,
die terkejut gila tengok keadaan klang nie..
aq perasan die nampak pelik..
tapi aq diam je..
pas tu kitorang tunggu pulak bas untuk balik ke umah aq..
masuk dalam bas,
die asyik betol memandang ke luar tingkap..
pas tu, turun je dari bas,
die start tanye aq soalan cepu gangsa...
"KENAPA KLANG NIE KOTOR??"
aq pon jawab la sambil berseloroh,
"ORANG KLANG SANGAT CINTAKAN ALAM SEKITAR"

tapi jauh kat dasar atiey aq,
terasa amat la malu bila orang luar tanye cam tu..
sedih siot..
kenapa la orang klang tak mau bukak mata untuk pandang kiri, kanan, depan blakang..
tengok ape yang ada kat sekeliling kite nie..
jangan sampai 1 hari nanti kerajaan label klang sebagai BANDAR SAMPAH atau
BANDAR GAGAK HITAM atau
BANDAR KOTOR!!

sama sama la jage bandar kite nie..
tak kan kite nak idup disekeliling sampah sarap je kan..
sebab tu la kite slalu sakit..
kalo kite tak barubah, cam ne klang nak bersih..??
setakat arap kat MPK (majlis perbandaran klang yer),
tapi kite sendiri tak da kesedaran,
memang tak kan jalan la..

LU PIKIR LA SENDIRI!!!!

p/s: masa zaman sekolah dulu aq pernah la gak buang sampah tepi pagar.. tapi pas tu aq rasa bersalah lak.. esoknye aq g cari sampah tu n buang die dalam tong sampah.. mungkin ada orang yang nampak ingat aq nie da mereng.. hahaha

assalamualaikum & papai..

Sunday, 16 May 2010

manusia

assalamualaikum & salam sejahtera..

kadang kadang aq tak paham dengan manusia nie..
bila tak da kawan,
merungut kata idup sunyi, idup kosong..
tp bila Allah kurniakan kawan, teman, sahabat di sisi,
langsung tak hargai segala perit maung yang da dihadapi bersama..
senang sangat lupakan susah senang bersama..
yang ada dalam atiey hanyalah perasaan marah, benci..

ape suma tu..???

p/s: posting nie ditujukan utk diri aq sendiri..!!!

assalamualaikum & papai..

Friday, 7 May 2010

21st BIRTHDAY


assalamualaikum & salam sejahtera..

tadi...
aq ikut ro0mates aq g antar sorang ro0mate aq, Husna ke stesen bas..
wah wah wah.. die da on daway balik umah da..
bez nye..

masa peluk die tadi,
air mata aq da bertakung da..
tp ego punye pasal,
relex jerk aq ilangkan air mata tu..
nasib member member aq yg len tak perasan..

ye la, tipu la kn kalo aq kate aq tak sayang ro0mate aq tu..
walaupon sejak awal tahun nie friendship kitorg nie d landa tsunami,
tp aq tetap sayang die..
cuma tah la..
mungkin masalah yg blaku start dari aq kowt,
so aq jadi fobia nak dekat ngan die da..
takut kang aq wat die makan atiey lagi lak..

but, ape yg da blaku, telah pon blaku..
tak da pape yang mampu aq kesal kan..
sebab suma tu tak kan mampu ubah ape ape..

one more thing that i really wanna share is,
AKU BETOL BETOL FRUST SEBAB TAK DAPAT GI JALAN JALAN DI HARI LAST USIA 20TAHUN AQ!!!!
ye la... sal..?? tak caya ke aq da masuk 21..??
walaupon berat aq nak ngaku (sebab aq sentiasa rasa umo aq baru 2 tahun),
tp tu la hakikat nye.. huhuhu..

di ari pertama befday aq pon aq tak kan dapat g memana..
sebab aq sibuk nak study utk paper statistic aq yg da wat date ngan aq 8 may nie..
so terpaksa la aq redha jerk..

dari zaman tadika,
sekolah rendah,
sekolah menengah,
IPT,
mesti tym befday aq kena dating ngan buku buku..
sadis teramat la sadis..
haha..
niway, epi befday to myself..:)

insan tersayang aq tadi kol aq sampai sejam lebih..
da lama tol kitorg tak bercakap kat phone lelama cam nie..
sebabnye die skang keje kat vietnam..
dan aq pulak study kat kelantan nie haa..

masa kol tu,
die ada nyanyi 1 lagu ciptaan die sendiri..
aq suka part korus die..
sebab bunyi gitar tu memang bez sesangat..
ada bakat cipta lagu jugak rupanye die nie..
tak tau lak aq selama nie..
aq ingat die setakat pandai petik gitar dan nyanyi lagu spider jerk..
hahahahaha....

pas tu benda benda len tak ley cite la..
private n confidential..
lalalala..

ape pon, aq teramat bersyukur ke hadrat Ilahi,
kerana beri aq kesempatan utk idup selama 21 tahun nie..
alhamdulillah..:)

p/s: bila la befday aq nak jatuh pada ari raya lagi ek..??

assalamualaikum & papai..

Wednesday, 5 May 2010

family comes first

assalamualaikum & salam sejahtera..

aq bersyukur..
teramat bersyukur..
walau ramai insan yg datang & pergi dalam idup aq..
walau ramai yg hanya menyinggah dalam hayat aq..
tp ada jugak yg sentiasa setia bersama aq..
tak kira masa..
tak kira tempat..
tak kira keadaan..
walaupun tengah busy..
atau ada jauh dari diri aq..
atau sedang menghadapi kemelut..
mereka tetap sentiasa bersama aq..
tetap memberi sokongan..
dorongan..
bantuan dari semua segi..
baik wang ringgit, keringat, mahupun sokongan moral..

betapa bertuahnye aq..
memiliki keluarga yg besar ini..
walaupon kadang kala,
ada masa & ketika tertentu,
berlaku pergolakan di antara kami..
namun,
tidak pernah sekali pon,
kami berpaling dari satu sama lain..

p/s: aq sangatsangatsangat cinta & sayangkan family aq..:)

assalamualaikum & papai..