Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 13 September 2012

Keluar Dari Pertapaan

Assalamualaikum & hello. :)

Sebulan lebih aku tak post new entry. Last sekali 28 July dulu.. Sebabnya aku tak post ialah aku busy dengan project and study (kalau korang percaya itu ialah main reason nya lah.. teeheee), dan sebab setiap kali aku cuba nak type, aku terus hilang arah. Banyak sangat nak share sampai last sekali semuanya aku cuma share di sudut paling dalam otak and hati ni aja. Kihkihkih..

Okay, back to the business. Actually aku nak share 2 3 4 benda yang berlaku sekarang ni dalam ruang lingkup hidup aku. Hidup aku okay, bukan isu semasa dunia. Kalau rasa tak penting tu, takyah la baca.. Pergi lah baca buku ke apa ke. Hihihi.

Actually aku baru habis final exam last Friday (7th Sept), and sekarang tengah cuti untuk seminggu. Sepatutnya cuti sem aku kali ni bukan seminggu, tapi 4bulan. Tapi disebabkan AHOD kata aku kena graduate awal, sama-sama dengan batch MAY09, so sem September nanti aku kena belajar, tak boleh cuti. Kiranya dari bulan January awal tahun hari tu, sampai May tahun depan, aku study non-stop lah. Lepas tu inshaAllah aku akan pergi internship dalam penghujung May tahun depan. Doakan aku dapat tempat intern ye. Risau pulak bila dengar ada kawan-kawan yang masih tak dapat-dapat lagi tempat intern ni.

By the way, since sem September tak ramai students on-campus, so V5 nak kosongkan 1 block untuk students perempuan. And block yang diorang decide untuk tutup tu block aku sekarang. Disebabkan tu, aku pun diberi lah satu bilik baru. Current house aku kat block G, level 4. And aku dapat new house kat block sebelah je, block H. Tapi sebelah je pun, dia kasi level 4 jugak. Dah la tak ada lif, tak ada jambatan connect 2 block tu, and aku kena transfer barang-barang aku dari level 4 naik level 4 semula. Patah riuk pinggang aku angkut buku yang punya lah banyak tu. Baru 4 sem belajar, tapi buku macam dah 4 tahun belajar. ~_~' Alhamdulillah, aku berjaya juga pindah barang masuk ke bilik baru. Tapi tak sempat kemas lagi dah kena balik. Jadi InshaAllah Rabu depan aku start kemas slow slow. Selasa depan baru balik kampus kot. Sebab Selasa aku tak ada kelas. Teehee.

Selain kena kemas and pindah barang-barang kat kampus, aku kena kemas and pindah barang-barang dekat rumah. Sebabnya, family aku akan berpindah ke Manjung Isnin ni. Sekarang aku tengah busy menolong kemas barang-barang lah ni. Memang cuti sem seminggu ni habis dengan mengemas aja lah. Hahaha. Rasanya baru 50% dari semua barang-barang yang dah berkemas ni. And nanti lepas dah turun kan barang dekat rumah baru pun, aku tak dapat nak terus tolong keluarkan barang-barang kot. Sebab kena balik kampus hari Selasa. Syukur lah Manjung dengan Tronoh tu dekat aja. Kalau naik bas henti-henti tu pun dalam sejam lebih je. Maybe weekend next week kena balik rumah lagi laa, supaya boleh tolong parents aku mengemas. Kesian lah kalau nak harap diorang buat semua sendiri.

Emak dah la bukan sehat sangat. Semalam masuk hospital. Risau gak aku ni. Syukur lah rumah nanti dah dekat dengan kampus. Weekend boleh selalu balik. Hurm, sedih juga sebenarnya nak tinggalkan Klang ni. Tapi tak pe lah, ada rezeki aku turun gak Klang ni nanti-nanti. And mana lah tau dapat internship kat area sini. Hehe.

New sem nanti kiranya aku dah masuk 3rd year 1st sem lah. Sekejap aja dah masuk 3rd year. Sampai sekarang aku masih percaya tak percaya aja akhirnya aku decide untuk ambil chemical engineering. Course yang paling tak terlintas kat kepala selama ni. Dalam masa dua tahun dari sekarang, InshaAllah aku akan habis belajar engineering ni. Hari tu ada tanya pendapat Bapak, kalau aku nak sambung master, nak terus dengan Chem Eng or nak ambil MBA? And Bapak suggest MBA, something yang aku rasa aku lebih prefer pun. Aku rasa kalau aku tak jadi ambil MBA pun, maybe aku akan ambil pure chemistry or statistic. Aku tak ada minat nak sambung master dalam engineering actually. But it is just for now, mana tau dalam masa 2 tahun nanti keputusan aku berubah lagi. Lagipun, sekarang aku tak nampak lagi apa yang ada kat depan aku. Allah aja yang tahu. So aku cuma mampu rancang secara kasar macam ni aja lah.

And target aku untuk ambil Diploma Syariah tu aku rasa aku nak teruskan. Maybe lepas dah kerja dalam 3 bulan, aku akan cari tempat untuk sambung. Tak sabarnya nak sambung Diploma Syariah tu. :) Tapi kalau dalam masa 3 bulan tu aku masih tak dapat nak kumpul at least half dari duit umrah untuk 3 orang, maybe aku akan postpone diploma tu kot.

Aish, apa yang aku merepek cerita semua ni kat sini sebenarnya? Huhu.

Doakan Emak and Bapak terus sehat ye. InshaAllah lepas ni akan rajin sikit nak update blog sebab next sem tak busy sangat. InshaAllah. :)

Assalamualaikum and peace be upon you.

No comments: