Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Blog's Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 30 December 2011

Bersahabat Lah Dengan Hati Dahulu

Assalamualaikum & peace upon all of u..

"Your best friend is your biggest enemy.."

Sejujurnya aku tak percaya dengan phrase ni.. Sebabnya kan, orang tu tak layak dikatakan sahabat kalau dia adalah musuh terbesar kita.. Meh aku kupas sikit apa maksud aku sebenarnya..

Bila kita bersahabat (bukan berkawan tau.. berkawan tu tak serapat bersahabat), kita sepatutnya sentiasa menerima kekuatan, kelemahan, kebaikan mahupun keburukan si sahabat.. Andai dia ada kelebihan apa-apa, kita boleh jadikan kelebihan dia tu sebagai pembantu buat kita menjadi manusia yang lebih baik, dengan bantuan dia.. Andai dia punya kelemahan, kita bantu dia untuk jadi sebaik atau lebih baik dari kita.. Kiranya sahabat tu ialah orang yang akan sama-sama naik dan turun dengan kita.. Bukan dijatuh-jatuh kan..

But then, kalau berkawan baik, tapi dalam diri tu tanamkan sikap bersaing sesama sendiri, tak kira la bersaing secara sihat atau tidak (kalau bersaing cara tak sihat tu, memang betul-betul enemy tu, bukan kawan pon..huhu), itu namanya musuh dalam selimut.. Haaa, tu la kan, siang-siang pon dok berselimut lagi, kan musuh da menyelinap masuk dalam selimut..

So come on la guys, takkan kita nak main tikam-tikam macam budak-budak kecil kan.. Make a move.. Start a new life.. Bersahabat la dengan penuh ikhlas.. Jangan pernah cucuk orang lain dengan pisau ke pedang ke apa-apa la lagi yang seumpama dengannya ya.. Tak ada ruginya bila kita sama-sama berkongsi apa yang kita ada kan.. Sebab macam mana kita layan orang, macan tu juga la kita akan dilayan..

Kalau rasa susah untuk buat macam tu, mula lah dari diri sendiri dulu.. Bersahabat dengan hati sendiri dulu.. Bila kita dah mampu untuk membentuk hati yang bersih, then start la bersahabat dengan insan pula.. After that boleh cuba dengan alam semesta pula..:D

So please, jangan la berpegang kepada phrase kat atas tu... Itu cuma mendidik hati untuk menjadi orang yang busuk hati.. Trust me..:)

Selamat bersahabat untuk akhirat sahabat..:)

Assalamualaikum & peace upon u..:D

No comments: