Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, 16 April 2012

Kau Rasa Hebat, Kau Ada otak, Tapi Kau Malas Nak Guna!

Assalamualaikum & hai.:)

Okay, aku dah rasa masalah insomnia menjelma aku lately ni. Sebab nak exam dah ke? Atau sebab busy sangat dengan segala reports and assignments ke? Aku letih, aku nak tidur, aku nak rehat. Tapi banyak sangat kerja sampai aku terpaksa tahan jugak mata dan nafsu tidur.Yang pasti aku makin banyak pulak layan internet kan! Aishh, tak boleh jadi. Konon online sebab nak cari notes yang boleh diguna untuk lagi senang faham, at last sangkut kat YM, twitter, and asyik blog walking sampai 2jam. Apakah?!

Dalam aku insomnia ni, Allah jumpakan aku dengan seorang insan. Insan yang mana dah membuka mata (fikiran actually) aku tentang permintaan aku pada Allah few years back. Walaupun sekarang baru aku nampak semua tu, tapi alhamdulillah, aku terselamat dari niat, perbuatan dan nafsu jahat manusia! Ternyata segala doa-doa aku dikabulkan on the spot at that time. Aku minta dijauhkan aku dari niat jahat manusia, Allah selamat kan aku dari 'kau'. Aku minta di jauhkan dari manusia-manusia yang tak memberi kebaikan untuk agama dan iman ku, Allah jauhkan kita hingga kini. Betapa Allah sangat sayang pada aku. Cuma Allah sahaja yang tahu tahap mana kekuatan aku. Andai aku di uji dengan ujian yang sebegitu, aku yakin aku tak mampu. Sebab itu Allah selamatkan aku. Jadi kemana lagi mesti aku bawa rasa syukur tu? Pada Dia yang di atas sana. Yang sentiasa melindungi aku setiap saat. Dalam aku sedar atau tak sedar.

Aku minta Allah tunjukkan hikmah disebalik semua kejadian antara kita, and now dengan kedatangan insan ini, maka terjawab lah. Ternyata mengenali engkau tidak memberi banyak kebaikan dalam agama aku, dulu dan kini. Esok lusa siapa yang tahu kan. Tapi mengenali siapa diri engkau banyak mengajar aku hakikat hidup yang penuh topeng di bumi ni, sekaligus membawa aku muhasabah diri. Engkau seorang dah cukup memberi pelbagai characters. Hebat kau.

Aku tegas dalam kata-kata aku ini. Sebab aku rasa maruah aku dipijak secara tak langsung oleh kau. Bukan, aku tak berdendam. Cuma aku rasa kau ni makin parah. Belajar lah bersikap lebih dewasa pada tanggungjawab kau, pada diri kau, pada keluarga kau, pada rumah tangga kau, pada isteri kau, pada anak-anak kau suatu hari nanti, dan yang paling penting pada kehidupan kau sendiri.!

Jangan menjadi dayus. Seksa insan keliling kau. Tak amanah dengan tanggungjawab kau. Esok kau mati, siapa yang akan dipertanggungjawabkan atas amanah kau? Bukan kau sendiri ke? Bila kau akan mati? Kau tahu bila? Cuma Allah yang tahu. Jadi kenapa nak angkuh sangat, lalai dan alpa dengan segala keduniaan ni? Kau tahu tak betapa besar tanggungjawab kau sekarang? Dan kau tahu tak kau sedang menzalimi orang? Kalau tak mampu bertanggungjawab, don't take it at the first place! Now kau mengheret orang tak berdosa dalam hidup kau yang haru dan terpesong! Anak orang bukan anak ayam. Kalau kau masih tak mampu, pulangkan. Pulangkan sebagaimana kau ambil.

Aku malu nak mengaku aku pernah kenal, bercakap, berjumpa dan berhubung dengan manusia macam kau. Kalau lah otak aku ada button delete, dah lama aku nyah kan segala tentang kau dalam otak ni. Supaya aku tak menjadi manusia busuk yang ada perasaan benci! Aku benci segala perbuatan kau. Harapnya benci tu tak menjadi benci pada engkau pula.

Pintu taubat tu luas, celah mana pun kau lari bersembunyi, asalkan kau bertaubat, Allah terima taubat kau, Allah ampunkan dosa dan salah kau, janji kau tak syirik pada Allah. Itu aku yakin kau tahu. Sebab tu kau lalai. Sebab kau yakin nanti bila kau dah penat dengan keseronokan dunia, kau boleh bertaubat. Tapi kau yakin kau sempat?

Macam mana pula dosa kau pada sesama manusia? Selama ni aku pelik, kenapa kau bersungguh kata kau banyak buat salah dalam hidup aku, rupanya memang besar salah kau pada aku. Aku bukan malaikat, boleh maafkan sekaligus. Aku bukan sempurna mana untuk tak memaafkan kau. Aku cuba maafkan kau, semoga kau tak menahan aku disaat aku nak melangkah ke syurga semata-mata untuk memohon maaf. Tapi sebesar mana pun salah kau pada aku, insan sekarang yang ada di belakang kau itu, itu yang kau betul-betul perlu minta kemaafan. Kemaafan dengan penyesalan. Sebab kau dah aniaya hidup dia. Hidup dia berubah 720 degree sejak kehadiran kau. Yang pasti, perubahan tu lebih ke arah negative. Sampai hati kau seksa insan yang ikhlas terima kau apa adanya.

Aku, aku ini tak akan mampu menerima seorang manusia seperti kau, dalam keadaan kau sekarang yang masih tak mahu berubah, walaupun tahu semua itu salah dan hitam! Tapi dia, dia sanggup perjudikan dirinya walaupun tahu segala kehitaman kau. And sekarang kau nak terus biar dia kalah dalam judi hidup dia? Kejam dan selfish sungguh! Kau, sila jangan angkuh. Sekarang kau rasa kau hebat, kau rasa kau masih ada banyak masa. Tapi aku kata kau makin hari makin dekat dengan kematian. Aku pun sama. Dia pun sama. Sebelum kau tutup mata, sedar lah, dan bertaubat lah. Sebelum dia tutup mata, kau rayulah kemaafan dari dia. Dosa pada Allah insyaAllah akan diampunkan. Dosa sesama manusia takkan terhapus selagi orang yang teraniaya itu tak memaafkan dan tak redha!

Kau ada otak, tapi kau malas nak guna! Kau lah manusia paling rugi di dunia ni. Berapa lama kau nak hidup dalam kerugian tu?

Aku tak akan ada apa-apa lagi hubungan dengan kau. Aku rasa terlalu banyak fitnah sahaja keatas aku disebabkan kau. Bukan aku tak redha dengan ujian yang Allah kasi selepas kehadiran kau, tapi aku tak mahu maruah aku direndahkan oleh tempias sikap engkau. Aku tak mahu sikap kau itu over shadow sikap aku.

Aku doakan kau sempat sedar, sempat bertaubat dan sempat merayu kemaafan dari dia.

p/s: Buat 'dia', I know u are strong. Semoga kamu sentiasa diberi kekuatan dan kasih Allah.:)

Assalamualaikum & peace be upon you. 

No comments: