Assalamualaikum & hai :) Semoga hari Jumaat ini membawa barakah buat kita semua.
Semalam disebabkan agak tension dengan kesengalan diri masa test, so balik bilik aku masih terkebil-kebil tak boleh tidur. Test aku semalam aku memang dah tau, akan fail. Sebab aku salah banyak. Soalan tu sepatutnya aku boleh jawab, tapi keangkuhan diri memakan diri. Ehh? Hihi. Actually aku confident sangat yang lecturer takkan kasi soalan tu, sekali hambik ko Naq.:P So aku redha je la. Salah aku kan.
So masa aku terkebil-kebil tu, aku pun siapkan assignments aku yang berlonggok, walaupun due date nye lambat lagi. Gasak, buat juga, janji masa tak terbuang. Tengah otak ni ligat berfikir macam mana nak solve soalan C++, tiba-tiba kepala aku tersentak. Tetiba ada satu kesedaran berlegar-legar dalam kepala. Haa, itu la benda yang aku nak cerita dalam entry ni. (Intro nak panjang berjela sampai 2 perenggang pulak kan. Gedik!)
Dalam hidup aku, aku selalu tertanya-tanya pada diri, and at last aku mengadu dalam doa-doa, merintih, minta Allah tunjukkan kenapa semua ni jadi. Apa yang selalu jadi?
Bila bertemu dengan seseorang insan, kenapa selepas aku jaga ukhwah yang terjalin, mesti pengakhirannya ialah aku ditinggalkan, aku disisihkan, aku dibuang, aku ditinggal. Ada yang meninggalkan dengan senyuman tapi pengakhirannya lesap tak bersuara. Ada yang pergi begitu sahaja. Ada yang menabur marah, sedih dan sakit hati pada diri. Ada yang di ambil sekelip mata dari sisi.
Aku bukan tak redha dengan semua situasi ini. Cuma aku tertanya-tanya. Kenapa bila Allah dah jalinkan satu ukhwah yang baik untuk aku, yang sering menyebabkan aku rasa aku makin dekat dengan-Nya, at last di tariknya semula nikmat ukhwah tu. Dan akhirnya aku mula belajar memahami maksud 'Bersangka baiklah dengan Allah.'
Berkat belajar maksud ayat sepotong itu lah agaknya, malam tadi aku tersedar sesuatu. Out of nowhere, tetiba aja terkeluar kesedaran tu dalam kepala ni. Alhamdulillah. Apa yang buat aku tersedar tu?
Sebenarnya dalam hidup kita ni, Allah dah aturkan segalanya buat kita. Termasuklah pertemuan dan perpisahan. Bila kita bertemu dengan seseorang and terjalin satu hubungan, boleh jadi saat tu hubungan itu adalah sesuatu yang sangat bagus, berguna and baik untuk both side. Contohnya, bila Allah rezekikan aku untuk dapat roommate yang mampu membuat aku lebih banyak mengingati Allah, itu satu hubungan yang cukup bagus bagi aku.
Tapi sedar tak sedar, satu-satu perkara yang kita rasanya bagus dan baik untuk kita tu, tak semestinya akan sentiasa menjadi baik untuk selamanya buat kita. Mungkin esok atau lusa, perkara itu menjadi sesuatu yang tak baik untuk kita. Ambil contoh roommate tadi. Kalau di lihat, memang baik kan bila ada hubungan yang mampu membuatkan kita sentiasa ingat pada Allah. Tapi selama mana hubungan tu akan membawa kita menjadi hamba Allah yang lebih baik? Mungkin ada orang lain yang pula yang mampu menaikkan lagi level keimanan kita pada Allah lepas kita berjumpa nanti. Kalau Allah tak tarik satu ukhwah yang sebelum ini, mungkin aku tak mampu menghargai peluang dan ruang dalam ukhwah yang baru ni pula kan.
Aku bersyukur sebab Allah tunjukkan jawapan untuk persoalan dan kesedihan aku dulu berkenaan ukhwah sesama manusia di keliling aku, yang telah menyebabkan aku rasa sangat jatuh, lemah dan sedih bila mengenangkan mereka dan ukhwah kami. But now, bila Allah datangkan insan-insan baru dalam hidup aku, aku mula sedar tentang hikmah Allah tarikkan nikmat ukhwah aku dan mereka dulu.
Andai saja Allah tak tarik nikmat ukhwah itu dulu, mesti aku tak mampu hargai dan rasai kemanisan ukhwah yang sekarang ini. Cantik dan detail cara Allah menghadiahkan nikmat baru buat diri aku ni. Terasa malu dan kerdil sangat bila kenangkan sikap aku yang merintih dan menangis bersoal pada Allah tentang ujian-Nya dulu.
Jawapannya yang aku dapat, cukup untuk buat aku rasa aku sangat bertuah. Allah sangat sayang pada aku. :)
p/s: Ayat entry ni macam susah nak paham ye? Maaflah, tapi ini saja ayat terbaik yang terlintas dalam kepala. Nikmat bahagia ni susah nak digambarkan dengan kata-kata, tahu? :) Jadi, sentiasa lah bersangka baik dengan Allah. Yakin lah setiap ujian yang Allah kasi pada kita tu ada hikmah yang sangat baik dan besar dalam hidup kita. Cepat atau lambat, mesti kita akan nampak juga hikmah tu. Andai tak nampak, itu tanda kamu tak mahu berfikir.
Okay, semoga barakah Jumaat bersama-sama dengan kita.
Assalamualaikum & peace be upon you.
No comments:
Post a Comment