Daisypath Happy Birthday To Me tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label peaceful. Show all posts
Showing posts with label peaceful. Show all posts

Thursday, 9 May 2013

GE and Me (and My Family) (o_O)/")

Assalamualaikum and peace be upon you.

Yeah, so ahad lepas (5th May 2013) rata-rata majoriti rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas dah dapat merasa pewarna kuku (pewarna jari?) colour biru kat sebelah jari telunjuk masing-masing. Hehe. Aku pun merasa gak. Tapi aku punya tak comot sangat macam parent aku. Sebab nya aku kena balloting kat pusat lain, parent aku kat tempat lain.
~Lepas balloting. Puan Emak tak puas hati sebab inai biru aku and Angah sikit je, tak comot~

 Actually pusat mengundi aku kat Pandamaran, bukan Manjung. Sebab aku masih tak tukar alamat lagi. And sometimes I feel like I don't want to change it. Sebab aku rasa lepas habis study nanti, mungkin aku akan kerja kat area Selangor or KL gak kan. Tapi InsyaAllah by the end of next year akan habis. Masa tu kita tengok lah macam mana, kat mana aku akan settle down. Hehe.

By the way, kami gerak dari Manjung lepas subuh. Then singgah rumah Along dulu since aku nak kena turunkan barang-barang aku. Alang-alang dah sampai rumah Along, semua orang rehat-rehat dulu. Tengahari baru gerak ke Klang. Mula-mula hantar Encik Bapak pergi mengundi, then Puan Emak, after that baru aku and Angah since kitorang kat tempat yang sama. Waktu aku sampai kat pusat balloting tu, dah pukul 3.25pm dah pun. memang lenggang je la tempat tu. Sampai-sampai terus kasi IC then terus masuk saluran aku. Dalam masa 2 minit, tanggungjawab aku kali ini dah berjaya aku jalankan. (Ceh ayat nak poyo. Ye aku poyo (^_^)/"))

Lepas tu kami gerak ke bandar Klang, sebab Puan Emak nak beli kain. Every time turun Klang mesti beliau nak beli kain. Mentang-mentang kat Manjung tak banyak kedai kain. Aku pulak sibuk cari kasut. Nak pakai pergi kerja. Oh, semestinya lah aku dapatkan sponsor dari orang since aku kan student lagi, belum merasa gaji. [$_$]

So berjayalah aku beli 2 pasang kasut dengan hasil usaha paw duit Encik Bapak. Mekasih Pak for your money. Hehe. Then pergi makan. Habis makan gerak ke Kapar pula. Lepas tu otw balik, aku gedik mintak kat Angah nak turun Klang semula. Nak cari stokin baru. Hehe. Okay lepas tu kami betul-betul balik rumah Along. Syukur Alhamdulillah walaupun asyik jammed je kat kawasan Kg Tunku dari pagi, tapi kitorang berjaya sampai rumah before pukul 8pm. Sebab Encik Bapak cakap mesti balik before lewat malam. Takut lah kalau-kalau ada riot ke, nanti kami stuck pulak. But Alhamdulillah tak da pape.

Owh, masa kami tunggu Encik Bapak balloting, aku perhatikan 3 orang budak muda ni, Chinese, 2 lelaki 1 perempuan. Muda lagi. Aku rasa paling tua pun umur diorang mesti sebaya aku. Aku perhatikan sebab diorang pegang bendera PAS, PKR and DAP, sambil pakai topi maskod DAP tu. 1st aku nak cakap, topi tu comel gila. Aku rasa macam nak mintak je kat diorang, tapi segan. T_T

2nd, aku rasa terharu sangat bila seorang dari mereka memang bersemangat gila kibarkan bendera PAS. Even aku pun tak buat macam tu. Malu aku rasa. Aku tunjuk thumb ups kat dia, lagi semangat dia kibar sambil senyum kat aku. Yeah, semangat IniKalilah memang membara-bara dalam diri beliau. Tak sesia usaha  diorang. PR berjaya maintain Selangor bawah diorang. Yeayy.. ^_^

Sampai hari ni masih ramai yang bercakap pasal result GE13 ni. Tapi apa nak pelik, ini kan Malaysia :)
Malam tadi kat Kelana Jaya (10 minit daru rumah Along) banjir dengan gelombang hitam kan? Actually aku terfikir nak pergi, tapi tak ada teman. Cuma doa je yang aku mampu salurkan kat diorang malam tadi. Alhamdulillah, tak ada pape kejadian buruk jadi.

Semalam ada kawan sekolah aku tanya sejak bila aku suka cakap pasal politik sedangkan dulu aku ni anti politik. Well, manusia setiap hari akan dapat pelajaran baru dalam hidupnya. Same goes to me. Selama ni aku nampak je segala benda selingkuh yang berlaku dalam negara kita ni. Dari zaman sekolah lagi aku nampak semua ni. Dari zaman budak-budak lagi aku selalu dengar semua ni. Sebab tu aku benci. Tapi benci aku pada politik takkan mampu ubah apa-apa. Langsung tak.

One day, seorang staf UTP cakap kat aku, belajar political science ni bukan bermaksud akan jadi ahli politik or penganalisa politik. Dan bila bercakap pasal politik ni, jangan pernah fikir politik ni kotor. Politik ni sangat bagus. Tapi orang-orang yang berkecimpung dalam arena politik ni yang akan mencorakkan pandangan umum kepada politik.

Bila aku dengar ayat encik tu, aku terfikir. Konsepnya sama aja lah dengan agama. Aku orang Islam. Aku tahu betapa indahnya Islam ni. Aku tahu betapa Islam ni sangat agung. Betapa Islam ni dah cukup sempurna. Betapa Islam ni mengandungi nilai-nilai moral dan akhlak yang sangat baik, cantik, daboom.

Tapi tengok lah penganut agama suci ni, yang kita kenali sebagai Muslim. Muslim yang ada sekarang, rata-rata tak menggambarkan agama Islam yang indah ni. Muslim sekarang gagal untuk bentuk Islam yang sebenar dalam dirinya. Aku tak cakap jauh, tengok lah diri aku sendiri. Sedih, tapi ini lah hakikat. Bila orang salah faham dengan Islam, kita marah, tapi cuba check semula diri kita. Cukup menggambarkan akhlak seorang Muslim, seperti Rasulullah Sallallahualaihiwassalam?

Haaa, so dari situ lah aku start berkecimpung dengan cerita-cerita politik ni. Tak terasa susah sangat untuk aku sebab aku dah terbiasa follow isu-isu semasa. Jadi aku tahu mana nak cari sumber-sumber dari pro-BN, pro-PR, and berkecuali.

Okay, cukup lah sampai situ aku cerita macam mana aku boleh nak cakap pasal politik ni. Conclusion yang aku boleh buat ialah, aku sedar sampai satu tahap, bila kita dah matang sebagai seorang rakyat yang faham hak dan tanggungjawab kepada negara, kita dengan sendirinya akan cuba fahami kenapa perlu untuk bercakap dan ambil tahu mengenai politik negara. Aku ulang balik, 'Matang sebagai seorang rakyat yang faham hak dan tanggungjawab kepada negara'. Kalau ada si 'bijak' tanya balik, "Kalau tak suka or tak cakap pasal politik, means tak matang lah, macam tu?", memang aku cili mulut dia, then seret dia masuk kelas Bahasa Melayu Tahun 3.

Okay, till next post pulak.

Assalamualaikum and peace be upon you.

Monday, 25 June 2012

Unbreakable : Tackling Life's Struggles ; 3 Tahun Lalu

Assalamualaikum & hai.

Hari jumaat ni, genap 3 tahun usia blog aku yang carca marba ni. Macam-macam benda dan perkara yang aku cerita dalam ni. Dan ini adalah entry aku yang ke 300. Maksudnya average setahun seratus entries la kan..? Haha, karut!

Masa mula-mula buat blog dulu, blog ini adalah private. Tak ada orang lain yang dapat baca apatah lagi nak follow. Tapi sekarang dah tak lagi. Sapa nak baca, sila la. Sapa nak follow pun silakan. Cuma masih ada few entries yang di'private'kan untuk bacaan aku sendiri.

Kalau aku baca entries di awal-awal kewujudan blog ni, aku selalu rasa macam nak hentak kepala. Apa-ke-jadah-nya yang aku post pun aku tak faham lah. Mengarut sangat! Dari benda-benda mengarut harian, sampai ke cerita hati perasaan, sampai cerita yang merosakkan ukhwah aku sendiri, then pergi ke cerita patah hati dengan semua kehidupan keliling, sampailah akhirnya tersedar akan hakikat hidup aku ni, sehingga mempengaruhi penulisan aku, 'bajet-makin-matang' saja entries aku lately ni.

Tapi itu lah hakikat manusia. Semakin meningkat usia, semakin banyak pengalaman hidup, maka semakin matang lah pemikiran dan cara hidup. Sama lah dengan aku. Sebab tu, kalau tengok penulisan aku pun, makin lama makin lain dari mula-mula dulu.

By the way, untuk birthday blog ni yang ke-3, aku nak share 10 benda yang kita kena sentiasa ingat bila nak handle masalah. Actually aku dapat ni dari ceramah yang aku dengar last week, daripada Shyakh Waleed Basyouni. Tajuk ceramah ni ialah 'Unbreakable : Tackling Life's Struggles'.

So here we go, 10 things that we should always remember:
  1. Trust Allah SWT. - He love us. So kita kena sentiasa bertawakal kepada Allah selepas kita berusaha. Allah akan sentiasa memberikan apa yang kita perlukan. Itu janji Allah. Dan Allah sentiasa bersama-sama kita. Itu juga janji Allah.                                                                                                                     
  2. After a hard time only there will come easy things. - Bila kita mula rasa tak larat menanggung berat beban masalah kita tu, kita kena push diri kita. Push ourselves in the hard time. Selagi kita tak push, selagi tu kita tak akan keluar dari masalah tu. Try to give more effort when we are in the critical part. When we think that we will never change, then go on push ourselves, do not ever stab back!                                                                                                               
  3. Think why Allah put us in that position. - Kita kena berfikir tentang apa hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. Allah give some pressure in our life so that we will become the valuable diamond in our life, not the carbon that will break after getting into pressure. And Allah put some 'shark' into our life to make us keep active, strong, and lively.                                                          
  4. Do not ever make our problem block our mind. - Keep our dream as our way of success. And remember that we have to keep moving to make a life, do not ever try to stop.                                                               
  5. Make sure our failure not defeat us from inside. - Whenever we failed, do not fell down or lose. Jadi macam pokok kelapa, bila ditiup angin, pokok kelapa membengkok, tapi selepas tu balik ke keadaan asalnya semula.                                                                                                                                       
  6. Look at the problem, discover how and why it happen. - Find the root (basic/foundation) of the problem.                                                                                 
  7. Watch very carefully with our word whenever we in a problem. - Always watch our word when we talk about our problem. Jangan cakap ayat yang tak elok, contohnya 'sial lah jadi macam ni pulak'.                                     
  8. Be optimistic with the problem. - Kita kena sentiasa mencari hikmah and pandang setiap masalah yang berlaku tu dari sudut yang positive. Actually about the optimistic ni, ada sambungan ceramah dari beliau, selepas solat Maghrib. So aku akan share kan dalam entry lain. Kalau nak share sekali dalam ni, sangat panjang.                                                                               
  9. Turn ourselves to Allah SWT whenenver we are in a trouble. - Kebanyakan orang, bila ada masalah, mula lah lupa untuk nak mengadu pada Allah. Then lepas dah lupa tu, mula lah nak buat kerja-kerja tak berfaedah. Sepatutnya bila kita dalam masalah, masa ni lah kita makin dekatkan diri kita dengan Allah. Sebab ujian dari Allah itu sebenarnya sentuhan kasih sayang Allah untuk kita.                                                              
  10. Do not complain about our problem to the other people. - Kita boleh mintak pandangan dan nasihat orang, bukannya merungut tentang masalah kita tu.
Okay, so far itulah antara benda utama yang aku masih ingat, dan aku dapat share dekat sini. Kalau nak lebih banyak lagi, boleh tengok videonya kat sini.

Itu aja rasanya semperna ulang tahun ke-3 blog aku yang tak semegah ini. Until next entry okay.

Assalamualaikum & peace be upon you.

Monday, 19 March 2012

Give Your Heart and Fit All The Thing

Assalamualaikum & hai.

Aku ada tonton satu video clip ceramah dari Yusuf Estes, tajuknya Give Your Heart and Fit All The Thing. Aku tak tahu nak describe macam mana perasaan yang ada dalam hati aku masa tengok video tu. Yang pasti aku menangis-nangis masa tu. Subhanallah, betapa ramai manusia non-muslim di luar sana mencari sesuatu yang ada pada Islam ini tanpa mereka sedar. They keep searching. Some of them already saw it, some of them still looking for it. Aku berdoa semoga Allah mudahkan pencarian mereka.

MasyaAllah. Betapa aku yang sedari kecil dah di ajar mengenali Islam, kalimah syahadah, dari kecil dah dapat peluang hayati isi kitab suci Al-Quran, masih juga tak sedar satu hakikat - makna disetiap satu patah perkataan disebalik syahadah, ayat-ayat suci Al-Quran, dan nilai-nilai Islam. Malu pada diri. Walaupun aku hafal terjemaahan setiap baris ayat itu, belum tentu aku faham makna setiap bait-bait itu dengan jelas dari yang tersirat dan terlindung. Tapi alhamdulillah, aku dah sedar yang aku patut mula mengejar ilmu ini. Alhamdulillah.

Kadang-kadang kita tak sedar, dari sekecil-kecil perkara seperti memahami makna sedalam-dalam disebalik tafsiran luar nya ini lah yang mampu membentuk hati kita. Membentuk untuk memberi seluruh hati ini hanya pada Yang Maha Esa. Andai kita mampu lakukan itu, InsyaAllah hati kita akan sentiasa merah segar dengan iman. Dan kita mampu lalui segala liku-liku hidup dengan sangat sabar dan tabah. Sebabnya? Bila kita memberi seluruh hati kita pada Allah, itu bermaksud yang kita sentiasa bersangka baik pada Allah. Walaupun kita ditimpa musibah, bersangka baik lah. Sebab Allah tak pernah menzalimi hamba-Nya. Andai ujian itu yang kita dapat, maksudnya Allah dah tetapkan sesuatu yang baik didepan. Dengan syarat, kita kena redha, dan tempuhi dugaan tu dengan sabar dan berserah pada Allah. InsyaAllah mesti kita dapat pass through that task. And at that point, kita akan nampak segala hikmah dan kebaikan disebalik kesulitan tu. Aku bukan bercakap kosong. But that has happened to me berkali-kali. And around last August aku terbaca satu artikel tentang bersangka baik pada Allah. And aku belajar apply apa yang aku baca. Alhamdulillah, memang susah mula-mula nak bentuk hati ni. But after that, satu demi satu dimudahkan. So aku harap korang mampu belajar untuk ikhlaskan hati pada Allah, bersangka baik pada Allah. Sebab Allah tak pernah zalim pada kita hamba-hamba-Nya. Tapi hakikatnya, kita yang suka menzalimi diri. Malu aku pada Allah dengan sikap aku selama ini.  

 So, meh aku share videonya dengan korang.



Assalamualaikum & peace be upon you.

Sunday, 11 March 2012

The Story of The Fishermen and The Sharks

Assalamualaikum & hai.

Roommate aku ada pinjam sebuah buku dari IRC dua tiga minggu lepas. Tajuk bukunya ialah Life is an Open Secret, by Zabrina A. Bakar. Then tadi dia share satu cerita dalam buku tu kat aku. Ceritanya menarik, sampai aku tergerak untuk ambil buku tu baca kejap tadi. And now aku nak share dengan korang cerita pasal orang nelayan Jepun, sebab ada pengajarannya.

Aku ceritakan semula dengan gaya bahasa aku aja la ya. Sebab kang kalau aku nak type panjang-panjang kang boleh juga aku ganti tempat author ni kang. Hehehe, just kidding.

Ceritanya, orang Jepun memang terkenal dengan sifat suka makan makanan yang fresh. Aku rasa semua orang pun tahu pasal ni kan. So memandangkan dekat kawasan persisiran pantai/laut sana dah kekurangan ikan disebabkan rajinnya nelayan-nelayan ni tangkap ikan, so mereka terpaksa cari inisiatif untuk dapatkan hasil yang lebih banyak.

So untuk dapatkan hasil yang lebih banyak, harus lah pergi ke kawasan laut dalam kan. But then, kalau pergi kawasan laut dalam, mereka akan ambil masa beberapa hari baru boleh balik ke daratan. And menjelang waktu mereka balik tu, ikan da tak fresh lah kan. So diorang fikir punya fikir punya fikir, then they come out with an idea.

Diorang bina sebuah kapal tangkap ikan yang besar, then diorang pasang freezer dalam kapal tu. Then diorang pergi ke laut dalam and tangkap ikan. Ikan yang diorang tangkap, diorang terus masukkan dalam freezer tu dengan harapan akan kekal segar hingga diorang balik ke darat nanti.

But, kan aku dah cakap kat awal cerita tadi, orang Jepun memang  terkenal dengan sifat suka makanan yang fresh. Jadi jangan harap lah diorang nak tertipu antara fresh and frozen. Memang banyak bezanya ikan fresh and frozen (even aku pun tak suka bila Emak beli ikan frozen time musim tak ada ikan). Memandangkan ikan tu tak fresh, so terpaksa la ikan tu dijual dengan harga murah - sebab tak fresh lah -.

So nelayan-nelayan ni pun fikir lah lagi cara lain untuk pastikan ikan tu fresh, supaya boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi. Then they come out with another idea. Mereka bina kapal yang lebih besar, then dalam kapal tu mereka bina tangki-tangki besar. Cuba teka kenapa mereka letak tangki tu?

Yes, betul. Mereka tangkap ikan dan terus masukkan ikan ke dalam tangki tu. Means that ikan tu masih hidup bila mereka sampai ke darat nanti.

But then, still pembeli-pembeli semua cakap ikan tu tak segar. Nak tahu kenapa?

Sebab, walaupun ikan tu masih hidup bila sampai ke darat, but keadaan ikan tu dah tak aktif. Dah agak lemah. Sebab terlalu lama dalam tangki tu. Ikan yang tak aktif tu menyebabkan rasanya dah tak sesegar ikan yang masih aktif. So costumers semua cakap ikan tu tak segar. Haaa. Mati kutu dibuatnya nelayan tu. Kasi yang frozen sah-sah dikatanya tak segar. Yang hidup pun tak segar juga?!

Then they keep thinking how to solve that problem.

Pop! Tetiba diorang dapat satu brilliant idea. Listen to this okay.

To keep the fish tasting fresh all the time, nelayan decided nak guna juga kaedah kapal tangki tu. Nelayan tu masih juga letak ikan-ikan yang ditangkap ke dalam tangki dalam keadaan yang masih hidup. Tapi nelayan tu masukkan sekali seekor anak ikan jerung dalam setiap tangki. As you know, shark eat small fish rite. Haaa, tu la cara nya.

Untuk elakkan dari dimakan oleh that little shark, ikan-ikan tu kena la sentiasa bergerak mengelak dari didekati little shark tu. Memang la ada ikan yang tetap akan dimakan, tapi tak banyak mana pun, tak terjejas pun pendapatan nelayan-nelayan tu.

So hasilnya, costumers semua cakap yang ikan-ikan that time memang segar. Mahu tak segar? Dah 24/7 kena sentiasa aktif bergerak sana sini demi selamatnya nyawa. (But at last sampai ke pasar, di beli and dimakan jugak. Hihihi)

So the moral of the story is (ceh ayat dah macam nak jawab literature SPM pulak), the adversities that we face in our live are actually our little sharks - sharks that we need to make sure we stay awake, alive, vibrant and active. These sharks make us more intelegent, persistent and competent in out lives.

Tapi kalau kita begin to slack off in our duties, growing tired and dreary, we would be one of the fish eaten by that shark! Oh-hoo, aku tak rela.

Bila aku muhasabah diri tentang semua 'little sharks' yang perlu aku lalui, aku rasa bersyukur pada Allah diatas semua 'little sharks' yang Dia turunkan pada aku supaya aku terus hidup dan bernafas.

Jadi aku rasa, kita harus kuat untuk berjuang dalam hidup kita, harus kuat dan bersemangat, and terus aktif supaya kita tak kalah pada 'little sharks' kita. Walaupun at last kita tetap akan mati. Itu dah memang sifat manusia yang diciptakan di dunia ni - akan mati-. Tapi nak ke kita mati before berjuang? Kau fikir dan kau hadamkan.

Okay, habis sesi storytelling aku. Kalau sesiapa ada cerita yang lagi best, boleh share dengan aku. Aku suka sangat storytelling. Hihi.

Assalamualaikum and peace be upon you.