Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label prihatin. Show all posts
Showing posts with label prihatin. Show all posts

Thursday, 9 May 2013

GE and Me (and My Family) (o_O)/")

Assalamualaikum and peace be upon you.

Yeah, so ahad lepas (5th May 2013) rata-rata majoriti rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas dah dapat merasa pewarna kuku (pewarna jari?) colour biru kat sebelah jari telunjuk masing-masing. Hehe. Aku pun merasa gak. Tapi aku punya tak comot sangat macam parent aku. Sebab nya aku kena balloting kat pusat lain, parent aku kat tempat lain.
~Lepas balloting. Puan Emak tak puas hati sebab inai biru aku and Angah sikit je, tak comot~

 Actually pusat mengundi aku kat Pandamaran, bukan Manjung. Sebab aku masih tak tukar alamat lagi. And sometimes I feel like I don't want to change it. Sebab aku rasa lepas habis study nanti, mungkin aku akan kerja kat area Selangor or KL gak kan. Tapi InsyaAllah by the end of next year akan habis. Masa tu kita tengok lah macam mana, kat mana aku akan settle down. Hehe.

By the way, kami gerak dari Manjung lepas subuh. Then singgah rumah Along dulu since aku nak kena turunkan barang-barang aku. Alang-alang dah sampai rumah Along, semua orang rehat-rehat dulu. Tengahari baru gerak ke Klang. Mula-mula hantar Encik Bapak pergi mengundi, then Puan Emak, after that baru aku and Angah since kitorang kat tempat yang sama. Waktu aku sampai kat pusat balloting tu, dah pukul 3.25pm dah pun. memang lenggang je la tempat tu. Sampai-sampai terus kasi IC then terus masuk saluran aku. Dalam masa 2 minit, tanggungjawab aku kali ini dah berjaya aku jalankan. (Ceh ayat nak poyo. Ye aku poyo (^_^)/"))

Lepas tu kami gerak ke bandar Klang, sebab Puan Emak nak beli kain. Every time turun Klang mesti beliau nak beli kain. Mentang-mentang kat Manjung tak banyak kedai kain. Aku pulak sibuk cari kasut. Nak pakai pergi kerja. Oh, semestinya lah aku dapatkan sponsor dari orang since aku kan student lagi, belum merasa gaji. [$_$]

So berjayalah aku beli 2 pasang kasut dengan hasil usaha paw duit Encik Bapak. Mekasih Pak for your money. Hehe. Then pergi makan. Habis makan gerak ke Kapar pula. Lepas tu otw balik, aku gedik mintak kat Angah nak turun Klang semula. Nak cari stokin baru. Hehe. Okay lepas tu kami betul-betul balik rumah Along. Syukur Alhamdulillah walaupun asyik jammed je kat kawasan Kg Tunku dari pagi, tapi kitorang berjaya sampai rumah before pukul 8pm. Sebab Encik Bapak cakap mesti balik before lewat malam. Takut lah kalau-kalau ada riot ke, nanti kami stuck pulak. But Alhamdulillah tak da pape.

Owh, masa kami tunggu Encik Bapak balloting, aku perhatikan 3 orang budak muda ni, Chinese, 2 lelaki 1 perempuan. Muda lagi. Aku rasa paling tua pun umur diorang mesti sebaya aku. Aku perhatikan sebab diorang pegang bendera PAS, PKR and DAP, sambil pakai topi maskod DAP tu. 1st aku nak cakap, topi tu comel gila. Aku rasa macam nak mintak je kat diorang, tapi segan. T_T

2nd, aku rasa terharu sangat bila seorang dari mereka memang bersemangat gila kibarkan bendera PAS. Even aku pun tak buat macam tu. Malu aku rasa. Aku tunjuk thumb ups kat dia, lagi semangat dia kibar sambil senyum kat aku. Yeah, semangat IniKalilah memang membara-bara dalam diri beliau. Tak sesia usaha  diorang. PR berjaya maintain Selangor bawah diorang. Yeayy.. ^_^

Sampai hari ni masih ramai yang bercakap pasal result GE13 ni. Tapi apa nak pelik, ini kan Malaysia :)
Malam tadi kat Kelana Jaya (10 minit daru rumah Along) banjir dengan gelombang hitam kan? Actually aku terfikir nak pergi, tapi tak ada teman. Cuma doa je yang aku mampu salurkan kat diorang malam tadi. Alhamdulillah, tak ada pape kejadian buruk jadi.

Semalam ada kawan sekolah aku tanya sejak bila aku suka cakap pasal politik sedangkan dulu aku ni anti politik. Well, manusia setiap hari akan dapat pelajaran baru dalam hidupnya. Same goes to me. Selama ni aku nampak je segala benda selingkuh yang berlaku dalam negara kita ni. Dari zaman sekolah lagi aku nampak semua ni. Dari zaman budak-budak lagi aku selalu dengar semua ni. Sebab tu aku benci. Tapi benci aku pada politik takkan mampu ubah apa-apa. Langsung tak.

One day, seorang staf UTP cakap kat aku, belajar political science ni bukan bermaksud akan jadi ahli politik or penganalisa politik. Dan bila bercakap pasal politik ni, jangan pernah fikir politik ni kotor. Politik ni sangat bagus. Tapi orang-orang yang berkecimpung dalam arena politik ni yang akan mencorakkan pandangan umum kepada politik.

Bila aku dengar ayat encik tu, aku terfikir. Konsepnya sama aja lah dengan agama. Aku orang Islam. Aku tahu betapa indahnya Islam ni. Aku tahu betapa Islam ni sangat agung. Betapa Islam ni dah cukup sempurna. Betapa Islam ni mengandungi nilai-nilai moral dan akhlak yang sangat baik, cantik, daboom.

Tapi tengok lah penganut agama suci ni, yang kita kenali sebagai Muslim. Muslim yang ada sekarang, rata-rata tak menggambarkan agama Islam yang indah ni. Muslim sekarang gagal untuk bentuk Islam yang sebenar dalam dirinya. Aku tak cakap jauh, tengok lah diri aku sendiri. Sedih, tapi ini lah hakikat. Bila orang salah faham dengan Islam, kita marah, tapi cuba check semula diri kita. Cukup menggambarkan akhlak seorang Muslim, seperti Rasulullah Sallallahualaihiwassalam?

Haaa, so dari situ lah aku start berkecimpung dengan cerita-cerita politik ni. Tak terasa susah sangat untuk aku sebab aku dah terbiasa follow isu-isu semasa. Jadi aku tahu mana nak cari sumber-sumber dari pro-BN, pro-PR, and berkecuali.

Okay, cukup lah sampai situ aku cerita macam mana aku boleh nak cakap pasal politik ni. Conclusion yang aku boleh buat ialah, aku sedar sampai satu tahap, bila kita dah matang sebagai seorang rakyat yang faham hak dan tanggungjawab kepada negara, kita dengan sendirinya akan cuba fahami kenapa perlu untuk bercakap dan ambil tahu mengenai politik negara. Aku ulang balik, 'Matang sebagai seorang rakyat yang faham hak dan tanggungjawab kepada negara'. Kalau ada si 'bijak' tanya balik, "Kalau tak suka or tak cakap pasal politik, means tak matang lah, macam tu?", memang aku cili mulut dia, then seret dia masuk kelas Bahasa Melayu Tahun 3.

Okay, till next post pulak.

Assalamualaikum and peace be upon you.

Monday, 25 June 2012

Unbreakable : Tackling Life's Struggles ; 3 Tahun Lalu

Assalamualaikum & hai.

Hari jumaat ni, genap 3 tahun usia blog aku yang carca marba ni. Macam-macam benda dan perkara yang aku cerita dalam ni. Dan ini adalah entry aku yang ke 300. Maksudnya average setahun seratus entries la kan..? Haha, karut!

Masa mula-mula buat blog dulu, blog ini adalah private. Tak ada orang lain yang dapat baca apatah lagi nak follow. Tapi sekarang dah tak lagi. Sapa nak baca, sila la. Sapa nak follow pun silakan. Cuma masih ada few entries yang di'private'kan untuk bacaan aku sendiri.

Kalau aku baca entries di awal-awal kewujudan blog ni, aku selalu rasa macam nak hentak kepala. Apa-ke-jadah-nya yang aku post pun aku tak faham lah. Mengarut sangat! Dari benda-benda mengarut harian, sampai ke cerita hati perasaan, sampai cerita yang merosakkan ukhwah aku sendiri, then pergi ke cerita patah hati dengan semua kehidupan keliling, sampailah akhirnya tersedar akan hakikat hidup aku ni, sehingga mempengaruhi penulisan aku, 'bajet-makin-matang' saja entries aku lately ni.

Tapi itu lah hakikat manusia. Semakin meningkat usia, semakin banyak pengalaman hidup, maka semakin matang lah pemikiran dan cara hidup. Sama lah dengan aku. Sebab tu, kalau tengok penulisan aku pun, makin lama makin lain dari mula-mula dulu.

By the way, untuk birthday blog ni yang ke-3, aku nak share 10 benda yang kita kena sentiasa ingat bila nak handle masalah. Actually aku dapat ni dari ceramah yang aku dengar last week, daripada Shyakh Waleed Basyouni. Tajuk ceramah ni ialah 'Unbreakable : Tackling Life's Struggles'.

So here we go, 10 things that we should always remember:
  1. Trust Allah SWT. - He love us. So kita kena sentiasa bertawakal kepada Allah selepas kita berusaha. Allah akan sentiasa memberikan apa yang kita perlukan. Itu janji Allah. Dan Allah sentiasa bersama-sama kita. Itu juga janji Allah.                                                                                                                     
  2. After a hard time only there will come easy things. - Bila kita mula rasa tak larat menanggung berat beban masalah kita tu, kita kena push diri kita. Push ourselves in the hard time. Selagi kita tak push, selagi tu kita tak akan keluar dari masalah tu. Try to give more effort when we are in the critical part. When we think that we will never change, then go on push ourselves, do not ever stab back!                                                                                                               
  3. Think why Allah put us in that position. - Kita kena berfikir tentang apa hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. Allah give some pressure in our life so that we will become the valuable diamond in our life, not the carbon that will break after getting into pressure. And Allah put some 'shark' into our life to make us keep active, strong, and lively.                                                          
  4. Do not ever make our problem block our mind. - Keep our dream as our way of success. And remember that we have to keep moving to make a life, do not ever try to stop.                                                               
  5. Make sure our failure not defeat us from inside. - Whenever we failed, do not fell down or lose. Jadi macam pokok kelapa, bila ditiup angin, pokok kelapa membengkok, tapi selepas tu balik ke keadaan asalnya semula.                                                                                                                                       
  6. Look at the problem, discover how and why it happen. - Find the root (basic/foundation) of the problem.                                                                                 
  7. Watch very carefully with our word whenever we in a problem. - Always watch our word when we talk about our problem. Jangan cakap ayat yang tak elok, contohnya 'sial lah jadi macam ni pulak'.                                     
  8. Be optimistic with the problem. - Kita kena sentiasa mencari hikmah and pandang setiap masalah yang berlaku tu dari sudut yang positive. Actually about the optimistic ni, ada sambungan ceramah dari beliau, selepas solat Maghrib. So aku akan share kan dalam entry lain. Kalau nak share sekali dalam ni, sangat panjang.                                                                               
  9. Turn ourselves to Allah SWT whenenver we are in a trouble. - Kebanyakan orang, bila ada masalah, mula lah lupa untuk nak mengadu pada Allah. Then lepas dah lupa tu, mula lah nak buat kerja-kerja tak berfaedah. Sepatutnya bila kita dalam masalah, masa ni lah kita makin dekatkan diri kita dengan Allah. Sebab ujian dari Allah itu sebenarnya sentuhan kasih sayang Allah untuk kita.                                                              
  10. Do not complain about our problem to the other people. - Kita boleh mintak pandangan dan nasihat orang, bukannya merungut tentang masalah kita tu.
Okay, so far itulah antara benda utama yang aku masih ingat, dan aku dapat share dekat sini. Kalau nak lebih banyak lagi, boleh tengok videonya kat sini.

Itu aja rasanya semperna ulang tahun ke-3 blog aku yang tak semegah ini. Until next entry okay.

Assalamualaikum & peace be upon you.

Sunday, 12 February 2012

Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung

Assalamualaikum & hello....:)


Okay, tajuk entry kali ni aku petik dari tajuk ceramah kat Seminar Room malam semalam. Aku mula-mula nampak poster ceramah ni dari jauh, macam kiut lah pulak aku rasa. Sebab ada sepasangan manusia ni, berbaju melayu and baju kurung warna pink, berdiri di bawah payung, dengan keadaan fizikal si gadis lebih tinggi dari si jejaka. Haa, disebabkan ke-comel-an pasangan tu dari segi fizikal and berbaju kurung and baju melayu sedondon tu la dah mampu buat hati aku tergerak untuk datang dekat dengan poster tu untuk baca paster tu. Then baru aku nampak tulisan tajuk ceramah, tarikh, masa and tempat ceramah tu.

~comelkan pasangan ni?~


By the way, aku pergi ceramah tu dengan roomate aku and kawan beliau. Since kitorang bersemangat sangat nak dengar ceramah tu, boleh tersilap tengok masa pulak. Ceramah kononnya start 9pm (walaupun dekat 9.40pm baru start sebenarnya), tapi kitorang pulak sebab excited sangat, boleh terlupa ceramah tu pukul berapa so kami assume ceramah start pukul 8pm. Bahananya terpaksa la solat Isyak kat surau undercroft tu walaupun aku tak suka solat kat situ sebab telekungnya berbau hapak.


Back to entry title. Actually dalam pertengahan tahun lepas, aku memang pernah dengar tajuk ceramah ni dari seorang kawan aku yang belajar dengan Melbourne University. Beliau ceritakan pasal input yang beliau dapat dari ceramah tu. And suddenly kat UTP pon ada pulak ceramah BBMBBK ni, for sure lah aku nak pergi.

So meh aku share sikit input penting dalam ceramah BBMBBK semalam (sikit je la, sebab aku malas nak type huraian nya, aku rasa isi nya saja cukup lah untuk aku type kan).

Menurut Ustaz Zamri (panel 1), dalam Islam, secara asasnya kaum lelaki hendaklah bergaul luas sementara kaum perempuan hendaklah duduk di rumah. Tapi itu secara ASAS nya. Sebagai manusia, kita mempunya fitrah hidup kita yang tak sama dengan haiwan dan tumbuhan atau mana-mana makhluk lain. Atas dasar fitrah itu, kita sebagai kaum wanita ni boleh keluar rumah untuk bergaul atas urusan tertentu, tapi dengan syarat, dia keluar  dalam keadaan selamat. And sapa pulak yang perlu pastikan kaum hawa ni boleh keluar rumah dalam keadaan selamat? Kaum adam lah.

Okay itu la point yang paling penting, yang menjadi pokok paling utama untuk mengupas tajuk ni. Other then that biasa lah, kalau dah cakap pasal pergaulan, then akan masuk lah pulak pasal garis panduan batas pergaulan, and inisiatif-inisiatif yang boleh diambil untuk menbendung masalah pergaulan sampai menjadi taboo dalam masayarat muda kita zaman laa ni.

Okay aku dah mengantuk gila ni, jadi sampai sini saja.

Assalamualaikum & may peace be upon you.:)

Sunday, 30 October 2011

Sexual Harassment

assalamualaikum & hi..:)

last week kan, abang aku temankan la member dia, Ila (bukan nama sebenar) pergi interview dekat 1 company kat area Pulau Indah.. company chemical... so masa Ila tu sampai kat office tu, cuma ada bos and sorang staf je.. staf perempuan..

Ila pon rasa pelik jugak la sebab waktu tu jam baru pukul 11am, takkan suma staf da pergi lunch kot.. or takkan suma sekali kena wat keje kat lua lak kan.. tapi dia sedapkan jugak la hatinya, and masuk jumpa dengan bos untuk di interview..

then, lepas bos tu tanya soalan-soalan yang penting and ada kena mengena dengan kelayakan and position yang dia apply tu, tetiba bos tu tanya 4 soalan yang dia rasa macam konfius dengan niat bos tu.. soalan-soalannya ialah :
  1. kenapa U pakai tudung..?
  2. Kenapa U pakai baju kurung..?
  3. U tengok ni (sambil tunjukkan semua resume orang yang apply position sama dengan dia, semua yang free hair resumenya kat atas, and yang pakai tudung pulak resumenya kat bawah), ini semua resume yang apply position sama macam U.. U rasa I akan letak resume U at top or bottom..?
  4. kalau I amik U kerja dekat sini, U sanggup ke free hair..?

owh wait, ceritanya tak abis lagi kat situ.. memandangkan Ila da mula rasa tak sedap hati dari awal lagi, so bila dapat soalan-soalan puaka macam tu, dia dah set dalam otak yang dia tak nak kerja situ kalo dapat pon.. so bila da abis interview session tu, dia pon nak blah cepat-cepat, sekali bos tu hulurkan tangan nak salam.. so Ila pon jabat je la huluran tu.. and cuba teka ape bos gila seks tu buat...?

yup, dia usap-usap tangan Ila sambil cakap, "lembutnya tangan U, tak pernah lagi I jumpa orang tangan lembut macam ni..", sambil senyum gatal..!

ape lagi, Ila cepat-cepat tarik tangan dia and blah la..

ni cerita betul tau, bukan adaptasi dari mana-mana novel mahupun movie or drama.. :)

so back to the topic, cuba bayangkan ek, tak ke unfair tu bila nak amik pekerja berlandaskan sape free hair sape bertudung, sape sanggup layan sex harassment dia sape tak sanggup, sape lawa sape buruk..! g mam la kan kalo nak wat macam tu..

lepas tu boleh pulak siap nak raba-raba tangan orang tu masa salam kan..? ish sebab tu la aku lagi suka tolak huluran salam orang dari nak merelakan tangan aku ni tercemar dek tangan-tangan keji macam tu..


korang rasa fair ke biarkan je lelaki tu macam tu aja..? aku pelik, macam mana staf perempuan kat company tu boleh tahan dengan bos yang macam tu.. ee, kalo dapat kat aku la, waktu tu jugak la aku wat report..! kurang ajar..

da la company chemical.. betul-betul buat aq rasa terhina tau, chemical tu bidang aku.. malu aku ada orang otak kimia yang beracun nih..!

aku pernah pergi interview dalam 3 4 kali sepanjang hidup aku.. and aku pernah la sekali merasa tak selesa dengan interviewer nye.. tapi bukan la dia lakukan sex harassment kat aku macam yang Ila ni kena.. dia cuma asyik perhatikan aku dari atas sampai ke bawah and setiap kali aku bercakap dia akan pandang arah mulut/bibir aku sambil senyum-senyum and then bila da habis interview, die cakap mata and bibir aku sexy.. itu pon dah buat aku rasa macam nak tendang bateri (alat kemaluan) dia sampai senak.. nasib la aku tak buat.. so bila da dapat kerja kat situ, aku terus cakap yang aku tak berminat walaupun gaji yang dia offer menepati la citarasa aku.. huhuhu...

and sekarang ni aku terasa yang akan ada macam-macam jenis manusia lagi yang aku terpaksa jumpa dimasa-masa akan datang.. but i really hope that aku tak akan jumpa orang seteruk or lebih teruk dari yang dialami oleh Ila tu.. huhuhu..

ok, moga korang pon terlepas dari masalah macam Ila ni.. take care.. ingat, diri kita sangat tinggi martabatnya, tak yah nak biarkan orang tak guna macam ni suma perlakukan kita sewenang-wenangnya hanya disebabkan kita nak mintak belas dari syarikatnya untuk mengajikan kita..

till next entry, assalamualaikum & peace upon all of u..:)

Thursday, 22 September 2011

Haid & Lelaki

assalamualaikum & hi..:)

ok, entry ni adalah 18tahun ke atas dan bukan untuk tujuan melucah..! entry ni jugak mungkin tak menjadi kesenangan untuk segelintir pihak.. tapi aku rasa isu ni perlu sangat la di terangkan..!


I'm not gonna talk about the period cycle.. tu korang tanya Mr Google sendiri or bukak balik buku sains form 3, buku biology form 5 or pape lagi jenis buku yang ada lah.. yang aku nak cakap sekarang pasal sikap orang lelaki dengan isu haid ni..

before aku membebel panjang lebar, aku nak share 3 cerita berkenaan isu ni yang aku tengok or dengar sendiri..


ISU 1 -
member : weh, tolong aku jap.. 
aku : tolong mende nye..?
member : awek aku merajuk la.. masalahnya aku rasa memang salah dia kot..
aku : dia buat ape..?
member : ada ke dia da tau tengah bendera merah, boleh lak biar 'bocor' kat set kereta aku.. kotor dowh.. geli tau tak.. die bukan budak kecik umur setahun dua yang tak reti nak tahan kencing.. darah tu lagi geli dari kencing ko tau tak..
aku : hotak ko..! ko ingat darah period tu nak keluar boleh tahan-tahan ke..? banggang..!


ISU 2 - 
suami : apsal dengan sarung kusyen tu..?
isteri : saya cuci..
suami : apsal cuci satu je..? haa tu la awak, perangai macam budak-budak.. malu la sikit kat anak-anak.. bontot berdarah pon tak reti lagi nak handle.. apa punya perempuan..
isteri : dah nak terkena nak buat macam mana.. bukan saya boleh kawal pon..

ISU 3 -
A : ehh kejap kejap..
B : nape..?
A : lapik ni dulu baru duduk..
B : apsal lak ni..?
A : kang 'bocor' abis la.. kotor tau tak..


so ladies, korang rasa lelaki-lelaki yang macam ni perlu disekolahkan ke tak..? kalo aku, aku cakap PERLU..

aku paham la, lelaki tak paham sangat pasal menstruasi/haid ni sebab diorang tak pernah alami.. but kalo dah tau tak pernah alami, apsal yang sesenang je nak menempelak perempuan bila jadi isu 'kebocoran' tu..?

macam ni la, make it short, darah tu bila nak keluar, kita kadang-kadang boleh la terasa darah tu tengah mengalir keluar.. terasa tu pon kalo banyak la.. kalo tak banyak, tak perasan pon.. and biasanya bila tengah jalan ke, lari ke, wat keje ke, tak perasan sangat pon..and kuantiti yang keluar tu pon tak da lah sama setiap bulan...

biasanya kan, kalo la perempuan tu selalunya datang period selama 5 hari, hari ke 2 sampai ke 4 tu agak banyak la.. so kalo masa tu terbocor ke, agak adat la.. sebab darah yang keluar banyak, then perempuan tu pulak tak perasan..

kalo haid ni boleh di tahan-tahan macam nak kencing or berak, rasanya memang tak perlu la diciptakan pad ni suma.. so cuba jangan nak main serang je cakap perempuan ni banggang la, pengotor la, macam budak kecik umur setahun la.. aku sepak kang baru tau..! korang tau tak korang patut bersyukur kalo korang ada pasangan yang mampu nak datang period..? sebab nya itu antara satu bukti or tanda yang wanita tu sehat, and ada la potensi untuk kasi anak kat korang nanti bila kawen..! yang lagi aku angin bila sang suami yang sound-sound isteri dia.. perghh, time bini korang tengah suci dari hadas besar tu, korang bukan main gedik lagi kan sebab nakkan dia..! bila da berdarah korang bising-bising lak.. hatok ko..!

kalo korang yang lelaki ni cuba nak pahami masalah perempuan ni, aku tak ada la sampai nak buat entry macam ni.. tapi ini tidak.. memang la, haid ni cuma ada pada wanita.. cuma wanita yang lebih paham.. tapi tak salah kalo korang cakap elok-elok, bukan tengking-tengking.. ingat pasangan korang tu saja-saja ke nak kotorkan tempat diorang duduk dengan najis tu.. tak da la maknanya kan.. so sila la tolerate sikit..

haid tu kan keistimewaan yang Allah kasi pada kaum wanita.. supaya seimbang kitarannya..

korang apa paham.. pas ni kalo ada lagi kawan-kawan yang mengadu pasal awek diorang 'bocor' kat aku, aku akan hayun muka diorang dengan kayu hoki.. biar diorang pon berdarah..! hahaha...

ok, till next post.. assalamualaikum & peace upon all of u..

Sunday, 24 April 2011

SRMUTP website launching dan burung terkukur serta 'LIKE' annoying me

assalamualaikum & salam sejahtera..:)

actually, malam jumaat lepas ada launching website SRMUTP (Sekretariat Rakan Muda UTP).. since aq nie sebahagian dari committee, so aq kena la pergi sekali kan.. (siap kena jadi usher tak bekerja pulak) then masa VIP kasi ucapan, (I'm not sure how to spell his name actually, forgive me) beliau ada sebut pasal 1 fakta (mungkin la fakta, tak pasti la saya) that setiap pengambilan pelajar baru, lebih kurang 12ribu orang apply nak masuk sini.. and from that 12thousand, only 2000 je yang akan tersenarai dalam short listed.. then from that 2000, only 400 students are eligible to study here..

seriously aq terus teringat cerita "3Idiots" yang aq tengok kat astro bulan 12 tahun lepas.. masa 1st assembly new students kat kolej tu dengan pengetua mereka, pengetua dia ada cerita pasal burung terkukur, which is burung yg aq sangat suka.. tak tau nape aq suka pasal burung tu.. tapi yang pasti aq suka.. ouh, back to the story, pengetua tu cakap, burung terukur ni tak pernah ada sarang.. die akan tinggalkan telur die kat sarang burung lain, bersama-sama dengan telur burung yang memang da ada kat dalam sarang tu.. by the time telur terkukur tu menetas, die akan terus jadi killer! die akan tolak telur burung lain yang ada dalam sarang tu jatuh ke luar dan pecah.. tak sempat menetas.. dia da bunuh satu impian untuk hidup.. same goes to all the students yang masuk dalam kolej tu.. dari berpuluh ribu application untuk belajar di sana, just diorang saja yang diterima, and the rest suma nya di tolak keluar.. dibunuh impian mereka untuk menjadi graduan dari kolej tu..


quite similar kan situasi nya..? dari 12ribu yang apply, akhirnya juz kami je yang berjaya ada di sini, meaning that lebih 11ribu lagi insan lain da rasa kecewa da sebab tak dapat mengejar impian mereka di sini... and aq lak..? keep asking why I'm here, why itu why ini, why why why.. really shit rasa macam aq tak reti bersyukur!

since that night, aq mula berfikir pasal hal ni.. orang lain beriya nak masuk sini, and me..? da dapat peluang masuk sini, tapi keep asking why.. rasanya lebih baik aq belajar betol-betol and make sure kesempatan yang aq dapat untuk berada di sini akan aq gunakan dengan betul, at least berbaloi la kan bila aq keluar dari sini dengan segulung ijazah.. sure la aq tak membazir tempat yang ada ni.. sebab kalo aq membazir tempat ni, da la orang lain yang nak masuk aq da tutup jalan mereka, then suddenly aq belah.. perghh, jahatnye aq..!

so starting now, aq akan cuba tanam dalam kepala otak aq ni yang aq patut hargai peluang yang aq ada skang.. sebab kat lua sana masih ramai orang yang berharap untuk berada di tempat aq..


***************new story after this okay..:)***************


okay, aq percaya yang mostly kite semua ada FB (facebook a.k.a. muka buku), or kalo tak da tu pon, at least pernah ada.. jangan nak gebang lah ngan aq k..

so aq nak cerita sikit pasal FB nie.. no no no, i won't talk about how to use the application on that so-call FB.. ape yang aq nak cerita ialak pasal button 'LIKE' kat FB itu.. ish, biaq betoi ang tak pernah tau ada button 'LIKE' nieh.. mungkin ang tak ingat nama jer kot.. takpe takpe, toksah nak kelahi lah ye, aq kasi korang pixa button 'LIKE' nie terus, senang korang tak argue dah..
haa, ini la 'LIKE' button yang aq dok habaq tuh... tau ape function 'LIKE' button ni sebenarnye..? sebenarnye ia sebagai simbol yang ko bersetuju dengan any post or comment yang ada tu, sebagai simbol yang ayat orang tu power, sebagai simbol yang isi post or comment tu bernas di minda ko.. haaa, itu la antara function utama nya..

TAPI, ada la segelintir FB users nowadays yang jadikan 'LIKE' button nie sebagai hobi untuk exercise jari-jari runcing mereka tu.. asal orang post something je, die asyik la tekan'LIKE' button tu, then die bukak page orang, die 'LIKE' semua comment and post insan malang tersebut.. wut the hell bro..?? bajet la, macam la ko baca pon suma comment tu yg ko gatal sangat dok 'LIKE'2 sana sini tu..? kerat jari la kalo ko like tu semua sebaab ko baca.. memang tak logik la ko like 20comment + 5 post dalam masa tak sampai 1 minit sebab ko baca comment n post tu and ko sukak, or ko agree wif that fuller bahasa mereka sangat indah, or idea mereka sangat bernas kalah beras keluaran bernas tu kan.. 

come on la guys, tau tak bila ko keep 'LIKE' sana sini tu, ko da kasi aq rasa 2 benda..: satu aq rasa ko nie annoying sangat.. tak pedulik la alasan ko yang ko cuma buat macam tu kat orang yang ko rapat je ke ape ke semata-mata supaya mereka merasa macam femes kejap.. aq tak perlukan perasaan femes tu la bro.. aq senang dgn cara aq yang macam nie.. biar la org yang nak 'LIKE' tu sebab die memang agree or suka ngan post or comment tu.. tak yah la nak gedikz sangat tekan tekan lak kan.. okay, keduanya aq rasa ANDA BATAK 'LIKE' BUTTON.. thats all.. batak sangat ngan 'LIKE' button tu sampai asyik nak tekan je benda tu.. agaknya kalo satu comment or satu post ko boleh 'LIKE' 10ribu kali pon, sure ko sanggup tekan kan..??

issh, budak-budak pon tak buat perangai pelik macam tu tau tak.. pelik-pelik la manusia skang.. so tolong la ye.. jangan buat aq rasa korang tu annoying sangat.. kang aq remove baru ko tau..!

ok dah, aq nak study fluid mechanics nie.. saje nak kasi fluid mechanics tu jatuh cinta dengan aq.. satu sem aq cuba tackle die, sampai skang tak dapat-dapat lagi.. jual mahal betol ko ye fluid mechanics!

till next post, assalamualaikum and peace upon to you..:)