Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 21 August 2014

Kasut, Si Pemilik, dan Destinasi

Assalamualaikum & peace be upon u.. :)

Ada sepasang kasut. Di pilih dari sebuah kedai biasa, di pakai dan di jaga sebaiknya. Walaupun dari kedai biasa, tapi kerana cermatnya di jaga, semua mata rasa kasut tu istimewa. Hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Kasut bertukar pemilik, bertukar destinasi. Kehidupan baru bersama pemilik baru, dan suasana baru, tempat baru. Kasut tak lagi terlihat istimewa. Mungkin kerana faktor penjagaan yang berbeza, mungkin di sebabkan suasana yang berbeza, mungkin dah tamatnya zaman kegemilangan kasut itu, mungkin, mungkin, mungkin. Pelbagai spekulasi. Tak pasti di destinasi baru ini, sejauh mana kasut mampu memberi keselesaan dan keistimewaan kepada pemilik. Tak pasti hingga mana tapaknya mampu terus utuh memijak bumi, menahan geseran langkah pemilik. Entah esok, entah lusa, haus lah tapaknya.

Tiba-tiba pemilik ambil kasut, bersihkan, gilap semula, dan katakan padanya, "Terima kasih kerana bersabar dan setia bersama susah senang dengan ku di sini, walau cuaca pelbagai ragam di tempat ini. Perjalanan kita akan tamat tak lama lagi. 2 minggu sahaja lagi. Maafkan aku, terlalai dari menjaga kebajikanmu sebelum ini."

Kasut gembira. Bukan kerana akan meninggalkan tempat baru, tapi kerana akhirnya kasut terasa istimewa semula. Walau hanya di pandangan pemiliknya.

-TAMMAT-

InsyaAllah aku bakal bergraduasi dari alam undergraduate dalam masa 2 minggu lagi.
Doakan untuk aku dan batchmates aku ye. ^_^
Thanks.

Until next entry (insyaAllah dengan title penanam anggur),
Assalamualaikum and peace be upon u. ;)

4 comments:

NMR said...

Fuiyo!!! Lama tak jengah. Masih aktif rupanya kau kan. Hahhaha~

All the best for you and your future! :*

Naquiah Umairah said...

Haha.. untung aku, orang tu jenggah2 je terus jenggah blog aku kan. Kihkihkih. Still bernyawa-nyawa cicak lagi, tapi not as active as before la.
btw, why NMR?

NMR said...

Wei. NMR is my name. How long we've been known each other? 2 hari lepas? Hahahahaha ;P

Naquiah Umairah said...

yela.. but why with shortform huruf2 gitu je... haha..