Assalamualaikum & hai.
Roommate aku ada pinjam sebuah buku dari IRC dua tiga minggu lepas. Tajuk bukunya ialah Life is an Open Secret, by Zabrina A. Bakar. Then tadi dia share satu cerita dalam buku tu kat aku. Ceritanya menarik, sampai aku tergerak untuk ambil buku tu baca kejap tadi. And now aku nak share dengan korang cerita pasal orang nelayan Jepun, sebab ada pengajarannya.
Aku ceritakan semula dengan gaya bahasa aku aja la ya. Sebab kang kalau aku nak type panjang-panjang kang boleh juga aku ganti tempat author ni kang. Hehehe, just kidding.
Ceritanya, orang Jepun memang terkenal dengan sifat suka makan makanan yang fresh. Aku rasa semua orang pun tahu pasal ni kan. So memandangkan dekat kawasan persisiran pantai/laut sana dah kekurangan ikan disebabkan rajinnya nelayan-nelayan ni tangkap ikan, so mereka terpaksa cari inisiatif untuk dapatkan hasil yang lebih banyak.
So untuk dapatkan hasil yang lebih banyak, harus lah pergi ke kawasan laut dalam kan. But then, kalau pergi kawasan laut dalam, mereka akan ambil masa beberapa hari baru boleh balik ke daratan. And menjelang waktu mereka balik tu, ikan da tak fresh lah kan. So diorang fikir punya fikir punya fikir, then they come out with an idea.
Diorang bina sebuah kapal tangkap ikan yang besar, then diorang pasang freezer dalam kapal tu. Then diorang pergi ke laut dalam and tangkap ikan. Ikan yang diorang tangkap, diorang terus masukkan dalam freezer tu dengan harapan akan kekal segar hingga diorang balik ke darat nanti.
But, kan aku dah cakap kat awal cerita tadi, orang Jepun memang terkenal dengan sifat suka makanan yang fresh. Jadi jangan harap lah diorang nak tertipu antara fresh and frozen. Memang banyak bezanya ikan fresh and frozen (even aku pun tak suka bila Emak beli ikan frozen time musim tak ada ikan). Memandangkan ikan tu tak fresh, so terpaksa la ikan tu dijual dengan harga murah - sebab tak fresh lah -.
So nelayan-nelayan ni pun fikir lah lagi cara lain untuk pastikan ikan tu fresh, supaya boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi. Then they come out with another idea. Mereka bina kapal yang lebih besar, then dalam kapal tu mereka bina tangki-tangki besar. Cuba teka kenapa mereka letak tangki tu?
Yes, betul. Mereka tangkap ikan dan terus masukkan ikan ke dalam tangki tu. Means that ikan tu masih hidup bila mereka sampai ke darat nanti.
But then, still pembeli-pembeli semua cakap ikan tu tak segar. Nak tahu kenapa?
Sebab, walaupun ikan tu masih hidup bila sampai ke darat, but keadaan ikan tu dah tak aktif. Dah agak lemah. Sebab terlalu lama dalam tangki tu. Ikan yang tak aktif tu menyebabkan rasanya dah tak sesegar ikan yang masih aktif. So costumers semua cakap ikan tu tak segar. Haaa. Mati kutu dibuatnya nelayan tu. Kasi yang frozen sah-sah dikatanya tak segar. Yang hidup pun tak segar juga?!
Then they keep thinking how to solve that problem.
Pop! Tetiba diorang dapat satu brilliant idea. Listen to this okay.
To keep the fish tasting fresh all the time, nelayan decided nak guna juga kaedah kapal tangki tu. Nelayan tu masih juga letak ikan-ikan yang ditangkap ke dalam tangki dalam keadaan yang masih hidup. Tapi nelayan tu masukkan sekali seekor anak ikan jerung dalam setiap tangki. As you know, shark eat small fish rite. Haaa, tu la cara nya.
Untuk elakkan dari dimakan oleh that little shark, ikan-ikan tu kena la sentiasa bergerak mengelak dari didekati little shark tu. Memang la ada ikan yang tetap akan dimakan, tapi tak banyak mana pun, tak terjejas pun pendapatan nelayan-nelayan tu.
So hasilnya, costumers semua cakap yang ikan-ikan that time memang segar. Mahu tak segar? Dah 24/7 kena sentiasa aktif bergerak sana sini demi selamatnya nyawa. (But at last sampai ke pasar, di beli and dimakan jugak. Hihihi)
So the moral of the story is (ceh ayat dah macam nak jawab literature SPM pulak), the adversities that we face in our live are actually our little sharks - sharks that we need to make sure we stay awake, alive, vibrant and active. These sharks make us more intelegent, persistent and competent in out lives.
Tapi kalau kita begin to slack off in our duties, growing tired and dreary, we would be one of the fish eaten by that shark! Oh-hoo, aku tak rela.
Bila aku muhasabah diri tentang semua 'little sharks' yang perlu aku lalui, aku rasa bersyukur pada Allah diatas semua 'little sharks' yang Dia turunkan pada aku supaya aku terus hidup dan bernafas.
Jadi aku rasa, kita harus kuat untuk berjuang dalam hidup kita, harus kuat dan bersemangat, and terus aktif supaya kita tak kalah pada 'little sharks' kita. Walaupun at last kita tetap akan mati. Itu dah memang sifat manusia yang diciptakan di dunia ni - akan mati-. Tapi nak ke kita mati before berjuang? Kau fikir dan kau hadamkan.
Okay, habis sesi storytelling aku. Kalau sesiapa ada cerita yang lagi best, boleh share dengan aku. Aku suka sangat storytelling. Hihi.
Assalamualaikum and peace be upon you.
No comments:
Post a Comment