Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label Baju melayu baju kurung. Show all posts
Showing posts with label Baju melayu baju kurung. Show all posts

Saturday, 3 January 2015

End of 2014

Assalamualaikum & hi. ^ ^

AMARAN : ENTRY INI MENGANDUNGI TER-LALU BANYAK GAMBAR SEPANJANG HAYAT BLOG INI. SEKIAN~~~~

It's 3rd day of 2015 dah, dear. Ohh mannn (gaya Afrina)..

Tapi cerita tahun lepas masih belum story lagi. Sorry blog coz didn't have enough time to write a nice ayat dalam nieh. As usual, banyak entry sebenarnya, tapi semua di 'save draft' sebab type separuh jalan. Hihi..

So I think I just want to 'tero-bek' few events sepanjang 3 bulan terakhir 2014 lepas.

UTP 14TH CONVOCATION CEREMONY - 19th Oct 2014
Since this is the major event for my own life, so harus wa wajib la paling banyak picture. Kihkihkih.. Kalau rasa annoying mohon tutup awal-awal, nanti termuntah darah, aku gak salah. Sorry awal-awal yer. :)




 



















AMALINA'S WEDDING - 13th Dec 2014

Since aku agak busy jadi runner + mak andam pengantin baru ni, so aku tak sempat ambil banyak gambar. Sedang menanti gambar-gambar ehsan dari camera adik-adik juniors and family and kawan-kawan pengantin aja lah. Haha..




ALANG'S WEDDING - 19th & 20th Dec 2014

Disebabkan seminggu before kenduri Alang ni, aku dah ambil cuti untuk pergi interview, maka terpaksa lah aku ponteng majlis akad Alang. Cuma hari walimah aja aku pergi. Nasib budak kerja part time, gini la.
Dari wedding Along, bawa lah ke wedding Etit, sampai lah ke wedding Alang, 3 kali tu juga lah aku terlepas majlis nikah abang-abang aku.
Satu time diploma, nikahnya time aku tengah mid-term tests, memang melepas la.. Walimah kat belah rumah kami baru aku ada.
Second time baru 5 hari start praktikal, memang tak berani la aku nak apply cuti kan. Bad reputation pulak kang practical tak sampai seminggu nak apply cuti. Haha.
Now disebabkan status aku yang busy mencari kerja, interview punya pasal, burn majlis nikah abang sendiri.
Tinggal Angah je lagi ni, kalau time Angah nanti pun aku miss, memang dasyat betul la kiranya aku ni kan. Huhu.. T_T









Okay, abaikan picture yang last sekali tu. Kihkihkih. Anyway, congratulation to all of us. Haha.

P/S: Mohon tembakan doa untuk aku dapat kerja tetap ASAP ye. I want to start build my career soon. Don't forget doakan juga untuk mangsa banjir dan flight AirAsia sama ye.

Till next post,
Assalamualaikum and peace be upon all of you. ^ ^

Tuesday, 10 September 2013

Anak-anak

Assalamualaikum and peace be upon you.

Rasulullah sallallahualaihiwassalam menganjurkan kita untuk memanjakan, mengasihi, dan menyanyangi anak-anak dengan kasih sayang yang tak terbatas sepanjang usia mereka dari satu hingga 7 tahun.

P/s: Tertunda planning diet malam ni bila anak saudara requested nak dinner dengan aku.

Assalamualaikum and peace be upon you.

Wednesday, 28 August 2013

A Better Muslimah

Assalamualaikum & peace be upon you.

Pernah dengar kisah Saidina Umar Al-Khattab dengan penjual susu? Aku suka kisah ni. Aku tahu pasal kisah ni masa darjah 4. Ustazah cerita tentang kisah ni supaya kita ambil ibrah dari kisah ni. Temanya Jujur. Tapi kali ni, aku nak luaskan skop ibrah dari kisah ni. Apapun, meh aku cerita sikit secara ringkas tentang kisah ni.

Suatu malam, waktu Saidina Umar berjalan untuk meninjau keadaan rakyatnya, beliau terdengar perbualan dua orang wanita.

Wanita A : Wahai anakku, cepat lah campurkan susu ini dengan sedikit air.
Wanita B : Wahai ibuku, tidakkah ibu mendengar arahan dari Ameer al-Mu'mineen hari ini?
Wanita A : Apakah arahannya itu?
Wanita B : Beliau mengarahkan seseorang untuk mengkhabarkan dengan suara yang kuat supaya susu tidak dicampurkan dengan air.
Wanita A: Cepat bangun dan campurkan susu dengan air. Kamu berada di tempat yang Umar tidak mampu melihatmu.
Wanita B : Saya tidak boleh menurut perintahnya di khalayak ramai dan melanggar perintahnya dalam sembunyi.

Selepas Umar mendengarkan perbualan tu, Umar arahkan Aslam untuk melihat siapa wanita yang berbual tu, dan selidik jika dia telah bersuami atau tidak.

Aslam pergi ke tempat tu, dan Aslam dapati seorang wanita dan anak gadisnya yang bersembang tu, and the thing is, anak gadis tu belum bersuami. Jadi Umar kahwinkan anak gadis tu dengan anak lelakinya.

And wanita B tu akhirnya melahirkan seorang insan hebat, iaitu Umar Abdul Aziz.

Yup, kalau sepintas lalu, kita nampak ibrahnya bila berlaku jujur ni, Allah akan murahkan rezeki kita. Dari hidup susah menjual susu yang tak seberapa pendapatannya, akhirnya menjadi seorang isteri kepada orang besar. Tapi cuba kita tengok dari segenap penjuru.

Ibrah yang lebih besar kat sini, dengan akhlah kita, as a Muslimah, sebagai umat Islam, akhlak yang baik tu perlu sentiasa di bentuk, di baiki, di percantikkan dan di amalkan. Supaya anak yang bakal dilahirkan dan di didik nanti, sehebat, mungkin lebih hebat lagi, daru Umar Abdul Aziz.

Kita patut sedar, melahirkan dan mendidik anak ni bukan untuk kesenangan, jauh sekali untuk kebanggaan kita di hari tua. Kita lahirkan dan didik mereka as amanah dari Allah untuk jadikan mereka tu menegak agama kita. Biar anak-anak kita nanti jadi hak dan hamba-Nya secara total. Mengejar kejayaan dunia demi menaikkan Islam. Mengejar ganjaran akhirat sebagai kejayaan sejati.

Untuk dapatkan anak-anak kita jadi seperti tu, maka dari kita la sendiri. Kalau kita sendiri tak ada biah macam yang diperintahkan oleh Allah, macam mana kita nak harap anak kita pandai untuk berakhlak terpuji?

So, jom be a better Muslimah. Try our best to be a better Mukminah.

InsyaAllah. Ada jalannya.. :)

"The believers are only the ones who have believed in Allah and His Messenger and then doubt not but strive with their properties and their lives in the cause of Allah . It is those who are the truthful." [ Al-Hujurat 49: 15]

Assalamualaikum and peace be upon you.

Saturday, 14 April 2012

Random#5

Assalamualaikum & hai.

Siapa seseorang itu selepas berkahwin dengan kita adalah lebih penting dari siapa dia sebelum dan semasa berkahwin dengan kita.

Suami memberi tarbiah, isteri memberi ketaatan. Tak semestinya kita mesti memilih insan yang cukup baik agamanya untuk menjadi pasangan kita. Tapi lebih baik kita mempersiapkan diri kita agar mampu menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari sehari ke sehari. Tak semestinya yang agama kurang itu selamanya begitu. Mana tahu dengan agama yang kita ada mampu membantu dia menjadi hamba-Nya yang lebih baik selepas ini. Bahkan mungkin lebih baik dari kita.

Assalamualaikum & peace be upon you.

Tuesday, 20 March 2012

Baitulmuslim - Kau Pilihanku

Assalamualaikum & hai.

Hari jumaat lepas, aku ada test Chemical Engineering Thermodinamics. Haa, nama nak gempak kan. Tapi test tu baru cover sampai part basic thermo je. Tak masuk lagi part chemical eng punya. Test tu kononnya start pukul 8pm. Tapi at last, 8.35pm baru dapat start.. But, bukan ni yang aku nak cerita. Saja je selitkan pasal test. Hihi. Test sepatutnya habis pukul 9.30pm. And aku sebenarnya dah beli tiket Forum Baitulmuslim dah. Sepatutnya start forum tu pukul 9pm. Tapi test penting lagi kot. So hadap test dulu. Habis je test, aku terus gerak ke Chancellor Hall. Syukur la masa aku sampai kat seat aku tu, panel 1st baru kasi salam pembuka. Means aku belum terlepas forum lagi la. :)

BTW, sepanjang aku dah masuk UTP ni, ini kali kedua aku join forum ni. Tahun lepas, tajuknya "Kahwin Awal, Bersediakah Aku?", tahun ni pula tajuknya "Kau Pilihanku". So hari ni aku nak share sikit la points yang disebut dalam forum tu. But, tak semestinya points ni aku huraikan sama macam yang dalam forum tu okay. Sebab kalau ada contoh lain yang boleh dikaitkan selain contoh dari perkahwinan, aku akan kaitkan jugak ye.

Oh lupa nak kasi tau siapa panelnya. Panel satu ialah Ustaz Hasrizal. Iya, pengarang buku "Aku Terima Nikahnya" tu la. And panel dua ialah Ustaz Pahrol. Kalau tak kenal mereka, sila google ya. Sebab mereka bukan nama kecik kat dalam arena ceramah di Malaysia ni.

 First point masa pusingan pertama, Ustaz Hasrizal cakap pasal Istikharah. Banyak benda yang kita tak sedar tentang istikharah ni sebenarnya. Biasanya orang buat istikharah cuma bila nak pilih pasangan hidup aja. Untuk benda lain tak ada pulak nak buat istikharah. Something wrong somewhere disitu ye. And most of people, bila dah buat istikharah tapi tak nampak petunjuk, terus assume tu bukan pilihan yang terbaik. Petunjuk tu pulak demand nak dalam mimpi lah apa lah. Kalau kita ni orang yang sangat baik amalan agama, insyaAllah la kita akan dapat petunjuknya. Tapi kalau yang biasa-biasa je macam aku ni, sampai sudah la kot tak jumpa-jumpa. Jadi biasanya macam mana kita nak tahu? Bila kita rasa yakin nak pilih satu-satu keputusan tu, means itu lah yang Allah dah tetapkan buat kita. InsyaAllah.:)

Hurm, tahu tak yang sebenarnya jodoh tu pun adalah satu dari rezeki? Btw, let me share one thing with you. Listen to this. Burung, satu makhluk ciptaan Allah yang comel dan diberi keistimewaan boleh terbang, tinggi. Tapi tak punya keistimewaan akal macam kita. Burung still ada rezeki yang Allah dah tetapkan untuknya setiap hari. Tapi burung tu kena terbang untuk dapatkan rezekinya tu. Baru lah bila dia keluar pagi-pagi dengan perut kosong, but then balik petang-petang mesti kenyang penuh perutnya. Same goes to jodoh. Jodoh kita memang dah ditetapkan. Tapi kena la cari. And bagi aku, sama juga lah untuk masa depan kita. Semua tu dah ditetapkan. Tapi kena lah ada usaha. Sebab kalau tak ada usaha, mungkin perkara yang sepatutnya kita dah capai tu akan terlewat sikit kita dapat.

Apapun, andai kita nak pilih seseorang tu sebagai calon kita, tak semestinya dia mesti dah cukup baik. Tak semestinya kita mesti dapatkan yang dah sedia baik. Tapi carilah seorang yang nak sentiasa mengubah dirinya menjadi lebih baik.

Owh before aku terlupa, there no such a thing like "Dia bukan jodoh yang betul untuk aku.", etc etc okay. Yang ada cumalah "Sampai sini sahaja jodoh kami."

Okay nanti aku share pasal talk session with Wardina Saffiyah and motivation session with Prof. Dr. Muhaya Mohamad. Tak sempat nak post entry setiap hari. Sorry.

Till then, assalamualaikum & peace be upon you.

Wednesday, 29 February 2012

Nasihat Asma' bin Kharijah Al-Fazzari Buat Anaknya

Assalamualaikum & hai.

Roommate aku paksa aku baca novel Jaja & Din hari tu. Mula-mula aku macam malas sikit nak terus baca, bajet nak baca bila aku free aja. Sebab cover novel tu macam novel untuk remaja sekolah menengah aja. Tapi since roommate aku dok desak-desak, siap cakap ada banyak soalan yang aku cakap secara random hari tu ada dalam novel tu, so aku pun ambil la novel tu dari rak buku beliau.

And senang cakap, she is right. Banyak benda yang aku cakap hari tu, ada dalam buku tu. And aku tak rasa rugi baca novel tu walaupun dalam keadaan aku tengah busy dengan study sekarang ni. Banyak isi dari sudut Islam yang boleh kita renungkan dari jalan cerita novel ni. Try la baca okay.

By the way, aku ada ambil something dari novel tu untuk share kat sini. Ini di ambil dari nasihat Asma' Bin Kharijah Al-Fazzari, untuk anaknya waktu menghantar anaknya ke alam perkahwinan. Pendekkan maksud aku kat sini, ayat ni boleh lah kita jadikan nasihat buat bakal pengantin yang bakal melangkah ke satu ruang alam baitulmuslim. Okay ini dia ayat yang aku quote dari novel Jaja & Din tu:

Saat ini dikau keluar dari sangkar emasmu,
Menuju ranjang yang tak kau kenal,
Dan teman yang engkau belum terbiasa dengannya.

Jadilah dikau buminya,
Maka dia akan menjadi langitmu,
Jadilah permaidaninya,
Dia akan menjadi tiang sandaranmu,
Jadilah hambanya,
Maka dia akan menjadi sahayamu.

Jagalah olehmu penciuman, pendengaran dan penglihatannya...
Jangan biarkan dia mencium daripadamu, kecuali aroma yang harum-harum sahaja.
Jangan biarkan dia mendengar kata daripadamu, kecuali yang baik-baik sahaja.
Jangan biarkan dia memandang daripadamu, kecuali yang indah-indah sahaja.

Sayiditina Aisyah pernah pesan,
Jika kau mempunyai suami, dan kau dapat cabut hatinya. Dan meletakkan di tempat yang lebih baik dari tempatnya sekarang, hendaklah kau buat.

Dalam rumahtangga tu mesti lah ada masa-masa kita diuji, di beri seribu satu permasalahan kan. And andai saat tu perasaan terasa bagai dihimpit, better kita ingat ayat dalam surah An-Nissa', ayat 19 bermaksud;
"...Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

Okay, tu je aku nak share. Actually aku harap once aku dah melangkah ke alam baitulmuslim nanti, perkara-perkara ni akan aku pegang. InsyaAllah.

Assalamualaikum & peace be upon you.

Sunday, 12 February 2012

Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung

Assalamualaikum & hello....:)


Okay, tajuk entry kali ni aku petik dari tajuk ceramah kat Seminar Room malam semalam. Aku mula-mula nampak poster ceramah ni dari jauh, macam kiut lah pulak aku rasa. Sebab ada sepasangan manusia ni, berbaju melayu and baju kurung warna pink, berdiri di bawah payung, dengan keadaan fizikal si gadis lebih tinggi dari si jejaka. Haa, disebabkan ke-comel-an pasangan tu dari segi fizikal and berbaju kurung and baju melayu sedondon tu la dah mampu buat hati aku tergerak untuk datang dekat dengan poster tu untuk baca paster tu. Then baru aku nampak tulisan tajuk ceramah, tarikh, masa and tempat ceramah tu.

~comelkan pasangan ni?~


By the way, aku pergi ceramah tu dengan roomate aku and kawan beliau. Since kitorang bersemangat sangat nak dengar ceramah tu, boleh tersilap tengok masa pulak. Ceramah kononnya start 9pm (walaupun dekat 9.40pm baru start sebenarnya), tapi kitorang pulak sebab excited sangat, boleh terlupa ceramah tu pukul berapa so kami assume ceramah start pukul 8pm. Bahananya terpaksa la solat Isyak kat surau undercroft tu walaupun aku tak suka solat kat situ sebab telekungnya berbau hapak.


Back to entry title. Actually dalam pertengahan tahun lepas, aku memang pernah dengar tajuk ceramah ni dari seorang kawan aku yang belajar dengan Melbourne University. Beliau ceritakan pasal input yang beliau dapat dari ceramah tu. And suddenly kat UTP pon ada pulak ceramah BBMBBK ni, for sure lah aku nak pergi.

So meh aku share sikit input penting dalam ceramah BBMBBK semalam (sikit je la, sebab aku malas nak type huraian nya, aku rasa isi nya saja cukup lah untuk aku type kan).

Menurut Ustaz Zamri (panel 1), dalam Islam, secara asasnya kaum lelaki hendaklah bergaul luas sementara kaum perempuan hendaklah duduk di rumah. Tapi itu secara ASAS nya. Sebagai manusia, kita mempunya fitrah hidup kita yang tak sama dengan haiwan dan tumbuhan atau mana-mana makhluk lain. Atas dasar fitrah itu, kita sebagai kaum wanita ni boleh keluar rumah untuk bergaul atas urusan tertentu, tapi dengan syarat, dia keluar  dalam keadaan selamat. And sapa pulak yang perlu pastikan kaum hawa ni boleh keluar rumah dalam keadaan selamat? Kaum adam lah.

Okay itu la point yang paling penting, yang menjadi pokok paling utama untuk mengupas tajuk ni. Other then that biasa lah, kalau dah cakap pasal pergaulan, then akan masuk lah pulak pasal garis panduan batas pergaulan, and inisiatif-inisiatif yang boleh diambil untuk menbendung masalah pergaulan sampai menjadi taboo dalam masayarat muda kita zaman laa ni.

Okay aku dah mengantuk gila ni, jadi sampai sini saja.

Assalamualaikum & may peace be upon you.:)