assalamualaikum & salam sejahtera
aku ingin sekali mengejar pelangi,
kerana ada yang berkata,
di kaki pelangi terdapat harta..
bagiku,
harta yang dimaksudkan bukanlah harta dunia,
tetapi harta untuk hati ini...
aku sentiasa cuba mengejarnya,
namun mengapa,
semakin cuba aku dekati,
semakin jauh ia pergi..
adakah kerana aku tak layak untuk mendekatinya,
atau ia tak mungkin ku miliki..?
mungkinkah ada pelangi lain yang bisa ku kejar,
atau mungkin yang akan mengejarku..?
aku masih lagi di sini,
berbolak balik menghitung kemungkinan itu,
sedangkan pelangi itu masih dihadapan mata dan hanya menanti saat ia hilang,
tanpa mampu aku menyentuhnya..
assalamualaikum & papai..