assalamualaikum & halu-halu..:)
malam tadi aku bermesej panjang dengan seorang kawan baik.. bermula dengan pertanyaan tentang aktiviti aku seharian semalam, dia mula bertanya tentang keluarga aku..samada Emak and Bapak ada apa-apa penyakit ke, tentang pekerjaan adik beradik aku, tentang hubungan antara kami sekeluarga, etc etc.. then tetiba dia bagitau yang dia suka sangat nak tau pasal cerita hidup aku.. tentang life aku sebagai student, life aku sebagai seorang anak, sebagai seorang kakak, sebagai seorang adik, and tentang hal peribadi aku.. dia cakap aku ni seorang yang agak pelik sebab aku selalu adakan masa untuk dengar masalah dia, tapi aku jarang sangat share masalah aku dengan dia.. dia rasa aku ni cool sebab boleh simpan semua masalah sensorang, and dia jadi respect kat aku dengan cara aku ni.. aku rasa nak gelak gak dengan ayat dia tu, tapi she is not the only person yang cakap macam ni.. so aku rasa memang diorang akan rasa aku ni pelik kalo tau yang sebenarnya aku ni tak la cool sangat, cuma aku tak biasa bercerita dengan orang.. itu aja..
dia bertanya macam mana aku mampu jadi sekuat and setabah ni, sampaikan dia terasa aku tak nampak macam seorang yang punya banyak masalah dalam kehidupan.. hurm, i dont know and i dont have any idea macam mana dia boleh pikir macam ni.. sebab aku rasa aku ni sama je macam kawan-kawan aku yang lain.. bila ada masalah, sikit tak banyak, mesti akan melatah jugak.. and mungkin sebab tu la kot aku dulu hot tamper sangat, lagi-lagi bila orang kasi aku masalah yang tak sepatutnya aku hadap.. but alhamdulillah, sekarang aku da makin matang dalam hal ni, and aku rasa masalah yang orang kasi kat aku tu, bukan la diorang sengaja nak kasi aku masalah pon.. tak pernah pon diorang berniat nak buat macam tu..
she told me that most of the time, bila dia ada masalah, mesti dia akan terkenangkan aku.. dia cuba letakkan diri dia kat diri aku, and bayangkan apa tindakan yang akan aku ambil supaya masalah tu boleh diselesaikan secara baik.. dia selalu berharap dia mampu jadi aku.. mampu melalui kehidupan aku ini.. sebab dia nampak kehidupan aku penuh dengan warna..
and all that things make me think, deeply think, sampai susah nak tido malam tadi...
so aku terasa yang memang lah betul macam ayat terakhir dia tu.. kehidupan aku penuh dengan warna.. aku memang akui itu.. and disebabkan kehidupan aku yang warna warni ni lah, nama blog ni diberi.. ngeheee...
aku tak pasti samada dia pernah baca blog aku ni atau tidak, sebab aku tau dia tak suka baca blog atas alasan kebanyakan blogger ni hipokrit, asyik cerita tentang kebaikan diri and keburukan orang.. admit that, memang ada orang yang macam tu.. but aku rasa diorang bukan la buat blog sebab diorang memang passion in writing something.. cuma mengikut trend.. orang ada blog, dia pon nak blog.. haha..
aku jugak tak pasti samada dia akan membaca entry ini atau tidak.. tapi andai la aku boleh tunjukkan pada dia, betapa kehidupan aku jugak sama macam orang lain, sama macam dia.. ada masa aku bahagia, warna pelangi di sana sini, bintang-bintang pelbagai warna menjadi lampu penghias keindahan, cahaya bulan terang bersinar penuh gah cahayanya, langit biru yang sangat permai, dengan bunga-bunga mekar pelbagai warna..
tapi ada juga masanya, kehidupan aku hanyalah sebuah filem lama, hitam putih tak berwarna indah, tak mampu menarik sejuta mata untuk menghayati warna indahnya, dengan awan hitam pekat, langit gelap guruh dan kilat tanda nak hujan derita, pokok layu tak berseri, bungaan gugur dan mati setiap tangkai..
hidup aku normal.. penuh warna, sama seperti dia, sama seperti mereka, sama seperti korang.. ada masa hitam dan putih yang lebih menonjol, ada ketika lain pula warna pelangi yang menutupi latar pudar..
aku pon seperti dia, ada ketika aku merasa cemburu melihat orang lain ketawa, orang lain gembira, orang lain bahagia.. ada waktu aku berharap aku mampu berada seperti di tempatnya, aku mampu berada seperti disisi nya, aku mampu menjadi sepertinya.. tapi aku lebih sayangkan kehidupan aku yang berselang seli antara warna pudar dan warna pelangi... kerana aku yakin orang lain yang aku impikan kehidupannya itu pon masih mengimpikan kehidupan manusia yang lain dari nya..
sama la jugak dengan dia.. dia merasakan hidup aku cukup sempurna di matanya.. dia ingin jadi seperti aku, tak dapat lebih dari itu pon tak mengapa, asalkan mampu sebaik kehidupan aku.. sedangkan aku pulak mengimpikan kehidupan seperti si polan dan si polan.. si polan pulak mesti ada mengimpikan kehidupan seperti manusia lain.. dan akhirnya akan ada insan yang berharap dan mengimpikan untuk mendapatkan kehidupan seperti dia..
ye, yang aku cuba katakan ialah, kita ni hidup atas bumi yang bulat, seluas mana pun bumi ini, masih tetap dan tak mampu di sangkal yang ianya bulat dan akan kekal begitu.. jadi hidup ini hanya akan berkisar dalam bulatan ini saja.. begitua la kehidupan kita.. semua orang mengimpikan hidup orang lain, yang akhirnya sampai ke diri sendiri semula.. jadi ada baiknya jika kita lebih menghargai kehidupan kita ini kan..?
waktu aku baca mesejnya yang berharap dia mampu menjalani hidup sebahagia aku, aku tersenyum dan berkata sendirian, "Dia masih tak mengenali diri aku langsung rupanya, banyak sangat rahsia aku dari kawan-kawan agaknya.." mungkin dia memang kena menjadi membaca setia blog ni kot kalo nak tau lebih lagi pasal aku.. kihkihkih..
rasanya di blog ni, aku lebih menjadi diri aku.. aku luah sahaja segala yang aku nak luah.. andai aku rasa tak sesuai dibaca orang, aku tak akan publish.. andai rasanya ia tak terlalu sensitif, jadi la habuan untuk sesiapa yang sudi menjengah.. hihihi...
aku memang tak pandai nak meluahkan apa-apa dengan tuturan dari mulut dengan betul dan bijak.. tapi aku mampu bercerita panjang dengan berbekalkan pen dan kertas, atau di zaman canggih ni, di mesin electronic ini..
jadi aku lebih mudah untuk berasa selesa nak menjadi jujur dengan diri bila aku menghadap blog aku ni.. nak-nak pulak bila aku dah stop menulis diari.. bahaya menulis diari bila terpaksa tinggal di hostel.. pengalaman masa pra dulu, ada manusia menceroboh diari aku.. sejak dari hari itu, aku stop terus menulis diari..
cerita, bebelan dan tulisan aku disini semua dekat sangat dengan hati.. terasa selesa menjadi diri sendiri.. so aku tak hairan kalau ada manusia yang tak pernah berjumpa dengan aku di alam nyata, boleh terasa cukup kenal siapa aku hanya dengan membaca blog aku ni.. hahaha.. kelemahan aku, aku tak boleh menipu bila aku menulis/menaip..
so kawan, andai awak terbaca lah blog ni, mungkin awak akan rasa bersyukur sebab Allah tak kabulkan doa awak untuk mendapat kehidupan seperti saya, or seperti sesiapa pon yang lain, sebaliknya Allah terus kentalkan jiwa awak untuk berdiri tegak di paksi dunia ini..:)
till next post, assalamualaikum & peace upon all of u..:D