Assalamualaikum & hai.
Hari jumaat lepas, aku ada test Chemical Engineering Thermodinamics. Haa, nama nak gempak kan. Tapi test tu baru cover sampai part basic thermo je. Tak masuk lagi part chemical eng punya. Test tu kononnya start pukul 8pm. Tapi at last, 8.35pm baru dapat start.. But, bukan ni yang aku nak cerita. Saja je selitkan pasal test. Hihi. Test sepatutnya habis pukul 9.30pm. And aku sebenarnya dah beli tiket Forum Baitulmuslim dah. Sepatutnya start forum tu pukul 9pm. Tapi test penting lagi kot. So hadap test dulu. Habis je test, aku terus gerak ke Chancellor Hall. Syukur la masa aku sampai kat seat aku tu, panel 1st baru kasi salam pembuka. Means aku belum terlepas forum lagi la. :)
BTW, sepanjang aku dah masuk UTP ni, ini kali kedua aku join forum ni. Tahun lepas, tajuknya "Kahwin Awal, Bersediakah Aku?", tahun ni pula tajuknya "Kau Pilihanku". So hari ni aku nak share sikit la points yang disebut dalam forum tu. But, tak semestinya points ni aku huraikan sama macam yang dalam forum tu okay. Sebab kalau ada contoh lain yang boleh dikaitkan selain contoh dari perkahwinan, aku akan kaitkan jugak ye.
Oh lupa nak kasi tau siapa panelnya. Panel satu ialah Ustaz Hasrizal. Iya, pengarang buku "Aku Terima Nikahnya" tu la. And panel dua ialah Ustaz Pahrol. Kalau tak kenal mereka, sila google ya. Sebab mereka bukan nama kecik kat dalam arena ceramah di Malaysia ni.
First point masa pusingan pertama, Ustaz Hasrizal cakap pasal Istikharah. Banyak benda yang kita tak sedar tentang istikharah ni sebenarnya. Biasanya orang buat istikharah cuma bila nak pilih pasangan hidup aja. Untuk benda lain tak ada pulak nak buat istikharah. Something wrong somewhere disitu ye. And most of people, bila dah buat istikharah tapi tak nampak petunjuk, terus assume tu bukan pilihan yang terbaik. Petunjuk tu pulak demand nak dalam mimpi lah apa lah. Kalau kita ni orang yang sangat baik amalan agama, insyaAllah la kita akan dapat petunjuknya. Tapi kalau yang biasa-biasa je macam aku ni, sampai sudah la kot tak jumpa-jumpa. Jadi biasanya macam mana kita nak tahu? Bila kita rasa yakin nak pilih satu-satu keputusan tu, means itu lah yang Allah dah tetapkan buat kita. InsyaAllah.:)
Hurm, tahu tak yang sebenarnya jodoh tu pun adalah satu dari rezeki? Btw, let me share one thing with you. Listen to this. Burung, satu makhluk ciptaan Allah yang comel dan diberi keistimewaan boleh terbang, tinggi. Tapi tak punya keistimewaan akal macam kita. Burung still ada rezeki yang Allah dah tetapkan untuknya setiap hari. Tapi burung tu kena terbang untuk dapatkan rezekinya tu. Baru lah bila dia keluar pagi-pagi dengan perut kosong, but then balik petang-petang mesti kenyang penuh perutnya. Same goes to jodoh. Jodoh kita memang dah ditetapkan. Tapi kena la cari. And bagi aku, sama juga lah untuk masa depan kita. Semua tu dah ditetapkan. Tapi kena lah ada usaha. Sebab kalau tak ada usaha, mungkin perkara yang sepatutnya kita dah capai tu akan terlewat sikit kita dapat.
Apapun, andai kita nak pilih seseorang tu sebagai calon kita, tak semestinya dia mesti dah cukup baik. Tak semestinya kita mesti dapatkan yang dah sedia baik. Tapi carilah seorang yang nak sentiasa mengubah dirinya menjadi lebih baik.
Owh before aku terlupa, there no such a thing like "Dia bukan jodoh yang betul untuk aku.", etc etc okay. Yang ada cumalah "Sampai sini sahaja jodoh kami."
Okay nanti aku share pasal talk session with Wardina Saffiyah and motivation session with Prof. Dr. Muhaya Mohamad. Tak sempat nak post entry setiap hari. Sorry.
Till then, assalamualaikum & peace be upon you.
No comments:
Post a Comment