Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, 18 June 2018

When We Walk, Sometimes We Fall

Assalamualaikum & peace be upon you all.

Almost one and a half year apart from last entry; For my long absent, I am sorry.

Canggung nya nak start typing ni. Lama sangat dah tak type entry untuk share publicly. Hihi.
First of all, selamat hari raya to all. Moga Allah hadirkan rasa gembira dan bersyukur yang berganda-ganda dalam hati kita setelah berjaya mendidik nafsu kita selama sebulan yang lepas. Hooorayyy.. Alhamdulillah.. Hihi.. Secondly, walaupun almost one and a half year aku tak up new entry, actually banyak je entries yang aku type dalam ni. But I saved it as draft, then later deleted. Kihkihkih. Around early 2010 dulu, I made a big mistake with my blog, and the result was tercalarnya sebuah persahabatan. Since that day I realised that I should never ever share any bad feeling in the blog. Tak kira la benda tu cuma perasaan aku yang terlalu mengikut emosi or worst sampai tahap mengumpat mengata orang. I try my best to only type and share all colourful words with positive vibes kat sini. Hence here is the result, I did not post any new entry for a long time. Haha. Hidup I penuh dengar aura hitam lately ni.. But I do feel good with it. Okay done with the longgg intro.

Last entry, aku sembang pasal defend kan. Haa that not-so bright entry tu. Haha.

Alhamdulillah, walaupun the worst journey throughout of my life was happen on 2017, but I was survived. Alhamdulillah, Sekarang badai dah stop, pantai dah tenang, tinggal kesan-kesan dari ribut tu je masih bersisa. Biasa lah, lepas ribut, cleaning process and recovery process tu akan ambil masa kan. Nak bersihkan segala sampah sarap, nak baiki tembok yang runtuh, nak bina kubu pemecah ombak yang baru, nak tanam pokok-pokok yang tumbang balik, banyak kan kerja nya. Sama la life aku sekarang pun. Tengah melalui cleaning and recovery process. Haha. Regardless how strong and often the storms came until end of last year, I survived. Itu yang penting.

First-half of 2018 dah sampai kat hujung lap, finish line dah clear nampak sekarang. Second-half 2018 ni, semoga Allah terus mudahkan segala urusan kita semua.

Walaupun aku survived, I know the scars won't heal easily but slowly; I believe time will heal everything. One day, when I visit these memory lane, I will smile brightly to all these bittersweet memory. Until that day come, I will keep on walking.

You know, there will be very painful moments in our life that will change our entire world in a matter of minutes; or seconds. These moments will change us. But let them make us  stronger, smarter, and kinder. Don't let ourselves become someone that we are not. Cry, scream; if you have to. Then let straighten out that crown and keep moving.

Actually, these past few months, sejak aku ada banyak free time untuk tengok sekeliling, aku sedar dan betul-betul faham maksud 'setiap orang ada level ujiannya sendiri'. Yang Allah dah develop secara exclusive and specially for each of us. Maybe we will see similar story or difficulty, but will never be the same.

Di sebabkan itu, kalau kita rasa masalah or dugaan pada kita, and kita boleh walk out from those difficulty without much injuries, tak bermaksud orang lain mampu harungi sama macam kita. Keadaan nya sama macam bila kita pergi jungle tracking. Kita lalui denai yang sama, tapi tak semua orang keluar dengan keadaan yang sama. Ada yang keluar safe and sound, ada yang terseliuh, ada yang kena gigit pacat, ada yang pengsan, and macam-macam lagi kan. Sebab tu, jangan pernah letak hukum pada orang lain melainkan anda memang seorang hakim. Hihi. And jangan pernah cakap "Alah, aku pernah hadap benda lagi teruk dari tu, takda pulak aku sampai nak jadi macam dia". Are we really sure that 'benda lagi teruk' kita tu memang lagi teruk dari orang tu?

Bila kita terjatuh semasa berjalan, kita akan pandang sekeliling tempat jatuh tu untuk cari apa punca kita jatuh. Dan bila dah jumpa, kita akan alihkan, atau kita akan mark supaya kita takkan jatuh lagi di tempat yang sama. Jatuh tu normal. Jatuh tu lumrah. Tapi samada kita bangun terus, kita ambik masa untuk perhatikan sekeliling, kita duduk sekejap hilangkan sakit, semua tu bergantung pada keadaan; keadaan kita, keadaan sekeliling, etc....


Hurm... aku membebel pepanjang kali ni. Tapi aku tak pasti apa conclusion dari entry ni. Haha..

Moga Allah sentiasa beri kita kekuatan untuk tempuhi and lalui ujian-ujian yang Dia dah bentukkan untuk kita. Semoga Allah beri kesihatan yang optimum kepada kita untuk terus kuat dan cekal physically and mentally untuk berjalan semula. Semoga 'jatuh' kita itu sebenarnya hantar ruang untuk kita berehat sebelum meneruskan langkah berjalan ke titik akhir hidup kita.

Amiin.

Again. Selamat hari raya Aidilfitri 1439H/ 2018M. :)

Assalamualaikum.