Assalamualaikum & peace be upon you.
Hi blog. Rindu kau. Hihi. Nak post new entry, tapi physically tak larat nak buat. =_='
Well, dah 9 hari masuk tahun baru.
Buku warna. Setiap helaian tu, dah ada gambar, tapi rasa hambar sebab tak da warna. Terasa tak berseri sebab tak da color yang hiasi. Kan.?
Macam tu la aku rasa hidup aku sejak these few months. Mungkin sebab aku makin lalai dengan sibuk dunia kot. Mungkin jugak sebab aku masih belum dapat adapt dengan perubahan hidup aku kot.
So aku la yang patut decide nak ambil color and start mewarna buku tu atau tak. Aku la yang patut decide nak color kan gambar daun dengan warna apa. Siapa lagi kalau bukan aku.
Ok tutup mukadimah.
Tadi tetiba Ida bagi aku soalan, "tahun ni umur kau berapa eh?"
Dalam kepala aku baru teringat nak congak-congak, sebab aku asyik confuse je berapa umur aku sekarang. Terasa macam lepas umur 25, aku start dah tak boleh simpan dalam kepala berapa umur aku sekarang.. Cehh.. Poyo.. Haha.. Well, zaman remaja aku officially tamat kat umur 25 sebab tahun tu la aku lucutkan title student dari hidup aku. +_+
So bila aku dah ingat berapa umur aku, start la aku fikir, apa achievement aku setakat ni?
And well, untuk orang yang baru mula stabilkan kehidupan sendiri, memang banyak laa yang belum achieve.
So tahun 2016 ni, ada la few small things aku nak cuba improve, and nak teruskan improve.
1. 1 Buku 1 Bulan. - Zaman sekolah sampai universiti dulu, setakat sebulan sebiji buku tu, benda normal. Tapi bila aku kira-kira balik masa minggu terakhir 2015, sepanjang setahun tu, aku mampu baca tak sampai 10 biji buku pun. Damn teruk. So tahun ni kena serius sikit. Alhamdulillah for January, da achieved, thanks to cuti 3 hari last week. So sekarang tengah baca 2nd book la. Buku yang aku da habis baca tu buku 'Terima Kasih Si Babi Hutan; Tuhan Kini Aku Datang' tulisan Lepat. Mungkin aku rasa semangat gak nak habiskan buku tu sebab perasaan nak tau tentang perjalanan dia untuk menyelamatkan akidah anak dia tu meluap-luap. Sanggup tak tido sebab nak habiskan buku tu. Haha.
2. Mari ke Masjid. - Sejak aku habis belajar, aku da jadi penyegan pulak nak ke masjid. Kalau pun pergi masjid, mesti time terdesak, contohnya on the way nak balik rumah, waktu solat dah nak habis and aku belum solat, then ternampak masjid tepi jalan, jadi aku pun singgah la. Niat nak ke masjid semata-mata untuk solat berjemaah and then dengar kuliah tu dah makin menipis. Astaghfirullah. Jadi kesedaran yang aku da makin hanyut dek arus deras kemalasan jiwa dan penipisan ozon keimanan, aku wajib untuk paksa diri ubah perangai ni. Maka, every Saturday night (with terms & conditions yang aku tak boleh reveal kat sini), aku kena pergi masjid untuk solat Maghrib and Isyak berjemaah, and dengar kuliah. InsyaAllah moga di mudahkan and di jauhkan dari rasa malas dan hasutan setan!
3. Diet. - Actually aku start diet middle November. Sebabnya, aku makin risau dengan tumbesaran aku sejak dah kerja ni. Mungkin sebab sejak kerja, aku dah tak aktif macam zaman belajar. Iya la, dah duduk je menghadap PC, nak aktif celah mana. Jadi badan yang da sedia gedempol ni makin mengembang-ngembang lak. So aku kawal sikit la pemakanan aku sekarang. And since badan aku da mula boleh adapt dengan diet baru, maka dengan itu, tahun ni aku nak start pergi gym. Sebab kalau nak jogging and exercise kat taman-taman sekitar PJ ni terlalu banyak dugaan especially dari segi keselamatan and kekangan masa, jadi aku terpaksa la labur duit sikit kat gym. Sekarang aku tengah survey gym yang affordable and bagi aku the best package.
4. Bag Packing. - Tahun lepas dah berjaya redah Pantai Timur, jadi tahun ni nak redah Utara. Ye, aku bag packing semenanjung je. Sebab aku ada target aku sendiri. Selagi semenanjung aku tak pusing (travel bag pack style), selagi tu takkan start Borneo pulak. Borneo dah habis, baru keluar dari Malaysia pulak. Lain orang lain target die kan. So let me be. Haha. Berlagak. Aku target nak bag packing middle of this year. InsyaAllah moga di mudahkan. Hihi.
5. Umrah. - Aku target nak g umrah tahun depan. Jadi planning aku, nak cukupkan simpanan by end of this year. Kalau aku ikut betul-betul financial planning aku buat ni, insyaAllah aku boleh bawak sorang lagi untuk g dengan aku. Hoyai.. InsyaAllah moga di beri kelapangan dan rezeki jadi tetamu di sana.
Ok, itu je target aku untuk tahun ni.
Korang yang baca tu, tolong doakan semoga aku di mudahkan dan di beri kelapangan untuk achieve 5 points tu ye. Aamiin..
Take care, Happy New Year.
Assalamualaikum and peace be upon you.
No comments:
Post a Comment