Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Blog's Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 19 March 2012

Give Your Heart and Fit All The Thing

Assalamualaikum & hai.

Aku ada tonton satu video clip ceramah dari Yusuf Estes, tajuknya Give Your Heart and Fit All The Thing. Aku tak tahu nak describe macam mana perasaan yang ada dalam hati aku masa tengok video tu. Yang pasti aku menangis-nangis masa tu. Subhanallah, betapa ramai manusia non-muslim di luar sana mencari sesuatu yang ada pada Islam ini tanpa mereka sedar. They keep searching. Some of them already saw it, some of them still looking for it. Aku berdoa semoga Allah mudahkan pencarian mereka.

MasyaAllah. Betapa aku yang sedari kecil dah di ajar mengenali Islam, kalimah syahadah, dari kecil dah dapat peluang hayati isi kitab suci Al-Quran, masih juga tak sedar satu hakikat - makna disetiap satu patah perkataan disebalik syahadah, ayat-ayat suci Al-Quran, dan nilai-nilai Islam. Malu pada diri. Walaupun aku hafal terjemaahan setiap baris ayat itu, belum tentu aku faham makna setiap bait-bait itu dengan jelas dari yang tersirat dan terlindung. Tapi alhamdulillah, aku dah sedar yang aku patut mula mengejar ilmu ini. Alhamdulillah.

Kadang-kadang kita tak sedar, dari sekecil-kecil perkara seperti memahami makna sedalam-dalam disebalik tafsiran luar nya ini lah yang mampu membentuk hati kita. Membentuk untuk memberi seluruh hati ini hanya pada Yang Maha Esa. Andai kita mampu lakukan itu, InsyaAllah hati kita akan sentiasa merah segar dengan iman. Dan kita mampu lalui segala liku-liku hidup dengan sangat sabar dan tabah. Sebabnya? Bila kita memberi seluruh hati kita pada Allah, itu bermaksud yang kita sentiasa bersangka baik pada Allah. Walaupun kita ditimpa musibah, bersangka baik lah. Sebab Allah tak pernah menzalimi hamba-Nya. Andai ujian itu yang kita dapat, maksudnya Allah dah tetapkan sesuatu yang baik didepan. Dengan syarat, kita kena redha, dan tempuhi dugaan tu dengan sabar dan berserah pada Allah. InsyaAllah mesti kita dapat pass through that task. And at that point, kita akan nampak segala hikmah dan kebaikan disebalik kesulitan tu. Aku bukan bercakap kosong. But that has happened to me berkali-kali. And around last August aku terbaca satu artikel tentang bersangka baik pada Allah. And aku belajar apply apa yang aku baca. Alhamdulillah, memang susah mula-mula nak bentuk hati ni. But after that, satu demi satu dimudahkan. So aku harap korang mampu belajar untuk ikhlaskan hati pada Allah, bersangka baik pada Allah. Sebab Allah tak pernah zalim pada kita hamba-hamba-Nya. Tapi hakikatnya, kita yang suka menzalimi diri. Malu aku pada Allah dengan sikap aku selama ini.  

 So, meh aku share videonya dengan korang.



Assalamualaikum & peace be upon you.

No comments: