Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Monday, 18 June 2018

When We Walk, Sometimes We Fall

Assalamualaikum & peace be upon you all.

Almost one and a half year apart from last entry; For my long absent, I am sorry.

Canggung nya nak start typing ni. Lama sangat dah tak type entry untuk share publicly. Hihi.
First of all, selamat hari raya to all. Moga Allah hadirkan rasa gembira dan bersyukur yang berganda-ganda dalam hati kita setelah berjaya mendidik nafsu kita selama sebulan yang lepas. Hooorayyy.. Alhamdulillah.. Hihi.. Secondly, walaupun almost one and a half year aku tak up new entry, actually banyak je entries yang aku type dalam ni. But I saved it as draft, then later deleted. Kihkihkih. Around early 2010 dulu, I made a big mistake with my blog, and the result was tercalarnya sebuah persahabatan. Since that day I realised that I should never ever share any bad feeling in the blog. Tak kira la benda tu cuma perasaan aku yang terlalu mengikut emosi or worst sampai tahap mengumpat mengata orang. I try my best to only type and share all colourful words with positive vibes kat sini. Hence here is the result, I did not post any new entry for a long time. Haha. Hidup I penuh dengar aura hitam lately ni.. But I do feel good with it. Okay done with the longgg intro.

Last entry, aku sembang pasal defend kan. Haa that not-so bright entry tu. Haha.

Alhamdulillah, walaupun the worst journey throughout of my life was happen on 2017, but I was survived. Alhamdulillah, Sekarang badai dah stop, pantai dah tenang, tinggal kesan-kesan dari ribut tu je masih bersisa. Biasa lah, lepas ribut, cleaning process and recovery process tu akan ambil masa kan. Nak bersihkan segala sampah sarap, nak baiki tembok yang runtuh, nak bina kubu pemecah ombak yang baru, nak tanam pokok-pokok yang tumbang balik, banyak kan kerja nya. Sama la life aku sekarang pun. Tengah melalui cleaning and recovery process. Haha. Regardless how strong and often the storms came until end of last year, I survived. Itu yang penting.

First-half of 2018 dah sampai kat hujung lap, finish line dah clear nampak sekarang. Second-half 2018 ni, semoga Allah terus mudahkan segala urusan kita semua.

Walaupun aku survived, I know the scars won't heal easily but slowly; I believe time will heal everything. One day, when I visit these memory lane, I will smile brightly to all these bittersweet memory. Until that day come, I will keep on walking.

You know, there will be very painful moments in our life that will change our entire world in a matter of minutes; or seconds. These moments will change us. But let them make us  stronger, smarter, and kinder. Don't let ourselves become someone that we are not. Cry, scream; if you have to. Then let straighten out that crown and keep moving.

Actually, these past few months, sejak aku ada banyak free time untuk tengok sekeliling, aku sedar dan betul-betul faham maksud 'setiap orang ada level ujiannya sendiri'. Yang Allah dah develop secara exclusive and specially for each of us. Maybe we will see similar story or difficulty, but will never be the same.

Di sebabkan itu, kalau kita rasa masalah or dugaan pada kita, and kita boleh walk out from those difficulty without much injuries, tak bermaksud orang lain mampu harungi sama macam kita. Keadaan nya sama macam bila kita pergi jungle tracking. Kita lalui denai yang sama, tapi tak semua orang keluar dengan keadaan yang sama. Ada yang keluar safe and sound, ada yang terseliuh, ada yang kena gigit pacat, ada yang pengsan, and macam-macam lagi kan. Sebab tu, jangan pernah letak hukum pada orang lain melainkan anda memang seorang hakim. Hihi. And jangan pernah cakap "Alah, aku pernah hadap benda lagi teruk dari tu, takda pulak aku sampai nak jadi macam dia". Are we really sure that 'benda lagi teruk' kita tu memang lagi teruk dari orang tu?

Bila kita terjatuh semasa berjalan, kita akan pandang sekeliling tempat jatuh tu untuk cari apa punca kita jatuh. Dan bila dah jumpa, kita akan alihkan, atau kita akan mark supaya kita takkan jatuh lagi di tempat yang sama. Jatuh tu normal. Jatuh tu lumrah. Tapi samada kita bangun terus, kita ambik masa untuk perhatikan sekeliling, kita duduk sekejap hilangkan sakit, semua tu bergantung pada keadaan; keadaan kita, keadaan sekeliling, etc....


Hurm... aku membebel pepanjang kali ni. Tapi aku tak pasti apa conclusion dari entry ni. Haha..

Moga Allah sentiasa beri kita kekuatan untuk tempuhi and lalui ujian-ujian yang Dia dah bentukkan untuk kita. Semoga Allah beri kesihatan yang optimum kepada kita untuk terus kuat dan cekal physically and mentally untuk berjalan semula. Semoga 'jatuh' kita itu sebenarnya hantar ruang untuk kita berehat sebelum meneruskan langkah berjalan ke titik akhir hidup kita.

Amiin.

Again. Selamat hari raya Aidilfitri 1439H/ 2018M. :)

Assalamualaikum.






Thursday, 12 March 2015

Random #11

Willfully Ignorant

“We can easily forgive a child who is afraid of the dark; the real tragedy of life is when men are afraid of the light.” ― Plato

“A man is responsible for his ignorance.” ― Milan KunderaLaughable Loves

"Willful ignorance is the state and practice of ignoring any sensory input that appears to contradict one's inner model of reality. At heart, it is almost certainly driven by confirmation bias. It differs from the standard definition of "ignorance" --- which just means that one is unaware of something --- in that willfully ignorant people are fully aware of facts, resources and sources, but refuse to acknowledge them."

P/S: I finally realized that all the misunderstood and rumors about me during my 'World of Learning' few years back was because of my WILLFUL IGNORANCE, because I keep blamed others for accusing me before trying to get to know the real me, because repeatedly told myself that I don't have to say or proof anything to show them that what they thought are totally wrong. (Tarik nafas...) I should be more friendly toward them back then, so that I can proof it that all those rumors are wrong. But what I did is JUST LET MY WILLFUL IGNORANCE CONTROLLED THE SITUATION. Sampai sekarang kena tabahkan diri bila rumors dari zaman tu sampai ke telinga. Dear Naq, moga kau belajar dari kesilapan ni, and stop blamed others for all those rumors.

Assalamualaikum & peace be upon you. ^__^

Friday, 22 August 2014

Random #10

There are so many people out there who will tell you that you can't. What you've got to do is turn around and say, 
"Watch me!"

Assalamualaikum and peace be upon you. ;)

Thursday, 21 August 2014

Kasut, Si Pemilik, dan Destinasi

Assalamualaikum & peace be upon u.. :)

Ada sepasang kasut. Di pilih dari sebuah kedai biasa, di pakai dan di jaga sebaiknya. Walaupun dari kedai biasa, tapi kerana cermatnya di jaga, semua mata rasa kasut tu istimewa. Hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Kasut bertukar pemilik, bertukar destinasi. Kehidupan baru bersama pemilik baru, dan suasana baru, tempat baru. Kasut tak lagi terlihat istimewa. Mungkin kerana faktor penjagaan yang berbeza, mungkin di sebabkan suasana yang berbeza, mungkin dah tamatnya zaman kegemilangan kasut itu, mungkin, mungkin, mungkin. Pelbagai spekulasi. Tak pasti di destinasi baru ini, sejauh mana kasut mampu memberi keselesaan dan keistimewaan kepada pemilik. Tak pasti hingga mana tapaknya mampu terus utuh memijak bumi, menahan geseran langkah pemilik. Entah esok, entah lusa, haus lah tapaknya.

Tiba-tiba pemilik ambil kasut, bersihkan, gilap semula, dan katakan padanya, "Terima kasih kerana bersabar dan setia bersama susah senang dengan ku di sini, walau cuaca pelbagai ragam di tempat ini. Perjalanan kita akan tamat tak lama lagi. 2 minggu sahaja lagi. Maafkan aku, terlalai dari menjaga kebajikanmu sebelum ini."

Kasut gembira. Bukan kerana akan meninggalkan tempat baru, tapi kerana akhirnya kasut terasa istimewa semula. Walau hanya di pandangan pemiliknya.

-TAMMAT-

InsyaAllah aku bakal bergraduasi dari alam undergraduate dalam masa 2 minggu lagi.
Doakan untuk aku dan batchmates aku ye. ^_^
Thanks.

Until next entry (insyaAllah dengan title penanam anggur),
Assalamualaikum and peace be upon u. ;)

Tuesday, 29 April 2014

Random #9


"A new day gives a new chance, a new day gives a new hope, a new day gives you a new chance and hope to find happiness."

Assalamualaikum and peacebe upon you.

Thursday, 25 July 2013

Random#8


[1]
Aku enggan
kau relakan
aku tinggal
kau kendongkan
aku lari
kau kejar

Wahai hitam
pergilah engkau
wahai gelap
lenyaplah engkau
wahai silam
kelamlah engkau

Putih suci
terang cerah
bahagia gemilang.

[2]
Lihat kertas putih ini
terkotor dengan setitik hitam pekat
langsung tak di pandang orang.
Tak apa
mari kita corakkan lagi
biar indah biar tersorok celanya
bersyukur dengan 'broken road'

Lihat tiang ini
telah cacat dek lubang nan satu
langsung hilang seri tiangnya.
Tak apa
mari kita letakkan paku
dan gantungkan ayat-ayat suci Al-Quran
moga-moga mata yang melihat ayat-ayat ini akan membacanya
moga-moga hati-hati yang membacanya akan semakin dekat dengan-Nya
bersyukur dengan 'broken road'.

p/s: Setiap makhluk di muka bumi ini telah di berikan module-module ujian dari Allah SWT. Telah dirancang khas dan khusus untuk setiap individu tersebut. Walaupun pernah lalu jalan jauh, masih boleh sampai ke destinasi terakhir. Walaupun pernah tersalah simpang, masih boleh U-turn semula. We should be bless the broken road. Itu kan pengalaman hidup kita. Jangan pernah fikir kita tak punya jalan pulang, tak punya ruang dan peluang untuk bertaubat. Allah sangat menyayangi hamba-hamba-Nya yang berbuat dosa lalu bertaubat dan istiqamah mencari keredhaan-Nya.

"But whoever repents after his wrongdoing and reforms, indeed, Allah will turn to him in forgiveness. Indeed, Allah is Forgiving and Merciful. Do you not know that to Allah belongs the dominion of the heavens and the earth? He punishes whom He wills and forgives whom He wills, and Allah is over all things competent." 
[5:39-40] ~Surah Al-Ma'idah, Verses 39-40~

Assalamualaikum and peace be upon you.


Monday, 25 March 2013

Random#7

[1]

Saat dua jasad berpelukan
berpegangan tangan
tanpa sebarang ikatan
dalam keadaan yang tak halal
bahagia yang terasa hanyalah seketika.

Saat pelukan terungkai
saat genggaman tangan di lepaskan
bahagia pun hilang
hanya gusar yang bersarang.

Adakah bahagia itu akan terus kekal?
Adakah pelukannya, genggaman tangannya, cintanya, kasihnya, hatinya,
akan terus kekal?
Adakah dia akan kekal dimiliki?

[2]
Bahagia ku hilang
di telan gusar.

Aku benci hidup kegusaran, ketakutan
dia, tetap belum ku punya.

Segalanya salah
segalanya dosa dan noda.

Aku perlukan cinta yang tak perlukan gusar
cinta yang sentiasa bahagia
cinta yang tak bergelumang dengan dosa dan noda.

Bukan cinta dia yang buat aku bahagia
tapi cinta yang aku biarkan sepi selama ini yang perlu ku baja.

[3]
Allah ampuni ku Ya Allah
menolak cinta-Mu yang sangat mahal tapi halal, indah dan bahagia.

Tiada gusar kehilangan cinta
tiada takut terlepas kasih
kerana Allah sentiasa mencintaiku.

Ampuni dosa dan noda ku selama ini Ya Allah
berikan aku peluang
untuk menyemai cinta-Mu ini Ya Allah

p/s: Monolog 2 jiwa, di 3 waktu berbeza.

Tuesday, 17 April 2012

Random#6

Assalamualaikum & hai.

Whenever you don't understand what's happening in your life, you just have to close your eyes, take a deep breath and say, "Oh Allah, I know its Your plan, I put my trust in You."

Kita tak akan rugi bila sentiasa bersangka baik dengan Allah. Sebab dengan bersangka baik pada Allah baru lah kita mampu menjadi hamba-Nya yang sentiasa yakin dan percaya bahawa setiap yang berlaku dalam hidup kita ini, Allah dah aturkan jalan yang lebih indah untuk hari depan. Tak semestinya hari depan tu bermaksud untuk hidup kita di muka bumi ni. Tapi boleh jadi juga di akhirat nanti. Andai hidup di dunia ini banyak ujian nya, aku akan terus belajar istiqamah untuk redha dan tawakal pada Allah, demi mendapatkan pengakhiran yang baik dan indah di akhirat nanti. Kan ujian tu sebenarnya tanda kasih sayang Allah pada kita. Nak kasih sayang Allah kena la kuat dengan ujian-Nya di dunia ni.:)

Assalamualaikum & peace be upon you.

Saturday, 14 April 2012

Random#5

Assalamualaikum & hai.

Siapa seseorang itu selepas berkahwin dengan kita adalah lebih penting dari siapa dia sebelum dan semasa berkahwin dengan kita.

Suami memberi tarbiah, isteri memberi ketaatan. Tak semestinya kita mesti memilih insan yang cukup baik agamanya untuk menjadi pasangan kita. Tapi lebih baik kita mempersiapkan diri kita agar mampu menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari sehari ke sehari. Tak semestinya yang agama kurang itu selamanya begitu. Mana tahu dengan agama yang kita ada mampu membantu dia menjadi hamba-Nya yang lebih baik selepas ini. Bahkan mungkin lebih baik dari kita.

Assalamualaikum & peace be upon you.

Wednesday, 11 April 2012

Random#4

Assalamualaikum & hai.

Don't let the sadness of your past and the fear of your future ruin the happiness of your present.

Setiap kesedihan dalam hidup kita itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan cinta dan kasih sayang yang Allah limpahkan pada kita sehingga ke saat kita masih menarik nafas di bumi-Nya ini. Setiap perkara yang bakal berlaku dimasa depan kita, itu diluar pengetahuan kita. Jadi kenapa perlu bimbang dan takut untuk menghadapinya? Kan lebih baik andai mempersiapkan diri untuk mengapai pilihan terbaik dihari esok? Gembira hari ini menunjukkan betapa kasih dan sayang Allah pada kita. Sedih dan duka semalam menunjukkan yang Allah tak pernah tinggalkan kita sendirian. Itu peluang buat kita makin dekat dengan-Nya. Lagi sedih hidup kita, lagi banyak kita harus bersyukur. Kerana kita lebih dikasihi-Nya.

Assalammualaikum & peace be upon you.

Sunday, 4 March 2012

Random#3

Assalamualaikum & hai.

Sedarlah bahawa semua kelebihan yang ada pada kita datangnya daripada Allah. Maka bersyukurlah kepadaNya. Jalani perintahNya.

Bila hutang dengan manusia, kita boleh kumpul duit untuk langsaikan. Tapi hutang dengan Allah bukan boleh settle dengan duit. And kita wajib langsaikannya! Sekadar peringatan dan semangat buat diri aku.

Assalamualaikum & peace be upon you.

Thursday, 1 March 2012

Random#2

Assalamualaikum & hai.


Bahagia itu bukan sebagaimana yang orang nampak, tapi sebagaimana yang kita rasa.


Semoga perasaan bahagia ini akan terus mengembang dalam hati ini. Terima kasih Ya Allah untuk rasa ini.


Assalamualaikum & peace be upon you.

Sunday, 26 February 2012

Random#1

Assalamualaikum and hai.

Bila terjadi sesuatu yang sangat payah untuk menerima hakikatnya, sangat seksa untuk menelan rasanya, dan sangat susah untuk dijangkau akalnya, aku sentiasa berharap bila aku terbangun dari tidur, hal itu hanya lah satu mimpi... Tapi realitinya aku tetap terpaksa menerima hakikat walaupun payah, menelan rasa walaupun seksa, dan  menjangkau akal walaupun susah!

Semoga aku akan terus diberi kekuatan dan diberi ketabahan. Kerana setiap kejadian dan keadaan yang aku tempuh, itu pasti adalah yang terbaik buat aku.

Assalamualaikum and peace be upon you.