Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Blog's Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 7 August 2011

hilang

assalamualaikum & halu2..:)

mungkin agak terlambat, tapi entry ni khas buat dia yg makin jauh dari ku, makin jauh dari kami..
[ p/s: entry ni panjang berjela.. kalo rasa ko tak da masa, boleh je pilih untuk tak nak baca..:) aq tak marah.. hehe ]

kamu yang semakin jauh, Selamat Hari Sahabat dan selamat menjalani ibadah puasa dari aq di sini..

mood : terkenang zaman persekolahan
bunyi latar : suara katak menyanyi lagu Hilang - Garasi...=P

da lama aq kenal kau.. dari zaman sekolah rendah.. walaupun kita tak pernah sekelas, walaupun kita tak pernah berkawan, tapi kita slalu berbalas senyuman kan.. setiap kali terserempak je, mesti kite berbalas senyuman..

ye, aq ingat macam mana aq boleh kenal muka kau.. ingat tak, kita satu rumah sukan, rumah ungu.. ingat..? masa tu kau selalu jadi wakil rumah untuk lumba lari.. tapi ko ada lelah.. nak jugak lari.. degil.. =P tau la lelah kau tak teruk..but still, ko tetap ada lelah jugak..=P sekarang lelah ko da tak da kan..?

kita pernah berlumba untuk dapatkan tempat pertama masa saringan lumba lari dulu kan..? haha.. masa tu aq larat la lagi nak lari laju.. sekarang memang sori la.. hahaha..

kita pernah bercakap masa kita sama-sama jadi wakil sukaneka.. and masa tu kita menang.. kan.? hihi.. sejak dari waktu la kita mesti berbalas senyuman bila berjumpa..

sampai la masa darjah 4, masa tu aq da pindah rumah kat blakang skolah RZ.. ko selalu prasan aq jalan pergi and balik skolah ikut laluan yang sama ngan ko.. so satu ari tu, ko tegur aq.. tapi takat tu je la kita bercakap pon.. lepas tu asyik semyum-senyum je smula.. huhu.. mesti ko pikir aq ni sombong kan..?

tak la, skang ko tau aq tak sombong kan..? haha

masuk form 1, tak sangka lak kita sekelas.. sejak dari tu la kita officially berkawan.. hari-hari lepak sama.. then sama-sama apply masuk pengawas.. haha.. memang kenangan kan..?

masa form 2, kita ada projek geografi.. tapi bahan maklumatnya tak banyak ada kat library sekolah, so aq ajak ko and mira g kat library daerah.. ko kata tu first time ko masuk bangunan tu seumur idup ko.. and ko mintak aq bawak ko lagi bila aq nak pergi.. tapi masa on the way nak balik tu, ujan lebat sangat.. disebabkan aq and mira kejar masa nak balik, kitorang paksa ko ikut kitorang redah hujan tu untuk dapatkan bas.. masa tu ko marah sangat.. rupanya ko tak suka redah hujan.. disebabkan marah, ko cakap ko takkan ikut kitorang pergi library lagi.. :"(

masa form 3, kau ikut aq pergi tuesyen kat klang.. tapi ko sebenarnye tak berani sangat nak pergi klang, sebab tak pernah pergi sensorang.. so aq suruh ko amik kelas yang sama dengan aq.. senang boleh pergi sesama.. ko sebenarnye tak suka dok depan, tapi aq semangat suka sangat dok depan sekali.. sebabnya aq tak suka bila dok belakang nampak kepala orang aje.. tapi lelama ko da ok sebab da terbiasa..

kadang-kadang aq rasa marah dengan kau.. sebab ko kadang-kadang bertindak and berfikir macam budak-budak.. disebabkan tu, aq rasa macam nak je telan ko idup-idup..

aq selalu rasa nak kunyah ko lumat-lumat sebab ko suka berlenggah-lenggah.. buat aq menunggu lelama, dan buat aq rasa masa aq banyak terbuang.. sampai satu tahap aq da fed up, aq marah ko then aq terus balik.. kesian ko masa tu terpinga-pinga kan..? maaf ye...

masa zaman sekolah dulu, aq tak reti nak kawal perasaan.. aq jenis yang cepat marah.. sampai kan bila aq tengah fokus study pon ko ingat aq tengah marah.. haha.. muka aq ni sentiasa masam sampai time fokus kat buku pon nampak macam nak marah buku ke..?

masa form 4, aq amik keputusan besar wat masa tu.. aq move on dengan idup baru.. kehidupan baru.. sekolah baru.. aq tinggalkan ko, aq tinggalkan kawan-kawan lain.. and aq jarang sangat contact korang sejak aq tinggalkan skolah tu... tapi masa befday aq tahun tu, korang kasi aq kad befday.. antara kad paling special yang pernah aq dapat sepanjang idup aq.. terima kasih ye..

masa tu baru aq sedar, aq da tinggalkan insan-insan yang sayangkan aq macam tu aje.. mesti ko rasa sedih kan sebab aq macam lupakan korang, lupakan ko.. sebenarnye aq tak pernah lupakan korang.. kat skolah baru pon, aq selalu bayangkan , kalo korang suma ada sekali dalam kelas tu.. mesti seronok study, borak-borak.. tapi lambat ke cepat, kita tetap akan bawak haluan masing-masing.. so aq chill je la konon.. huhu..
tapi bila aq ada masa aje, aq tak lupa call ko and mira.. tanya-tanya khabar korang..

masa result kemasukan matrik klua, ko mesej aq, cakap ko sedih, ko kecewa.. sebab ko tak dapat matrik.. sedangkan kawan yang lain suma dapat... masa tu aq terus call ko.. and ko menangis.. aq rasa macam nak je g rumah ko masa tu jugak, sebab aq tau ko tengah sedih sangat... tapi da malam, kang parent aq marah lak.. huhu.. so aq just cakap je tah pape benda yang aq rasa boleh motivate ko sikit..  bila ko stop nangis, lega gila aq rasa..

then aq dapat khabar ko sambung form 6.. tak pe la, form 6 pon pre-U jugak kan.. tapi tak lama pas tu ko kasi tau ko dapat diploma kat UiTM Arau.. alhamdulillah, tercapai gak impian ko nak masuk U kan.. masa tu aq rasa happy sangat.. mesti ko lagi happy dari aq kan..? tapi aq tak dapat jumpa ko.. sebab masa tu aq pon tengah berkemas-kemas jugak..

lepas seminggu ko kat UiTM, aq mesej ko, tapi ko langsung tak balas.. aq tunggu sampai seminggu, masih ko tak balas.. then aq mesej ko lagi.. but still, ko tak balas jugak.. so aq biar je la ko.. one day, ko mesej aq tanya khabar... happy gila aq rasa.. ko tak lupa kat aq jugak akhirnya.. then tetiba ko cakap ko ada masalah.. ko nak mintak pendapat aq.. aq cuba dengar and kasi pendapat mana yang boleh.. lepas tu ko meyepi semula.. aq rasa kosong semula.. tapi saat tu aq rasa mungkin ni balasan buat aq sebab dulu aq pernah abaikan korang bila aq da sampai kat skolah baru..

masa dah dekat nak exam, ko mesej aq smula.. masalah ko makin rumit.. aq terasa macam nak je lari ke sana, supaya ko tak rasa lonely..

masa cuti, ko ajak aq klua.. dari pagi sampai petang kita duduk kat komplex sukan tu.. ko menangis, ko luahkan sumanya.. aq rasa terkejut.. banyaknye masalah ko.. mesti sakit kan simpan sensorang..

tapi lepas tu ko mendiam lagi.. ko hilang.. ko sepi tak da khabar berita lagi.. sejak hari tu, aq terasa macam tak berguna.. so biar la ko datang pada aq bila ko rasa ko perlu.. aq akan terus tunggu..

berganti hari, bersilang bulan, baru ko mesej aq.. untuk sedikit pandangan lagi, dan kemudian hilang lagi.. tau tak betapa aq sangat berharap untuk ko bertanya tentang hidup aq juga, berharap agar kita boleh berborak-borak tentang semua benda sama macam zaman sekolah dulu.. betapa aq sangat rindukan suma tu... tapi mungkin masa ko tak ada untuk semua tu..

lama-lama ko terus hilang... ko cuma contact aq menjelang befday aq.. itu pon hanya sekadar 1 mesej ucapan semata-mata.. sedih tahu bila kau buat macam ni..

ko menyepi, terus diam terbujuk kat satu sudut dunia yang tak ada siapa pon tau.. semua kawan cuba contact ko, tapi ko jarang sangat reply.. kenapa ko berubah macam ni sekali..?

bukan ke ko yang bermatian mintak agar aq jangan sesekali lupakan korang, jangan sesekali lupakan ko..?

teman, kembali la pada kami.. terus terang la tentang salah kami sampai ko ambil keputusan pergi jauh tu... semua tertanya ko di mana...

dan yang pasti, aq rindukan kau, teman..

assalamualaikum & papai..

No comments: