Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 22 August 2011

khas buat adik yang semakin dewasa

assalamualaikum & peace upon all of u..:)

entry ni khas nya untuk adik-adik aku yang semakin menginjak usia, dari seorang bayi suatu masa dulu, kini menjadi seorang gadis, yang bakal melangkahkan kaki ke alam dewasa tak lama lagi..

few days ago, sorang adik aku bercerita tentang rasa sedih and terkilannya mengenai sesuatu perkara and aku nampak banyak persoalan yang berkecamuk dalam fikiran dia saat tu.. yeah, she just like me before I'm going out from my family house.. dulu kita hidup bawah jagaan mak ayah 100%.. so banyak benda yang terkawal, jadi potensi untuk nampak hakikat sebenar kehidupan kat dunia nyata ni sangat rendah.. (at least untuk keluarga kami la.. mungkin keluarga orang lain tak macam tu..)

so mungkin dia a little bit shock with real life.. mungkin kata-kata aku and nasihat yang aku kasi that day belum cukup mampu untuk menghilangkan rasa terkejut tu, jadi meh aku nak share satu VC dari UTube..


hopefully adik aku akan pahamkan dan hadamkan isi dari VC ni..

aku sedar, aku bukan lah seorang kakak yang baik, dan aku sebenarnya tak tahu macam mana sebenarnya cara yang betul untuk menjadi seorang kakak.. sebab aku tak ada kakak, dan aku tak pasti apa perasaan mempunyai seorang kakak.. jadi aku sedaya upaya cuba untuk bagi sehabis baik buat adik-adik aku.. rasanya aku pernah cakap pasal ni before..

aku selalu perhatikan cara kawan-kawan aku layan adik-adik diorang, tapi aku rasa cara tu tak berapa sesuai.. so aku lagi selesa guna cara aku sendiri.. walaupun aq tak pasti adik-adik aku suka ke, benci ke, rimas ke dengan cara aku ni..

sometimes aku harap, adik-adik aku akan terus stay menjadi kanak-kanak.. yang sangat suka bila di hulurkan gula-gula.. aku harap adik-adik aku takkan membesar dan menghadap dunia luar yang penuh kekotoran dan kehitaman.. sebab aku sedar, once mereka melangkah ke alam dunia luar, mereka perlu berfikir dan memilih laluan hidup mereka sendiri.. dan itu yang merisaukan aku.. andai tersalah laluan mereka, segala kehitaman dunia akan terlihat didepan mata mereka.. tapi aku tak boleh selfish mengongkong kehidupan mereka.. sebab mereka perlu belajar hidup sebagai manusia normal, yang akan membina kehidupan sendiri suatu hari nanti, secara perlahan-lahan.. jadi yang termampu untuk aku adalah, memastikan aku menjadi contoh buat mereka.. mungkin bukan a best example, but at least a better example..

disebabkan aku tahu adik-adik aku memerlukan seseorang sebagai panduan, jadi aku cuba menjadi seorang yang kuat, yang tak mudah terhanyut dengan dunia yang semakin dusta, semakin terpesong ini.. sejauh mana kekuatan aku, aku tak pasti.. tapi selagi akal waras ini ada, aku akan cuba sedaya upaya menjadi role model yang much better dari satu masa ke masa lain..

aku senang bila adik-adik aku berkongsi masalah dan cerita diorang dengan aku.. at least aku tahu sedikit sebanyak corak hidup diorang.. tapi aku tak pasti la samada diorang akan terus bercerita pada aku bila kaki mereka da melangkah ke dunia luar sana.. masihkah diorang akan berkongsi cerita-cerita mereka..? masih sudi ke diorang nak luahkan masalah diorang pada aku..?

atau diorang akan ambil jalan macam kebanyakan kawan-kawan aku..? menjadikan kakak sebagai seorang yang hanya berpangkat kakak daan bukan seorang teman yang paling setia..?

apepon, aku berdoa agar mereka mampu berfikir dengan matang dalam memilih jalan dalam kehidupan mereka nanti.. dunia sekarang, dalam setiap langkah kaki, akan ada 2 simpang.. dari sekecil-kecil langkahan kaki, hingga sebesar lompatan, tetap ada dua simpangnya.. satu simpang ke sisi gelap dunia, yang menzahirkan kesesatan, kelalaian, kepesongan, kejahilan, kekotoran dan dosa neraka.. satu simpang yang lain menawarkan sisi terang yang mampu membimbing ke arah kebenaran, ketaqwaan, dan pahala syurga, InsyaAllah..

jadi jalan mana yang bakal kita ambil..? bakal aku ambil..? bakal mereka ambil..? memang, andai tersalah langkah ke lorong gelap, kita boleh kembali ke pangkalnya dan ulang laluan dengan mengambil laluan yang terang pula, tapi saat itu, langkah kaki ini penuh dengan penyesalan dan memori hitam.. kerana kotor itu telah tercalit lekat di hati.. dan aku tak sanggup memandang wajah mereka dengan seribu kesedihan dan penyesalan..

betul, andai hidup kita tak melalui saat-saat salah, susah, gelap, maka kita akan kurang menghargai kebenaran yang terpamir di depan kita.. tapi, berapa ramai insan yang betul-betul mampu keluar dari lorong gelap itu dengan penuh keazaman..? aku pasti dan yakin, semua orang menyesal dengan jalan gelap yang di pilih, tapi sukar dan seksa untuk kembali ke pangkal jalan.. lalu terus kecundang di jalan gelap itu..

dan aku tak sanggup, sungguh tak mampu untuk melihat darah dagingku menjadi sebahagian dari itu..

adakah aku selfish bila berfikir begini..?


assalamualaikum & peace upon all of u..

4 comments:

lanoon said...

ermm, saya ni termasok dalam adik akak jugak ke.. weeeeee :)

Naquiah Umairah said...

haha.. yeye, lanoon pon boleh jadi adik kakak..:P
apsal off phone..?

lanoon said...

bukan off la. hayat hp ni b'problem sikit la. igt nk tggu org bg hp bru as befday present la. *kalo la ade* hehe

Naquiah Umairah said...

kakak masih tak mampu la nak hadiahkan handphone kat adik-adik kakak suma.. *bukak sem baru nanti beli phone baru ye..:P*