Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Blog's Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 21 March 2012

Lutung Dan Siamang

Assalamualaikum & hai.

Aku cuma nak cerita pasal seekor binatang yang super comel yang aku terjumpa tadi. Pernah dengar nama 'Lutung'? Aku pun baru tahu nama binatang tu lutung lepas aku tanya pakcik Google.

Basically Lutung ni keturunan monyet juga la. Tapi jarang sangat Lutung ni nak turun dari pokok apatah lagi nak keluar dari hutannya. But tadi aku and classmate aku terserempak dengan dia kat tepi jalan je. Tengah menikmati lunch. Tah apa yang dia makan tah, nampak macam roti. So aku syak mungkin geng-geng dia la yang asyik menceroboh masuk block V5F lately ni. Hehe.

Ada orang rasa muka Lutung ni scary. Tapi aku rasa dia sangat kiut. Nama species Lutung ni ialah Semnopithecus pyrrhus. Haa, rindu betul zaman belajar biology diploma and pra dulu bila sebut nama scientific ni.

 Ni gambar Lutung tengah posing yang aku mintak dari Pakcik Google, mana tahu korang pun macam aku juga tak tahu kewujudan Lutung ni before this.








Haaa, comel kan? Roommate aku cakap dia tak comel pun. Sobsobsob.

Btw, kat sini pagi-pagi and petang-petang akan ada sekumpulan binatang yang suka menyanyi-nyanyi dengan sangat la merdu. But seriously first time aku dengar bunyi tu, aku rasa scary kot. But time by time, aku mula adapt dengan bunyi tu and lama-lama aku rasa bunyi tu merdu. Bunyi tu sangat natural. That is why la aku suka sini. And one day aku dapat tahu yang itu adalah bunyi ungka. and my reaction is, "UNGKA?? Sejak bila pulak ada Ungka kat semenanjung nih?" Dah la binatang tu semua memang tak akan keluar dari hutannya. So aku decide nak buat study sikit. And after that aku buat assumption; yang bernyanyi setiap hari tu bukan Ungka tapi Siamang. Siamang ni keturunan Ungka jugak. Cuma dia lain sikit lah. Nama scientific Siamang ialah Symphalangus syndactylus.

Ini dia Siamang. Hehe. Comel sangat. Nak-nak yang gambar ke dua tu.





Apa pun, Lutung and Siamang ni keturunan dari Old World monkeys.  Maknanya ni semua sedara mara orang utan, big foot, etc etc.

Okay itu aja aku nak share. Till next post.

Assalamualaikum & peace be upon you.

4 comments:

winnie_hairies said...

soooooooooooooo cute.. jatuh cinta..

Naquiah Umairah said...

tau xpe.. chomey gila kn....

atienalova said...

sape yg ckp tak kiut tu?
bute ke?
hahahahaaa.

Naquiah Umairah said...

definisi kiut dr perspektif beliau xsama dgn kita la tien.. hahaha..